cHeF gUnAwAn HaJi JaMiL a.k.a oBiE wAn

Malaysian Food Stylist, Penulis Buku "Cupcake 3D" Pemilik MGJ Consultancy & Services (002098284-T)- Masakan Asia ,Timur Tengah , Barat ,Eurisian , Healthy Food, Pastry, Bakery Kelas Memasak Demonstrasi Memasak TV , Majlis Korporat , Kelab , Persatuan Dan Sebagainya Penasihat Makanan & Pemakanan ,Penasihat Bakal Usahawan juga sebagai Juri Masakan dan Fasilitator

Isnin, 18 Mac 2013

Beli Sabun Madu Amway & DIY : Resepi Goreng Pisang Rangup

Produk kecantikan Daripada AMWAY Body Series
Sabun Madu / G & H Complexion Bar 250 gm




Madu bukan sahaja makanan yang berkhasiat, ia juga menyuburkan kulit kerana ciri semula jadinya
yang antioksidan dapat meremajakan kulit. Itulah sebabnya madu telah sekian lama menjadi
salah satu bahan penting dalam banyak produk penjagaan badan AMWAY.

Sabun kecantikan pembersihan 2 dalam 1 ini digunakan sebagai sabun mandi dan cukup lembut
untuk membersih muka sesuai untuk perempuan mahupun lelaki.

Diperkaya dengan gliserin dan diadun dengan madu menjadikan kulit lebih berseri dan lembut.

Mengekalkan kelembapan, membersih dan merapi kulit.

Mengandungi Vitamin B6, C, Tiamin, Riboflavin and Niasin.

Mengandungi antioksidan dan asid amino.

Meremajakan dan melindungi kulit daripada serangan persekitaran.

Menyerap kotoran dari liang-liang roma untuk membersih kulit.

Mengurangkan masalah kulit jerawat, berminyak dan 'sun burn'.

Tidak mengandungi bahan pengawet dan diuji secara dermatologi.

Sesuai untuk kulit remaja dan kulit sensitif dan semua jenis kulit.

Rumusan ini mengandungi bahan-bahan yang diperolehi daripada lembu yang selamat diguna. Bahan-bahan ini menjadikan buih sabun berkrim.


Harga : RM 35.00 sahaja

Syarat Dan Cara Pembelian / Pembayaran

1.Transfer Jumlah Pembelian ke akaunMBB Muhamad Gunawan Jamil 151409098193 sama ada melalui maybank2u atau transfer melelaui ATM . Sila simpan resit sebagai bukti pembayaran

2.Minimum pembelian adalah 2 unit untuk penghantaran area Ampang , KLCC dan PWTC manakala minimum pembelian melalui postage adalah 1 unit sahaja.

3.Sila SMS - Produk- sabun madu / kuatiti -( 2 ) / Jumlah RM70.00 / hantar ke-alamat rumah @ pejabat ke 017 2260719atauemail : jackyellowcat@gmail.com

3.Masa Penghantaran 7 Hari Waktu bekerja Tidak termasuk Public Holiday

4.Kos Postage Semenanjung : RM6.00
Sabah & Sarawak : RM9.00

5.Jika termasuk kos Postage : Harga Sabun RM35.00
Kos Postage RM6.00
Jumlah RM41.00 ( semenanjung )

Harga Sabun RM35.00
Kos Postage RM9.00
Jumlah RM44.00 ( Sabah & Sarawak )


lawati : kedaiextra@blogspot.com

Bukti Pembelian Dan Penghantaran

Terima Kasih kepada anda yang pertama kali telah membeli melalui obie & team
untuk mendapatkan produk Sabun Madu Amway.

Semua penghantaran telah dilakukan pada 06 / 02 / 14 ( khamis )
Untuk Minggu Pertama Bulan Febuari.


Kepada anda yang ingin mendapatkan Sabun Madu Amway / G & H Complexion Bar ini
boleh direct order dengan membuat pembayaran ke akaun Mbb dan sms info pembelian anda ke 017 2260719.


Stok Sabun Madu / G & H Complexion Bar sentiasa ada- obie & team.


Dapatkan bekalan sabun madu anda sekarang!








Hari ini chef obie ingin berkongsi resepi
"goreng pisang rangup"
Chef obie telah mendapat panggilan daripada teman-teman kita la..
yang rajin melawat blog chef obie yang ala kadar ni,katanya.. kalau chef obie baik hati silalah
berkongsi resepi goreng pisang..janji rangup, boleh digorengkan untuk family atau boleh membantu
peniaga-peniaga goreng pisang kat Malaysia ni...
Chef Obie berterima kasih lah bebanyak kerana sudi hubungi chef obie pagi-pagi ni..Chef Obie akan
tunaikan permintaan anda itu... jeng..jeng..jeng..

RESEPI GORENG PISANG RANGUP

Bahan-bahan

4 cawan Tepung Beras
1 cawan Tepung gandum
1/2 kotak kecil Santan ( tidak kisah brand apa pun- kara, ayam brand, harmuni )
1 sudu Serbuk Penaik
1/2 sudu Kapur (optional)
1 sudu Serbuk Kunyit (optional)
1 biji telur
4 sudu besar Mentega / Marjerin ( dicairkan )
Garam secukup rasa
Air secukupnya
500ml Minyak Masak
1 cawan Shortening

Pisang

Cara-caranya

1.Anda perlu cairkan dahulu mentega / marjerin-apabila telah cair biarkan ia sejuk
( pastikan jangan sampai hangit)
2.Masukkan kesemua bahan-bahan termasuk telur dan air,pastikan kacau hingga sebati dan air gunakanlah secukupnya .
( Jika batter agak cair- masukkan sedikit lagi tepung beras, kita inginkan batter yang pekat-pastikan pekat tau macam..
mmm macam...santan dalam kotak tu )
3.Masa ni lah anda perlu memasukkan mentega/ marjerin yang telah cair itu ke dalam batter .kacau sebati..dan siap untuk digunakan.
(anda boleh menggunakan resepi ini untuk menggoreng pisang atau menggoreng roti sardine... selamat mencuba yea... peace)
4.pastikan minyak goreng dipanaskan terlebih dahulu, dan campurkan lelmak sayuran (shortening) tujuan penggunaannya adalah untuk mengcrispykan lagi pisang goreng kita ni..
Chef ni orang johor..jadi mesti nak sambal kicap...heee, pisang goreng cicah dengan sambal kicap.. perrrggg... petang-petang memang syok layan ni

24 ulasan:

  1. Minta izin amik resepinya yer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dipersilakan...dan selamat mencuba, peace... , chef obie memang sharing apa sahaja resepi kepada anda yang melawati blog biase2 ni..tq

      Padam
  2. salam chef,minta izin sy nk amik recepi chef.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm, dipersilakan...
      terima kasih dan selamat mancuba...
      peace

      Padam
  3. Salam Chef Obie,
    saya nak minta izin mengambil resipi2 Chef yang sedap2 belaka ni untuk menjamu family dan kengkawan.
    Terima kasih Chef.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. dipersilakan...
      cuba jgn x cube resepi chef..
      peace..

      Padam
  4. First time goreng pisang guna resepi chef obie........laku habis...memang rangup dan sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, terima kasih guna resepi chef obie...
      :)

      Padam
  5. Balasan
    1. di persilakan...ambil resepi ni yea....
      selamat mencube

      Padam
  6. Shortening dcampurkan dlm minyak utk menggoreng tu ke chef?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq bertanya..

      ya, shortening dicampur dlm minyak utk menggoreng

      Padam
    2. tujuan utk lebih rangup pisang gorengnyew...

      good luck

      Padam
  7. Shortening 2 ape?? n mane nk dapat??

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih bertanye,

      shortening itu - lelemak Sayuran ( berwarna putih , seakan marjerin rupanye, mudah didapati dipasaraya, kedai runcit & sebagainya ) kalau x jumpe juge, boleh didapati di kedai menjual bahan kek dan roti.

      Padam
  8. Balasan
    1. di persilakan copy..

      terima kasih menggunakan resepi chef..
      selamat mencuba

      Padam
    2. Pasal Shortening tu Chef!!
      Boleh ke gaulkan skali ke dlm bhn2 adunan utama. & x di campurkan dlm mnyk? Tq

      Padam
    3. tq bertanye...

      shortening jgn campurkan dlm adunan.

      Padam
  9. Chef Obie,
    Saya mintak izin untuk try resepi ni dan juga resepi Chef yg lain2 ya.

    BalasPadam
  10. slam chef obie..klu xguna shortening ble x..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm,

      terima kasih bertanye...
      boleh aje kalau x guna shortening...

      shortening... tujuan untuk merangupkan lagi
      goreng pisang tq

      Padam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... https://www.youtube.com/watch?v=CUCR_XgxZyI