CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Isnin, 21 Oktober 2013

Majalah AROMA Bulan November Chef Obie Berkongsi Resepi

Assalammualaikum,

Terima Kasih Bie ucapkan kepada anda yang
sudi melawat blog serba serbi sederhana ni...
semoga anda dapat apa yang anda cari dalam blog Bie ni..

apa pun selamat melayan gambar-gambar sepanjang
photoshoot untuk cover AROMA November 2013
daripada photographer amateur...



gambar candid amateur- photoshoot cover AROMA November 2013


Ajib make up artist.. sedang menacap.. model ( ibu kepada model utama )


tetibe sneakers pun join..heee kate candid tak salah kan..


Izzat photographer sedang memujuk model utama ..chef cilik


Dalam pada berpanas ketika photoshoot ni..
sempat juge buat steamboat... thanks kak siti , aza & team aroma..


harta karun make up artist juge turut dicandid....


Kepada anda yang sentiasa menyokong
industri masakan... Malaysia..
boleh dapatkan Majalah AROMA bulan November yang telah berada dipasaran sekarang..
pelbagai menu dan resepi daripada chef, tukang masak, katerer, blogger masakan
dan surirumah..
resepi daripada chef obie juga ade,..
dengan tema masakan dan menu untuk si cilik...
15 resepi istimewa daripa bie...
pastinya menarik..


Terima Kasih

Roti burger, roti manis, roti keju, rotiboi, roti peranchis, pizza dan macam-macam lagi

Seronok bile lihat student boleh buat
roti dengan baik dan cantik
walau baru pertama kali menyentuh
dan menguli doh roti...

telah berjaya membuat
beberapa jenis roti
dalam masa yang terhad...
roti yang berjaya dibuat oleh student seperti..
Roti burger,roti manis,roti keju,rotiboi,roti peranchis,pizza dan macam-macam lagi

gambar candid amateur:-


Terima Kasih

Gotong Royong Raya Korban Di Surau Ummu Jamilah MV

Syukur Alhamdulillah, selesai solat sunat Aidiladha
pada hari raya Haji yang lepas,
di Surau Ummu Jamilah Merdeka Villa (MV)-

Bie dan Aqil turut sama
join- gotong royong bersama penduduk MV
menjayakan ibadah korban dengan -ibadah korban dan aqiqah tahun ni
lembu 3 ekor untuk korban dan 3 ekor kambing biri-biri untuk aqiqah..
kambing di masak sup.. marbeles..
pagi tu selepas solat , penduduk dijamu makan
daripada surau dan pot luck daripada penduduk..
memang meriah, dengan pelbagai hidangan seperti
ketupat, nasi impit, rendang rusa, ayam masak merah,
kuah kacang, masak lodeh dan pelbagai versi rendang daging dan ayam
yang sedap-sedap disediakan oleh penduduk di sini.

dalam pada tu.. aqil selaku photographer terpakse
hee... tak r... aqil ni dengan sukarela menjadi photographer
candid! selamat melayan ....


Bie suke bab menyelesaikan kambing...ni..
Salam Aidiladha kepada seluruh umat Islam.

Sumber Berita :http://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional-2/403-kumpulan-pertama-jemaah-haji-malaysia-berlepas-pulang

Kumpulan Pertama Jemaah Haji Malaysia Berlepas Pulang

Makkah - Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia dengan 450 anggota berlepas pulang ke tanah air hari ini menerusi Lapangan Terbang Jeddah.

Menurut, Pengurus Media Tabung Haji Mohd Naser Jafar, penerbangan mereka berlepas pukul 7 pagi waktu tempatan dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada pukul 8.50 malam ini.

Mulai hari ini jemaah haji yang memasuki tanah suci melalui Madinah pada bulan lepas, akan berlepas pulang ke tanah air secara berperingkat menerusi Lapangan Terbang Jeddah.

Bagi jemaah haji yang memasuki tanah suci menerusi Makkah, mereka akan ke Madinah secara berperingkat bermula 28 Okt dan tinggal di sana selama lapan hari sebelum berlepas pulang ke tanah air menerusi Lapangan Terbang Madinah.

Beliau berkata setakat ini sebanyak 13 jemaah haji Malaysia meninggal dunia dengan kematian terkini seorang jemaah dari Kuching, Sarawak, Abang Alwi Abang Turkei.

rujukan : Wikipedia,ensiklopedia bebas

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.

Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. [1]

Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Makkah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian bersih dan ceria dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.


Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign