CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Ahad, 27 Ogos 2017

Rojak Buah : Resepi Kuah Rojak Popular & jom layan aiman tino- ku hanya sayang padamu !

RESEPI KUAH ROJAK BUAH chef obie 

Dalam berhujung minggu dengan keluarga , sambil layan sea games apa kate rajin-rajinkan diri ke dapur jap..kite buat Rojak Buah..yang penting kuah rojaknye...jom layan kuah rojak yg popular ni...sambil layan lagu Aiman tino..hahaha ku hanya sayang padamu..lagu rumaje okay juge kan !




Bahan untuk kuah:

500 g gula merah + 100 gm Gula Perang dimasak dengan 2 cawan air.
300 g gula pasir
1 cawan cili kering dikisar halus
1 botol kicap pekat ( 330 ml)
1 botol cili sos (340g)
1 botol otak udang (240g)
1/2 Inci belacan
4 cawan air
Buah-buahan pilihan anda.

Sampingan Hiasan - Kacang tanah digoreng & ditumbuk kasar

Cara Penyediaan :
1. Masak gula merah dgn 2 cawan air.Bila dah mendidih tapis.

2. Satukan kesemua bahan kedalam periuk.kacau rata.

3. Masak sehingga kuah memekat.Bila dah memekat tutup api.

4. Sejukan kuah dan simpanlah kuah didalam bekas yang bertutup.Simpan didalam peti sejuk .Siap untuk digunakan.

Tips: Nisbah 1 senduk kuah rojak : 1 pinggan / bekas polysterin buah-buhan pilihan yg telah dipotong.

5.Akhir sekali selepas kuah rojak dicampur gaul dgn buah pilihan.Taburkan kacang tumbuk di permukaan.

Selamat Mencuba

FOLLOW IG : chef_obie_official

fb : chefobie untold





KELAS / KURSUS MASAKAN UNTUK PERNIAGAAN SILA KLIK LINK DIBAWAH INI
KELAS MASAKAN BIZZ & TESTIMONI PELAJAR
whatsapp : 0172260719 chef obie
 
 


#takhensemmanistuade #kelasmasakanbizz
#rojak #rojakbuah #resepirojak #resepi#resepimudah #chefonduty#chefobie





Aiman Tino - Ku Hanya Sayang Padamu

Mungkin kali ini
Bukan lagi aku
Yang kau sakitkan

Mungkin tiada lagi
Ku di dunia ini
Kau bidadari

Bila malam bila rindu
Tiap Kali ku cuba melupakan mu
Ada sajamu Kara padaku
Aku dihidupmu
Bukan aku mau jauh
Bukan juga ku benci pada dirimu
Bukan niat ku lukai kamu
Bukan diriku
Benar... ku hanya saying padamu
Bukan nya takdirku
Untuk bersamamu
Jika... setiap langkah ku ini
Terhenti disini
Until selamanya
Izinkan ku pergi

Bila malam bila rindu
Tiap Kali ku cuba melupakan mu
Ada sajamu Kara padaku
Aku dihidupmu
Bukan aku mau jauh
Bukan juga ku benci pada dirimu
Bukan niat ku lukai kamu
Bukan diriku
Benar... ku hanya saying padamu
Bukan nya takdirku
Untuk bersamamu
Jika... setiap langkah ku ini
Terhenti disini
Until selamanya
Izinkan ku pergi


Izinkan ku pergi
Izinkan ku pergi

Terima Kasih

Resepi Istimewa Dari Ikan Patin : Ikan Patin Crispy Bersos Pedas Manis Abang Jamil

Bila sebut ikan patin aje korang mesti ingat pada satu menu ni aje 
iaitu menu Ikan Patin Gulai Tempoyak ..

Tak kire la ikan patin sungai atau ikan patin bela..yang teramat popular 
di Negeri Pahang hinggakan masakan jenis itu yang menggunakan ikan patin sungai ni
boleh mencecah ratusan ringgit seekor..walllaweeei..

Tak apelah ..biarkan hargenye itu..kerana kite masih juga boleh menikmati
ikan patin ini dengan menu yang lain..dah cuba menu ikan patin yang digoreng crispy ?
Kalau belum pernah korang wajib cuba okay..Resepi ada dibawah ini..chef obie creations !




IKAN PATIN CRISPY BERSOS PEDAS MANIS ABANG JAMIL

Bahan

500 gm Dory fillet ( adalah ikan patin & mostly ramai yg tak tahu 
Dipotong jejari )
1 biji telor
1 sudu kecil garam & 1 sudu besar cili flakes

Bahan Tepung Goreng
1 cawan Tepung gandum
2 sudu besar Tepung Jagung
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu besar cili flakes
1/2 sudu besar Garam Halus
1 sudu kecil stok ayam

Bahan Sos Pedas Manis Abang Jamil

2 ulas bawang putih cincang
1/2 biji bawang hollang ( dadu )
1/2 biji cili benggala ( dadu )
1/2 btg cili merah ( mayang )
1/2 btg cili hijau ( mayang )
2 btg cili api ( mayang )
1/2 cawan thai sos cili
6 biji baby tomato
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil stok ayam
Sedikit air
Daun bawanh (hiasan )

Cara Penyediaan :

1.Gaul mesra ikan patin bersama telur,garam dan cili flakes.

2.Salutkan dgn bhn tepung kemudian goreng sehinga kuning keemasan.ketepikan.

3.Bahan sos- tumiskan bawang putih sehingga garing kemudian masukkan ke semua bahan biar mendidih dan memekat. Siap utk dihidang bersama ikan patin goreng & nasi putih panas...yuuummmy abang jamil kate

#resepi #ikanpatin #ikanpatingoreng#takhensemmanistuade #sos #kelasmasakan








KELAS / KURSUS MASAKAN UNTUK PERNIAGAAN SILA KLIK LINK DIBAWAH INI
KELAS MASAKAN BIZZ & TESTIMONI PELAJAR
whatsapp : 0172260719 chef obie
 
 




Terima Kasih

Resepi Masakan Pilihan Netizen : RESEPI NASI KAO MOK GAI atau NASI MANGKUK TINGKAT

Resepi Masakan Pilihan netizen : RESEPI NASI KAO MOK GAI atau NASI MANGKUK TINGKAT 


Apabila anda seorang yang gemar mencuba masakan dari negara Thai , boleh lah mencuba NASI KAO MOK GAI atau lebih dikenali dengan Nasi Mangkuk Tingkat.

Penyediaan yang mudah dan cara masak yang tidak menggunakan banyak bahan dan tiada berlemak yang keterlalauan menjadikan NASI KAO MOK GAI ini popular dikalangan petani dan pekrja kebun disana.

Sejarah menceritakan , si isteri petani akan menyediakan hidangan NASI KAO MOK GAI untuk para suami mereka sebelum berangkat bekerja membanting tulang di kebun mahupun disawah padi dan ladang-ladang.

Chef obie telah kongsikan resepi ini dalam Majalah RASA keluaran Karangkraf untuk tatapan pembacanya.



NASI KOMOK ( KAO MOK GAI )
*5 orang 

Bahan NASI KOMOK

500 gm Beras Siam
1 sdb Minyak Sapi
1 sdb Jintan Manis
1 sdb Serbuk Ketumbar
1 btg Serai ( titik / ketuk )
2 kuntum bunga lawang
1 btg kulit kayu manis
Air Rebusan Ayam secukupnya
Garam & gula secukupnya

Bahan SAYUR AIR KOMOK

200gm kobis dihiris
1/2 btg lobak merah
2 ulas bawang merah dimayang
1 sdb cili kisar
1 keping Asam Gelugor
Sedikit Daun Bawang
3 btg cili api ( ketuk )
1 sdb Sos Ikan
1 btg Serai ( titik / ketuk )
Garam & Gula secukupnya

Bahan SAMBAL BILIS KOMOK

150gm Ikan Bilis digoreng garing
150gm Kacang tanah digoreng garing
1 btg Cili Merah dimayang
5 btg Cili Api dimayang
2 helai daun limau purut dihiris
1 biji bawang besar dimayang
1 ulas bawang putih diketuk
Garam & gula secukup
Minyaknmasak secukupnya
*mangkuk tingkat

Cara Penyediaan :

1.NASI KOMOK : Satukan ke semua bahan dlm periuk.Masak seperti nasi biasa.

2.SAYUR AIR KOMOK : Satukan ke semua bahan dlm periuk masak dgn api sederhana.

3.SAMBAL BILIS KOMOK: Tumiskan bawang merah , putih , cili merah , cili api hingga wangi, masukkan bilis dan kacang goreng.Perasakn dgn gula dan garam.

*NASI KOMOK juga boleh dihidang dgn ayam goreng kunyit.
Semua hidangan dihidang dlm mangkuk tingkat..boleh lah korang bawak bekal mangkuk tingkat ke tempat kerja nanti
 

#takhensemmanistuade #kelasmasakanbizz#filekitdancdromperniagaanmakanan #nasikomok#kaomokgai







KELAS / KURSUS MASAKAN UNTUK PERNIAGAAN SILA KLIK LINK DIBAWAH INI
KELAS MASAKAN BIZZ & TESTIMONI PELAJAR
whatsapp : 0172260719 chef obie
 





Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign