CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Rabu, 15 April 2020

#StayAtHome : RESEPI EPOK-EPOK BERJERAWAT / KARIPAP CRISPY CHEF OBIE

#StayAtHome : RESEPI EPOK-EPOK BERJERAWAT / KARIPAP CRISPY CHEF OBIE 


Alhamdulillah syukur , masih digerakkan hati untuk berkongsi resepi yang mudah , yang pasti free aje , korang rajin-rajinkanlah diri di kala MCO / PKP ini , Semoga ada manfaatnya InshaAllah .






Bahan

1.5 kg Ubi Kentang potong dadu ( Goreng asingkan )

500gm Keledek potong dadu ( Goreng asingkan )


PES inti Epok-epok

4 biji Bawang Merah dikisar
1 biji Bawang Merah dimayang
5 biji Shallot @ Bawang kecil dikisar
2 ulas Bawang Putih kisar
1 inci Halia tua kisar
5-7 btg Cili API Merah dihiris
5 sdb Rempah Kari Ikan
1 sdt Serbuk kunyit
1 tin Sardine kecil
2 sdb Udang Kering (rendam seb ntar )
6 sdb gula pasir
1 sdb Garam
(Jika anda ingin menambah lagi perasa dgn menggunakan Serbuk stok ayam atau msg itu terpulang)
3/4 cawan Minyak Masak

Cara Penyediaan :

1.Panaskan Minyak,masukkan Bawang yg dimayang tumis sebentar, kemudian semua bahan kisar,kacau mesra sehingga pecah minyak,giliran rempah Kari Dan Serbuk Kunyit.
2.Kemudian,Cili API ,udang kering dan sardine,kacau hingga mendidih,masukkan gula Dan Garam **jika and ingin tambah lagi perasa itu terpulang.kacau hingga pecah minyak.
3.Masukkan Ubi Kentang & keledek yg tlh digoreng asing tadi.Kacau mesra dgn PES ini.Matikan api,biar sejuk diluar pada suhu bilik sebelum digunakan.

Doh Epok-epok atau Karipap Rangup
Bahan
1 kg Tepung Gandum
2 sdb Marjerin Planta / Pelangi
1/2 cawan Minyak
1 1/2 sdt Garam
1 cwn Air sejuk

Cara Penyediaan

1.Panaskan Minyak+Marjerin.Marjerin sebati Dan cair matikan api, biar 4 minit sebelum digunakan.
2.Satukan ke semua bahan dalam bowl besar,uli & ramas perlahan-lahan sehingga Menjadi doh yg lembut,( tiada lebihan Tepung di permukaan bowl ) wrapingkan dgn cling film,sejukkan Dlm peti sejuk sekurangnya 3 jam sebelum dicanai.
3.Canaikan doh mengikut citarasa anda,kelim doh Dan gunakan inti epok-epok kegemaran anda. Goreng hingga kuning keemasan.


Epok-epok Berjerawat @ Karipap Crispy Chef Obie

Jika Anda inginkan sesuatu yang lebih sistem , standard , berjadual dan kosting itu semua didalam kursus atau kelas masakan mahupun baking perniagaan , ia bergantung situasi dan keperluan anda diluar sana.


Walau bagaimanapun semoga anda diluar sana dapat membuat dan menggunakan resepi chef obie ini sebaiknya , jika buat untuk keluarga mahupun bizz kecil-kecilan silakan praktikkan resepi ini. Chef Obie  telah lama berkongsi resepi dalam pelbagai medium - media massa , tv , majalah tempatan , akhbar mahupun online selain aktif membentuk peniaga-peniaga baru dan lama juga usahawan makanan tempatan mahupun luar negara . Melalui Page facebook Chef Obie menambah jaringan komunikasi terhadap anda diluar sana ,

Whatsapp 


Sukacita Chef Obie Menjemput Anda yang menghargai industri Makanan Dan Seni Untuk 




Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign