CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Rabu, 24 Oktober 2012

Obie - Demo Memasak di Wanita Hari Ini TV3

Bercerita mengenai gaya pemakanan seimbang dan sihat sebelum ini telah memberi satu azam kepada diri obie sendiri dan obie harap ada dikalangan kita yang telah cuba-cuba berdiet den makan secara sihat, obie juga dalam proses diet juga, terima kasih kepada keluarga dan teman-teman yang sentiasa memberi sokongan kepada obie.Selera dan suka akan makan dan masak menyebabkan kadang diluar kawalan,tidak mengapa lah juga kadang sebagai juri perlu merasa masakan peserta, sebagai chef perlu merasa masakan sebelum siap dihidang betulkan atau dalam mereka menu dan sebagainya, suatu yang tidak boleh dielak.. tapi gaya pemakanan boleh diubah perlahan-lahan dan tidak perlulah terlalu mengejut. Obie ingin berkongsi pengalaman obie menyediakan masakan sihat untuk tatapan peminat rancangan "Wanita Hari Ini" di TV3.Obie telah dijemput oleh penerbit wanita hari ini dan TV3 dalam Isu Makan Sihat Dan Ikan Sungai.Resepi Obie Pada hari itu ialah "Ikan Haruan Kukus Bersama Daun Kadok" yang amat sesuai untuk diet, untuk kecantikan luar dan dalamam juga sesuai untuk wanita yang lepas bersalin atau untuk mereka yang baru sahaja menjalani pembedahan atau luka-luka yang besar .
Obie membuat persediaan sebelum demo masak secara langsung di Seri Pentas TV3
Beberapa minit sebelum obie bersiaran langsung
Obie bersama Azizah Arifin dan Atie AF
Siaran langsung Di Seri Pentas TV3
Bertukar-tukar posisi
Sesi soal jawab antara azizah dan atie kepada obie ( dup dap dup dap dalam hati obie.. jangan la tanya kenapa ikan haruan ni tidak ensem heee... )
Santai sungguh demo masak ini..
Bila boleh rasa "Ikan Haruan kukus bersama daun kadok ni" tanya azizah arifin kepada obie, sambil atie merenung ke arah ikan haruan tu.. ( lapar ni.. )
selesai juga demo masakan obie di Rancangan Wanita Hari Ini di Seri Pentas TV3,terima aksih kepada yang membantu obie pada hari tersebut dan tidak lupa juga kepada TV3 dan penerbit rancangan wanita hari ini. Insyaallah obie akan berkongsi resepi Ikan Kukus Bersama Daun Kadok dalam blog ini dalam masa terdekat terima kasih daripada obie. LOVE, PEACE AND RESPECT HOTLINE 0127144840

Terima Kasih

Kepentingan Pemakanan Seimbang

Terima kasih kerana melayan blog obie, kali ini obie ingin berkongsi pengetahuan serba sedikit mengenai kepentingan pemakanan seimbang, obie mendapat info daripada teman di JKWPKL waktu itu obie telah menjadi juri pertandingan memasak kesihatan sempena Hari Doktor Muda Di Cochrane Kuala Lumpur. Makanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi dengan normal. Makanan seimbang seharusnya memberikan kita tenaga. makanan yang mencukupi, karbohidrat, protein dan lemak secara optimum, kandungan fiber yang mencukupi dan kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan, dan dapat menjauhi kita daripada mendapat penyakit. Amalan pemakanan sihat adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan sekeluarga dan seharusnya dipupuk dari rumah. Selain daripada menyelerakan dan mampu dibeli, makanan yang dikongsi bersama sekeluarga mestilah berkhasiat dan sihat. Makanan seimbang seharusnya memberi : i. Tenaga makanan yang mencukupi ii. Karbohidrat, protein dan lemak secara optimum. iii. Kandungan fiber yang mencukupi iv. Kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak. Makanan ini terdiri dari tiga kumpulan iaitu makanan yang memberi tenaga, menjauhi dari penyakit dan membina sel-sel dan tisu tubuh. A. Makanan yang memberi tenaga Di Malaysia tenaga 50-60% penduduk didapati daripada nasi. Namun begitu makanan lain yang menghasilkan tenaga termasuk semua jenis bijirin seperti jagung, gandum, beras, bali, ubi keledek, keladi, ubi kayu, kentang dan lain-lain. Makanan lain yang menghasilkan tenaga adalah makanan yang mengandungi gula seperti gula pasir, sirap, jem dan madu. B. Makanan membina badan Protein adalah makanan membina badan. Protein membina sel-sel atau jeringan tisu dalam badan kita. Punca protein adalah daripada ikan, ketam, kepah, sotong, ayam, itik, dan lembu. Kekurangan sumber protein boleh membantutkan pertumbuhan seseorang termasuk pembentukan otot. Kekurangan protein juga mempengaruhi pembentukan darah dan ini menyebabkan badan menjadi lesu. C. Makanan menjauhi penyakit Makanan jenis ini merupakan makanan yang membekalkan tubuh dengan bahan-bahan yang mengekalkan semua perjalanan organ di dalamnya. Ia mencegah tubuh daripada menghidap penyakit. Makanan jenis ini meliputi sayur-sayuran dan buah-buahan.
MAKANAN SEIMBANG KURANGKAN RISIKO PENYAKIT BERBAHAYA Pengambilan makanan berkhasiat, berzat dan seimbang sering disarankan untuk memastikan anda sentiasa sihat dan bebas daripada pelbagai penyakit berbahaya. Ini kerana pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian dapat membantu mengurangkan risiko beberapa penyakit, termasuk kanser, serangan jantung dan angin ahmar, tekanan darah tinggi, lebihan kolesterol, osteoporosis dan spina bifida. Sejauh manakah makanan dapat membantu anda menjauhkan diri daripada penyakit berbahaya? Kanser (Barah) Makan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu mengurangkan risiko kanser kolon, perut, paru-paru dan esofagus. Bagaimanapun, bukti yang menunjukkan pengurangan risiko itu tidak sekuat sebagaimana kanser payu dara dan prostat. Diet tinggi lemak sering dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser prostat, kolon, rektum dan endometrium. Bagaimanapun diet tinggi lemak sukar dikaitkan dengan kanser payu dara tetapi ada bukti menunjukkan bahawa lemak tepu memainkan peranan penting dalam meningkatkan risiko kanser. Serangan jantung dan angin ahmar (Strok) Satu kajian mendapati mereka yang mengikuti garis panduan pemakanan disarankan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mengalami 28% dan 14% pengurangan risiko terhadap serangan jantung dan strok berbanding mereka yang tidak mengikuti garis panduan itu. Lebihan kolesterol Kurangkan pengambilan lemak, terutama lemak tepu akan merendahkan risiko mengalami lebihan kolesterol di dalam darah, sekaligus risiko terhadap penyakit jantung koronari. Tekanan darah Tinggi Mengambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (8 hingga 10 hidangan) diikuti diet rendah lemak dan mengambil produk tenusu (3 hidangan sehari) boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan merendahkan tekanan darah, sekaligus mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung koronari. Osteoporosis Mendapat kalsium secukupnya akan melindungi anda daripada osteoporosis. Kalsium dijumpai dalam produk tenusu, sayuran hijau dan banyak lagi produk yang diperkaya dengan kalsium. Spina Bifida Mengambil makanan yang mengandungi asid folik seperti sayur-sayuran hijau atau asid folik yang diperkaya dengan bijirin sebelum dan ketika hamil dapat membantu melindungi bayi daripada mengalami spina bifida. Harapan obie termasuk diri obie sendiri, amalkanlah pemakanan seimbang, Insyaallah Obie akan berkongsi resepi-resepi dan menu untuk makanan seimbang dan sihat.

Terima Kasih

Perbezaan Extra Virgin dengan Olive Oil

Ada yang bertanya kepada obie, apakah perbezaan antara Extra Virgin Olive oil dengan Olive Oil Biasa ( perbezaan Extra Virgin dengan minyak zaitun biasa ). Kepada anda obie menjelaskan perbezaan antara Extra Virgin dangan Olive oil Biasa..
Extra virgin adalah hasil minyak daripada perahan pertama apabila mereka memproses minyak zaitun. Perahan pertama ini akan menghasilkan kandungan minyak yang banyak berbanding perahan seterusnya iaitu lebih kurang 10 peratus.Perahan kedua itulah minyak zaitun biasa. Extra virgin mengandungi asid tidak lebih 0.8 peratus, rasa yang kuat dan lebih sedap berbanding minyak zaitun dari perahan kedua dan seterusnya. Ia lebih likat dan warnanya lebih gelap berbanding minyak zaitun biasa.obie harap anda faham dan lebih jelas sedikit perbazaanya. Minyak extra virgin banyak digunakan untuk membuat salad dan dresssing (sos salad), sos untuk pasta dan stew. Ia juga digunakan menumis makanan barat ...fungsinya sama seperti kita orang Malaysia menumis masakan apa pun akan menggunakan minyak masak kelapa sawit.. manakala orang barat suka menggunakan minyak zaitun.

Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign