CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

RESEPI MASAKAN


Perhatian : 

 Pihak chef obie sedang membaik pulih page - resepi masakan ini.
berlaku kesilapan teknikal , apabila semua resepi terdeleted & tidak saved .
Harap kepada anda yang mencari resepi dalam page ini harap bersabar kerana pihak chef obie sedang cuba atasi. 


FOLLOW & LIKES



Follow chef obie di IG : chef_obie_official
whatsapp 0172260719
email :gunawan.jamil@gmail.com



website: chefgunawanmalaysia.blogspot.com

malaysiapropertiespure.blogspot.com

RESEPI WESTERN INDIAN FRIED CHICKEN Oleh Chef Obie 



Jom Terus ke Resepi..

WESTERN INDIAN FRIED CHICKEN
( Menghasilkan 15 keping )

Bahan Perapan Sebentar

5 Keping Potongan Ayam Chicken Chop ( Bahagian Peha ) dipotong 3 untuk sekeping & telah dicuci bersih
1 biji Telur Saiz C/D
1 sdm Serbuk kunyit
2 sdm Unsulted Butter
1 sdt Garam
Daun Kari Secukupnya 

Cara Penyediaan :

1.Kepingan ayam chicken chop yang telah dipotong 3 , ke dalam mangkuk, pecahkan sebiji telur yang dingin ( dari chiller ) , daun kari secukupnya, unsulted butter ,serbuk kunyit dan garam di gaul mesra .Kemudian Ketepikan perapan ini didalam peti sejuk atau chiller selama 30 minit.



Bahan Tepung Western Indian Fried Chicken

2 cawan Tepung Tepung Gandum
1 sdt Tepung Jagung
3 sdm Cayyene Powder
1 sdt Serbuk Cili
2 sdm Serbuk Chiken Stok
3/4 sdm Garam Vacuum
1 sdm Rempah Kari Ikan
1 sdm Rempah Kari Daging

*1 sdm Biji Sawi
Daun Kari Tua Secukupnya
setangkai Cili Kering digunting

Cara Penyediaan Tepung :

1. Satukan ke semua bahan kering seperti tepung gandum, rempah kari, tepung jagung , garam vacuum , cayyene powder , serbuk cili dalam penapis , Sila ayak semua bahan ini diulang sehingga 3 kali. ( bagi memastikan semua bahan tepung western Indian Fried Chicken ini mesra cantik )

2.Setelah 3 kali tapisan , masukkan biji sawi , cili kering digunting dan daun kari tua , gaul mesra.



Cara Penyediaan Untuk Menggoreng Western Indian Fried Chicken :

1.Kepingan ayam yang telah diperap sebentar dalam chiller dikeluarkan .

2.Panaskan minyak masak secukupnya untuk menggoreng.

3.Apabila minyak telah panas , Sila pastikan adunan tepung ditapis berada berdekatan anda dan juga ayam perapan.


4.Ambil sekeping dahulu ayam , masukkan ke dalam adunan tepung , bolak baikkan.
ditoskan supaya sisa tepung jatuh.


5.Gorengkan dalam minyak panas. Lakukan satu demi satu sehingga selesai.

6.Goreng sehingga warna keemasan dan keperangan serta bau yang wangi mula keluar.Angkat dan toskan minyak .

 

7.Siap untuk dinikmati begiru sahaja mahupun dinikmati bersama nasi mahupun starch yang lain ( mash potato , kentang goreng mahupun pasta )




RESEPI RAJA KARI AYAM FAIZA Oleh Chef Obie #bmf
( hidangan 6 orang )

Bahan
1/2 ekor ayam ( potong 6 )
1 paket kecil Rempah Kari Raja Faiza
1 sdb Serbuk Kunyit Faiza
2 inci Halia kisar
1 inci Lengkuas diketuk
1 biji Bawang Merah kisar
2 ulas Bawang Putih kisar
1 biji Bawang Merah dimayang
Rempah sekawan secukupnya
3 biji tomato potong wedges
2 biji Ubi Kentang dipotong
1 keping Asam gelugor
1 cawan Santan segar
2 cawan Air
1/2 cawan yogurt
2 sdb Gula pasir
3/4 ssb Garam
*Perasa option jika anda suka.
Daun Ketumbar secukupnya
1/2 cawan Minyak Masak SAJI

Cara Penyediaan


1.Panaskan Minyak ,masukkan rempah sekawan , Bawang mayang tumis hingga wangi Dan garing , Masukkan ke semua bahan kisar ,Lengkuas diketuk.





2.Apabila pecah minyak ,masuk 1 paket Rempah Raja Kari Faiza ,tumis sebentar sehingga wangi. Masukkan ayam bersama dgn rempah Serbuk Kunyit.Biar 3 minit


3.Masukkan air ,asam gelugor Dan Kentang biar mereneh , giliran Santan segar ,tomato ,gula Dan Garam .
4.Apabila merenah lagi & Ubi Kentang telah empuk ,masukkan yogurt kacau mesra. Matikan api ,taburkan daun Ketumbar Dan sedia utk dihidang.





RESEPI & MENU HARI RAYA AIDILFITRI :
KUAH KACANG SEDAP DI PAGI SYAWAL


by Chef Obie *** sesuai utk mereka yg alergik seafood .
Nikmat makan bersama ketupat Nasi,lemang,ketupat palas,Nasi impit daun pisang ,mahupun Nasi impit Segera Dan sesuai sangat makan bersama satay.

Bahan Utk Kacang Tanah


500 gm Kacang Shantong atau Kacang Tanah Gred A
500 gm Kacang Tanah Biasa
1/2 cawan Minyak Masak SAJI
Cara Penyediaan



1.Panaskan Minyak ,gorengkan campuran kacang tanah sehingga Masak. Ketepikan .
( Kisarkan bersama 2 liter Air )

Bahan Tumis Darat

1 cawan Minyak Masak
4 biji Bawang Merah kisar
1 ukas Bawang Putih Kisar
1 inci Halia Tua Kisar
1 inci Lengkuas kisar
1 inci Kunyit Hidup
5 btg Cili Kering ( Rendam/ Rebus ) kisar jika anda ingin pedas sila lebihkan cili kering.
1 btg Serai diketuk
2 sdb Garam Bukit

Cara Penyediaan



1.Panaskan Minyak , masukkan Serai Dan bahan kisar yg lain,tumis sehingga pecah Minyak, Masukkan garam.kacau sebentar Dan matikan API.

Cara Memasak Kuah Kacang Sedap Chef Obie :

Bahan - 

1 keping Asam Gelugor
2 cawan Gula Pasir ** Anda boleh kurangkan
2 cawan Gula Merah
2 sdb Serbuk Stok Ayam



1.Masukkan kacang tanah dikisar dan lengkuas 1 inci yg telah diketuk dgn air ke Dalam pot yg besar, didihkan.Kacau kuah dgn konsisten ,perlahan lahan yg calling Utama di bahagian tengah pot Perlu dikacau dahulu.Bagi mengelakkan hangit.


2.Masukkan tumisan Darat ke Dalam kuah.Kacau perlahan Dan biarkan ia Mendidih lagi.( Sebaiknya penggunnaan API sederhana Dan kecil sahaja.




3.Apabila Mendidih ,boleh masukkan 2 sdb Kicap Pekat , Gula Pasir ,gula Merah dan sekeping asam gelugor.



6.Kacau perlahan sehingga memekat Dan Mendidih.Siap untuk dihidang Kan.






RESEPI RENDANG TOK PERAK Chef Obie

Bahan Perapan Daging

1.4-1.5 kg Daging Sirloin ( Potong Kiub )
1/2 cawan Biji Ketumbar disangai Dan dikisar
3 sdb Jintan Manis disangai Dan dikisar
1 sdt Jintan Putih disangai Dan dikisar

Cara Penyediaan






1.Daging dilumurkan mesra dgn Perapan semua bahan kisar . Simpan dlm peti sejuk biar semalaman.




2.Didihkan 3 cawan air ,masukkan daging yg telah diperapkan sehinga daging empuk dan kering kemudian asingkan.

Bahan Tumis & Renehan


1/2 cawan Minyak Masak
4@5 biji Bawang Merah dikisar
5 tangkai Cili Kering ( anda boleh lebihkan ) dikisar
2 ulas Bawang Putih dikisar
2 inci Halia Tua dikisar
1 inci Lengkuas dikisar
4@5 batang Serai dikisar
1 biji Buah Keras dikisar
1 btg Kulit kayu Manis
4@5 biji Bunga Lawang
6 biji Buah pelaga
Daun Kunyit secukupnya dimayang
1 liter kotak Santan , jika guna santan Segar Dan pekat juga 1 liter.
2 cawan gula Merah
1/2 cawan gula Pasir
1 sdb Garam
1/2 cawan Air Asam Jawa
3/4 atau 1 cawan kerisik

Cara Penyediaan






1.Panaskan Minyak,tumiskan bunga kawang,kayu Manis,buah pelaga apabila wangi masukkan ke semua bahan kisar, Tumis sehingga pecah minyak.




2.Masukkan daging yg telah direneh empuk.kacau mesra.Masukkan Santan.Pastikan api sederhana atau maintain kecil.Masak tanpa dipaksa menghasilkan hidangan yg hebat Dan tahan lama.


3.Apabila mendidih Masukkan gula Merah Dan gula Pasir.Kacau mesra jgn sampai hangit.
Teruskan kacau sehingga memekat.Santan yg bagus akan menjadikan Rendang tok gelap Dan lebih rasa.


4.Masukkan air Asam jawa ,kemudian Kerisik, kacau mesra lagi.


5.Semakin memekat , giliran daun Kunyit Dan Garam.


6.Kacau sehingga megering Dan Minyak daging mengeluar. bau wangi Rendang Tok semakin ketara.


7.Semakin garing anda kacau semakin umph Rendang Tok Perak !
Santan yg bagus Akan menghasilkan Rendang Tok yg sedap ... InshaAllah.
Bolehlah dinikmati dgn lauk pauk yg lain di Hari Raya nanti.

RESEPI UNTUK HAKAK-HAKAK & ABAM-ABAM : NASI AYAM THAI CHEF OBIE



Resepi untuk hakak2 & abam2 : NASI AYAM THAI CHEF OBIE


Bahan Air Rebusan & Sup Ayam Thai

1 ekor Ayam ( potong 12,8,6 )
11/2 liter Air
3 btg akar Daun Ketumbar ( cuci bersih )
2 inci Halia Tua ( Hiris )
1 sdb Garam ( korang boleh kurangkan jika x suke garam lebih )
3 sdb Stok Ayam


Bahan Nasi



600gm @ 3/4 mangkuk Beras ,Chef guna Beras faezah herba poni.korang boleh guna Beras Biasa atau Beras wangi thai.
1 suku liter Air Rebusan
Ayam
2 sdb Minyak Kelapa #medetopmalaysia


Bahan Sos Cili Nasi Ayam Thai


5 btg Cili Api Merah ( dihiris )
5 btg Cili Api Hijau ( dihiris )
2 sdb Sos Ikan Thai
1 sdt Kicap manis
4 sdb Sos Cili Thai
1/2 biji perahan jus Limau nipis
Sedikit hirisan daun ketumbar
1 sdt gula pasir

Cara Penyediaan



1.Didihkan air ,masukkan akar ketumbar ,halia ,potongan ayam , Garam Dan stok ayam.Biar mendidih.


2.Setelah mendidih,keluarkan ayam.


3.Masukkan air rebusan ke dalam Beras yang telah dicuci dlm rice cooker.


4.susun ayam atas Beras, Dan masukkan Minyak kelapa medetop.Kemudian set Masak seperti Nasi Putih.








5.Siapkan sos Nasi ayam Thai.
Satukan ke semua bahan So Cili Nasi ayam Thai.Kacau mesra.dan siap utk digunakan.


6.Baki air rebusan dijadikan sup utk Nasi ayam,taburkan daun ketumbar.boleh di tambah air lagi.



7.Apabila Nasi ayam Thai telah Masak di rice cooker.Susun dipinggan Dan hidangkan.
Selamat Mencuba..


dari kiri Chef Obie , Asist Faris & Chef Hamzah





RESEPI NASI PAELLA ( NASI SEPANYOL )



Bahan
3 cawan Beras Basmathi
300gm Sotong saiz kecil
15 keping mussel
15 ekor Udang sederhana
1/2 cawan Minyak Masak medetop
2 biji tomato Merah potong wedges
1/2 cawan Tomato puree
1 sdt Lada hitam ketuk
1/2 biji bawang Holland mayang
7 ulas Bawang Putih cincang
1/2 biji Cili benggala @ capsicum potong dadu, secubit Saffron ( option )
1liter Air tapis Coway atau Air Rebusan Ayam ( keperluan air seperti anda menanak Nasi Putih )
Herb-thymes,bay leaf
Celery / Lobak Merah option jika tiada abaikan.
Garam,gula atau stok ayam sebagai perasa, Perahan Lemon

Cara Penyediaan :



1.Panaskan Minyak,tumis Bawang Putih,capsicum,herbs,saffron,tomato & tomato puree



2.Masukkan Air Rebusan Ayam,biar mendidih,masukkan ke semua seafood & perasakan dgn Garam gula.juga Giliran Beras basmathi yg telah dicuci masuk ke dalam tumisan.kacau lebih kurang 5 minit.Jika anda suka boleh letak celery atau lobak Merah.



3.Teknik Short cut bagi memudahkan Cara meMasak Paella ini. Pindahkan semua bahan tumisan ini ke Dlm rice cooker,angkat dahulu seafood,masukkan Beras Basmathi Dan air rebusan Akhir sekali masukkan seafood di bahagian atas Beras.Kemudian Masak seperti menanak Nasi di rice cooker...mudah Sempoi...tunggu masa masak.., selepas masak..perahkan jus lemon...ok mudahkan..

RESEPI BROCCOLLI SOUP MEDETOP


Bahan


1/2 cawan Minyak Kelapa Medetop
350 gm Broccoli ( dicelur dan kisar )
250 gm US Potato ( dicelur dan kisar )
2 ulas Bawang Putih dicincang
1 helai Daun Bay
600ml Air
1 sdm Garam Himalaya @ Bukit
1 sdm Gula @ gula perang
1 sdt Serbuk Lada Sulah
1 sdt Lada Hitam diketuk

Hiasan : 




Daun Parsley Segar & Garlic Bread

Cara Penyediaan :


1.Panaskan minyak kelapa medetop, tumiskan bawang putih hingga garing , 



 


2.Masukkan broccoli yg telah dicelur dan kisar , Kemudian letak daun bay dan biar mendidih .

 



3.Masukkan kentang lenyek @ dikisar, 


4.Perasakan dengan garam,gula ,lada sulah & lada hitam. Kacau mesra sehingga pekat kemudian matikan api.


4.Siap untuk dihidang dinikmati bersama garlic bread medetop..resepinya coming soon..tomorrow yea.. 

RESEPI MASAK LEMAK CILI API NANAS IKAN ASIN MEDETOP

 


Bahan

12 Biji Shallot ( kisar )
1 biji Bawang Merah ( kisar )
3 btg Serai ( 2 diketuk 1 kisar )
20 btg Cili Api Merah ( kisar )
7 btg Cili Api (tanpa dikisar )
10 btg Cili Akar ( kisar )
1 sdm Serbuk Kunyit
1 kotak kecil Santan KARA
3 keping Asam Gelugor
2 biji Tomato potong wedges
1 helai Daun Kunyit
Air secukupnya
Gula & Garam sebagai perasa
1 biji Nanas Morris ( potong kiub ikut kesesuaian )
* ikan Asin jenis -Tulang ikan Kurau + Isi kurau dipotong dan digoreng garing menggunakan minyak kelapa medetop

Cara Penyediaan :




1.*Goreng garing ikan asin dengan minyak medetop dan ketepikan.


2.Panaskan Kuali @ Periuk , masukkan semua bahan kisar, serai , serbuk kunyit .Biar mendidih sebentar. Masukkan Nanas , Tomato , air secukupnya dan asam gelugor







3.Mendidih , masukkam ikan asin digoreng dan daun kunyit, kacau sebentar.Masukkan santan KARA kacau perlahan-lahan dgn api sederhana.


5.Perasakan dgn gula dan garam ( jika anda suka boleh gunakan stok ayam atau msg )


6.Jika anda ingin masak lemak cili api ini berkuah pekat biar ia mereneh dgn api kecil.


7.Siap untuk dihidang dgn Nasi Putih panas..layan pula dengan sambal belacan dan ulam ulaman..memang padu! Selamat Mencuba


RESEPI DAGING SALAI UDANG MENTEGA MEDETOP



Terima kasih sudi menjengah ke blog kesayangan chef obie ini...
korang yang tercari-cari resepi fushion yang simple dan sedap untuk dinikmati tanpa
membelakangkan menu yang sihat dan cara masak yang sihat..bolehlah mencuba resepi dibawah ini !
Cubalah menggunakan Minyak Kelapa Dara atau VCO Virgin Coconut Oil jenama MEDETOP! 
Boleh didapati di Farmasi-farmasi berdekatan Anda !

Resepinye..






Bahan 


500gm Daging Salai
300gm Udang Sederhana
2 sdb Minyak Kelapa Dara
2 sdb Mentega
4@5 ulas bawang putih cincang
2 tangkai Daun Kari
5 tangkai Cili Padi & Cili api dimayang kasar
1 sdt lada hitam diketuk
1/2 cawan Susu Cair
1/2 cawan Air
gula dan garam sebagai perasa

Cara Penyediaan : 







1.Panaskan minyak kelapa & mentega , tumiskan bawang putih , daun kari dan udang. guna api tinggi sebentar.







2.Masukkan air & susu cair serta daging salai.Bira mereneh, masukkan cili padi & api ,lada hitam serta gula dan garam.Biar seketika. Dan Siap utk dihidang bersama nasi putih..enak dimakan panas-panas 😄😄😄

Abang jamil kata..nak makan lepas solat jumaat...okayla..jawapnye..kite akan panaskan balik lah..Dagai Salai Udang Mentega ni...muaaaaah ..





#dagingsalai #dagingsalaiudangmentega #mentega #medetop #minyakkelapa #minyakkelapamedetop #bengkelmasakan #kelasmmasakanbizz



TAJUK : NASI LEMAK SALMON MEDETOP

Salam & Selamat berhujung minggu kepada anda semua , terima kasih kerana melayari blog chef obie pagi-pagi ni yang tercari-cari resepi nasi lemak yang mudah , sedap dan dengan cara memasak yang sihat untuk keperluan tubuh badan selain  untuk kelihatan cantik luar dan dalam.Korang memang tak silap langkah jika korang dalam proses perubahan dalam diet pemakanan.Baik tua muda perlukan penjagaan kessihatan tubuh badan dari awal .Mulakanlah sekarang ! 

Chef obie akan kongsikan RESEPI NASI LEMAK SALMON MEDETOP yang mudah , sedap , sihat cantik luar dan dalam ! langkah demi langkah bergambar okay...

Mengapa chef boleh kata dengan menggunakan resepi ini boleh cantikkan luar dan dalam ? Smemstinya dengan penggunaan bahan utama dalam resepi ini MINYAK KELAPA MEDETOP adalah minyak kelapa dara atau lebih dikenali dengan VCO atau Virgin Coconut Oil."

Baiklah chef obie kongsikan info VCO selepas perkongsian RESEPI NASI LEMAK SALMON MEDETOP ini..Selamat Mencuba



Nasi Lemak Salmon Medetop
( 10 orang )

Bahan untuk Nasi 


1 kg Beras ( dicuci bersih )
1 btg Leek / 3 helai daun pandan
1 cawan @ 240ml Sus Rendah lemak 
1/2 cawan Minyak kelapa Medetop
Air secukupnya 
1 sdm garam himalaya @ bukit
1 sdm gula perang

Cara Penyediaan : 






1.Satukan ke semua bahan diatas dlm periuk nasi.



2.Tanak nasi seperti biasa.


Bahan Untuk Sambal Bilis Medetop

150 gm Ikan Bilis 
1/2 cawan Minyak Masak Kelapa Medetop
1 cawan Cili kering kisar ( direbus , buanv biji & cuci bersih )
3 biji bawang besar kisar
3 biji bawang shallot ( kecil ) kisar
1/2 inci halia tua  kisar 
1 ulas bawang putih kisar
1/2 cawan Air Asam Jawa
3 sdm Gula Perang
3 sdm Gula Pasir
1/2 sdm Garam Himalaya @ Bukit
Air secukupnya

Cara Penyediaan 






1.Panaskan minyak kelapa medetop , tumiskan ikan bilis dahulu biar garing seketika masukkan semua bahan kisar, kacau sehingga naik minyak & pastikan menggunakan api yg sederhana.






2.Masukkan air asam jawa , dan air sekiranya perlu.Kemudian perasakn dgn gula perang, gula dan garam himalaya utk maksima rasa sedap dan sihat ! Biar mereneh seketika. Dan siap untuk dihidang bersama nasi lemak medetop.





Bahan Untuk Salmon Grill Medetop


Potongan Ikan Salmon secukupnya
2 sdm Minyak kelapa medetop
1/2 sdm serbuk lada sulah
1/3 sdm lada hitam ketuk
1 sdt garam himalaya @ bukit

Cara Penyediaan





1.Perapkan sebentar 2@3 mnt semua bahan pada ikan salmon.




2.Panaskan pan, panggang ikan salmon dimulai dengan bahagian kulit.guna api panas.


3.Bolak balik kan sisi ikan. Masak dlm masa 3 minit shj.




mmmm....lazatkan..tengok aje dah menyelerakan...korang cuba resepi ini sebagai resepi nasi lemak korang yang sihat !

Dibawah ini chef obie kongsikan info Mengenai VCO


MINYAK KELAPA DARA atau VIRGIN COCONUT OIL VCO

Minyak Kelapa Dara adalah minyak yang dihasilkan dari buah kelapa ‘organik’ yang segar, (bukan dari kopra) dengan kaedah yang tidak melibatkan penggunaan sebarang bahan kimia, suhu yang tinggi, tidak terhidrogen walaupun sebahagian, tidak juga menggunakansebarang bahan pencair (‘solvent’) untuk mendapatkan hasil yang tinggi. Diantara ciri-ciri lain Minyak Kelapa Dara ialah, ia mengandungi lauric acid yang tinggi, sekitar 50-57 % , dan capric acid sekitar 6-7 %. Tidak mengandungi trans fatty acid kerana ia tidak melalui proses penghidrogenan walaupun sebahagian, dan masih mengekalkan kandungan anti oksida asliTidak  melalui proses nyah bau dan nyah warna, dan masih mengekalkan bau aroma dan warna yang asli.

Oleh kerana penghasilannya sebagaimana perlakuan di atas, ia mempunyai jangka hayat yang lama (sekurang-kurangnya 2 tahun) berbanding   jangka       hayat minyak biasa yang cuma menjangkau maksimanya 1 tahun.
Sementara bagi minyak kelapa biasa, semua perlakuan di atas dilakukan untuk menghasilkannya.

Sementara ciri-ciri khusus Minyak Kelapa Dara selain dari ciri-ciri di atas ialah , ia dihasilkan dari buah kelapa asli yang tidak diubahsuai secara genetik, diproses tidak melebihi dari 24 jam selepas dipetik, buah kelapa dipetik dari kebun yang tidak menggunakan bahan baja sebatian, dan tidak juga menggunakan sebarang bahan racun serangga.

Secara saintifiknya Minyak Kelapa Dara terdiri dari sekitar 50 % lauric acid dan 6-7 % capric acid. Kedua-duanya adalah tergolong dalam kategori ‘medium chain fatty acid’ yang mempunyai fungsi kebaikan tambahan untuk membentuk  monolaurin dan monocaprin di dalam tubuh manusia atau haiwan. Monolaurin dan monocaprin adalah monoglycerides yang bersifat   antiviral,   antibakterial
dan antiprotozoal yang digunakan oleh tubuh badan manusia atau haiwan untuk memusnahkan ‘lipid coated’ virus seperti HIV, Herpes, cytomegalovirus,       influenza,

Beberapa   bakteria      pathogen
termasuk listeria monocytogenes dan heliobacter pylori, serta protozoa seperti giardia lamblia. Hasil beberapa kajian juga menunjukkan bahawa  bahawa kedua-duanya juga menunjukkan kesan antimikrobial yang baik. Terbaru telah ditemui akan keupayaan monolaurin membunuh ‘lipid coated DNA dan RNA viruses’ termasuk HIV dan herpes, juga lain-lain mikroorganisma termasuk gram positif bacteria.

Di dalam ‘An Ilsi North America Special Conference’ telah di takrifkan bahawa fatty acid yang terdapat di dalam Minyak Kelapa Dara sebagai ‘Functional Food’ yang membawa maksud bahawa ia adalah makanan yang membekalkan komponen untuk kesihatan mengatasi komponen untuk tenaga. Secara mudah dalam makanan terdapat  beberapa komponen yang bila diambil (dimakan/diminum) oleh manusia ia boleh digunakan oleh tubuh samada untuk membina tenaga, membina sistem daya tahan tubuh atau untuk kesihatan, membina sel-sel tubuh, serta beberapa fungsi minor yang lain. Bagi makanan yang  dikelaskan sebagai  ‘functional food’, jumlah bahagian  atau jumlah komponennya yang  boleh digunakan oleh tubuh untuk kesihatan mengatasi atau lebih banyak daripada jumlah komponen untuk tenaga dan lainnya.





#medetop #medetopcookingoil #medetopmalaysia #mmmmmazing #chefobie #bengkelmasakan #minyakkelapa #vco



 


IKAN PATIN CRISPY BERSOS PEDAS MANIS ABANG JAMIL

Bahan

500 gm Dory fillet ( adalah ikan patin & mostly ramai yg tak tahu 
Dipotong jejari )
1 biji telor
1 sudu kecil garam & 1 sudu besar cili flakes

Bahan Tepung Goreng
1 cawan Tepung gandum
2 sudu besar Tepung Jagung
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu besar cili flakes
1/2 sudu besar Garam Halus
1 sudu kecil stok ayam

Bahan Sos Pedas Manis Abang Jamil


2 ulas bawang putih cincang
1/2 biji bawang hollang ( dadu )
1/2 biji cili benggala ( dadu )
1/2 btg cili merah ( mayang )
1/2 btg cili hijau ( mayang )
2 btg cili api ( mayang )
1/2 cawan thai sos cili
6 biji baby tomato
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil stok ayam
Sedikit air
Daun bawanh (hiasan )

Cara Penyediaan :

1.Gaul mesra ikan patin bersama telur,garam dan cili flakes.

2.Salutkan dgn bhn tepung kemudian goreng sehinga kuning keemasan.ketepikan.

3.Bahan sos- tumiskan bawang putih sehingga garing kemudian masukkan ke semua bahan biar mendidih dan memekat. Siap utk dihidang bersama ikan patin goreng & nasi putih panas...yuuummmy abang jamil kate



RESEPI BETIK MASAK BENING LADA HITAM & SELASIH
( Untuk mereka yang lepas Bersalin , lepas menjalani pembedahan minor atau major )
Bahan Utama

1 biji Betik Muda ( dibuang biji,buang kulit dan dihiris sederhana )
anda juga boleh gantikan kepada ikan haruan.
1 sdb lada hitam ditumbuk( jgn gunakan serbuk lada hitam )
2 sudu besar Ikan Bilis
1 ulas Bawang Putih diketuk
1 biji bawang besar dimayang
Segenggam Daun Selasih segar
Sedikit Garam Bukit
1 liter Air ditapis ( bersih )



Cara Penyediaan :

1.Didihkan air dlm pot.Masukkan ke semua bahan kecuali daun selasih dan garam.

2.Apabila telah mendidih sekali lagi,maaukkan daun selasih dan perasakn dgn garam bukit.Matikan api.

3.Dihidangkan bersama nasi putih atau bubur nasi.

Amat sesuai utk mereka yg baru lepas bersalain atau barublepas menjalani pembedahan kecil atau besar.

Dinikmati juga bersama ulam ulaman. ( sambal belacan sila elakkan dahulu sehingga habis pantang atau pulih dari pembedahan )








Kali ini chef kongsikan salah satu resepi ayam ayang agak popular juga dari seberang 
iaitu Ayam Semur Bali @ Ayam Masak Bali ! apabila chef obie yang memasak jadilah Ayam Semur Bali Ala Chef Obie.

Anda boleh juga nikmati lauk ini bersama nasi putih , nasi minyak , nasi tomato , nasi butter, nasi impit , ketupat mahupun lemang.



gambar courtesy Google


ANEKA RESEPI AYAM : 

Ayam Masak Bali atau Ayam Semur Bali Ala Chef Obie

Bahan Utama:

1 ekor Ayam potong 12 atau 12 ketul Peha Ayam
2 sudu besar kerisik
1 cawan santan pekat 

1 mangkuk bawang goreng tumbuk lumat
3/4 cawan kicap lemak manis 
1 cawan cili kisar
4 biji  bawang Merah dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
1 inci haliadikisar
1/2 inci lengkuas dikisar
4 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 kiub pati ayam , gula dan garam sebagai perasa 

1 Batang Serai diketuk
1 tangkai Daun Limau Purut
1 Tangkai Daun Kari
1/2 cawan bawang goreng ditumbuk

Cara Penyediaan :


1.Tumiskan bahan kisar , serai , daun limau purut dan daun kari sehingga sehingga naik minyak dan wangi.


2.Masukkan bunga lawang dan kayu manis dan cili kisar, bawang goreng tumbuk ,santan ,kerisik dan kicap 

3.Kacau perlahan-lahan supaya mesra.

4.Masukkan Ayam , gaul rata dan biar merenah pada api kecil.

5.Akhir sekali perasakan dengan kiub pati ayam , garam dan gula kacau sebentar.

6.Ayam Semur Bali siap untuk dinikmati !




Untuk mendapatkan resepi terkini sila klik link dibawah








RESEPI WESTERN HOMEMADE BEEF BURGER


Bahan

1 kg Daging kisar @ minced beef ( pastikan ada campuran lelemak daging lembu )
2 sudu besar Serbuk Lada Sulah
1 sudu kecil serbuk lada hitam
6 ulas bawang kecil cincang
Sedikit garam sebagai perasa
2 sudu kecil Westershire sos ( jika tiada tidak mengapa )
1 sudu besar serbuk Stok Daging ( sebagai agen pengawet )

Bahan mum relish

1 biji Bawang merah dimayang
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil cuka epal

Condiments- 

1/2 btg timun jeruk @ gerkin
Sepotong keju cheddar
Sepotong kaje edam
Sedikt keju Parmesan
Mixed salad
1 sudu besar honey mustard
Burger bun
French fries ( digoreng

Cara Penyediaan :

Buat beef patties : Satukan ke semua bahan dalam mangkuk, uli sehingga sebati, kemudian timbangkan patties daging burger bakar 166gm setiap satu, anda akan dapat 6 keping.Kepalkan dengan membentuk bulat danleperkan sedikit, simpan dalam plastic atau dalam bekas container pastikan freezer dahulu, sekiranya ingin terus grill juga boleh.

Buat mum relish : masak gula atas pan sehingga bubbling, masukkan potongan bawang , kacau sehingga caramalized.matikan api campurkan cuka epal.Sejukkan sebelum digunakan

Susunkan burger anda menggunakan condiment yg ada.
* Pastikan ketika anda grill patties hampir masak susun keju2 dipermukaannya.



Platting - burger & fries.. ( anda boleh juga jadikan ia open burger - crown bun diasingkan )

NASI GORENG TOM YAM POPULAR

Bahan Utama :
2 Cawan Mangkuk Nasi Putih telah disejukkan.
7 ekor udang saiz sederhana – buang kulit
4 ekor sotong sederhana – potong bulat2
1/2 biji bawang besar atau 3-4 ulas bawang merah- dimayang
5 biji cili padi – diketuk 
4 ulas bawang putih- cincang halus
1 batang serai – potong kecil @ mayang
2 helai daun limau purut 
Sayuran mengikut keperluan anda
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar pes tom yam
sedikit minyak ikan thai @ sotong , gula , garam & lada sulah



Cara Penyediaan :
-Gunakan api yang kuat -Tumis bawang , cili & serai & kacau sebentar, masukkan sos tiram, cili , pes tom yam kacau mesra dalam kuali .
-Masukkan udang & sotong & kacau sampai udang & sotong masak pastikan ade bau hangit sedikit , 
-Bila sotong & Udang masak, masukkan sayuran & kemudian nasi.Kuat kan api lagi sedikit & kacau nasi hingga sebati , pastikan pantas dan kemas ketika menggoreng nasi ini ! tambah perasa & sos ikan
-Perlahankan sedikit api & masukkan daun limau purut dan kacau-kacau lagi supaya Nasik masak dengan cantik dan sedikit kegaringan.



Hiaskan dengan  daun ketumbar & bawang goreng  dihiris halus ketika menghidang




LEMON CHICKEN CHINESE STYLE POPULAR


Bahan utama: 

1 keping Isi dada ayam atau chicken fillet
1 sudu besar kicap cair
1/2 sudu besar kicap manis
1/2 sudu besar lada sulah
1/2 sudu besar serbuk stok ayam
1 biji telur
6 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung gandum 
Minyak utk menggoreng

Bahan Sos

1 cawan stok ayam
1/2 @ 3/4 cawan jus lemon
2 sudu gula pasir
1/2 biji lemon
2 btg cili merah kisar
Sedikit pewarna lemon yellow
Bancuhan tepung jagung

Hiasan : Bijan disangai atau daun bawang ( optional )jika suka boleh guna

Cara Penyediaan :

1-Ayam
Marinated @salutkan ayam bersama kicap cair & manis,biar seketika.
Celupkan dalam telur kemudian toskan lelehsn telur,salutkan pada tepung jagung+ tepung gandum +lada sulah+serbuk stok ayam kemudian goreng hingga garing.
Ketepikan

2- Sos
Didihkan stok ayam ,cili merah, jus lemon,gula,1/2 biji lemon(boleh dihiris)
Apabila telah mendidih,asingkan @ keluarkan lemon. Masukkan sedikit bancuhan tepung jagung.kacau hingga sedikit pekat,masukkan setitis pewarna dan siap utk digunakan.

* tuang sos pada ayam yg telah digoreng ,boleh taburkan bijan dan daun bawang 

Selamat mencuba😊

Follow my ig : chef_obie_official

FB: chefobie untold






Resepi Asam Pedas Muar

Bahan-bahan:

8 ketul ikan pari / ikan kembung / selar / sembilang
Satu mangkuk cili kering (direbus dan dikisar)
8 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
1 inci halia kisar
1 sudu kecil lada hitam ( ditumbuk )
1 cawan perahan asam jawa ( asam jawa 3 sudu besar )
2 kuntum bunga kantan
1 ikat Daun Kesom
1 ikat daun kesum
2 batang serai (dititik)
Sedikit belacan
2 biji Tomato
8 batang bendi muda
500 ml air
Garam secukup rasa
1 sudu kecil gula


Cara Penyediaan :

1. Panaskan minyak, tumis belacan, cili kisar bersama kunyit hidup,lada hitam dan bawang merah, halia kisar .Selepas naik bau wangi, masukkan perahan asam jawa, air ,bunga kantan dan daun kesum.

2. Biarkan dengan api perlahan sehingga mendidih,masukkan buah tomato dan bendi muda, garam dan gula.


3.Biar mendidih dalam 5 minit lagi. siap untuk dihidangkan.


Resepi Ayam Goreng Rangup chef obie


ayam goreng ni sempat chef obie gigit nyummm..nyummm..

Bahan-bahannya:


4 Sudu Besar Nestum

2 Sudu Besar Oat
200 gm Tepung High Protein
1 Sudu kecil Lada Hitam ( blender halus )
1/2 Sudu kecil Lada Sulah ( blender halus )
1/2 Sudu Jintan Manis ( blender halus )
1/2 sudu kecil Ketumbar ( blender Halus )
1 sudu besar Tepung Jagung
1 Sudu besar Stok Ayam
Garam Vakum secukup rasa
2 biji Telur
Ais Batu
Sos Tiram
1/2 Ekor Ayam Daging
 Minyak Masak
Shortening



Cara Penyediaan  :



1. Bersihkan ayam terlebih dahulu mandikan ia...heee maksud Bie bersihkan ayam tu betul-betul, kemudian..marinate ayam dengan sos tiram, pastikan jangan terlalu banyak digunakan, 2 sudu besar sahaja cukup dan satu sudu kecil rata garam vakum, gaul hingga sebati.kemudian biarkan seketika ( 5 minit aje cukup ).


2.Sediakan untuk bahan kering- satukan ke semua bahan kering seperti tepung high protein, tepung jagung, lada hitam,lada sulah,jintan manis, ketumbar, stok ayam ,garam secukup rasa,nestum dan oat, gaulkan mesra ok... senang aje.. kalau anda suka masin lebih sikit, bolehlah ditambah garam vakumnya mengikut citarasa anda... ( ketepikan bahan-bahan ini apabila telah siap mesra ) 

3. Sediakan pula bahan untuk merendam ayam sampai lemas heeeee.... tak r... sediakan bahan yang penting sekali..ok la ini rahsia yang dah tidak rahsia lagi bila Bie dah berkongsi dengan anda..., telur dipecahkan dan di campur pula dengan ais sejuk atau air batu,pastikan telur benar-benar sejuk.. ( tujuannya ialah untuk ,memastikan kerapuhan kerangupan ayam goreng kita ini boleh bertahan selama 30 minit selepas digoreng... walau ayam goreng tu kita letak atas meja makan aje...dengan keadaan terdedah gitu...Choi.. jangan la terdedah..gunakan tudung saji ok tutup makanan kita supaya tidak dihinggapi makhluk yang tidak diingini iaitu lalat soprano! )

4.Masa yang ditunggu-tunggu.. iaitu panaskan minyak terlebih dahulu di atas kuali... 

5.Setelah bahan-bahan diatas telah disediakan ,anda perlu pastikan ayam marinate dihadapan anda, disebelahnya pula telur dan air batu, sebelahya lagi adalah bahan kering . Ini adalah untuk memudahkan anda untuk menggoreng ayam kentaki ini dengan betul dan bersistem. 

6.Ambil ayam seketul dahulu yang telah di marinate, dengan menggunakan kedua belah tangan anda macam angkat kain jemuran heee...ayam direndam sekali sahaja ke dalam telur berais, kemudian angkat toskan..., kemudian bawa ayam ke dalam bahan kering anda terbalik balikkan ayam itu dalam bahan kering kemudian angkat dan toskan lagi, kemudian gaulkan lagi dengan bahan kering dan toskan ia lagi..penat? tak mungkin penat tangan anda itu... ok sekarang masukkan ayam yang telah disalut itu kedalam minyak yang tersedia untuk digoreng... 


7.haaa.... anda jangan lupa masukkan 4 sudu besar shortening ke dalam miyak masak yang sedang panas ..., proses ini membantu merangupkan juga ayam yang akan kita goreng itu. Ok senangkan..anda lakukan lah sehingga selesai ayam-ayam itu digoreng.Selamat menjamu ayam goreng rangup ala chef obie cuba baru tau..r...


RESEPI MASAKAN KOREA

Info chef obie - Pancake korea yang menggunakan Daun bawang dikenali sebagau PAJEON. Kalau menggunakan Daun kucai namanya BUCHUJEON. 


Resepi Pajeon @ Buchujeon (Korean Pancake)

Bahan Utama

2 cawan tepung gandum

4 sudu besar tepung jagung
2 sudu kecil serbuk penaik
2 biji telur
1 1/2 cawan air
1 cawan kucai @ Daun bawang (potong setiap jarak 3 inci)
Sedikit cili merah @ cili padi 
Garam secukup Rasa
10 ekor udang kecil @ sederhana dibuang kulit
1 ekor Sotong kecil dipotong kiub


Cara Penyediaan :

1 Satukan tepung gandum, tepung jagung,baking powder dan garam ke dalam mangkuk , gaul mesra.

2.Kemudian masukkan telur ke dalam adunan tepung dan kacau dengan konsisten.

3.Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sampai sebati. Jika adunan agak cair sila tambah sedikit tepung gandum.

4.Gaulkan mesra dengan kucai ,udang , sotong dan cili merah @ cili padi . 


5.Panaskan kuali  @ non stick pan letak sedikit minyak (gunakan api sederhana sahaja ). 

6.Apabila pan cukup panaa, masukkan sesenduk adunan sukat mengikut ketebalan yang disukai.( orang korea auka sederhana tebal & ada yg suka agak tebal - maklumlah chef obie pernah campur ngan orang korea..jadi serba sedikit citarase orang sana tu kita faham )

7.Terbalikkan pajeon @ buchujeon apabila permukaan masak. Jangan sampai kucai hangus untuk bahagian atas.

8.Apabila telah siap, boleh dinikmati bersama kicap dicincang bersama bawang putih , sos pedas korea, mahupun cili potong dan sos ikan. 

Adunan diatas boleh menghasilkan 3-4 keping pancake korea yg standard !

Daebak !!!!! Jangan kata abang tak payung

#pajeon 

#buchujeon 
#chefjambulasangat 
#malaysiafoodtruck 
#malaysia 
#korea













Share & LIKES


smallplate cooking group ( SCG )



RESEPI MEE CELUP POPULAR



Bahan Utama



5 ulas Bawang putih dimayang

4 ulas Bawang merah dimayang

1 inci Halia diketuk

1 biji bunga lawang

3 biji cengkih

1 btg kecil Kulit kayu manis

1 biji buah pelaga

1 / 2 batang lobak putih 

1 btg serai diketuk

1 ketul @400gm Tulang lembu berdaging

1 keping saiz piring - perut lembu susu 

Bebola ikan/daging/ ayam( optional jika suka boleh guna)

Sedikit rangka ayam dipotong kecil

1 btg daun ketumbar bersama akar cuci bersih

1 btg Seleri potong 2 

1/2 cawan kicap masin

1/2 cawan gula kabung/melaka

1 cawan air rebusan ikan( kembong/selayang @ lain2 )
Air secukupnya
Gula dan garam
Bahan condiments: mee hoon,mee kuning,kue teow,chili flakes,limau nipis,cili potong,sambal kicap @cili kicap

Cara Penyediaan :

1.Panaskan minyak utk menumis,tumis bwg putih,bwg merah,kayu manis,halia,cengkih,bh pelaga,b lawang, serai,hingga layu dan garing,masukkan tulang daging,rangka ayam,perut lembu dan air rebusan ikan.Reneh hingga kering.

2.Masukkan air secukupnya,seleri,bebola ikan/daging/ayam,kicap masin,gula kabung,gula dan garam sebagai perasa.Apabila mendidih matikan api,dan tapiskan.Asingkan dan bhn akan digunakan.

3.Dalam mangkuk,masukkan 3 jenis mee yg telah dicelur,masukkan sup yg telah ditapis.Susun bhn yg ditapis tadi dan siap dinikmati bersama condiment yg lain.


Resepi Ayam Beriani Masala


Jom ikuti Penyediaan Hidangan " AYAM BERIANI MASALA" Langkah Demi Langkah 
Dengan Mudah oleh chef obie







Bahan utama



1 ekor Ayam dipotong 12
4 sudu besar Minyak Sapi
3/4 cawan Bawang Holland + halia dikisar
1 biji Bawang Merah dimayang
3 ulas Bawang Putih dimayang
1 inci Halia diketuk
4 sudu besar Rempah Beriani Masala - Obie's Spice
2 sudu besar Tomato Puri
2 helai Daun Pandan diikat
1 cawan air atau air rebusan ayam
1@2 biji Tomato dipotong Wedges
1 kotak Santan kecil @ 1 tin Susu Cair ( optional )
3@4 btg Cili Kering
3 biji bunga lawang
1@2 btg Kulit Kayu Manis
1 sudu kecil Jintan Manis
5@6 biji Cengkih
1 sudu kecil Cardamon ( optional ) yg penting salah satu rempah sekawan ada sudah memadai.
2 kiub Pati Ayam
Gula & Garam secukup rasa




Ayam seekor dipotong 12

*dicuci bersih & pastikan ayam halal 😊




1- Panaskan minyak sapi , masukkan bawang merah , bawang putih dimayang,daun pandan,rempah sekawan.


2- Masukkan pula bawang holland+halia yg dikisar.


3.Pastikan sehingga naik bau mewangi dan bawang mayang menjadi garing kekuningan dan coklat.


4- Kemudian masukkan buah tomato dan tomato pure ( boleh juga letak di akhir masakan ) , pastikan kacau mesra .


5- Masukkan REMPAH BERIANI MASALA obie's spice.



6- Pastikan REMPAH BERIANI MASALA obie'spice digunakan ( Rempah Beriani Masala Homemade ini boleh dibeli melalui chef obie - 0172260719 )

Jangan lupa kacau rempah beriani sehingga pecah minyak



7- Masukkan ayam


8.Kacau mesra tumisan REMPAH BERIANI MASALA berasama ayam.


9.Masukkan 1 cawan air atau air rebusan ayam , biarkan ia mendidih dgn api yang sederhana.


10.Apabila ayam hampir empuk , masukkan santan atau susu cair ( pilihan & citarasa anda ), masukkan kiub pati ayam , gula dan garam secukupnya sebagai perasa.



Akhir sekali..anda sudah boleh menikmati hidangan AYAM BERIANI MASALA yang cukup enak dinikmati bersama - NASI BERIANI , NASI MINYAK , NASI TOMATO , NASI KABUL @ KABULI , NASI ARAB mahupun NASI PUTIH , 



Juga boleh dinikmati dengan Roti Benggali , pratha , canai , bom , capati , puri dan tosai.



LONTONG JOHOR & SERUNDING KELAPA

Bahan -

100g Sengkuang
1/2 biji kobis
1 biji lobak merah
1 biji terung
10 btg kacang panjang atau buncis
1 keping tempe ( saya guna yng packing dalam plastik ) – dipotong dan di goreng sebentar.
4 biji kentang ( kopek dan dipotong kecil )optional, jika tiada pun tak mengape
1 paket soo hoon
1 paket tauhu kering
150 g udang basah
2 biji kelapa parut ( ambil 2 mangkuk besar santan, santan cair dan santan pekat )
garam secukup rasa


Bahan kisar/blender

2 sudu besar udang kering
1 labu bawang besar
4 ulas bawang kecil / shallot
3/4 inci halia 
1/2 inci lengkuas (ketuk)
1 batang serai(ketuk)
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
1 inci kunyit hidup
atau 1 sudu besar serbuk kunyit

Cara penyediaan


- Semua sayur di bersihkan dan dipotong kecil

.
- Tumis bahan kisar hingga wangi, bhn ketuk dan hingga pecah minyak.

- Kemudian masukkan santan cair dan kentang(optional). Masak hingga kuah mendidih dan kentang hampir empuk.

- Masukkan santan pekat dan sayur yang lain, soo hoon, sengkuang dan udang. Kacau selalu agar santan tidak pecah.

- Masak hingga sayur layu, sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.

Cara buat nasi impit atau ketupat segera

plastik tahan panas
beras yang telah di bersihkan dan di tos.


Cara penyediaan

- Masukan beras kedalam plastik dengan sukatan 1/3 beras daripada saiz plastik.

- seeled pada plastik, kalau tak ade seeler guna stepler pun blea, hati2 yea jgn sampai termakan..hee
- Rebuslah dalam periuk yang penuh berisi air. Tempoh rebusan bergantung saiz ketupat.
- Jika nasi telah kembang sepenuhnya dan struktur beras tidak nampak berbiji2 dalam plastik,tandanye
nasi ketupat tadi telah sedia diangkat dan disejukkan.

Bersama Serunding kelapa yg mengghairahkan tu..Jangan lupa..buat sambal tumis ikan bilis..dan telur rebus.untuk menyedapkan lagi hidangan lontong ni..

Resepi SERUNDING KELAPA

Bahan Utama

4 biji kelapa parut ambil yang putih sahaja
1/2 cawan Biji ketumbar disanagi dan dikisar
2 sudu besar Jintan manis disangai dan dikisar
1 sudu besar jintan Putih disangai dikisar
4 biji bawang merah dikisar
2 batang serai diketuk
1 inci lengkuas diketuk
3 sudu besar serbuk kunyit
2 1/2 senduk gula pasir
1 sudu kecil garam
1 cawan minyak masak.

Cara Penyediaan :

1.satukan ke semua bahan bersama gaul mesra dan sebati ,

2.Masak diatas kuali pada api yang kecil atau sederhana.sentiasa dikacau mesra perlahan lahan.

3.Apabila serunding menjadi agak peroi dan berselerak berbutir-butir dan agak ringan, sila masukkan minyak masak, kacau mesra lebih kurang 3@ 4 minit matikan api, 


4.siap untuk dihidang.



RESEPI GOURMET TELUR MADAGASCAR


Hidangan 3 orang

Bahan

3 biji telur ( poach )
3 biji wheat Soft Roll @ Hard roll
Mentega
Salad Rocket , lettuce iceberg dan baby romaine
Keju Parmesan
Sedikit Serbuk Lada Hitam
Cili Benggala merah Dan Hijau ( Dihiris @ dadu )
Minyak Zaitun
Sedikit Serbuk Paprika

Cara Penyediaan :


1.Sapukan mentega di roti, susun salad dan semua bahan diakhiri dengan telur Poach.Ditaburkan serbuk lada hitam dan keju parmesan juga serbuk paprika.


Sedap dan mudah untuk anda buat dirumah...Selamat Mencuba








RESEPI ROTI SERAT DAN SUP PERANG BOSWANA


( HIDANGAN 2 ORANG )

Bahan

4 biji Rori Serat
3 sudu mentega
2 butir Bawang putih cincang
Secubit garam

Bahan Sup :

500ml Susu Rendah Lemak
3 Biji Bawang Merah ( Dihiris dan saute )
2 ulas bawang putih cincang
1 sudu kecil lada Hitam
1 sudu besar Sos Perang
1 /2 biji perahan lemon
Mentega
Sedikit Garam dan gula sebagai perasa

Cara Penyediaan :

1.Roti serat bawang putih – mentega disatukan bersama bawang putih dan garam, disapu pada roti dan dibakar.


2.Saute bawang putih, masukan susu,lada hitam, sos perang dan bawang merah .biar mendidh , peras Kan dengan sedikit garam dan gula,biar reduce sehingga seikit memekat akhir sekali masukkan perahan lemon. Siap untuk dihidang bersama roti serat bawang putih.


Sedap dan mudah untuk anda buat dirumah...Selamat Mencuba






RESEPI DUO PASTA
Spaghetti & Tagteliatte


( hidangan 2 orang )

Bahan

100gm Spaghetti ( telah direbus )
100gm Tagteliatte / Fusili ( telah direbus )
4 biji Tomato Merah ( direbus dan dikisar )
2 sudu besar Tomato Puree
1 biji Bawang Putih cincang
1 sudu kecil Serbuk lada hitam
1 ekor Ikan Sardine yang kecil ( potong setengah dan dipanggang )
Sedikit Filet Ayam ( dipanggang kosong )
Basil segar dan thymes segar
1 biji perahan lemon
Minyak Zaitun EXTRA VIRGIN
Garam dan sedikit gula sebagai perasa
Sedikit keju parmesan

Cara Penyediaan :

1.Panaskan minyak zaitun, Saute’ bawang putih hingga naik bau, masukkan tomato dan tomato puree, biar sebentar. Masukkan lada hitam , basil segar dan thymes segar, spaghetti dan tagteliete, kacau mesra dan perasakan dengan sedikit garam dan gula.



2.Hidang bersama separuh sardine dan ayam filet panggang serta keju parmesan.


Sedap dan mudah untuk anda buat dirumah...Selamat Mencuba







RESEPI TILAPIA PANGGANG TAZIKKI


Hidangan untuk 2 orang 

Bahan

2 ekor ikan talapia ( dibersihkan )
1 sudu besar Serbuk Cayyene
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil serbul lada hitam
1 sudu besar minyak zaitun
Garam secukup rasa

Bahan Tazikki

1 batang mentimun jepun ( dipotong dadu kecil-kecil )
4 sudu besar yogurt
1 sudu besar perahan lemon
1 biji bawang kecil ( dicincang )
Herba Dill sedikit
Garam secukup rasa

Cara Penyediaan :

1.Ikan tilapia yang telah dibersihkan, dilumurkan dengan semua bahan kering termasuk minyak zaitun , tidak perlu diperap.Terus panggang ikan sehingga masak.



2.Penyediaan tazikki , dalam mangkuk satukan ke semua bahan termasuk mentimun dipotong dadu sebagai asas kepada tazikki.Gaul sebati dan akhir sekali perasakan dengan sedikit sahaja garam.simpan dalam peti sejuk sekurang kurangnya 1 jam. Sebelum dihidang bersama ikan tilapia panggang.

Sedap dan mudah untuk anda buat dirumah...Selamat Mencuba




RESEPI FILET AYAM PANGGANG SALSA



Bahan

2 keping Ayam Filet
1 sudu kecil serbuk lada putih
Sedikit Garam dan Minyak zaitun

Bahan Salsa

2 biji tomato ( dipotong dadu )
Sedikit Daun Parsley dan basil segar ( dicincang )
Secubit serbuk lada hitam
½ biji Bawang putih cincang
Garam bukit @ gunung @ iodise sebagai perasa

Cara Penyediaan :

1.Perap bahan ayam dan dipanggang .

2.Saute bawang putih , masukkan tomato dan ke semua bahan yang lain, lebih kurang 2 minit matikan api.Siap untuk dihidang bersama ayam panggang.


Sedap dan mudah untuk anda buat dirumah...Selamat Mencuba




RESEPI BAKSO PEDAS IKAN TENGGIRI



Bahan untuk bebola ikan :

500 gm Isi Ikan Tenggiri
Sedikit Daun Bawang , lobak merah ( dicincang )
1 sudu besar Tepung Ubi ( kanji )
1 sudu kecil serbuk lada sulah
Garam sebagai perasa.
Sedikit Soo Hoon ( direndam )

Bahan Sup :

1 ½ liter Air Rebusan Tulang Ikan Tenggiri
2 ulas bawang putih dicincang
1 batang seleri
1 biji bawang Holland
1 sudu kecil serbuk lada hitam
8 biji Cili api diketuk
3 sudu besar Sos Cili
2 sudu besar Sos Tomato
Garam bukit @ gunung @iodise sebagai perasa

Cara Penyediaan :

1.Bahan untuk membuat bebola ikan tenggiri- satukan kesemua bahan , uli sehingga mesra, bentukkan bebola, rebus bebola sehingga masak dan asingkan.

2.Bahan untuk sup : Didihkan air bersama ke semua bahan.Pastikan sehingga air mengeluarkan minyak dari rebusan tulang ikan.


3.Hidangkan sup bakso bersama dengan soo hoon dan bebola ikan tenggiri.




Selamat Mencuba..dan teruskan Diet Yang Sihat !






Resepi Sambal Goreng Jawa🐸

Bahan


Udang kecik 1kilo

Paru-goreng 1/2kilo

Hati lembu-goreng 1/2kilo

Tempe 3keping besar-goreng
Tahu 6keping-goreng sume potong 4segi
20batang Kacang panjang *
10 batang Cili merah*
Seikat Serai*
Sebuku Halia*
5biji Bawang besar*
5 ulas Bawang putih*
**sume bahan td dihiris kemudian goreng kan skli..
Santan kara 1-2kotak kecik
Cili mesin
Air asam jawa/asam keping
Soo hoon..sepeket
Kulit tauhu..dlm tiga keping


Cara Penyediaan ~ 


Tumis cili mesin mskkan udang yg dibuang kulit..smpi garing mskkan santan...air asam jawa ckit..kemudian mskkan sume bahan yg digoreng td biarkan mendidih api perlahan...mskkan garam..gula ..aji...biar ckup rasa...asam garam gula kne balance k...klu nk tmbh rasa asam letak asam keping ckit.masukkan soo hoon n kulit tauhu..kacau selalu smpi santan tu masak...biar dia kering ckit....dh cukup rasa leh tutup api...leh makan ngan nasi ambang k...selamat mencuba✌🏼✌🏼



Senangkan resepi yang dikongsikan ..kepada anda yang ingin joint Group Masakan yang dikendalikan oleh chef obie sendiri . Anda boleh request melalui whatsapp - ke 0172260719.



group masakan private dan dibuka ubtuk mereka yang amateur / masih baru dalam dunia masakan , berminat berkongsi resepi , mengeratkan silaturrahim sesama ahli dan yang penting sporting.




Share & LIKES

👌👇👇👇👇👇👇

RESEPI BEE HOON GORENG POPULAR  chef obie ( Mudah & Sedap )

Hidangan 25-30 orang



Bahan

3 Paket Bee Hoon ( Direndam dahulu supaya lembut )


1 cawan cili kering kisar ( dibuang biji& direbus )

2 biji bawang merah kisar
3 ulas bawang putih kisar ( tidak digunakan juga boleh )
1/2 cawan udang kering 
Udang basah aaiz sederhana atau kecil secukupnya( sekiranya anda suka boleh letak lebih dalam masakan )
Sedikit potongan isi ayam ( potong dadu )
3 paket Fish Ball ( belah tengah )
1 audu besar serbuk kunyit
1 senduk gula
4 1/2  sudu besar garam
4 sudu besar stok ayam
2 sudu besar Sos Tiram
Daun kuchai secukupnya
Taugeh secukupnya
Sawi secukupnya
Lobak merah secukupnya
Air mengikut keperluan
Minyak utk menumis

Bahan hiasan- Hirisan Daun Sup atau Daun ketumbar,bawang goreng dan hirisan cili merah

Cara Penyediaan :

1.Panaskan minyak pada api sederhana.

2.Tumiskan cili kisar dan bawang , sehingga pecah minyak masukkan fishball, udang kering, udang basah , isi ayam ,serbuk kunyit dan  2 cawan air .Kacau sehingga mendidih.

3.Masukkan bee hoon, kacau mesra bersama bahan tumisan.

4.Masukkan gula,garam,stok ayam( sekiranya bee hoon anda agak kering sila tambahkan air mengikut keperluan )

5.Masukkan semua sayuran.

Kacau sehingga lembut dan masak.



6.Siap untuk dihidang dan taburkan bahan hiasan.

( Resepi Standard utk hidangan breakfast / petang - katering mahupun hotel )






Resepi Gado-gado dan Kuah Pecal  atau Kuah Kacang 

Bahan-bahan perlu disediakan dahulu, kisar dan simpan. 


Bila hendak makan boleh campurkan air panas, garam, gula dan air asam jawa



Bahan kuah pecal :

2 1/2  cawan kacang tanah - digoreng 

10  tangkai cili kering - digoreng

1 genggam ikan bilis atau udang kering  - digoreng garing

1 sudu besar udang kering tanpa kulit - digoreng garing

1 inci belacan - digoreng

1 bunga bawang putih - digoreng
2 sudu besar bawang goreng
Air asam jawa secukupnya
1/2 inci sedikit cekur
Air Panas

Garam dan gula pasir @ gula merah secukupnya ( boleh lebihkan gula )



Cara Penyediaan  :

Kisar cili kering goreng, cekur ,bawang goreng,bawang putih,  ikan bilis goreng, udang kering goreng  kemudian dikisar sehingga halus.( guna pengisar bahan kering ) Campurkan dengan kacang tanah yang telah kisar dan gaulkan rata.



apbila nak makan,  campur air panas secukupnya dan tambah air asam jawa sedikit dan letak garam dan gula secukup rasa. Masak atau panaskan seketika diatas api sehingga mendidih dan pekat.mudah kan..


Bahan untuk Gado-gado

Sayur Kobis - dipotong dan dicelur
Kacang Panjang - dipotong dan dicelur
Teluir rebus
Taugeh- dicelur
Tempe- dipotong dan digoreng ( option- jika ada )
Tauhu - diptong dan digoreng
Sengkuang A mangkuang cina - dicuci bersih dan dipotong halus
Sayur  Kangkong - dicuci bersih dan dicelur
Nasi Impit - ( option jika ada )



Boleh cuba resepi chef obie ini ,
resepi diatas biasa digunakan chef obie di hotel 
untuk salah satu menu lunch buffet !


Selamat Maju Jaya




Masakan Daging Semudah ABC dan sedap oleh chef obie , kali ini resepi dari negara Brunei Darussalam yang popular itu.. Iaitu " DAGING MASAK KEDAYAN "
bahan- bahan yang digunakan juga mudah dan simple !

Share & LIKES
MASAKAN BERASASKAN DAGING


" RESEPI DAGING MASAK KEDAYAN "

( menu dari Negara Brunei )



Langkah Demi Langkah

Bahan :


400gm Daging Lembu Segar ( dihiris )

200gm Lemak Daging ( dihiris )

1 cawan Bawang Besar ( dikisar )

2 ulas Bawang Putih ( dikisar )

1 inci Halia ( dikisar )

1 inci Kunyit Hidup( dikisar )

1 sudu besar Cili Kering ( dikisar )

1 batang serai ( dikisar )

Air secukupnya

Garam & gula sebagai perasa



Cara Penyediaan :


1. Satukan bahan kisar-seperti bawang putih,kunyit,halia,serai dan cili kering. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama daging dan lemak daging. ( daging masak kedayan tidak menggunakan minyak masak )


2.Masukkan air secukupnya.Biar ia mereneh ,diatas dapur,kacau perlahan-lahan.


3.Kemudian masukkan bawang besar yang telah dikisar.Akhir sekali perasakan dengan gula dan garam.Kacau sehingga kuah daging mengering.Siap untuk di hidang bersama nasi putih dan lauk pauk lain.









SHARE & LIKES 



RESEPI NASI KABULI KAMBING ( 50 orang )

Bahan

5 kg Berad Basmathi ( chef obie suka menggunakan beras jenama FAIZA )
3 senduk Minyak Sapi ( ghee )
3 kg Kambing dipotong kiub
3/4 cawan Serbuk ketumbar
3/4 cawan Serbuk Jintan Manis
10 kuntum Bunga Lawang
3 batang Kulit Kayu Manis
10 sudu besar Lada Hitam kisar
1 liter Susu Segar
Air Secukupnya ( nisbah 1 beras : 1 1/2 air )
Gula Dan Garam Sebagai Perasa
15 helai Daun Limau Purut
Daun Selasih Segar
Kismis emas 1 cawan

Cara Penyediaan :

1.Panaskan minyak sapi bersama sedikit marjerin,Tumiskan semua rempah ratus hingga wangi.

2.Masukkan Kambing dan lada hitam masak hingga empuk.( boleh tambah 2 cawan air ).lebih kurang 30 minit masukkan susu.

3.Perasakan dengan garam dan gula.

4.Tuangkan bahan tumisan kambing ke dalam periuk nasi berisi beras basmathi bersama air secukupnya.

5.Gaulkan mesra bersama daun limau purut.

6.Masak seperti nasi biasa


7.Apabila telah masak gemburkan nasi perlahan lahan dan masukkan kismis dan daun selasih segar .tutup dgn penutup periuk sebentar 5 minit. Siap untuk dihidang.







RESEPI AYAM KAPITAN
(masakan peranakan) 50 pax

Bahan

4 ekor Ayam ( seekor dipotong 14@16 )dan cuci bersih
4 cawan Bawang Besar kisar
1 bunga Bawang putih kisar
4 inci Halia kisar
1 inci Lengkuas kisar
4 inci Kunyit Hidup
1/2 cawan Cili Merah Kisar
10 sudu besar Rempah Kari Daging
4 helai Daun Pandan & Daun Kari Secukupnya
1 liter Santan Kotak ( chef suka jenama KARA @ HARMUNI )
1/2 cawan Tomato Puri
1 inci Belacan
1/2 cawan Air Asam Jawa
2 sudu besar Kerisik
Gula Dan Garam sebagai perasa
3/4 cawan Minyak Masak
2 batang Lobak Merah @ 15 biji ubi kentang potong kiub ( optional jika tidak letak juga boleh )
Air secukupnya

CARA PENYEDIAAN : 

1.Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan kisar.

2.Masukkan Daun Pandan & Daun kari , tumis sehingga wangi dan pecah minyak.

3.Masukkan rempah kari dan kacau perlahan sehingga pecah minyak sekali lagi.

4.Masukkan ayam , kacau mesra dan masukkan sedikit air. Biar mendidih , masukkan tomato puri dan air asam , masukkan santan,lobak merah @ubi kentang.

5.Sesuaikan rasa Gula dan Garam, dan akhir sekali masukkan kerisik.Biar mereneh .

6.Boleh tambah air lagi jika inginkan kari kapitan sedikit cair.





gambar courtesy google



Nasi Minyak Terengganu Untuk 50 orang 

24 ebook Masakan




Bahan nasi



5 kg beras Siam/beras biasa

650ml susu cair
5 biji bawang besar – mayang
20 ulas bawang putih – mayang
2 inci halia – hiris
5 helai daun pandan – hiris
10 sudu besar minyak masak
10 sudu besar majerin
5 sudu besar minyak sapi
6.25liter air
Garam secukup rasa



Pewarna merah sedikit




Bahan tumis nasi



5 batang kulit kayu manis
15 biji buah pelaga
15 kuntum bunga lawang
10 kuntum bunga cengkih

Bahan gulai

5 ekor ayam -potong
650ml santan pekat
15 sudu besar rempah kari nasi minyak
15 sudu besar cili giling
10 sudu besar kerisik
15 biji kentang dibelah
100ml air asam jawa
Gula melaka, gula, garam dan air secukup rasa.
50 biji Telur rebus ( jika tiada juga boleh- sebaiknya ada baru terengganu )

Bahan kisar gulai

20 biji bawang merah
15 ulas bawang putih
2 inci  halia
1 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup

Bahan tumis gulai

5 batang kulit kayu manis
15 kuntum bunga cengkih
15 biji buah pelaga
15 kuntum bunga lawang


Bahan Jelataah Mentah @ acar Mentah

2 batang timun buang isi rung, potong memanjang ( 1 inci )
6 biji Bawang kecil di mayang
1 batang Cili Merah dimayang
1/2 batang lobak merah potong menajang halus ( 1 inci )
2 biji perahan Limau Nipis
3 sudu besar Gula
1 sudu kecil garam


Cara Penyediaan



Tanak Nasi @ Masak Nasi


1. Beras dibersihkan dan tos airnya.
2. Minyak dipanaskan bersama majerin dan minyak sapi.
3. Tumiskan bahan tumis bersama bawang besar, bawang putih, halia dan daun pandan hingga berbau wangi.
4. Masukkan air dan kacau rata, biar mendidih.
5. Setelah mendidih, masukkan beras, susu cair serta garam secukup rasa. Kacau rata dan biarkan nasi masak.



6.setelah masak , renjiskan sedikit pewarna merah.Tutup nasi biar 5 minit, kemuidan gembar gemburkan nasi dan siap untuk dihidang




Masak gulai



1. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis bersama cili giling. Biarkan sehingga naik bau dan garing.
2. Masukkan bahan kisar dan kacau.
3. Apabila garing, masukkan rempah kari yang dibancuh bersama air, kacau rata hingga naik minyak.
4. Setelah itu, masukkan ayam bersama kentang serta air asam jawa dan bairkan masak seketika.
5. Masukkan santan pekat dan kacau sehingga mendidih.
6. Masukkan garam, gula, gula melaka secukupnya dan biarkan mendidih dan pekat kuahnya. Biar dengan api perlahan untuk lembutkan ayam.
7. Dah puas hati,baru masukkan telur rebus , biar sebentar dan akhir sekali angkat dan hidang bersama nasi minyak, acar dan sambal.


Jelataah Mentah atau acar mentah


1.Satukan ke semua bahan dalam mangkuk, gaul mesra dan simpan dalam peti sejuk 1 jam sebelum dihidang.




Resepi Solok Ikan Popular

Bahan



12 ekor ikan kembung buang perut dan kaut isinya sahaja guna sudu
3 biji bawang besar kisar


6 ulas bawang putih kisar

1 sudu besar lada hitam kisar
1 biji  kelapa parut 

1/2 inci Halia kisar
1 batang cili merah kisar
8 batang cili api kisar
1 sudu kecil Serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk rempah kari ikan
1 biji telur
3 helai Daun limau Purut atau sedikit daun Kesom dihiris halus
garam dan gula sebagai perasa
minyak masak untuk menggoreng

Cara Penyediaan 

1. Satukan ke semua bahan dalam mangkuk besar menjadi satu adunan yang telah mesra.

2.Sumbatkan adunan  ke dalam ikan kembung yang telah dibelah bahangian belakang sehingga selesai.

3.Panaskan minyak dan goreng sehingga masak, pastikan api sederhana sahaja.


Solok ikan amat sesuai dimakan bersama Nasi Kerabu dan nasi putih yang panas bersama p[ilihan lauk yang lain.




Salam Lebaran, 
masih mencari-cari menu tambahan untuk menu open house hari raya kali ini ?
Bie cadangkan cubalah selitkan menu Daging Masak Hitam Manis pula... biasakan menu Rendang Daging atau Rendang Tok...kite cuba masak kicap sempoi ni...
Cuba Janagan Tak mencuba


RESEPI DAGING MASAK HITAM MANIS

Bahan-bahan (10-12 orang)
1kg daging lembu
16 biji bawang merah – dikisar
3 ulas bawang putih – dikisar
11/2  inci halia – dikisar
5 sudu besar cili kisar
Sedikit kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
10 sudu besar kicap manis
4 sudu besar kicap masin
2 Sudu Sos Tomato
2 Sudu Sos Cili
Garam dan gula ( optional )







Cara Penyediaan :
Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang dah buah pelaga sehingga naik bau.
Masukkan cili kisar dan tumis seketika (dalam 3-5 minit). Masukkan kicap manis dan kicap masin.
Masukkan daging dan sedikit air. Kacau sehingga sekata. 
Masukkan sos tomato , sos cili ,garam dan gula secukup rasa( optional- jika anda rasa perlu gunakan ). Masak sehingga daging empuk.Siap untuk dihidang

Tips- Anda boleh lebihkan air jika ingin lebih kuah



Klik Link dibawah :






RESEPI NASI AYAM MUDAH DAN POPULAR 


Bahan :


4 cawan beras 

5 1/2 cawan air kosong @ rebusan ayam ( bergantung kepada jenis beras yang digunakan- chef guna beras biasa jasmine super 5 )

Garam secukupnya 

2 1/2  sudu besar mentega @ marjerin 



Bahan tumis 



3 ulas bawang putih - di cincang 

1 inci halia - di hiris 

2 btng serai- di ketuk 

4 sudu besar minyak masak



Cara Membuat : 



1.Cuci Basuh beras, kemudian toskan.Biar ditepi


2.Masukkan 5 cwn air rebusan ayam  dan beras ke dalam rice cooker. 


3.Dalam pan - Panaskan minyak dan tumis bahan tumisan sehingga naik baunya.


4.Kemudian Masukkan 1/2 cawan air, masukkan ke dalam rice cooker, begitu juga mentega dan masak seperti biasa. ( on kan aje rice cooker- mode cook )


5.Apabila nasi kering gaulkan  sekali sekala dan tutup semula. Biar 5 minit dan sedia untuk digunakan.


Dapatkan ebook terkini chef obie sila klik

AYAM GORENG NASI AYAM



1 ekor ayam- di potong 4 - selebihnya di cincang utk buat sup 

3 sudu besar kicap pekat 

1 sudu besar kicap lemak masin

2 sudu besar sos tiram 

2 sudu besar madu 



Cara Membuat  : 



1.Rebus ayam bersama air hingga separuh masak dan keluarkan dari air rebusan..(Air rebusan 

 ini digunakan untuk masak nasi ayam ) 



2.Perap ayam bersama kicap, sos tiram, dan madu selama 30 minit.


3.Goreng ayam dalam minyak terendam. Setelah masak angkat dan toskan.


SOS PEDAS MERAH 



5 ulas bawang putih 

5 tangkai cili merah

5 biji cili padi merah/hijau 

1 sudu besar cuka @ perahan limau nipis

3 sudu besar gula dan sedikit garam 

2 sudu besar sos cili 

1/2 cwn air masak digunakan untuk kisar sekali dgn bahan 

Garamsecukup rasa 


Cara membuat :



1.Kisar bawang putih, cili padi dan cili merah. 



2.Panaskan dalam pot , kemudian masukkan cuka dan sos cili.Gaul sebati. 

Masukkan gula dan garam secukupnya. Apabila telah mendidih matikan api. Siap untuk digunakan


SOS KICAP 



1 cawan kicap lemak masin 

1 ulas bawang putih 

1/2 cawan air rebusan ayam

gula dan garam secukupnya 


Cara Membuat : 



1.Dalam pot, satukan ke semua bahan , kacau mesra sehingga mendidih. Siap



SUP AYAM 


Gunakan lebihan air rebusan ayam tadi , perasakan dengan garam
masukkan daun sup dan daun bawang serta 1 bungkus sup bunjut.
Tambah air jika perlu.Masak sehingga mendidih.Hias bersama bawang goreng





RESEPI LONTONG JOHOR

Bahan

100g Sengkuang
1/2 biji kobis
1 biji lobak merah
1 biji terung
10 btg kacang panjang atau buncis
1 keping tempe ( saya guna yng packing dalam plastik ) – dipotong dan di goreng sebentar.
4 biji kentang ( kopek dan dipotong kecil )optional, jika tiada pun tak mengape
1 paket soo hoon
1 paket tauhu kering
1 keping Tempe dipotong / dihiris saiz kecil ( boleh digoreng jika suka )
150 g udang basah
2 biji kelapa parut ( ambil 2 mangkuk besar santan, santan cair dan santan pekat )
garam secukup rasa

Bahan kisar/blender

2 sudu besar udang kering
1 labu bawang besar
4 ulas bawang kecil / shallot
3/4 inci halia

1/2 inci lengkuas (ketuk)
1 batang serai(ketuk)
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
1 inci kunyit hidup
atau 1 sudu besar serbuk kunyit






Cara penyediaan :

1- Semua sayur di bersihkan dan dipotong kecil
.
2- Tumis bahan kisar hingga wangi, bhn ketuk dan hingga pecah minyak.

3- Kemudian masukkan santan cair dan kentang(optional). Masak hingga kuah mendidih dan kentang hampir empuk.

4- Masukkan santan pekat dan sayur yang lain, soo hoon, sengkuang dan udang. Kacau selalu agar santan tidak pecah.

5- Masak hingga sayur layu, masukkan tempe dan sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.

Cara buat nasi impit atau ketupat segera

plastik tahan panas
beras yang telah di bersihkan dan di tos.

Cara penyediaan

1- Masukan beras kedalam plastik dengan sukatan 1/3 beras daripada saiz plastik.
2- seeled pada plastik, kalau tak ade seeler guna stepler pun blea, hati2 yea jgn sampai termakan..hee
3- Rebuslah dalam periuk yang penuh berisi air. Tempoh rebusan bergantung saiz ketupat.
4- Jika nasi telah kembang sepenuhnya dan struktur beras tidak nampak berbiji2 dalam plastik,tandanye
nasi ketupat tadi telah sedia diangkat dan disejukkan.


Jangan lupa..buat sambal tumis ikan bilis..dan telur rebus.untuk menyedapkan lagi hidangan lontong ni..






RESEPI KUAH KACANG SEDAP KE 

BINTANG !

Bahan -




1kg kacang tanah

1 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas ( ketuk )
3 senduk gula pasir 
1 senduk Gula merah atau gula melaka
1 cawan air asam jawa
1 cawan cili kering atau giling ( blender )
10 ulas bawang kecil ( shallot- blender )
1 inci belacan
100 gm Udang Kering
5 biji bawang merah ( blender )
1 inci Kunyit Hidup ( bleender )atau 1 sudu besar serbuk Kunyit
1 1/2 liter Air Rebusan Ayam atau air kosong
2 sudu besar Kicap pekat Manis
3 senduk minyak masak
garam secukup rasa.





Cara Penyediaannya :





1.Goreng kacang dengan sedikit minyak hingga kuning angkat toskan juga boleh gunakan cara sangai (goreng tanpa minyak).





2.Tumis cili giling, baw.merah ,shallot dan belacan hingga naik bau,kemudian masukkan

Serai, lengkuas juga halia .lebih kurang 2 minit menumis matikan api.




3.Panaskan air rebusan ayam1 1/2 liter, kemudian masukkan kacang tanah yang telah ditumbuk atau diblender . Apabila mendidih masukkan Air asam jawa, pastikan sederhana kecil, masak secara tradisional akan lebih sedap bila menggunakan api sederhana kecil dan masa yang agak lame juge...heeee





4.Masukkan Bahan yang ditumis tadi, kemudian masukkan udang kering, gula merah ,kicap pekat manis dan garam, kacau perlahan hingga pecah minyak. Siap.. anda boleh tambah sedikit air jika tidak berapa suke kuah kacang yang agak pekat... obie suke kuah kacang yang pekat marvellous tau!!






RESEPI KATERING : NASI MINYAK MEWANGI chef obie

Salam Ramadhan & Syawal yang bakal menjelma nanti... muslimin dan muslimat ,Chef obie beri anda resepi untuk 10 orang makan aje..tpi korang boleh gandakan resepi ini 5-10 x ganda yea


Bahan

Beras Wangi Siam 900gm(jika suka beras basmathi juga boleh-guna beras Basmathi Faiza )
Minyak sapi @ ghee 120 gm
Susu Cair 125ml @ 1/2 cawan
Halia 1 inci ( dicincang )
Bawang Merah 5 ulas ( dimayang )
Bawang Putih 3 ulas( dimayang )
Bunga cengkih 5 biji
Buah pelage 5 biji
Kulit Kayu Manis 1 batang @ 1 inci
Daun Saderi 2 batang
Air Mawar 1 botol kecil ( jika tiada juga tidak mengapa )
Garam secukup rasa
Stok ayam/ perisa ayam 1 kiub sahaja
Pewarna kuning
Daun Pudina ½ ikat pucuk dan daun sahaja
Kismis Hitam dan emas 1 sudu besar
Gajus 1 sudu besar ( digoreng )
Air 900gm/ ml

Cara Penyediaan :
1.Panaskan periuk terlebih dahulu, masukkan minyak sapi@ghee sehingga pijar, kemudian masukkan pula halia tumis sebentar, masukkan pula bawang merah dan bawang putih yang telah dimayang,cengkeh , pelage , kulit kayu manis kacau hingga layu dan naik bau.

2.Kemudian masukkan air- air boleh dikurangkan sedikit jika mahu, sus cair, daun saderi , garam dan perasa ayam.

3.Apabila air telah mendidih , biarkan ia 2 minit. Selepas 2 minit mesukkan beras dan kacau perlahan-lahan.

4.Apabila nasi itu hendak kering masukkanlah air mawar ,kacau perlahan jgn sampai beras patah.(jika tiada air mawar ganti air biasa)

5.Tutup periuk dgn penutup rapat2 lebih kurang 10-12minit kacau perlahan nasinya.kemudian tutup lagi biar 5 minit ,matikan api.

6.Apabila telah masak.taburkan pewarna kuning secara selerak,tutup kembali periuk dgn penutup 3 minit kemudian buka dan taburkan gajus,kismis dan daun pudina kacau mesra dan siap untuk dihidang. 


Gambar Courtesy Google

RESEPI KETAM MASAK TELUR MASIN

Bahan Utama :


5 ekor Ketam Bunga

1 biji bawang merah dicincang 

8 biji bawang putih dicincang 

6 biji cili padi (dipotong kecil) 

7 sudu besar susu cair

1 sudu kecil Tepung jagung 

@ 2 tangkai Daun Kari

5 biji telur masin

1/2 sudu kecil Lada sulah @ lada hitam

garam dan gula sebagai perasa
2@3 sudu besar mentega






Cara Penyediaan :

1.Rebus telur masin , setelah siap direbus , ambil kuningnya dan dilenyek bersama sebiji telur putih masin.

2.Bersihkan ketam potong kepada dua bahagian..Kemudian lumurkan ketam dengan tepung jagung, lada sulah dan garam.Goreng ketam sehingga masak kekuningan.

3.Panaskan pan @ kuali , masukkan mentega- tumis bawang putih, bawang merah sehingga wangi,kemudian masukkan daun kari dan cili padi kacau sebentar.

4.Masukkan telur kuning dan telur masin putih yang telah dilenyek,kacau lagi dan masukkan susu cair.Biar ia buble ( berbuih ).

5.Masukkan lada sulah @ lada hitam , perasakan dengan gula dan garam.

6.Akhir sekali masukkan ketam bunga yang telah digoreng dan kacau mesra. Siap untuk dihidang bersama dengan nasi putih.

Senangkan resepi ni..Anda boleh sharingkan dan jangan lupe yea kredit untuk chef obie hahahaa...







RESEPI PIE TIE SEDAP DAN POPULAR 



BAHAN KULIT PAI TIE : 


120 gm tepung beras

40 gm tepung gandum

20 gm tepung ubi

Garam secukupnya

2 butir telur 

500 ml air

Minyak untuk menggoreng

BAHAN INTI :

1 sudu besar minyak & 1/2 sudu besar minyak bijan 

4 ulas bawang merah, di cincang halus

150  gm isi udang, di cincang

100 gm hirisan lobak merah

400 gm hirisan Sengkuang Cina






1 sudu teh kicap cair

Garam, serbuk lada sulah secukupnya

BAHAN SOS :

7 biji cili merah, dibuang biji

2 ulas bawang putih, di cincang halus

4 sudu besar sos cili Thai

1 sudu besar cuka

100 ml Air masak

Gula, garam secukupnya




Alat : Acuan Pai Tie


CARA PENYEDIAAN  :

1.Satukan semua bahan kulit. Tapis ke dalam mangkuk.kemudian masukkan telur , air dan kacau sehingga menjadi adunan yang sebati.


2.Panaskan acuan pai tie ,dengan mencelupkan acuan ke dalam minyak yang sedang dipanaskan untuk menggoreng.

3.Kemudan angkat acuan dari minyak, toskan minyaknya sebentar dan celupkan acuan pai tie ke dalam adunan tadi dan goreng hingga keemasan.

4.Bahagian inti: Panaskan minyak, tumiskan bawang merah hingga harum. Masukkan bahan lain perasakan dan kacau sebentar.Jangan masak terlalu lama.  Angkat dan biarkan ia sejuk.



5.Bahagian  sos: Kisar semua bahan hingga sebati.

6.Sila pastikan kulit pai tie yang telah digoreng disejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara sebelum diisikan dengan intinya. ( jangan gunakan inti panas ) biar inti sejuk dahulu baru boleh diisikan.









gambar : courtesy google


RESEPI AYAM MASAK MERAH SEDAP 
untuk hidangan Nasi Buryani , Nasi Tomato & Nasi Minyak 
( Hidangan 14-16 orang Dewasa )

 Bahan untuk ayam 

1 ekor Ayam ( dipotong 16- berat melebihi 2kg ke atas ) 
2 sudu besar Serbuk Kunyit 
1 sudu besar Garam Halus 
Minyak Masak secukupnya

 Bahan Menumis 

5 biji Bawang Besar ( dikisar ) 
10 biji Bawang kecil ( dikisar ) 
1 ½ cawan Cili kering ( direbus dan dikisar- buang biji ) 
4 biji Buah Tomato ( dikisar )
1 sudu besar Serbuk Kunyit
1 batang kulit kayu manis
4 butir Bunga Lawang 
3 helai Daun Pandan ( diikat rapi ) 
1 inci Belacan Tumbuk
1 cawan Air Gula & Garam Secukupnya

Tips chef : Anda digalakkan lebihkan gula dalam menyediakan Ayam Masak Merah ini.






 Cara Membuat : 

1. Goreng ayam yang telah diperap dengan kunyit dan garam sehingga masak.( jika anda ingin masak untuk tempahan catering atau perkahwinan anda perlu goring sehingga garing supaya lambat basi )

 2. Bahan menumis, -isi minyak secukupnya, tumiskan kulit kayu manis , bunga lawang dan daun pandan sehingga naik baunya, kemudian masukkan kedua jenis bawang yang telah dikisar, tumis hingga separuh garing.Masukkan pula cili kering dan tomato yang telah dikisar, biar ia mereneh sambil anda kacau dengan spatula agar tidak hangit, pastikan api sederhana.


 3. Apabila tumisan telah mendidih, masukkan belacan , air dan serbuk kunyit.Biar mendidih seketika, masukkan pula gula dan garam sebagai perasa. ( anda boleh lebihkan gula dalam masak merah ).Siap untuk dihidang bersama Nasi Buryani , Nasi Tomato @ Nasi Minyak- Hiasan gunakan Kacang peas / Daun ketumbar / Daun bawang / Bawang Goreng sebagai hiasan








RESEPI GULAI AYAM KAWAH ( TERENGGANU )

 Bahan 

3 ekor ayam potong ( seekor potong  8 ) 
3 batang Serai diketuk 
7 biji Bawang besar dikisar
20 biji bawang kecil dikisar
12 ulas bawang putih dikisar 
3 inci halia dikisar 
25 batang cili padi dikisar 
3 inci lengkuas dikisar
12 sudu besar Rempah Kari daging 
12 sudu besar Cili Kering Kisar 
3 batang Kulit Kayu Manis, 
12 bunga Lawang ,
3 sudu Buah pelage 
1 sudu besar halba
Minyak Masak 1/2 liter 
3  liter Santan
3 liter  air 
15 sudu besar Kerisik
15 Helai Daun Limau Purut 
6 keping Asam Gelugor @ asam keping
Gula Dan Garam sebagai Perasa 







Cara Membuat :

 1. Tumis –serai, kulit kayu manis , bunga lawang , buah pelage, halba dan bahan-bahan kisar sehingga naik bau.

 2. Masukkan rempah kari dan cili kisar tumis sehingga menjadi pes dan keluar minyak. 

3. Masukkan ayam dan sedikit air, biarkan mereneh ,kemudian masukkan ayam, asam gelugor , daun limau purut dan kerisik, kacau sekali sekala jangan sampai ayam hancur.


 4. Akhir sekali perasakan dengan gula dan garam.Siap untuk dihidang.









Resepi Satay Ayam Popular Chef Obie



Bahan



1.5 kg- 1.6kg Daging Ayam beserta kulit ( dipotong dadu )

1 ½ suudu besar Biji Ketumbar ( disangai dan dikisar )

1 ½ sudu besar Jintan Manis ( disangai dan dikisar )

Segenggam Serai ( dipotong halus dan dikisar )

1 sudu besar Serbuk Kunyit

10 biji Bawang Merah ( dikisar )

500gm Gula

½ cawan Minyak Masak

Lidi Satay secukupnya ( perlu direndam dalam air sebelum dicucuk pada daging ayam )



p/s- Resepi diatas boleh digandakan sekiranya ingin membuat dalam kuantiti yang banyak



Cara Membuat :



1.Daging ayam beserta kulit ayam yang telah dipotong dadu diletak dalam penapis biar seketika.



2.Kisar sekali bahan seperti biji ketumbar , jintan manis , serai dan bawang merah sehingga halus.



3.Marinate ayam yang telah dipotong dadu dengan bahan yang telah dikisar, masukkan gula , serbuk kunyit dan akhir sekali minyak masak, pastikkan daging ayam dimarinate sekata.Biar 30 minit dalam peti sejuk.



4.Cucuk daging ayam yang telah dimarinate ke lidi satay, anggaran 4-5 potongan dadu ayam bercampur kulit ayam dalam sebatang lidi satay.Cucuk sehingga selesai.Siap untuk dibakar…sebaiknya dengan kayu arang@charcoal..terbaik.



5.Sediakan minyak dan serai untuk disapu ke atas satay apabila dibakar, supaya aroma satay akan lebih wangi dan menyelerakan.



6.Jika korang nak bakar satay lambat lagi, boleh lah korang packingkan satay dalam plastic 10 batang 1 plastik.dan simpan dalam freezer, bila hendakgunakan baru lah defrost.Selamat Mencuba!

Satay ayam sedap dimakan dengan kuah kacang marbeles dan sambal garing, beserta potongan bawang merah , timun dan nasi impit.



Boleh gunakan resepi ini untuk berniaga



Tips – Jangan sesekali korang letak garam walau secubit dalam resepi membuat satay.Pantang adalah garam, bile korang letak garam dah tak jadi satay, jadi ayam panggang atau daging panggang, satay perlu manis dan aroma rempah ratus sahaja.



Resepi satay ni dah lame chef obie gunakan..malah menjadi kewajipan satay ayam ini dibuat untuk setiap kali party atas kapal..kire resepi satay ni orang eropah , middle east, far east dapat r merase juge…. Sweet memory…MT BUNGA ANGGERIK






 RESEPI  CREAM OF MUSHROOM SOUP 

Mencari-cari resepi mushroom soup yang mudah dan sedap? Obie lihat banyak resepi-resepi menarik dari blogger-blogger masakan yang lain kagum! masyarakat kita telah terdedah dengan pelbagai jenis masakan luar, satu perkembangan yang positif.Ditambah pula sekarang sesiapa sahaja boleh menonton Astro AFC ( Asia Food Channel )lebih besar impak pendedahan dunia masakan luar kepada kita semua.Sukanya Obie! Malam ni obie ingin berkongsi resepi "CREAM OF MUSHROOM SOUP", obie yakin anda telah jumpa salah satu diantara resepi yang sedap boleh dicuba. Obie akan jelaskan bahan-bahan yang perlu digunakan dan cara-cara memasak dengan penerangan sahaja ( tanpa gambar ).

 Bahan-Bahan Untuk membuat Mushroom soup obie


2 sudu besar Unsulted Butter

350gm White Button Mushroom

350gm Brown Button Mushroom.

3 atau 4 biji shallots atau bawang merah kecil( dicincang )

1 sudu kecil daun thyme segar

1 helai Daun Bay

1/2 cawan extra Virgin olive oil ( mudah didapati dipasaraya seperti tesco )

1 1/2 cawan Air Rebusan Ayam

1 sudu besar Tepung Jagung ( jenama apa pun boleh digunakan )

1 sudu kecil garam

Daun Chives untuk hiasan juga boleh digantikan dengan daun parsley.

Daun italian parsley juga boleh diganti dengan daun parsley tempatan.

1/2 sudu kecil Lada hitam.

2 sudu besar Air perahan lemon.

 Cara Penyediaan :

1. Cendawan terlebih dahulu dicuci bersih, dikeringkan menggunakan kitchen towel,ambil sebahagian cendawan dicincang ,sebahagian diptong dadu dan dihiris.

 2. Panaskan mentega,bawang merah sehingga layu sahaja.Jangan sampai hangit. Masukkan daun bay dan cendawan yang dicincang tumis sehingga layu juga.

 3. Masukkan Stok ayam atau sayuran dan cream masak biarkan hingga mendidih, masukkan tepung jagung.kacau perlahan lahan..matikan api

 4. Gunakan hand mixer atau blender semuan bahan tadi sehingga lumat.

 5. Panaskan menggunakan api sederhana,masukan cendawan yang dihiris dan didadu,lada hitam,daun thyme dan garam.

 6. Hias dengan menggunakan cream dan chives ataupun parsley.

 7. Siap untuk dihidangkan. Mudahkan apa yang obie kongsikan bersama anda, harap mencuba dan pastikan mushroom soup ini dihidang panas-panas, Syok!



Resepi Ayam Percik Kg Baru
Bazaar Ramadhan


Bahan


3- 4 ekor                 ayam

1 kg                       bawang besar 

2 inci                     halia ( dikisar ) 
100 gm                    lengkuas ( dikisar )
 80gm                       bawang putih ( dikisarr )
 8 batang                  serai ( dikisarr )
 3 1/2 cawan             gula
 1/2 cawan                gula merah atau gula melaka
5 sudu besar            stok ayam serbuk
 4 cawan                  cili giling ( dikisar )
 4 cawan                  cili sos
 1 kg                       santan 




Cara Penyediaan :



1.Satukan kesemua bahan -bahan diatas dalam satu stok pot yang besar, gunakan api sederhana untuk memasak bahan-bahan ini sehingga mendidih.


2. Setelah mendidih, masukkan ayam , (  potong ayam mengikut permintaan )pastikan jangan sampai ayam terlebih masdak, hanya perlukan separuh masak sahaja untuk ayam percik ni. 

3.Apabila ayam telah separuh masak, asingkanlah ayam untuk dibakar, 

4.Gunakan penyepit buluh atau lidi satay untuk menyepit atau mencucuk ayam setengah masak sebelum dibakar.

5.Manakala, kuah yang lebih disimpan untuk dicurahkan ke atas ayam.





RESEPI PENANG CHAR KUEY TEOW

Kepada peminat penang char kuey teow..obie sediakan resepinye...bolehlah mencuba.



Bahan-bahan ( 2-3 org )





BAHAN PASTE



*220 gm udang

250ml air

5 ulas bawang putih di ketuk

5-7 sudu besar sos tiram

3 sudu kecil kicap pekat

3 sudubesar kicap manis

1 sudu kecil petis

2 sudu besar pati ikan bilis / pati udang

2 sudu kecil garam (kalau sos tiram telah masin kurangkan 2sudu kecil)

1 sudu kecil gula



BAHAN MEE 

300 gm kuey teow

1 sudu besar cili boh / cili giling

kerang sedikit kucai & taugeh

2 biji telur



Cara Memasak :



PASTE- Rebus udang dgn air.Apabila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang.



Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat.Matikan api biarkan paste sejuk .



MEE- Tumis cili boh atau cili giling hingga garing. Masukkan dlm 5sbesar paste yang telah dimasak .Kemudian masukkan udang yg telah direbus dan kerang, penang char kuey teow agak basah dan berkuah,perlu tambah sedikit air 1/2 cwn.Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat.



Proses memasak kuey teow ni dlm 4 minit, pastikan api yang agak kuat semasa memasak.Siap...






IG : chef_obie_official





RESEPI MINT SAUCE UNTUK KAMBING 

PANGGANG / GOLEK
( resepi pebret chef obie )

Hari ini chef obie sharingkan resepi mint sauce untuk kambing panggang  atau kambing  golek.
Resepi mudah dan klasik !
Kepada anda chef , tukang  masak . blogger masakan mahupun kakai  share resepi di group whatsapp atau pun FB, 
korang  boleh  kongsikan resepi  ini by chef obie


Bahan

Segenggam / Seikat Daun Pudina Segar ( di cincang halus )
1 cawan Extra Virgin Olive Oil
1 sudu besar Gula
1/2 biji perahan Lemon
2 sudu besar cuka epal
1 sudu kecil garam

Cara Penyediaan :

1. Cincang daun pudina, letakkan ke dalam mangkuk .

2. Tuangkan extra virgin olive oil ke dalam mangkuk yang berisi daun pudina yang telah dicincang.

3. Masukkan cuka epal , gula dan garam kacau sebentar.

4. Simpan didalam bekas berpenutup. Simpan didalam peti ais sekurangnya 2 jam.sebelum digunakan.

5. Mint Sauce ini boleh tahan sehingga sebulan.Selamat mencuba.. kepada bro yang inginkan resepi mint sauce daripada obie kelmarin..sila take note..boleh try dengan kambing golek istimewa bro tu.., juga kepada anda mint sauce ni juge sesuai untuk lamb chop selain lamb grill dan roast lamb..sesuai ada jika anda planning nak buat bbq party!


IG : chef_obie _official 







BEEF STEAK & BLACK PEPPER 

SAUCE

Bahan Perapan Daging

2 keping potongan Daging Steak ( diketuk keliling dengan hulu pisau atau pelembut daging )
1 sudu kecil cuka @ westershire sos
1 sudu kecil serbuk lada hitam dan sulah
1 sudu besar Soso Tiram
Sedikit gula dan garam
1 sudu besar serbuk Paprika
1 sudu besar minyak Zaitun ( virgin olive oil )






Cara Membuat

1.   Satukan ke semua bahan dalam mangkuk, perapkan selama 30 minit sahaja. Dan anda boleh grill daging sehingga masak.

RESEPI SOS LADA HITAM

Bahan
2 sudu besar Mentega
3 ulas bawang putih dicincang
3 sudu besar Lada Hitam dikisar
2 cawan Air rebusan Ayam atau sayuran
½ tin Cendawan Butang Dikisar
3 sudu besar HP sos @ sos perang
1 sudu kecil Westershire Sos
½ cawan Krim masakan
Gula Garam sebagai perasa

Cara Membuat

1.   Panaskan mentega dalam pot @ pan , Sautee Bawang putih cincang sehingga naik bau, masukkan Lada hitam , kacau sebentar, masukkan air rebusan ayam ,cendawan kisar, hp sos, westerhire sos dan biar ia mendidih, masukkan krim masakan gula dan garam sebagai perasa,


Sekiranya anda ingin ia kelihatan hitam dan agak gelap anda boleh masukkan 1 sudu besar kicap caramel.pabila telah mendidih dan pekat matikan api.( anda boleh tambahkan air walaupun setelah ia masak, sekiranya anda tidak ingin terlalu pekat )




Gambar courtesy google


RESEPI KETAM MASAK TELUR MASIN

Bahan Utama :


5 ekor Ketam Bunga

1 biji bawang merah dicincang 

8 biji bawang putih dicincang 
6 biji cili padi (dipotong kecil) 
7 sudu besar susu cair
1 sudu kecil Tepung jagung 

@ 2 tangkai Daun Kari

5 biji telur masin

1/2 sudu kecil Lada sulah @ lada hitam
garam dan gula sebagai perasa
2@3 sudu besar mentega

Cara Penyediaan :

1.Rebus telur masin , setelah siap direbus , ambil kuningnya dan dilenyek bersama sebiji telur putih masin.

2.Bersihkan ketam potong kepada dua bahagian..Kemudian lumurkan ketam dengan tepung jagung, lada sulah dan garam.Goreng ketam sehingga masak kekuningan.

3.Panaskan pan @ kuali , masukkan mentega- tumis bawang putih, bawang merah sehingga wangi,kemudian masukkan daun kari dan cili padi kacau sebentar.

4.Masukkan telur kuning dan telur masin putih yang telah dilenyek,kacau lagi dan masukkan susu cair.Biar ia buble ( berbuih ).

5.Masukkan lada sulah @ lada hitam , perasakan dengan gula dan garam.

6.Akhir sekali masukkan ketam bunga yang telah digoreng dan kacau mesra. Siap untuk dihidang bersama dengan nasi putih.

Senangkan resepi ni..Anda boleh sharingkan dan jangan lupe yea kredit untuk chef obie hahahaa...






RESEPI NASI MANDY POPULAR

Bahan ayam:


2 ekor ayam ~  seekor dibelah 4 dan di cuci bersih

1 sudu besar  serbuk ketumbar

1 sudu besar serbuk jintan manis

1 sudu besar serbuk lada hitam
1 1/2 sudu kecil serbuk zaafaran atau sekiranya tiada kunyit
1 sudu besar serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran ) chef kongsikan macam mana nak buat rempah kabsa di bawah resepi ni ok...
4 biji bawang besar ~ dihiris bulat
4 biji lemon ~ dihiris bulat
Garam
Sedikit pewarna kuning/ saffron
Aluminium foil.



Cara Penyediaan ayam:



1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 20 minit.

2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.

3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.

**Semasa ayam dibakar, ayam akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air didalam ayam tersebut dan barulah bakar semula selama 10 minit atau sehingga ayam sedikit garing.
**Kuah dari ayam tadi, boleh campurkan dgn saffron/pewarna kuning sebelum dimasukkan ke dalam nasi.Aroma akan lebih menyengat... sennngaat!



Nasi: 



4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan

3 camca besar minyak sapi
4 1/2 cawan air atau secukupnya
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis hitam dan golden Yellow
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 4 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa.



Cara Penyediaan Nasi:



1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
3. Bila nasi kering, buat lubang ditengah nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 3 titis pewarna kuning, kacau dan gembar gemburkan nasi dan masak nasi sehingga masak.






Sos:



2 biji tomato ~ hiris

10 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
2 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
Garam dan Gula secukup rasa
Perahan lemon.


Cara penyediaan:


~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.



Ulam:



~ Boleh dimakan bersama hirisan timun, tomato dan lettuce


Resepi Rempah Kabsa buat sendiri...


Resepi Rempah Kabsa 



Bahan - bahan: 


1 sudu makan bunga cengkih

**1 sudu makan lada hitam 

**1 sudu makan jintan manis

**1 sudu makan jintan putih

**2 sudu makan biji ketumbar 

**1 sudu makan buah pelaga 

**1 sudu buah pelaga hitam

(black cardamom pods)

**1 sudu makan serbuk cili

1 sudu teh kunyit 



Cara penyediaan: 


1. Goreng tanpa minyak

bahan-bahan yg bertanda **

sehingga naik bau dan

angkat.

2. Kemudian kisar semua

bahan sehingga hancur.

3. Simpan rempah yg telah dikisar didalam bekas yg kedap udara. Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa. Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan

daging.



Terima kasih juga yang sudi bersama chef berkongsi resepi ini...layan.. semoga anda semua diberkati..Amiin


Terima Kasih

Komen
9 Komen

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

May ALLAH swt bless u

Hamba Allah berkata...

Assalammualaikum

Chef gunawan a.k.a chef obie

Maaf saya telah menggunakan beberapa resepi milik chef dalam perniagaan katering milik saya,
Saya rasa bersyukur apabila kebanyakan pelanggan memuji akan keenakan dan rasa sedap dalam masakan katering kami,resepi chef memang bagus dan terpilih dalam menu katering milik saya.

Semoga usaha chef dibalas dengan 1000 kebaikan semoga chef lebih murah rezeki,kami sekeluarga mendoakan kejayaan chef,

Mohon maaf kerana saya tidak memperkenalkan,

Wassalam

Tanpa Nama berkata...

Salam chef
minta dihalalkan resepinya
Terima kasih

Chef Obie berkata...

waalaikumussalam wbt,

telah dihalalkan semuanya..
sila gunakan & enjoy!

Tanpa Nama berkata...

Salam chef xde k resipi lasagna italian?

Tanpa Nama berkata...

Thanks chef obie..byk resepi mnarik yg sya boleh buat rujukan..

Chef Obie berkata...

most welcome, selamat mencube..

Tanpa Nama berkata...

Buat kimchi tu btol2 ade pakai cencaluk ker chef obie?

tutorial kurus 7 hari berkata...

terima kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign