CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

Executive R&D Chef | Austrian Dessert & European Cakes Pastries | Malaysian Heritage Cuisine | Multi Outlet Standardisation : CHEF MUHAMAD GUNAWAN a.k.a CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY Aktif Set Up Central Kitchen / Pembangunan Menu ( Baru & Upgrade ) / Standardize Resepi & SOP/ Mobile Cooking Baking Class / Konsultansi Isu Operasi & F&B


HUBUNGI

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Sabtu, 20 Jun 2026

RESEPI KEK POPULAR CHEF OBIE

 

RESEPI KEK POPULAR CHEF OBIE
Sejak 2012 Di Blog/Web/Google

CLOUD CHEESECAKE
Bahan
250gm Cream Cheese
50gm Icing Sugar
15gm Gelatine ( halal )
200ml Whipping Cream
1 sdt setiap Emulco Coklat / Strawberi
Secukup Milk Coklat Cadbury
Cara Penyediaan dalam Video
Dan juga link You Tube

RESEPI KEK MARBLE NESTUM
Bahan
1 cawan Tepung Gandum
1 cawan Nestum dikisar
3/4 cawan Marjerin
3/4 cawan Gula
1 sdt BP
1/2 sdt Garam ( boleh kurangkan jika suka )
5 biji Telur Gred C
Esen Vanilla
Pewarna Makanan
Cara Penyediaan :
1.Ayak Kan bahan kering ( ditapis ). *Tips Juga dikongsikan dlm video
Cara Penyediaan dalam Video
Dan juga link You Tube

RESEPI HOKKAIDO CHIFFON KEK
Bahan

4 cawan tepung gandum
2 cawan gula
2 sudu besar baking powder
1/2 st garam
2 cawan susu UHT
1 cawan minyak sayuran
1/2 st vanila extract
10 biji kuning telur
16 biji putih telur
1 sudu besar cream of tartar
Ganache secukupnya (optional ) boleh ganti buttercream & sebagainya
Cara Penyediaan :
1.Pastikan semua bahan berada di suhu bilik.Panaskan oven 180'C.
2.Ayak tepung,baking powder dan garam.
3.Dalam bekas yang lain campurkan susu,minyak dan vanila.Kacau rata,kemudian tambahkankuning telur,kacau rata.
4.Tuang campuran telur ke dalam tepung,pukul lebih kurang 2 minit.
5.Pukul putih telur sampai berbuih,masukkan gula dalam 2 tahap,pukul sampai soft peak.
6.Campurkan adunan kuning telur ke putih telur dalam 3 tahap,kacau perlahan.
7.Tuang ke dalam cawan,taruh di dalam dulang nipis,hentakkan 1 kali untuk mengeluarkangelembung udara di adunan.
8.Bakar 20 minit atau hingga masak.


RESEPI RED VELVET KEK
Resepi ini telah diubah untuk selera tempatan *telah dikongsikan dlm web sejak 2012
Bahan
(kering)
280 g tpg gandum
50 g serbuk koko
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bicarbonate
1 sudu kecil garam
A
125 g mentega unsulted
260 g gula castor
B
2 biji telur (gred B)
C
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil cuka putih @cuka kurma @ cuka epal @ beetroots concentrated
1 sudu besar pewarna merah bright
D
240ml buttermilk
(Campurkan 1 cawan susu segar @ susu cair dengan 1 sdb cuka. Biarkan sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.)atau boleh beli aje buttermilk di pasaraya..sekarang dah mudah untuk mendapatkannya.
optional boleh gantikan yogurt jika tiada buttermilk.

Cara Penyediaan :

1.Ayak kesemua bahan kering-ketepikan

2.Pukul (A) sampai kembang & ringan.Masukkan (B) satu persatu dan pukul lagi
Masukkan (C)-pukul hingga sebati

3.Kemudian Masukkan tepung yg diselang seli dgn buttermilk-pukul hingga sebati.

4.Alas & gris loyang saiz 9" dengan baking paper. Tuang adunan kek dan bakar hingga masak.
Atau masukkan adunan dalam acuan cupcake sebanyak 1/2 cup sahaja dan bakar pada suhu 180c @ 15 ke 20 minit.
Sejukkan dan hiaskan dgn cream cheese icing.

Resepi Krim Cheese :

300 grm whipping cream-brand anchor
150 grm cream Cheese-brand Phillidephea atau tartura
100 gm mascarpone cheese
60 grm gula icing
100 grm butter
2 titik lemon paste

Cara Penyediaan :

Pukul whipping cream hingga kental. ketepikan
Dalam bekas lain, pukul krim keju bersama semua bahan lain hingga berkrim.
Satukan whipping cream tadi bersama krim keju, gaul sebati, boleh juga pukul dengan mixer dengan kelajuan perlahan.
Boleh digunakan untuk menghias kek anda.


RESEPI KEK MARJERIN PELANGI
Bahan

1 cawan Marjerin Pelangi FGV
3/4 cawan Gula pasir
5 biji Telur
2 cawan Tepung Gandum ( boleh juga guna 1 3/4 cawan )
1 sdt Baking Powder
1/2 sdt Garam
1 sdt Vanilla essen
Pewarna - Merah ,Hijau , Kuning Telur
Rim @ loyang saiz 7/8/9 yg telah digris Dan Kertas Minyak/partchment paper/silikon paper
Cara Penyediaan :
1.Pukul Marjerin & Gula dan Vanilla essen Sehingga berubah warna .
2.Masukkan telur satu persatu-satu. Pastikan adunan lembut dan kembang.
3.Giliran bahan kering yg telah di ayak bersama iaitu Tepung Gandum Dan Baking powder
4.Anda boleh guna teknik kaup balik , chef terus pukul sebentar sahaja.
5.Adunan dibahagi kepada 4. 1 bahagian tanpa pewarna Dan 3 bahagian mewakili warna yg Ada.
6.Sudukan satu demi satu adunan mengikut kesukaan anda ke Dalam loyang yg telah digris Dan diletak Kertas minyak sehingga adunan selesai. ( Klasik Tidak Guna piping bag )
7.Bakar pada suhu 165-170'c selama 40-45 minit.
Kek Marjerin atau kek sukat cawan dulu-dulu ini amat popular apabila tiba musim perayaan , hampir di setiap rumah membaking kek mudah ini .

RESEPI DUTCH BUTTERCAKE
Bahan

240 gm Tepung Gandum
1 buku Unsulted Butter ( Butter Belanda )
150gm Gula
40gm Tepung Susu
1 biji Telur
1/2 sdt Garam
1 sdt Serbuk Vanilla

Cara Penyediaan :

Cara Penyediaan dalam Video
Dan juga link You Tube
 


Assalammualaikum semua. Pernah tak korang alami momen di mana keputusan 24 jam mengubah seluruh jalan hidup?


​Itulah yang terjadi pada Chef dulu. Pengalaman mengendalikan menu Pastry, Bakery & Confectionery untuk penerbangan antarabangsa seperti KLM Royal Dutch Airline dan Lauda Air (Austrian Charter Airline) & Banyak lagi flights Private — dari kelas Ekonomi, Bisnes, First Class sehinggalah makanan untuk cabin crew — sebenarnya bermula dengan satu pelawaan yang tak disangka-sangka.
​Kisahnya bermula masa Chef tengah bekerja di sebuah hotel berdekatan lapangan terbang. Waktu tu, Chef jaga bahagian 'Melting Pot' (nama coffee house hotel tersebut) dan buat semua benda — dari menu lokal, Western, ala carte room service, hot kitchen buffet sampailah ke stesen Italian pasta.

Dipendekkan cerita, Executive Chef William H. Hewitt (seorang warga England berasal dari Wimbledon) rupanya selalu datang makan kat situ dan perhatikan cara kerja Chef. Mungkin sebab nampak Chef jenis yang rajin dan bertanggungjawab, satu hari tu beliau terus ajak Chef tinggalkan hotel dan join team beliau.

​Paling ironi, beliau minta Chef letak jawatan 24 jam serta-merta! Kata beliau, Chef ada bakat artistic yang lebih sesuai untuk fokus dalam Section Pastry. Tanpa berfikir panjang, Chef setuju. Lagipun, pihak pengurusan hotel tempat Chef kerja dulu memang sangat sporting dan sentiasa sokong kalau ada peluang untuk Chef luaskan lagi pengalaman. Dari situlah bermulanya satu fasa industri F&B yang paling berharga dalam hidup Chef.

Walaupun dah setuju nak tukar angin, prosedur tetap prosedur! Esoknya Chef tetap kena hadir interview. Paling mendebarkan, yang interview Chef tu tak lain tak bukan adalah Executive Chef William sendiri.

​Selepas lulus, Chef terus diletakkan di bawah seliaan seorang legenda yang digelar 'GOLDEN HAND' — Executive Pastry Chef Mahmud. Masha-Allah, di sinilah bermulanya fasa Chef betul-betul 'hadam' segala ilmu pastry, bakery & confectionery. It was truly my new world and the beginning of me becoming somebody.

​Apa yang paling Chef hargai, Executive Chef William sentiasa ambil tahu perkembangan karier Chef di situ sehinggalah hari terakhir Chef berkhidmat bersama mereka. Beliau bukan sekadar ketua, tapi mentor yang sangat menyokong siap sediakan surat rujukan (reference letter) terbaik untuk Chef pergi lebih jauh. "For your great future endeavours," kata beliau.

Doa Chef sentiasa mengiringi sifu-sifu Chef di mana jua mereka berada. Semoga Allah SWT sentiasa menjaga dan melorongkan kalian semua di jalan yang benar, serta dijauhkan daripada sebarang khianat. Amin YRA.

Dari kedai makan biasa, fast food, kapal, hotel, penerbangan, hospital pelancongan 7 bintang – semua pernah jadi sebahagian daripada perjalanan ini. Apa saja yang hadir, saya layan dengan penuh rasa syukur. Terima kasih kepada semua, sama ada secara langsung atau tidak, kerana turut bersama dalam journey Chef Obie.

Sejak 2012, chef masih aktif menganjurkan kelas masakan dan baking untuk orang ramai. Bermula dengan kelas hujung minggu secara berkumpulan, kini berkembang menjadi kelas persendirian eksklusif. Peserta datang dari pelbagai latar belakang – surirumah, peniaga kecil, hinggalah usahawan tempatan dan luar negara.

Tahun demi tahun, semakin banyak testimoni kejayaan pelajar yang berjaya membuka premis dan mengembangkan bisnes mereka. Itulah kepuasan sebenar – melihat ilmu yang dikongsi terus jadi rezeki dan kejayaan orang lain.

Corak kerja pun makin berkembang ikut masa dan permintaan. Dari projek kecil dan sederhana, lama-lama naik taraf jadi consultation yang lebih serius – sampai berjaya set up central kitchen untuk restoran tempatan.

Dalam masa sama, turut bantu usahawan baru buka kedai bahan kek dan bakeri. Chef juga mula aktif keluarkan produk berbentuk sistem untuk mudahkan urusan bisnes, contohnya "Template Costing" bagi kawal kos dengan lebih teratur.

Dari universiti ke TV tempatan, Chef Obie dijemput jadi jurucakap produk, juri pertandingan, dan buat demo masakan & baking.

Terima kasih guru & rakan di SMK Dato’ Penggawa Timur Masai (1993–1998) kerana mengiktiraf Chef sebagai Tokoh Sekolah. Sokongan kalian sentiasa jadi semangat perjalanan ini.

Jumpa juga gambar cucian kodak sewaktu Chef Obie berkhidmat dibawah seliaan Executive Chef William H Hewitt & Golden Hand Executive Pastry Chef Mahmud. Agak ganteng juge chef waktu itu- Zaman ketika minat Scooter & Skateboard. Berangan nak join sport motorscramble tapi setakat berangan ajela dan kemampuan tak mengizinkan waktu itu. Lebih selesa Hoodie Adidas atau FOX, DC Shoes DC Jeans, Rambut nak kombinasi aaron kwok + Shah Rukh Khan Poyo ! Sekarang lebih kurang aje, hoodie aje jarang pakai sebab cuace panas kan, selesa tshirt , jeans, sneaker & cap atau key aje. Rambut aje kadang panjang kadang terus botak !

Chef Obie Kelas Masakan 1001 Info & Resepi: MOBILE COOKING & BAKING CLASS CHEF OBIE 2026 https://share.google/FB1ccwJxvg8UZ2AQr






Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign