CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Selasa, 7 April 2015

Resepi Biskut Dan Kuih Raya : Tat Landak Popular

Biskut Dan Kuih Raya :
Resepi Tat Nanas Landak 


Bahan

2 cawan Tepung Gandum
½ cawan Serbuk Nestum
3 sudu besar Tepung Kastard
2 sudu besar Tepung Susu
225 gm Marjerin / Mentega
1 sudu besar Minyak Sapi
1 biji Telur Kuning ( Gred B )
1 sudu besar Gula
Esen Vanilla

Bahan Inti :
3 biji Nanas Muda
6 ulas Nangka Madu ( dikisar )
Sedikit bunga cengkih, kulit kayu manis dan daun pandan

Cara Membuat Inti :
1.Parut Nanas Tapi janagan dibuang airnya.Masak bersama nangka muda dan semua bahan seperti daun pandan.
2.Kacau supaya tidak hangus, setelah nanas pekat dan kering masukkan gula, bunga cengkih,kulit kayu manis dan kacau sehingga likat.Angkat dan sejukkan.

Cara Membuat :

1.Pukul marjerin,miyak sapi ,tepung susu dan gula hingga sebati.

2.Kemudian masukkan telur , pukul sederhana.Uli menggunakan tangan , masukkan tepung gandumm yang telah diayak,serbuk nestum dan gaul hingga doh lembut.

3.Doh dibentuk bebola dan diisi dengan jam nangka dan dibentuk landak dengan menggunakan gunting.Letakkan dalam dulang pembakar.Bakar pada suhu 160’c selama 20 minit

Dapatkan ebook terkini chef obie sila klik


Terima Kasih

OMG ! #throwback Gambar Sewaktu Darjah 6 Utarid Sekolah kebangsaan Masai , Johor Tahun 1993


Assalammualaikumwbt,

Tersenyum sendiri bile chef terjumpa gambar kenangan sewaktu kecik dulu...
masa usia baru 12 tahun...thanks to my friends Zulfaizal Md Pechor yang telah mengupload pic 
'sweet memory " ni dalam fb.

Masa ni chef belajar di Sekolah Kebangsaan Masai , Johor atau SKM Pada tahun 1993.

Kawan-kawan pun ramai yang dah berjaye dengan kehidupan masing-masing...

Juga yang telah pergi menghadap Yang Maha Esa, 
sedekah Al Fatihah untuk sahabat chef obie, Allahyarham Fauzi Solichin Bin Sumardi semoga roh nya dicucuri Rahmat. Aamiin

chef cube mengingati nama cikgu yang berbakti pada anak muridnya ni..
gambar cikgu dari kiri- Puan Fauziah Ismail cikgu bahasa melayu,
Puan Masturah cikgu bahasa inggeris ,
Puan Khauthar cikgu bahasa melayu juga...
Puan Zulika cikgu alam dan manusia..
kalau ada kawan-kawan yang perasan chef tersalah beri nama cikgu..sila perbetulkan ye...

okaylah kalau anda pandai...meneka,
mana satu pic chef obie?heee...

Terima Kasih Cikgu semua..jasamu..tak terbalas..hanya doa sentiasa
mengiringimu - muhamad gunawan jamil 6 Utarid . 




Terima Kasih

Resepi Masakan Udang : Pendaram Udang Yang Popular Di Selatan

Resepi Pendaram Udang 

( Masakan Tradisi Negeri Johor )



Bahan

300 gm Tepung Beras
1 cawan Santan
600 gm Udang segar
1 sudu besar Ketumbar
¼ sudu kecil Jintan Putih
¼ sudu kecil Jintan Manis
5 biji Bawang Merah
3 ulas Bawang Putih
1 sudu kecil Serbuk Kunyit
1 inci Halia
2 cawan Minyak Masak
Secukup rasa Garam
1 helai Daun pandan


Cara membuat:-

1.Blender ketumbar , jintan putih , jintan manis , bawang merah , bawang putih , serbuk kunyit , halia dan garam.

2.Adunkan tepung beras bersama santan beserta bahan yang telah diblender tadi, pastikan sehingga menjadi adunan yang pekat, jika korang suke boleh ditambah perasa, bie tak suke guna bahan perasa kire dah tak original..ni resepi tradisi, orang dulu taka de guna bahan-bahan perasa.Jadi nak mengekalkan keasliannye..tak payah lah guna perasa.pastikan korang dah dapat hasilkan adunan pekat seperti tepung membuat pisang goreng .

3.Panaskan kuali , tuangkan minyak masak dan apabila telah pijar, masukkan sehelai daun pandan wangi biarkan ia hangus kemudian dibuang.

4.Tiba masa untuk membuat pendaram udang…, apabila minyak dah pijar, ambil adunan kira-kira 1 senduk dengan dibubuh 4 atau 5 ekor udang dan tuangkan perlahan-lahan dari tepi kuali itu terus ke dalam minyak yang panas tu. Apabila nampak hendak kekuningan tepung ditepi kuali sudiplah dengan sudip penggoreng supaya tanggal dan terendam dalam minyak itu dan digoreng hingga gareng barulah diangkat.Korang teruskan teknik membuat pendaram ni hingga selesai adunan…

Siap untuk dimakan- sesuai dimakan bersama lauk pauk lain dan nasi atau dimakan begitu aje.
Dapatkan ebook terkini chef obie sila klik


Terima Kasih

Resepi Kek Red Velvet @ Kek Baldu Merah Popular Chef Obie


 RESEPI KEK RED VELVET @ KEK BALDU MERAH

(kek sebenar red velvet agak rapuh dan kering sedikit)
resepi ini telah diubah untuk selera orang kite.. peace)

Bahan-bahan

(kering)
280 g tpg gandum
50 g serbuk koko
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bicarbonate
1 sudu kecil garam


A

125 g mentega unsulted
260 g gula castor


B

2 biji telur (gred B)

C

1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil cuka putih @cuka kurma @ cuka epal
1 sudu besar pewarna merah bright


D

240ml buttermilk
(Campurkan 1 cawan susu segar @ susu cair dengan 1 sdb cuka. Biarkan sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.)atau boleh beli aje buttermilk di pasaraya..sekarang dah mudah untuk mendapatkannya.
optional boleh gantikan yogurt jika tiada buttermilk.


Cara Membuat:

1.Ayak kesemua bahan kering-ketepikan

2.Pukul (A) sampai kembang & ringan.Masukkan (B) satu persatu dan pukul lagi
Masukkan (C)-pukul hingga sebati

3.Kemudian Masukkan tepung yg diselang seli dgn buttermilk-pukul hingga sebati.

4.Alas & gris loyang saiz 9" dengan baking paper. Tuang adunan kek dan bakar hingga masak.
Atau masukkan adunan dalam acuan cupcake sebanyak 1/2 cup sahaja dan bakar pada suhu 180c @ 15 ke 20 minit.
Sejukkan dan hiaskan dgn cream cheese icing.


RESEPI KRIM CHEESE :

150 grm cream Cheese-brand Phillidephea atau tartura
100 gm mascarpone cheese
60 grm gula icing
100 grm butter
2 titik lemon paste
( boleh gunakan whipping cream dalam resepi ini, jika anda masih baru dalam pembuatan kek ..sila abaikan whipping cream )

Cara Membuat :

Dalam bekas lain, pukul krim keju bersama semua bahan lain hingga berkrim.
  gaul sebati, boleh juga pukul dengan mixer dengan kelajuan perlahan.
Boleh digunakan untuk menghias kek anda....

suke tak dapat resepi red velvet chef obie...? suke  Alhamdulillah dan jangan lupa chef obie juga ada pelbagai resepi kek dan masakan yang menarik -
dapat ebook terkini chef obie sila klik

 ebook masakan PERCUMA




Terima Kasih

Selesai Pemantauan Program - Kursus Candy Buffet & Katering Selama 6 Bulan JPW Wilayah Kuala Lumpur & Putrajaya


Alhamdulillah telah selesai juga program chef bersama 
ibu-ibu,cik - cik puan dan kak long..pada hari sabtu yang lepas di UTC Pudu Sentral. Kuala Lumpur. Actually program yang
chef obie handle- ikit ekunita JPW wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya.


Kursus Katering & Candy Buffet - di mana peserta-peserta telah mengikuti program selama 5 hari bersama chef obie di Hotel Citrus Kuala Lumpur dan dipantau selama 6 bulan.




Semoga perkongsian ilmu bersama ibu-ibu semua mendatangkan manfaat.
Hasil dari program ini chef telah  berjaya melahirkan " HONEY CATERING ".
Ibu-ibu dan peserta telah menunujukkan kerjasama yang baik dan semangat  keusahawanan
yang tinggi.InshaAllah semoga kalian akan terus berjaya.



































ni orang kuat chef obie.. Encik Iesz... engineer yang mengurus chef gitu...


Semoga hubungan yamg terjalin akan terus baik.
Pihak pengurusan chef obie dan encik iesz mengucapkan selamat maju jaya.
Kepada jabatan pembangunan wanita setiap negeri juz take noted.
Terima kasih juga kepada yang telah menghubungi pihak chef obie.

Hotline : 017 2260719
017 4777069
email : gunawan.jamil@gmail.com



Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign