CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Sabtu, 22 November 2014

Resepi Potato Wedges Dan Sos Cheesy Wedges Ala KFC chef obie




Potato/Kentang Wedges

Bahan-bahan:

7 biji kentang 
7 sudu besar  tepung gandum ,3/4 sudu kecil serbuk  lada hitam,1 sudu besar tepung jagung,1 sudu kecil lada sulah,1 biji Telur gred c , Serbuk stok ayam dan garam secukupnya
Air secukup untuk rebusan.

Cara Membuat: 

Bersih dan cuci kentang tanpa membuang kulit dan dibelah mengikut potongan wedges.Kemudian masukkan air secukupnya serta sedikit garam dan rebus kentang sehingga empuk,toskan kentang dan air rebusan dan biarkan ia sejuk.

Untuk salutan kentang -  sebelum digoreng dengan mencampurkan tepung gandum, tepung jagung, lada sulah, serbuk stok ayam, telur dan garam .Salutkan bancuhan pada kentang dan gorenglah sehingga warna keperangan.


Sos Cheesy Wedges

Bahan-bahan

500 ml Whiiping Cream atau Cooking Cream
100 gm Keju Parmesan
3 keping Keju Chesdale
1 sudu kecil Serbuk Stok Ayam
1/2 sudu kecil serbuk lada Hitam
Garam secubit
Pewarna kuning
Air sekiranya perlu

Cara Membuat

Panaskan whipping cream dalam pot, kacau menggunakan whisk.
pastikan jangan sampai mendidih, masukan keju parmesan dan kepingan keju chesdale kacau sehingga bahan mesra,pastikan api kecil sahaja sepanjang membuat sos cheesy wedges ni...
Masukkan ke semua bahan kering dan pewarna secukupnya,kacau sebentar matikan api.
sekiranya terlalu pekat ..boleh tambahkan sedikit air. Siap untuk dihidang bersama potato wedges kite yang dah siap digoreng tu...

Selamat mencuba resepi chef obie... musim cuti sekolah ni bolehlah try buat untuk anak-anak dan family...





sambil tu  kite layan lagu karok... memang layan habis lagu dari zamani slam ni.. mase zaman sekolah chef obie dulu r....heee.... sekarang pun masih layan...lagu-lagu sezaman ni sume bhes..



heee...pastu layan kpop..
infinite - last romeo






Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign