CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Khamis, 16 Mei 2013

Selamat Hari Guru...daripada chef obie





Sekamat hari guru..selamat hari cikgu..

kepada semua yang bergelar pendidik / pensyarah / pengajar...
tidak kira lah ilmu apa yang dicurahkan selagi ianya memberi manfaat yang baik kepada anak didiknya...
chef obie dikesempatan ini..ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga...
kepada kedua ibu bapa chef obie..
merekalah ibu merekalah bapa dan mereka juge cikgu ...
juga kepada cikgu-cikgu dari chef obie mula mengenali A,B,C... mula bersekolah rendah...menengah..
akademi..dan alam pekerjaan...

chef obie sayang kamu semua..sepenuh hati, semoga kehidupan
kalian dipenuhi dengan kasih sayang dan keberkatan... Amin.

Chef Obie telah berkongsi info
Ucapan Selamat Hari Guru 16 Mei 2013 tema 1Aspirasi 1Agenda

lagu tema hari guru 2013 ucapan ucapan selamat hari guru 16 mei 2013

Tarikh 16 Mei di setiap tahun adalah sambutan Hari Guru yang diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia khususnya murid dan pelajar bagi mengiktiraf dan mengenang jasa para cikgu yang telah banyak memerah keringat dan menabur bakti dalam mendidik mereka menjadi pemimpin yang berwawasan di masa hadapan

Setiap tahun,sambutan ‘Hari Guru’ seiring dengan temanya,untuk tahun 2013 ini ia bertemakan ‘satu Aspirasi satu Agenda’ yang membawa huraian maksud seperti berikut

1ASPIRASI

Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025

Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional

1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi

1AGENDA

Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara


Di kesempatan ini,kami di Info Harian merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru-guru yang telah berkhidmat daripada peringkat tadika,sekolah rendah,sekolah menengah hinggalah ke peringkat universiti

Sesungguhnya jasa bakti anda tetap dikenang dan dihargai! Terima Kasih Cikgu…

Sungguh cantik si bunga melati,
Tumbuhnya subur di tepi pulasan,
Guru mendidik seikhlas hati,
Bakti ditabur tak pinta balasan.

Guru…
Dalam ajarnya ada harapan,
dalam tegurnya ada doa,
dalam marahnya ada sayang,
dalam tawa ada mesranya,
dalam diam ada bijaksana,
dalam tangannya kita terbina.
Berbahagialah menjadi guru…

Adakala …
kita dicaci,
kita dimusuhi,
kita dimarahi,
kita tidak dihargai.
tapi …
kita kan tetap tersenyum … walaupun dalam pilu
kita kan tetap melangkah … biarpun hampir rebah
kita kan tetap tekun, ikhlas dan sabar … meskipun hati tercalar dan maruah tercabar.

Sacrifice is greater than love
character is greater than beauty
humanity is greater than wealth
BUT
nothing is greater than a teacher

Meski menangis dalam tawa
meski senyum dalam duka
meski pahit bagai gula
sabarlah
redalah
kerana kita guru yang kental jiwa dan raga
mendidik anak bangsa
dulu, kini dan selamanya.

Banyak dapat bunga?
Tanda tugas guru mengharumkan dunia
Dapat pen?
Tanda guru bijak melakar kata
Dapat pemadam?
Tanda guru sentiasa membetulkan yang salah
Dapat mesej?
Tanda guru sentiasa dalam ingatan

Guru bagaikan NTV7 kerana ‘ceria selalu’
Kekadang guru seakan TV3 kerana ‘menjadi inspirasi hidupku’
Yang pasti guru juga seperti TV9 kerana ‘dekat di hati’
dan yang paling penting guru umpama pakej ASTRO kerana ‘ macam-macam ada’

Mak cakap CIKGU macam MAGEE, makanan rutin ‘time’ susah,
Ayah cakap CIKGU macam D’SEEKERS, menakutkan…
Atuk cakap CIKGU macam ASTRO, macam-macam ada…
Tapi…saya cakap CIKGU macam L’OREAL kerana dirimu begitu berharga!
SELAMAT HARI GURU… Guru Pembina Negara Bangsa

Tapi bila hadirnya cikgu
Duduk diam tak bersuara, tak berlagu,
Tak jemu-jemu kongsikan ilmu
Itulah memori yang sangat kami rindu


Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign