CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Jumaat, 8 Julai 2022

Adakah Fees Food Consultant Mahal ? Chef Obie Jawabkan ...

Adakah Fees Food Consultant Mahal ?

Assalammualaikum wbt , Salam Sejahtera dan Salam Jumaat

Sebelum Chef Obie mulakan berbicara berkenaan pertanyaan di atas , Adakah Fees Food Consultant Mahal ? atau lebih mesra Adakah Yuran Perunding Makanan Ini Mahal atau Kasar Kos Upahnya ? 

Sahabat sekalian , Mari kita bersama-sama Ber Selawat Ke atas Nabi Muhammad s.a.w & kita bersyahadah sebentar atau Mengucap 2 kalimah Syahadah. Semoga Allah pelihara Iman Kita. 

Aamiin , InshaAllah dan semoga apa jua yang sedang kita usahakan diberkati.

Kembali kepada persoalan tajuk utama diatas-  Adakah Fees Food Consultant Mahal ?

Jawapan :

Fees Food Consultant Tidak Mahal Dan Tidak Boleh Dikatakan Mahal . 

Peri pentingnya anda perlu faham bahawa dengan memberi satu jumlah yang tepat sebagai upah yang setimpal untuk sesuatu berkaitan kepakaran perundingan profesional akan disesuaikan dengan masalah anda .

1- Objektif clients

2- Isu Permasalahan 

3- Level dan saiz projek

4- Durasi masa yang diperlukan untuk penyelesaian projek

5- Kos dan bajet / belanjawan clients termasuk kos untuk pihak consultant 

6- Paid Method Statement / Kertas Cadangan Berbayar

7- Paid Proposal / Proposal Berbayar 

8- XXXXXX

9- XXXXXX

10- XXXXXXX

11-XXXXXXX

12- Perjanjian Dan Kata Putus 

12 Point di atas ini asas untuk mendapatkan Fees atau Yuran Food Consultation yang tepat dan perlu dipersetujui oleh kedua belah pihak , clients dan pihak Chef Obie.

Sukacita Chef Obie ingin kongsikan contoh kes-kes yang berkaitan :

Contoh KES 1:NAIK TARAF DAN RND 

Syarikat FROZEN DAN PES KOREA SDN BHD ingin menggunakan perkhidmatan Food Consultant daripada Chef Obie / MGJ CONSULTANCY untuk memperbaiki lagi produk , menaik taraf produk mereka sedia ada dan ingin mengeluarkan beberapa produk baru ( RND ) mengikut trend di pasaran .

Syarikat FROZEN DAN PES KOREA SDN BHD mempunyai kilang berskala sederhana , production yang sedia ada sedang beroperasi dengan tenaga kerja yang agak terhad walaubagaimanapun mereka mempunyai kemampuan lojistik yang sesuai dengan kemampuan penghasilan produk mereka .

Syarikat FROZEN DAN PES KOREA SDN BHD jujur memberitahu kos dan bajet / belanjawan mereka adalah RM500 ,000.00 sahaja.

Pihak Chef Obie / MGJ CONSULTANCY akan berpandukan point-point diatas , dan akan sesuaikan dengan kos dan bajet mereka serta pastikan kata putus Sama ada setuju melantik Chef Obie sebagai food consultant mereka atau pun tidak setuju.

Syarikat  FROZEN DAN PES KOREA SDN BHD bersetuju melantik pihak Chef Obie - Perjanjian dimaterai dengan term and condition ( PNC ) selama 6 bulan.

Jadi Fees yang di persetujui adalah RM500,000.00 sahaja sehingga selesai projek .

Contoh KES 2 : ILMU ITU PENTING

Puan Rohaya Dan Tuan Rahim berminat  membuka perniagaan yang berasaskan makanan barat , tetapi mereka tiada ilmu atau selok belok dalam penyediaan hidangan makanan barat yang mereka minat ini, 

Mereka hubungi pihak Chef Obie , mereka memberitahu akan kos dan bajet / belanjawan yang ada hanya sebanyak RM15,000 - mereka juga telah ada tapak premis sendiri , selain peralatan dan keperluan mereka atau tenaga kerja tiada masalah.

Pihak Chef Obie akan lebih jujur dengan mencadangkan supaya Puan Rohaya dan Tuan Rahim tidak menggunakan perkhidmatan Food Consultation  , akan tetapi lebih galakkan mereka menajamkan ilmu masakan barat untuk perniagaan - Food Consultation hanya diperlukan sekiranya mereka benar-benar berkemampuan dan terdesak.

Ilmu masakan perniagaan ini penting , kerana ia merupakan kunci utama bagi memastikan pelanggan akan ingat dan suka dengan hidangan yang mereka jual kerana kualiti dan konsisten rasa dan persembahan. 

Puan Rohaya dan tuan rahim setuju untuk mengikut cadangan Chef Obie. Lebih baik pergi menajamkan ilmu masakan perniagaan- kerana intipati kelas masakan barat dah cukup membantu menghasilkan produk yang diinginkan juga bersesuaian dengan tema restoran dan pemberi faktor kepercayaan kepada pelanggan seterusnya meningkatkan jualan .

Anda boleh rujuk link KELAS MASAKAN PERNIAGAAN , BAKING DAN KOMERSIAL BERTESTIMONI 

Contoh KES 3 :TIADA ISTILAH WIN WIN SITUATION

Syarikat KING OIL SDN BHD menghubungi pihak Chef Obie untuk bekerjasama dengan mereka dalam bersama-sama memperkenalkan salah satu produk  baru sebagai jurucakap produk merangkap Duta produk mereka .

Mereka mempunyai kos dan bajet / belanjawan RM70,000.00 hanya untuk 6 bulan kontrak. bersama pihak Chef Obie serta royalti jualan produk sepanjang 6 bulan , Maka meeting untuk sesuaikan kos dan bajet mereka bersama pihak chef akan dijalankan untuk mendapatkan persetujuan dan kata sepakat berserta  perjanjian term dan condition ( PNC ).

Tiada istilah win-win situation dalam perniagaan jika bersama pihak Chef Obie / MGJ CONSULTANCY jika ada pihak yang sungguh-sungguh berminat berusahasama atau bekerjasama dengan memperkenalkan produk mereka malah melibatkan upah dan kos pemasaran dan lain-lain yang berat sebelah - Maka ianya tidak akan terjadi projek usahasama tersebut.

Pihak Chef lebih suka ketelusan dalam usahama sesuatu projek , Pihak Chef Obie beri komitmen 100% dan menerima imbuhan setimpal dan pihak clients mencapai target mereka berdasarkan bajet kepada pihak Chef Obie. 

Maka dalam urusan bersama Syarikat KING OIL SDN BHD pihak Chef Obie / MGJ CONSULTANCY bersetuju bekerjasama dengan mereka pada syarat-syarat tertentu yang dipersetujui serta fees consultation sebanyak RM70 ,000. 00 untuk 6 bulan berserta royalti dan term dan condition PNC.

Contoh KES 4 : MAMPU MILIK

Encik Rashid amat berminat menjadi pengusaha kedai bahan bakeri di kawasan perumahan tempat beliau tinggal , beliau telah ada premis yang disewa malah tiada isu tenaga kerja. Kos dan bajet / belanjawan beliau RM100 , 000.00 sahaja.

Cuma beliau tidak tahu langsung selok belok dan ilmu untuk membuka kedai bahan bakeri.Maka Encik Rashid menghubungi pihak Chef Obie bertanyakan keinginannya membuka perniagaan kedai bahan bakeri.

Melihat kesungguhan beliau , pihak Chef Obie mencadangkan beliau untuk membeli Guideline FILE KIT DAN PENDRIVE ASAS MEMBUKA PERNIAGAAN PEMBEKAL BAHAN BAKERI , yang  telah membantu ramai pengusaha baru kedai bahan bakeri di seluruh Malaysia , termasuk di Sabah dan Sarawak sejak tahun 2013 hingga kini . Hanya bernilai RM5800 mampu milik. 

Encik Rashid bersetuju membeli guidline file kit tersebut setelah melihat testimoni-testimoni dan juga telah melawat ke kedai bahan bakeri yang terdekat.

Maka kos pembelian untuk guideline buka kedai bahan bakeri daripada pihak Chef Obie hanya RM5800.00 sahaja ia mampu milik.

Chef Obie tidak menggalakkan Encik Rashid menggunakan  Food consultation daripada pihak chef melainkan terdesak dan beliau mempunyai bajet yang besar.

Anda boleh rujuk link yang dikongsikan FILE KIT DAN PENDRIVE ASAS MEMBUKA PERNIAGAAN PEMBEKAL BAHAN BAKERI

Contoh KES 5 : PERCUMA atau FREE

Cik Fatrah seorang pemudi yang berimpian ingin membuka perniagaan yang berkaitan dengan makananan terutamanya beliau ingin membuka sebuah restoran eksklusif dan juga sebuah kedai bahan bakeri. Beliau sedang mengumpulkan modal untuk premis impiannya.

Beliau hubungi pihak Chef Obie dan berkongsi cerita apa yang beliau inginkan dan minat.Tapi di satu sudut beliau sentiasa mengatakan , tindakan berniaga ini mengundang rugi , saya berminat nak buka kedai makan seperti sekian2 tapi saya takut rugi , saya nak buka kedai bahan bakeri juga tapi boleh kah kedai bahan bakeri ini buat untung kepada saya ? saya rasa pasti rugi . Semua ini memerlukan modal yang besar tapi pasti rugi besar. Saya modal tidak besar jadi akan rugi disitu.

Disini ada satu kecelaruan antara keperluan , kehendak dan kemampuan.

Chef Obie dengan ikhlas memberi pandangan dan kata semangat .

Bagus untuk kita ada impian , kerana ia akan mendorong diri kita mencuba suatu yang baru dan akan ke hadapan. Tetapi kes Cik Fatrah ini , apa yang boleh Chef Obie katakan ialah beliau belum bersedia  untuk memulakan perniagaan seperti apa yang beliau impikan. 

Mungkin bukan sekarang , mungkin beberapa tahun lagi setelah beliau menimba pengalaman berniaga secara kecil kecilan dahulu dan menambah keyakinan diri. 

Chef Obie beri cadangan kepada beliau untuk mencuba sesuatu yang tidak memerlukan kos yang tinggi dalam memulakan perniagaan .Jadikan ia percubaan dalam mengorak langkah dalam perniagaan yang lebih besar dan lebih berat akan datang.

Chef beri contoh kepada beliau bahawa ada follower Chef  Obie di media sosial yang hanya menggunakan perkongsian PERCUMA atau FREE iaitu RESEPI KARIPAP SARDIN CHEF OBIE di You Tube beliau jadikan produk utama perniagaannya iaitu KARIPAP SARDIN FROZEN. Alhamdulillah daripada sedikit permintaan sehingga memberi keyakinan kepada diri beliau sendiri. dan kini mampu membuka premis impiannya kedai bahan bakeri . .

InshaAllah , Chef Obie doakan  Cik Fatrah akan terus maju jaya dan mencapai impiannya dalam masa terdekat. Mulakanlah perniagaan ikut kemampuan diri sendiri ketika ini , InshaAllah akan lebih berjaya hari demi hari , jangan putus asa dan selalu bersikap positif dan bersemangat. 

Kes Cik Fatrah Pihak Chef Obie Tiada sebarang urusan pembayaran . Ianya perkongsian dan pandangan secara PERCUMA atau FREE sahaja. 

Keseimbangan dalam menjalankan perniagaan berkait Food Consultation ini memberi 1001 keseronokan dan misteri kepada Chef Obie dan team MGJ CONSULTANCY sejak 2012 hingga kini.

Anda boleh rujuk link yang dikongsikan ini RESEPI KARIPAP SARDIN 

Contoh KES 6 : KECEMASAN atau EMERGENCY 

Hotel A Kuala Lumpur telah menghubungi Pihak Chef Obie untuk mengatasi masalah yang mereka hadapi , Mereka dalam KECEMASAN atau EMERGENCY

Iaitu untuk menguruskan Projek BUFFET RAMADHAN selama 20 hari di sepanjang Bulan Ramadhan dengan masa yang ada hanya sehari sebelum Projek Bermula.sesuatu yang Luar biasa tapi jika bayaran setimpal memang seronok untuk di atasi.

Permintaan Hotel A Kuala Lumpur untuk menguruskan sous chef mereka, cdp dan kitchen staf yang lain , selain menyediakan 100 menu masakan setiap hari dengan melatih kembali staff kitchen mengurus menu , market order ,mengurus masa menyedia production mengikut keperluan dan memasak pada masa yang telah ditetapkan.

Persetujuan dimaterai dengan Fees Food Consultation XXXXXX beserta komisyen untuk setiap pembelian Tiket Buffet Ramadhan di Internet.

Alhamdulillah pihak Chef Obie menerima consultation BUFFET RAMADHAN dengan jayanya. Kes ini sungguh emergency !

InshaAllah , jika lain kali Chef Obie berkesempatan dan diberi kesihatan kelapangan masa pasti akan kongsikan informasi berkenaan food consultant kepada anda. 

Anda janganlah takut atau segan untuk menghubungi Pihak Chef Obie berkenaan dengan FOOD CONSULTATION , tidak semua kes memerlukan kos yang besar atau tinggi , ianya bergantung kepada situasi dan kemampuan anda.



Anda boleh hubungi nombor Hotline dibawah ini untuk pertanyaan 


http://www.wasap.my/60172260719 Chef Obie ( Pengasas )
http://www.wasap.my/60137326939 Abang Fad Assistant Chef Obie
http://www.wasap.my/60187669980 Yaya Chef Obie Crews 
http://www.wasap.my/60125125014 Zaza Chef Obie Crews 

 




Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign