CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Selasa, 10 Mac 2020

DIY KEK MARJERIN PELANGI ( Sukatan Cawan ) - Chef Obie

DIY KEK MARJERIN PELANGI ( Sukatan Cawan )- Chef Obie
Salam , 
Dalam kesibukan aktiviti harian , pasti ada diantara kita yang sedang memikirkan aktiviti hujung minggu mungkin bersama anak-anak ,bersama teman-teman mahupun bersama rakan sekerja , Apa kata korang buat pilihan lain sedikit dengan mengadakan aktiviti berbaking dengan mudah , asalkan korang ada oven atau ketuhar dan mixer . Kalau tak ade mixer wooden spatula atau senduk kayu pun ok selain bekas bowl dan ayak atau penapis tepung .Sebab apa korang bolehlah memilih untuk Berbaking Kek Zaman dulu-dulu iaitu KEK MARJERIN PELANGI sukatan cawan aje...


Bahan
1 cawan Marjerin Pelangi FGV 
3/4 cawan Gula
5 biji Telur
1 1/2 cawan Tepung Gandum ( korang boleh hingga 3/4 cawan tepung lagi jika inginkan kek sedikit padat dan gebu )
1 sdt Baking Powder
1/2 sdt Garam

1 sdt Vanilla essen
Pewarna - Merah ,Hijau , Kuning Telur

Rim @ loyang saiz 7/8/9 yg telah digris Dan Kertas Minyak/partchment paper/silikon paper

Cara Penyediaan :


1.Pukul Marjerin & Gula dan Vanilla essen Sehingga berubah warna .

2.Masukkan telur satu persatu-satu. Pastikan adunan lembut dan kembang.

3.Giliran bahan kering yg telah di ayak bersama iaitu Tepung Gandum Dan Baking powder


4.Anda boleh guna teknik kaup balik , chef terus pukul sebentar sahaja.
5.Adunan dibahagi kepada 4. 1 bahagian tanpa pewarna Dan 3 bahagian mewakili warna yg Ada.
6.Sudukan satu demi satu adunan mengikut kesukaan anda ke Dalam loyang yg telah digris Dan diletak Kertas minyak sehingga adunan selesai. ( Klasik Tidak Guna piping bag )
7.Bakar pada suhu 165-170'c selama 40-45 minit.

Kek Marjerin atau kek sukat cawan dulu-dulu ini amat popular apabila tiba musim perayaan , hampir di setipa rumah membaking kek mudah ini .

 Selamat Mencuba
Boleh Follow Chef Obie Di Facebook : chefobie untold,
 mahupun di Instagram.
@mgj_consultancy
@chef_obie_official






Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign