Obielicious

BENGKEL SENI MASAKAN PERNIAGAAN BERSAMA CHEF OBIE - Whatsapp 0172260719 / 016 9166010 ( HOT ! ) KELAS MASAKAN DAN BAKING PERSENDIRIAN + TESTIMONI PELAJAR ( HOT !)

FILE KIT + CD ROM PELBAGAI PERNIAGAAN BERASASKAN MAKANAN serta TESTIMONI PELANGGAN .

( hot ! ) 24 EBOOK MASAKAN , KEK ,PASTRI DAN BAKERI CHEF OBIE UNTUK MALAYSIA , SINGAPURA , NEGARA BRUNEI DARUSSALAM & INDONESIA SILA WHATSAPP SEGERA 0172260719 FREE 3 EBOOK ( Harga dlm Ringgit Malaysia )
( hot ! ) PENULIS JEMPUTAN MAJALAH MASAKAN TEMPATAN & PHOTOSHOOT UNTUK MAJALAH & MEDIA MASSA / ELETRONIK

Tempahan Katering Untuk Pelbagai Majlis / Pejabat & sebagainya - SKY CHEF & KHUZRASA Katering Kuala Lumpur Hubungi Segera chef obie 017 2260719 , Puan Khurzaidah 019 6460409 Call @ whatsapp

bE mY Heartbeat..!

Selasa, 6 Mei 2014

Buat Rempah Kari Daging Sendiri.... Ada Beran?




Tajuk : Spice Mixtures @ Rempah Ratus Campuran

Assalammualaikum wbt,

Semoga hari ni memberi satu dalam sejuta perasaan segar ,
ceria walau ada antara kite diduga dengan pelbagai dugaan dan cabaran,
harap bersabar ye..tak kire lah masalah tu besar atau kecil..

InsyaAllah kite hadapi aje ..usaha kearah kebaikan lebih baik daripada tak melakukan sebarang tindakan yang baik,
sedihnye apabila sebilangannye daripada kite ni suke nak merungut komplain dan sentiasa rase tidak puas hati dengan kehidupan dan kemudahan yang Allah beri percuma kepada kite selama ni...
Nauzubillah hi minzalik! Jauhkan lah sifat-siaft tak elok ni daripada diri kite… bie cakap untuk diri sendiri juge..juge untuk semua.Jangan ambil hati!Bie ni manusia biase penuh kekurangan..cube perbaiki diri juge.

Berbalik kepada tajuk utama yang akan bie huraikan “ SPICE MIXTURES” ATAU Rempah Ratus Campuran ,Ia akan mengambil mase beberapa hari untuk bie kongsikan kepada anda semua, tidak kirelah info ini untuk pelajar sama ada pelajar IPTA, IPTS, Kolej- kolej Komuniti , Akademi Masakan , Surirumah , pengkritik makanan, blogger- blogger, pengusaha makanan , tukang masak professional, chef-chef dan tak kire la siape sahaje.

Apabila kite sebut aje rempah ratus, pasti terbayang sacara automatic kat minda-
Rupe rempah kari, rempah kurma , serbuk cili , serbuk kunyit , serbut jintan manis, jintan putih , lada hitam , halba , ketumbar , biji sawi dan banyak lagi.

Jelas menunjukkan anda memang peka dan tahu serba sedikit rempah ratus walau mungkin anda tak berapa mahir menggunakan bahan-bahan ni dalam masakan.Tak mengapa bie nak beri kredit untuk anda semua kerana sedikit sebanyak tahu apa itu rempah ratus.

Spice Mixtures atau rempah ratus campuran

Ialah Penggunaan gabungan pelbagai jenis Bahan-bahan rempah kering atau dalam keadaan segar dalam menghasilkan sesuatu masakan yang berasaskan rempah ratus sehinggalah untuk menghasilkan minuman. Seperti membuat asas Rempah Kari untuk memasak lauk kari,Bahn Rempah ratus untuk BBQ ,Benggali 5 spice, Flavouered aromatic oils , cuka , Spice drinks , kek dan pastry ( sweet spice mixtures ), African spice mixtures , Sambal, Spice paste, Masala dan banyak lagi.

InsyaAllah akan Bie kongsikan yea..

Curry Powders @ serbuk kari
Perkataan kari ni asalnya daripada perkataan Tamil – Karhi, bila dah lame disebut bunyinye jadi kari.kire begitu lah asal sebutan kari.Penggunaan rempah ratus yang kaya seperti sebuk kari ni amat meluas.Sejarah asal usul kari ni menjadi popular sampai keseluruh dunia adalah ketika zaman para pedagang dan askar @tentera dari India telah membawa dan memperkenalkan penggunaan rempah ratus ni dalam masakan kepada masyarakat ketika itu.


Rempah Kari ini mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran, penggunaan yang meluas menjadikan rempah ratus ni komersial secara langsung dari segi penggunaan dan rasa menjadi lebih menarik dan ada yang masih mengekalkan rasa asli Autentik!cewah sejak dua menjak ni suke guna perkataan autentik..terpengaruh dengan iklan kat tv la tu…

Rempah Kari dihasilkan dengan pelbagai penggunaan rempah ratus berbeza , kombinasi dan penggunaan rasa mengikut bangsa yang berlainan. Apabila rempah kari ni dibawa merentas pelbagai benua ..
citarasa juga diubah mengikut kesesuaian.jadi rempah kari yang kebanyakan ada dipasaran kite, kat pasaraya dan kedai runcit tu kebayakkannya dah tiada rasa asal atau keaslian tradisi rasa kari dari india utara mahupun selatan,rase autentiknye kureng la kat sini, tapi kite masih boleh dapat merasa kari asli, yang terdapat direstaurant asli india yang menyediakan cara masakan dan penggunaan rempah kari asli ni.Jangan risau Bie akan kongsikan resepi membuat rempah kari yang autentik! Autentik lagi…

Cara memasak rempah kari juga berbeza, contoh bagi orang madras , mysore dan goa ( India ) mereka akan menggunakan rempaah kari tetapi ia amat pedas, gabungan rempah ratus yang lebih hangat berbanding aromanya.die orang ni suke masak vindaloo…yang pedas-pedas hangat tu la pilihan mereka! Apa pun penggunaan pelbagai rempah ratus dalam masakan baik untuk kesihatan dan perkembangan tubuh badan kite ni.


Keseimbangan bahan dalam membuat rempah kari ni penting.Asas Resepi ini dengan variasi yang mampu memenuhi citarasa anda dalam pelbagai jenis masakan kari.Tak kire lah kari daging , ayam , kambing.Untuk kari ikan @ seafood nanti bie akan kongsikan,InsyaAllah next coming update kat blog ni.

DIY- Resepi Asli Rempah Kari Daging


( 32 sudu besar kari terhasil )



Bahan :

14- 16 batang Cili kering / lada kering
16 sudu besar Biji Ketumbar
8 sudu besar Jintan Manis
4 sudu kecil Halba
4 sudu kecil Biji sawi
4 sudu kecil Lada hitam
2 sudu besar Serbuk Kunyit
2 sudu besar Serbuk Halia


Cara membuat :

1.Pertama sekali , cili kering / lada kering perlu digunting untuk dibuang bijinya.

2.Teknik sangai atau goreng tanpa minyak digunakan- gunakan frying pan atau kuali, panaskan api sederhana , sangai ciili kering , ketumbar , jintan manis , halba , biji sawi dan lada hitam.

3.Panaskan sehingga bahan-bahan rempah mengeluarkan aroma. Goyangkan pan konsisten supaya rempah dapat dipanggang sekata.- sambil menyanyi…”mari kita bergoyang…”-cat farish

4.Apabila rempah siap dipanggang, kemudian sejukkan pada suhu bilik , kemudian rempah tadi digiling atau diblender kering sehingga menjadi serbuk. Kalau nak buat bussines kecil kecilan perlu guna mortar atau coffe grinder.Kemudian masukkan serbuk kunyit dan serbuk halia kacau sebati. Siap… untuk digunakan sebagai rempah kari daging!

Senangkan…ape cebik-cebik bibir tu..ketap-ketap bibir pulak…dah tau senanglah, mase tak tau tu..beli aje lah rempah kari paket kat pasaran tu.Ape pun terpulang pada anda untuk menggunakan atau mempraktikkan resepi chef obie ni.Semoga sedikit perkongsian ilmu ni dapat membantu sesame kite secara langsung atau pun tidak.



p/s kepada selebriti chef , chef profesional atau persendirian atau blogger-blogger masakan instant yang suke skodeng info milik chef obie, apa kata korang follow aje blog chef obie ni , segan la tu..hahaha tapi nak skodeng ... chef obie tahu..siapa yang skodeng...heeee... x payah segan anda kekurangan input , boleh mixed input chef obie ni.. ilmu yang bermanfaat kalau x sharing dan kedekut ilmu tak berguna juga , satu lagi ...jangan la pula 100% input yang diambil dari chef obie ni... anda kata milik anda yang memang pakar..katenye...
cuba jadi chef atau blogger yang beretika... banyak yang diluar sana yang contact direct chef obie utk ambil info.. dan link pula pada blog ini.


DIY- Do it Yourself !
Obie can cook so can you!so ..so .. so what? juz make funny-funny… smile always & enjoy yourself !



Mohon maaf sekirenye ade kata-kata atau penyampaian obie ni menyinggung perasaan atau keadaan sesiape  diluar sana, jika ada yang ingin menambah info boleh lah disharing bersama, bie berpandukan pengalaman sepanjang bergelar tukang masak , segala info dan ilmu diperoleh dari sifu-sifu bie ( mak juge memberi peranan penting dalam gaya masakan bie ) juga persekitaran dunia masakan bie selama ini.Ape pun bie sentiase mencari dan menggali ilmu masakan ini… tiada istilah stop!dunia masakan sentiasa bergerak mengikut zaman dan ia sentiasa disesuaikan senang kate up to date..

Terima Kasih

Komen
10 Komen

10 ulasan:

cheq da berkata...

Info yg sgt bermakna chef..boleh cuba nanti..

chefgunawanjamil Obie berkata...

tq cheq da,
dah boleh buat rempah kari sendiri
.... :)

Tanpa Nama berkata...

Congrats chef obie,
Wow, ini yg boleh saya katakan,
Belum ada chef yg sanggup berkongsi
Cara membuat rempah kari, setakat cara memasak kari banyaklah,
Boleh buat kari babas kari adabi sendiri macam ni

Moga chef diberkati

Tanpa Nama berkata...

Aku rase la kau ni chef
patut handle rancangan the spice routes yg kt tv tu ahaks chow!

Tanpa Nama berkata...

Macam ni boleh bukak kilang rempah kari,
Dasyat la kau chef

Tanpa Nama berkata...

Nak cari resepi lain terjumpa resepi buat kari..mesti cuba ni..mcm senang je..apa2 pun tq chef..

Tanpa Nama berkata...

Trimakseh chef....bermanfaat bnget gtu

chefgunawanjamil Obie berkata...

@Tanpa Namaterima kasih , sudi sudkan lah melayarai blog chef obie

Mohd Talib berkata...

Tima kasih chef..saya share yea.

chefgunawanjamil Obie berkata...

Terima kasih silakan share@Mohd Talib

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign