CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Khamis, 13 Mac 2014

Kek Enjin Kereta Popular Chef Obie


Assalammualaikum wbt,
Dalam diam tak diam dah hampir 3 tahun kek kereta enjine honda vtec ni menjadi pilihan
dikalangan pelanggan kek 3D chef obie,
peringatan daripada pelanggan yang lepas mengenai kek
istimewa ini supaya disiarkan kembali gambar 2 tahun lepas ...
Haaa.. hari ni bie siarkan lah walau tak semua gambar kek enjin ni
bie siarkan, tapi bolehlah yea.. kek ini menjadi pilihan unutk sambutan hari jadi , hari pertunagan dan majlis perkahwinan..
jangan terkejut dah beberape kali chef buat untuk majlis perkahwinan dengan kek enjin ni...

semoga melayan yea....


Terima Kasih kepada yang memberi sokongan pada bie selama ni...
InsyaAllah akan bie adakan Potongan Harga Istimewa pada tahun ni kepada sesiapa yang ingin
menempah kek 3D chef obie...


Salam sayang selalu.... peace no war!

Terima Kasih

Kehilangan MH370 : Hentikan Persenda & Spekulasi Yang Mengarut


gambar courtesy google

Hentikan Persenda & Spekulasi Yang Mengarut

Kepada Pengguna media social , semoga kalian lebih bersimpati dan mempunyai sensiviti dalam menghebahkan maklumat yang tidak sahih, jangan kerana inginkan LIKES / View dan perhatian berlebihan terhadap diri sendiri sehingga anda ketepikan nilai mulia yang memang ada dalam diri .( p/s tidak semua pengguna media sosial bersikap dan bertindak sedemikian )

Fikirlah sebelum menulis atau mengeluarkan kata mengenai isu kehilangan MH370 ini,Anda memang berfikiran rasional, Jangan mulakan sesuatu yang boleh menyentuh hati banyak pihak dan apa lagi yang boleh melibatkan keselamatan Negara.

“ Fikirlah Secara Rasional Terlebih Dahulu Sebelum Anda Menulis Atau Mengeluarkan Kata Mengenai Isu Seperti MH370 ini “
Doa Yang terbaik Untuk MH370.

Peringatan untuk diri sendiri juge

Dari hati yang kecil dengan jiwa yang biase-biase aje besarnye,- chef obie The Food Stylist,
dalam pada saling memperingati antara satu sama lain, hari ni bie nak kongsikan 1 resepi kek-
“Butterscotch Brownies” mesti korang biase makan brownies dan ada yang pandai membuat brownies.
Tapi butterscotch brownies mesti korang jarang dengar, jadi sila take noted- dan bie harap korang boleh mencube resepi ni, pasti ummmph!nak jual pun dah boleh.


Resepi Butterscotch Brownies

Bahan

450 gm Coklat Chip Putih
80 gm Unsulted Butter
3 biji Telur ( saiz A atau B )
180 gm Gula Perang – Light Muscovado ( gula perang yang biase tu pun boleh )
180 gm Tepung Gandum
1 sudu kecil Serbuk penaik
170 gm Walnut ( dicincang )
1 sudu kecil Esen Vanilla


Cara Membuat

1.Panaskan oven pada suhu 180’c-190’c , sediakan tray saiz 28 sm x 18 sm x 7 , lapikkan dengan kertas parchment atau kertas minyak yang telah digris.

2.Cairkan 90 gm coklat chip putih ( diambil dari bahagian 450 gm coklat putih ).kemudian sejukkan dalam suhu bilik.

3.Dalam mangkuk- pukul telur dan gula perang sehingga sebati ( gunakan whisk tau, kalau kat rumah ade hand mixer comel tu pun boleh, lagi cun untuk resepi kecik ni )agak adunan telah megembang, masukkan pula coklat chip yang telah dicairkan tadi dan teruskan pukulan lebih kurang 1 minit.

4.Tapis Tepung bersama serbuk penaik,Satukan walnut dan baki coklat chip putih ke dalam tepung yang dah ditapis ni, gunakan spaula plastic yang lembut untuk digaul mesra…

5.Satukan ke semua bahan kering ni dengan adunan telur dan gula perang tadi perlahan-lahan sehingga sempurna adunan.

6.Tuang dalam tray yang telah disediakan awal tadi, mase untuk membakar.Siap!
Percayalah aroma kek buterscotch brownies ni memang mendatangkan selera yang membuak-buak..yuuuuuummmmy!


Dari kiri : Eksekutif chef Adabi- Chef Irwan , Pengurus Besar Adabi Johor En.Zainuddin Salleh dan Chef Obie

Kebanyakan surirumah sekarang yang menjalankan food bizz melalui media social suke dengan resepi-resepi yang sedap dan menarik perhatian.Malah ade surirumah yang telah maju dengan mengadakan kelas megajar dan berkongsi ilmu, chef suke budaya macam ni, suatu yang positif dimana –kebanyakkan surirumah sekarang mampu menjana ekonomi keluarga dan dapat membantu suami dari sudut pendapatan, secara langsung dapat menjaga keluarga dengan baik, anak-anak pun berada didepan mata dalam masa si ibu menjalankan bizz online. Teman-teman dan student bie yang telah berjaya melakukannya bie ucapkan congrats dan teruskan usaha ok. … peace yo!Rajin-rajin lah tengok resepi kat blog bie nie... ahaks!

Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign