CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Khamis, 9 April 2020

#StayAtHome : RESEPI APAM NASI BELEN SEMALAM CHEF OBIE ( Sesuai untuk dinikmati bersama FAMILY DI WAKTU PKP )

#StayAtHome : RESEPI APAM NASI BELEN SEMALAM CHEF OBIE 
( Sesuai untuk dinikmati bersama FAMILY DI WAKTU PKP ) 
#StayAtHome protect your community agains COVID 19

Syukur Alhamdulillah , pagi ini Chef Obie sukacita ingin kongsikan satu resepi yang mudah dan sedap , baik yang muda mahupun yang vateren InshaAllah suka.

Akak & Abam-abam pasti ada lebihan nasi putih semalam korang mungkin tidak ingin olah kepada nasi goreng ke semuanya , so bawa lari 1 cawan nasi putih dah memadai simpan dalam peti sejuk untuk membuat " APAM NASI BELEN SEMALAM CHEF OBIE " ni . Mengapa yea Chef Panggil Apam Nasi macam tu ? Sebabnya Chef Obie ingin ajar anda semua untuk berkreativiti dalam merencana menu tanpa melakukan pembaziran, apatah lagi membuang lebihan nasi putih semalam . 

Kalau yang ada anak ramai tu silalah cuba selitkan menu ini. pasti mengenyangkan InshaAllah. yang pasti resepi ini boleh digandakan ikut suka anda la...selain bahan untuk penyediaan juga mudah.



Bahan Utama

1 cawan Nasi Putih belen semalam ( baki nasi putih semalam )
1 cawan Air Bersih 
1 cawan Tepung Beras
1 cawan Tepung gandum
1 paket Yeast Mauripan ( kalau tak ade guna soda bicarbonate 1 1/2 sdt )
1 cawan gula
1 sdm Bes Minuman Berperisa Ros Brand YAKIN
1 sdm Bes Minuman Berperisa Jagung Brand YAKIN


Cara Penyediaan :

1. Masukkan nasi , gula dan air ke dalam blender , kisar hingga larut bersama.



2. Masukkan pula tepung beras , tepung gandum bersama yeast ke dalam blender .


3. Adunan apam yang telah diblender , dibahagi kepada 3 bahagian , campurkan 1 bahagian 1 sdb bes minuman berperisa ros atau sirap , 1 bahagian 1 sdb bes minuman berperisa jagung dan satu bahagian tidak perlu campur apa-apa . Rehatkan sebentar dalam 10-15 minit . Chef suka gunakan jug sukatan comel untuk memudahkan menuang adunan kecil ke dalam acuan. 



4.Tuangkan adunan mengikut kreativiti atau senang korang , untuk adunan apam nasi ini korang boleh tuang sehingga paras bibir cawan acuan.( chef guna acuan kuih lompang ) Lakukan sehingga selesai . Pastikan pengukus telah betul-betul mendidih kepanasan. ( chef guna pengukus tradisional ) . Sila kukus sehingga 15 minit.


5. Keluarkan dari pengukus , biar sejuk sebentar sebelum keluarkan apam nasi belen ini daripada acuan lompang.



  6. Selesai mudahkan , korang boleh cuba menu ini waktu petang mahupun bile-bile korang datang rajin yang melampau ! Boleh lah on..selain resepi dan cara buat pun mudah . Korang jangan lupa FOLLOW PAGE : BAZAAR CHEF OBIE untuk tidak terlepas dengan informasi-informasi menarik termasuklah pelbagai resepi dan hasil seni Chef Obie.

Kepada yang Tinggal Area Ampang , Kuala Lumpur , Damansara , Petaling Jaya Dan Bangi Korang boleh alert untuk tempahan Hidangan " MENU HOMECOOK " Berbuka Puasa . kami amat prihatin dalam keadaan PKP . Perkhidmatan delivery tersedia ada.

Pihak Chef Obie & Team Aktif Menerima Tempahan Menu Berbuka Sepanjang Ramadhan . Dengan Pelbagai Menu Termasuk Set Hidangan Dulang. Untuk Info Selanjutnya Boleh Hubungi
Hubungi :








  Area Ampang , Kuala Lumpur , Damansara , Petaling Jaya Dan Bangi sahaja Pihak chef Obie & Team Cover . Jangan segan-segan contact kami. Okay layan.. Sabyan & Irwansyah dulu








Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign