CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Jumaat, 21 Disember 2012

Kek Barbie Doll 3D / Barbie Doll Cake 3D

Sebelum melabuh tirai 2012 ini, obie suka juga nak upload gambar kek Barbie Doll 3D ini , telah ditempah oleh pelanggan obie yang glamour dengan panggilan Kak Manja Lulu .., Kek istimewa ini adalah untuk anak kesayangannya yang bernama Qaseh Qaisara.. unik dan sedap namanya.., obie dah biasa berurusan dan berjumpa dengan kak manja lulu ni, Orangnya peramah dan baik hati.. begitu juga suaminya Abang Saiful a.k.a Ujang.. Pakar Burger tau.. kalau nak mencari gerai burger yang sedap dekat area Bandar Baru Ampang .. datanglah ke Merdeka Villa, dihadapan 7Eleven " BURGER UJANG ".Abang Saiful Dan Kak Manja Lulu sedia melayan anda.. dengan burger-burger yang sedap.. juga Oblong Ujang yang tak lekang dek panas tak lapuk dek hujan...betul ke pepatah yang obie wan cakap ni..heee ok la apa yang penting ...selamat melayan kek barbie doll 3D ini..
Kek Barbie Doll ini merupakan kek Chocolate, disaluti Chocolate ganache, Foundant, Marshmallow, Farrerro Rocher, juga cocoa jelly
Kepada anda yang suka dengan kek Barbie Doll ini boleh lah menempah dengan menghubungi HOTLINE 0127144840, juga boleh lihat kek 3D yang lain dalam folder Bulan September, Oktober dan sebelum juga selepasnya..
Terima kasih kerana melawat blog obie wan..., anda juga boleh friends dengan obie di facebook : obie wan kenobie ( muhamad gunawan jamil )

Terima Kasih

Petua Membuat Kek - Kelas Asas Membuat Kek ( Baking For Beginners )

Chef Obie  ingin berkongsi serba sedikit petua mengenai " Membuat Kek ", pasti ramai juga yang telah tahu dan pandai untuk membuat kek, walau bagaimana ..ilmu membuat kek atau ilmu apa sahaja perlu sentiasa dipelajari dan diperbaharui..kerana ilmu itu tiada penghujung mahupun penamat.., Obie juga sentiasa memperbaiki dan meneroka ilmu-ilmu baru dalam membuat kek ini..


Proses membuat kek adalah 'proses tepat' yang bahan-bahannya perlu seimbang antara satu sama lain bagaikan satu rumusan kimia.mm wah..macam obie wan ni scientis pula hee.. Malah, memang berlaku proses kimia apabila bahan kek mentah dibakar dan menjadi satu hidangan makanan/manisan yang lazat. Tidak dapat digambarkan keistimewaan perkataan 'kek' jikalau dibandingkan proses membuat adunan kek manis yang dibakar, disapu inti di tengahnya dan disalut gula aising, yang direka bentuk dengan mudah di sekeliling kek. Keindahan kek ini dapat memberikan kepuasan.

 Seni memasak kek ada unsur seni reka yang tersendiri. Kek adalah asas struktur, intinya sebagai lepa dan aisingnya sebagai jubin atau pertukangan papan, menjadikannya satu bentuk yang sempurna.Untuk membuat kek, bahan-bahan asasnya ialah gula, tepung, telur, lelemak... kepelbagaian boleh dicapai dengan menukar rasa, tekstur, rupa dan bentuknya untuk mendapatkan hasil kek yang baik. Berikut Obie wan telah menurunkan beberapa petua penting dalam seni menyediakan kek.

  ebook PERCUMA chef obie 

Dapatkan Sekarang !


Juga 4 ebook PERCUMA yang lain seperti 



  ebook PERCUMA chef obie Dapatkan Sekarang !



1.Semua bahan hendaklah berada pada suhu bilik melainkan jika resipi itu memerlukan bahan berkenaan sejuk, contohnya mentega. Jika terus digunakan dan peti sejuk, apabila dipukul mentega bersama gula dan telur, ia lambat mengembang apatah lagi menjadi gebu. Apabila dibakar dan dipukul sedang adunan belum cukup kembang, kek itu akan bantat dan tidak lembut. Begitu juga telur. Pukul satu-persatu supaya setiap kali dipukul udara dimasukkan. Ini menggebukan lagi kek itu.


 2.Fahamilah fungsi ketuhar anda sebab setiap ketuhar berfungsi secara berlainan. Bergantung berapa umur ketuhar, sama ada sudah uzur ataupun baru dibeli, waktu memanaskannya juga penting sebelum kek itu dibakar. Pastikan selalu memanaskan ketuhar dahulu. Jangan ketika hendak membakar kek baru hendak dihidupkan ketuhar ( jangan sesekali buat macam ni tau.. obie wan tidak rekemen cara mcm ni.. ). Selalunya 10-15 minit memanaskannya sudah mencukupi.

 3.Apabila membakar kek, letakkan ia di tengah-tengah ketuhar, melainkan resipi menyatakan sebaliknya.

 4.Jangan memukul terlalu lama apabila memasukkan tepung ke dalam adunan mentega, adunkan tepung hingga ia sebati sahaja. Memukul terlalu lama akan menarik struktur gluten pada tepinya dan menyebabkan kek keras. 


5.Untuk mendapatkan kek ringan dan gebu, mentega perlu dipukul sampai berkrim. Membakar kek suatu kerja mudah tetapi apa akan terjadi pada kek apabila ia dikeluarkan dari ketuhar?Masalah Yang Sering DihadapiJarang sekali kita dapat menentukan kenapa kek tidak menjadi seperti pada gambar resipi. Perlu ingat, semua bahan hendaklah ditimbang dengan betul dan gunakan penimbang serta camca penyukat dan acuan tin yang ditetapkan dalam resipi. Bukan cawan kopi, cawan teh tetapi cawan sukatan metrik. Dan bukan camca teh, camca makan di rumah... tetapi camca sukatan. Apabila kek sedang dibakar, jangan sekali-kali membuka pintu ketuhar sebelum tiga suku membakar kerana angin yang berlainan hawa akan membuatkan kek mendap di tengahnya. 

Mengapa- Kek Terlalu Lembap dan Leper ? 


Mengapa- Kek Merekah di Atas ?
Mengapa - Kek yang Mendap di Tengahnya ?

Ingin mengetahui jawapan nya sila dapatkan ebook Asas Buat kek & Tip secara PERCUMA di

  ebook PERCUMA chef obie 

Dapatkan Sekarang !



 Semoga kek anda menjadi.. :)




  ebook PERCUMA chef obie 

Dapatkan Sekarang !


Juga 4 ebook PERCUMA yang lain seperti 



  ebook PERCUMA chef obie Dapatkan Sekarang !










Terima Kasih

Kek Kamera Nikon Dslr Version 3 / Camera Nikon Dslr Cake Version 3

Salam Obie wan suka nak upload gambar kira terbaru juga la, walau da seminggu juga berlalu .. yang penting gambar kek tiada expired date!Pelanggan obie wan kali ni inginkan lain sedikit daripada kek kamera yang biasa obie buat, bezanya kek kamera berlapikkan bantal ataupun cushion... menarikkan, apa pun bantal juga adalah kek foundant. ( Kek Chocolate disaluti chocolate ganache dan foundant.)Semoga kek 3D ini menarik minat anda !Kek Kamera Nikon Dslr Version 3 / Camera Nikon Dslr Cake Version 3
macammana persembahan ok ke tidak, walaubagaimanapun obie wan akan cuba memenuhi permintaan pelanggan,kalau nak yang macam ni..ada yang nak macam tu .. tidak kira la apa sahaja yang pelanggan inginkan akan obie wan cuba merealisasikannya..!Testimoni ada di facebook obie wan.. kepada sesiapa yang berminat ingin membuat tempahan ,hubungi HOTLINE 0127144840, Anda juga boleh melihat creation cake 3D ini dalam folder bulan November, Oktober..senang kata bula-bulan yang lepas, .... my silver LOVE , PEACE AND RESPECT

Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign