CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Rabu, 24 Oktober 2012

Obie - Demo Memasak di Wanita Hari Ini TV3

Bercerita mengenai gaya pemakanan seimbang dan sihat sebelum ini telah memberi satu azam kepada diri obie sendiri dan obie harap ada dikalangan kita yang telah cuba-cuba berdiet den makan secara sihat, obie juga dalam proses diet juga, terima kasih kepada keluarga dan teman-teman yang sentiasa memberi sokongan kepada obie.Selera dan suka akan makan dan masak menyebabkan kadang diluar kawalan,tidak mengapa lah juga kadang sebagai juri perlu merasa masakan peserta, sebagai chef perlu merasa masakan sebelum siap dihidang betulkan atau dalam mereka menu dan sebagainya, suatu yang tidak boleh dielak.. tapi gaya pemakanan boleh diubah perlahan-lahan dan tidak perlulah terlalu mengejut. Obie ingin berkongsi pengalaman obie menyediakan masakan sihat untuk tatapan peminat rancangan "Wanita Hari Ini" di TV3.Obie telah dijemput oleh penerbit wanita hari ini dan TV3 dalam Isu Makan Sihat Dan Ikan Sungai.Resepi Obie Pada hari itu ialah "Ikan Haruan Kukus Bersama Daun Kadok" yang amat sesuai untuk diet, untuk kecantikan luar dan dalamam juga sesuai untuk wanita yang lepas bersalin atau untuk mereka yang baru sahaja menjalani pembedahan atau luka-luka yang besar .
Obie membuat persediaan sebelum demo masak secara langsung di Seri Pentas TV3
Beberapa minit sebelum obie bersiaran langsung
Obie bersama Azizah Arifin dan Atie AF
Siaran langsung Di Seri Pentas TV3
Bertukar-tukar posisi
Sesi soal jawab antara azizah dan atie kepada obie ( dup dap dup dap dalam hati obie.. jangan la tanya kenapa ikan haruan ni tidak ensem heee... )
Santai sungguh demo masak ini..
Bila boleh rasa "Ikan Haruan kukus bersama daun kadok ni" tanya azizah arifin kepada obie, sambil atie merenung ke arah ikan haruan tu.. ( lapar ni.. )
selesai juga demo masakan obie di Rancangan Wanita Hari Ini di Seri Pentas TV3,terima aksih kepada yang membantu obie pada hari tersebut dan tidak lupa juga kepada TV3 dan penerbit rancangan wanita hari ini. Insyaallah obie akan berkongsi resepi Ikan Kukus Bersama Daun Kadok dalam blog ini dalam masa terdekat terima kasih daripada obie. LOVE, PEACE AND RESPECT HOTLINE 0127144840

Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign