CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Sabtu, 22 November 2014

Resepi Cream Caramel atau Puding Karamel Popular Chef Obie



Bahan-bahan


400cc(400ml) susu segar/susu cair

5 sudu besar gula halus
3 biji telur- pada suhu bilik
2 biji telur kuning-pada suhu bilik
2-3 titik esen vanila

[ KARaMEL ]

5 sudu besar gula
2 sudu besar air



Cara Membuat



1-Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.


2-Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.

3-Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.

4-Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.

5-Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais

boleh r layan lagu dari awie ni...nostalgia gitu!



Terima Kasih

Resepi Potato Wedges Dan Sos Cheesy Wedges Ala KFC chef obie




Potato/Kentang Wedges

Bahan-bahan:

7 biji kentang 
7 sudu besar  tepung gandum ,3/4 sudu kecil serbuk  lada hitam,1 sudu besar tepung jagung,1 sudu kecil lada sulah,1 biji Telur gred c , Serbuk stok ayam dan garam secukupnya
Air secukup untuk rebusan.

Cara Membuat: 

Bersih dan cuci kentang tanpa membuang kulit dan dibelah mengikut potongan wedges.Kemudian masukkan air secukupnya serta sedikit garam dan rebus kentang sehingga empuk,toskan kentang dan air rebusan dan biarkan ia sejuk.

Untuk salutan kentang -  sebelum digoreng dengan mencampurkan tepung gandum, tepung jagung, lada sulah, serbuk stok ayam, telur dan garam .Salutkan bancuhan pada kentang dan gorenglah sehingga warna keperangan.


Sos Cheesy Wedges

Bahan-bahan

500 ml Whiiping Cream atau Cooking Cream
100 gm Keju Parmesan
3 keping Keju Chesdale
1 sudu kecil Serbuk Stok Ayam
1/2 sudu kecil serbuk lada Hitam
Garam secubit
Pewarna kuning
Air sekiranya perlu

Cara Membuat

Panaskan whipping cream dalam pot, kacau menggunakan whisk.
pastikan jangan sampai mendidih, masukan keju parmesan dan kepingan keju chesdale kacau sehingga bahan mesra,pastikan api kecil sahaja sepanjang membuat sos cheesy wedges ni...
Masukkan ke semua bahan kering dan pewarna secukupnya,kacau sebentar matikan api.
sekiranya terlalu pekat ..boleh tambahkan sedikit air. Siap untuk dihidang bersama potato wedges kite yang dah siap digoreng tu...

Selamat mencuba resepi chef obie... musim cuti sekolah ni bolehlah try buat untuk anak-anak dan family...





sambil tu  kite layan lagu karok... memang layan habis lagu dari zamani slam ni.. mase zaman sekolah chef obie dulu r....heee.... sekarang pun masih layan...lagu-lagu sezaman ni sume bhes..



heee...pastu layan kpop..
infinite - last romeo






Terima Kasih

Khamis, 20 November 2014

Buku Cupcake 3D Terlaris Dipasaran bakal menembusi pasaran ebook

Assalammualaikum wbt ,
Terima kasih kepada anda yang sentiasa menyokong chef obie dan yang menyokong perkembangan industri makanan malaysia.

Chef obie ingin membuat pengumuman :

1-Pada 2012- Buku Cupcake 3D chef obie telah mendapat sambutan luar biasa  dan
 dijual di My News , News Plus , Boarders ,MPH dan di gerai-gerai majalah seluruh negara telah habis dalam durasi sebulan berada dipasaran.

Chef obie ucapkan terima kasih kepada anda yang telah memiliki buku cupcake 3D ini.
Atas permintaan ramai juga chef obie akan mengeluarkan kembali buku cupcake 3D ini tetapi telah diupgrade dari segi pengisian dan resepi yang pelbagai dalam bentuk EBOOK.

Nantikan kemunculan ebook CUPCAKE 3D LIMITED EDITION - chef obie
pada Bulan Disember 2014 ini!!! 






Terima Kasih

Selasa, 18 November 2014

Perhatian kepada anda semua yang chef obie kasihi -Tiada Sebarang Interview yang chef obie keluarkan mahupun JPW kl & Putrajaya


Assalammualaikum wbt , 
kepada anda semua yang prihatin terima kasih 
kerana melayari blog chef obie hari ini.

Pagi ni chef obie ingin memberi penjelasan- maklumlah dah seminggu ni chef obie menerima 
whatsapp dan sms daripada anda diluar sana yang ingin sangat mengikuti 
program Kursus Perniagaan Katering & Candy Buffet yang telah pun diadakan di hotel citrus pada 27/10 sehingga 31 /10 yang lepas... maaf chef obie ulang sekali lagi.. program telah lepas .  Alhamdulillah program berjaya dan peserta juga dipantau selama 6 bulan selepas ini.

Chef ingin beritahu kepada anda bahawa tiada sebarang Interview selepas 20 /10/14 hari Isnin dan 23/10/14 hari khamis yang lepas yang telah diadakan untuk mencari peserta program di pejabat JPW, Grand season avenue.KL .

Tiada sebarang interveiw pada 23 / 11/ 2014
Tiada sebarang interview pada 23 / 12 / 2014

***chef tiada buat pengumuman atau sebarang info interview mahupun JPW wil K.lumpur & Putrajaya.Kepada anda yang berminat dengan program seperti ini ,  jangan mudah percaya pada info yang tidak benar dan sila abaikan.

Terima Kasih kerana keprihatinan anda. 

Selamat Maju Jaya

Kursus Perniagaan Katering Dan Candy Buffet dengan jayanya telah diadakan pada 27 / 10 / 2014 sehingga 31/10 /2014 di hotel citrus kuala lumpur.

















































Terima kasih sekali lagi kerana keprihatinan Anda ..
sharing is caring .... chef obie





Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign