CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Selasa, 13 November 2018

Santan Emma : RESEPI AYAM MASAK UNGKEP ( Menu Berasaskan Ayam Orang Jawa )

Salam,

Hujan-hujan ni korang bolehlah mencuba resepi-resepi yang chef obie kongsikan.
selain mudah ia pasti sedap dan menyelerakan.Jom cuba resepi dari menu berasaskan ayam...selain chef obie menggunakan " santan emma " penaja chef hari ni....


RESEPI Sempoi utk Hakak2 & abam2 dari Chef Obie:
AYAM MASAK UNGKEP 
( Javanies Cuisine )


Bahan
1/2 ekor Ayam Daging
1 sdb Lada Hitam kisar
2 sdb Biji Ketumbar kisar
1 sdt Jintan Manis kisar
1 sdt Jintan Putih kisar
2 biji Bawang Merah kisar
1 ulas Bawang Putih kisar
1 inci halia tua kisar
1-2 inci Kunyit Hidup kisar
2 btg Serai diketuk
1 paket Santan EMMA
1 liter Air
Gula , Garam & 1 inci belacan sebagai perasa( jika elergi seafood belacan abaikan )
1-2 keeping asam gelugor( jika and suka asam jawa juga boleh gantikan )
1 sdb Minyak Kelapa Dara medetop
Cara Penyediaan :

1.Satukan je semua bahan kisar ke dalam pot yg dipanaskan.


2.Masukkan air ,Santan Emma Dan ayam serta asam gelugor.Biarkan mereneh.( Jika and suka asam jawa- 1 sdb asam jawa )


3.Apabila mendidih ,masukkan gula Dan Garam, belacan jika and suka.( Masakan jawa and perlu adakan belacan yea..) 

4.Kacau perlahan-lahan ,sehingga ayam empuk Dan aroma klasik Ayam Ungkep berterbangan...ke ruang udara Dan lubang idong anda...Akhir sekali masukkan 1 sdb Minyak Kelapa Dara Medetop utk kesihatan & kecantikan terjaga,


Siap utk dihidang bersama Nasi Putih Dan lauk Paul yang lain... Chef bile Masak menu in pasti Akan teringat arwah mak..sbb arwah mak kalau Masak ungkep..kesedapannye sampai arini teringat-ingat..,lagi satu gara-gara rakan fb n ig kak Zulfa ada tayang ayam ungkep die..terus..chef kata..aku nak Masak arini
la..hee..
Sila klik link dibawah...supaya anda senyum manis...




Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign