CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Selasa, 28 April 2015

Resepi Cucur Udang Mudah Dan Sedap




RESEPI CUCUR UDANG MUDAH DAN SEDAP

Bahan

500 gm Udang Kertas @ Udang Geragau jika suke
1 biji telur ( jika tiada telur pun tak mengapa )
1 Biji Bawang Besar
1 cawan Taugeh ( telah dicuci bersih )
1/2 cawan Bertih Jagung manis
Daun Kucai secukupnya
2 cawan Tepung Gandum ( secukupnya )
1 sudu besar Minyak masak @ marjerin
sedikit serbuk kunyit
1 sudu kecil Soda Bicarbonate @ baking powder
Garam sebagai perasa
Air secukupnya

Cara Membuat

1.Dalam mangkuk, satukan ke semua bahan, kacau sebati.
Pastikan aduna telah sekata dan biar adunan sekurangnya 5 minit sebelum menggoreng.

2.Goreng pada minyak yang telah panas dan api yang sederhana, Goreng sehingga keemasan.

3.Tapis @ toskan minyak yang ada pada cucr yang telah digoreng.

4.makan bersama cili sos, kuah kacang atau sambal kicap...perrrgh! Selamat Mencuba... dan jangan dapatkan ebook terbaru daripada chef obie..


 Dapatkan ebook terkini chef obie sila klik




Terima Kasih

Biskut Coklat Terbaru : Mama Styles Cookies


 Resepi Ciptaan Terbaru Chef Obie yang diberi nama “styles cookies”, memilik keunikan dari segi saiz bentuk,warna dan rasa.Selain mudah ia juga menyeronokkan untuk membuat cookies fusion ini.Mereka yang suka dengan sesuatu yang simple tetapi menarik boleh gunakan resepi style cookies ini.Chef obie menyediakan 10 jenis “styles cookies” sebagai pilihan di hari raya mahupun untuk pelbagai sambutan.

Ia juga sesuai untuk dijadikan goodies dan hamper.Styles Cookies tidak memerlukan coklat masakan mahupun coklat kompaun sebagai hiasan ia dihasilkan tanpa perlu sokongan coklat untuk kelihatan cantik dan sedap.Hari ini chef kongsikan salah satu resepi menarik 'Styles Cookies- iaitu Mama Styles Cookie.


Mama  Styles Cookies 
( mesti gabungan coklat & vanilla )

Bahan Doh Plain

250gm Tepung Gandum
1 sudu besar Tepung Jagung ( brown &polson )
50 gm Nestum dikisar halus
250 gm Mentega / marjerin
160 gm Gula Aising
1 sudu kecil Esen Vanila

Bahan Doh Coklat

150 gm Tepung Hairan Kek Coklat Moist
100 gm Tepung Gandum
1 sudu besar Tepung Jagung ( brown &polson )
50 gm Nestum
250 gm Mentega / marjerin
160 gm Gula Aising

Cara  Membuat

1.Satukan ke semua bahan dalam mangkuk dan uli sehingga menjadi doh.
2.uli dan gulung doh memanjang atau menggunakan piping bag pastikan saiz seperti sebatang straw,perlu diingat styles cookies saiz setiap doh yang diuli perlukan saiz seakan sebatang straw minuman. 
3.Cara buat doh coklat- satukan ke semua bahan dalam mangkuk dan uli sehingga menjadi doh seperti doh plain.
4.Susun setiap doh yang telah diuli menjadi seakan straw minuman atas Loyang atau dulang.Susun rapat-rapat antara setiap doh yang telah diwarnakan dan diuli.Apabila telah siap disusun.Sejukkan sebentar dalam peti sejuk selama 30 minit.
4.Keluarkan doh dari peti sejuk, potong bersilang seperti bentuk 3 segi, anda boleh memotong memanjang jika suka,Styles cookies hanya sesuai bentuk 3 segi dan 4 segi kerana keunikannya dan tiada pembaziran doh.Hias dengan gula manik
5.Bakar pada suhu 160’c selama 18 minit.



Mama Styles Cookies ini boleh anda gunakan untuk hidangan biskut raya tahun ini, malah kepada anda yang ingin membuat bisnes pun sesuai- tak kire lah bisnes biskut raya mahupun hamper dan goodies.Mama Styles Cookies ini juga telah dikongsikan resepinya di Majalah AROMA terbitan Suri Media Sdn Bhd untuk keluaran edisi hari raya tahun ini, anda juga boleh dapatkannya dipasaran sekarang!

 Dapatkan ebook terkini chef obie sila klik

Terima Kasih

Rainbow Styles Cookies Biskut Raya Baru Yang Unik !


Doh Styles  Cookies Yang belum dibakar

 Resepi Ciptaan Terbaru Chef Obie yang diberi nama “styles cookies”, memilik keunikan dari segi saiz bentuk,warna dan rasa.

Selain mudah dibuat ,ia juga menyeronokkan untuk membuat cookies fusion ini.Mereka yang suka dengan sesuatu yang simple tetapi menarik boleh gunakan resepi style cookies ini.

Chef obie menyediakan 10 jenis “styles cookies” sebagai pilihan di hari raya nanti, resepi yang lain chef telah kongsikan dalam page- resepi Biskut , kek , roti & pastri .

Rainbow Styles Cookies dicipta  untuk pelbagai sambutan.Ia juga sesuai untuk dijadikan goodies dan hamper.

Styles Cookies tidak memerlukan coklat masakan mahupun coklat kompaun sebagai hiasan ia dihasilkan tanpa perlu sokongan coklat untuk kelihatan cantik dan sedap.Hari ini chef kongsikan salah satu resepi menarik 'Styles Cookies- iaitu Rainbow Styles Cookie.


 Rainbow Styles

Bahan

250gm Tepung Gandum
1 sudu besar    Tepung Jagung ( brown &polson )
50 gm  Tepung Susu
250 gm            Mentega / marjerin
160 gm            Gula Aising
1 sudu kecil     Esen Vanila
Pewarna – Ungu Violet,,Biru,kuning,jambu,merah,hijau epal

Cara  Membuat
1.Satukan ke semua bahan dalam mangkuk dan uli sehingga menjadi doh.Bahagikan kepada 7 bahagian untuk diwarnakan- dan satu bahagian tanpa warna .

2.uli dan gulung doh memanjang atau menggunakan piping bag pastikan saiz seperti sebatang straw,perlu diingat styles cookies saiz setiap doh yang diuli perlukan saiz seakan sebatang straw minuman.

3.Susun setiap doh yang telah diuli menjadi seakan straw minuman atas Loyang atau dulang.Susun rapat-rapat antara setiap doh yang telah diwarnakan dan diuli.Apabila telah siap disusun.Sejukkan sebentar dalam peti sejuk selama 30 minit.

4.Keluarkan doh dari peti sejuk, potong bersilang seperti bentuk 3 segi, anda boleh memotong memanjang jika suka,Styles cookies hanya sesuai bentuk 3 segi dan 4 segi kerana keunikannya dan tiada pembaziran doh.Hias dengan gula manik

5.Bakar pada suhu 160’c selama 18 minit.


Rainbow Styles Cookie ini  boleh anda gunakan untuk hidangan biskut raya tahun ini, malah kepada anda yang ingin membuat bisnes pun sesuai- tak kire lah bisnes biskut raya mahupun hamper dan goodies.

Rainbow Styles Cookies ini juga telah dikongsikan resepinya di Majalah AROMA terbitan Suri Media Sdn Bhd untuk keluaran edisi hari raya tahun lepas , anda juga boleh dapatkannya dipasaran sekarang!Tahun ini Styles Cookies dikongsikan pula dalam Majalah SAJI keluaran khas hari raya nanti...


Doh Rainbow Styles Cookie sebelum dibakar.


Semoga kehadiran Rainbow Styles Cookies ini memberi variasi kepada biskut-biskut raya tempatan yang sedia ada dipasaran .Kepada anda juga jangan ketinggalan untuk  Dapatkan ebook terkini chef obie sila klik



Terima Kasih

Resepi Mint Sauce Untuk Kambing Golek / Panggang


RESEPI MINT SAUCE UNTUK KAMBING PANGGANG
( resepi pebret chef obie )

Bahan

Segenggam / Seikat Daun Pudina Segar ( di cincang halus )

1 cawan Extra Virgin Olive Oil

1 sudu besar Gula

1/2 biji perahan Lemon

2 sudu besar cuka epal

1 sudu kecil garam

Cara-cara

1. Cincang daun pudina, letakkan ke dalam mangkuk .
2. Tuangkan extra virgin olive oil ke dalam mangkuk yang berisi daun pudina yang telah dicincang.
3. Masukkan cuka epal , gula dan garam kacau sebentar.
4. Simpan didalam bekas berpenutup. Simpan didalam peti ais sekurangnya 2 jam.sebelum digunakan.
5. Mint Sauce ini boleh tahan sehingga sebulan.

Selamat mencuba.. kepada bro yang inginkan resepi mint sauce daripada obie kelmarin..sila take note..
boleh try dengan kambing golek istimewa bro tu.., juga kepada anda mint sauce ni juge sesuai untuk lamb chop selain lamb grill dan roast lamb..

peace



 Dapatkan ebook terkini chef obie sila klik






Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign