CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Isnin, 28 April 2014

Suarez dinobat pemain terbaik PFA England



LONDON: Penyerang Liverpool, Luis Suarez diumumkan sebagai Pemain Tahunan Terbaik Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional England (PFA). 

Pemain antarabangsa Uruguay dipilih dalam kalangan pemain terbaik profesional di England sebagai pemain paling menyerlah dalam Liga Perdana Inggeris ketika Liverpool hammpir memburu kejuaraan liga. 

Kredit : BH Online

info berita sukan bie suke juge...mmmm 

untuk melihat carta terkini EPL

sila lawati

http://epl.sokernet.com/carta-epl-terkini

peace

Terima Kasih

Nasi Buryani Gam Batu Pahat di Ulam Cafe KWC, kuala lumpur





Assalammualaikum wbt,
Terima kasih kepada yang melawat blog chef obie hari ni..mmmm
tak ada lain lah tu katenye nak updated pasal makan, makanan,menu ,resepi dan mestilah ade info yang ingin dikongsikan bersama heee, ahad yang lepas chef obie pagi-pagi perlu ke Berjaya Times Square & Kenanga Wholesale Centre @KWC dekat jalan gelugor tak jauh dengan berjaya time square ni juge... ada urusan yang perlu diselesaikan hari tu, apa pun Alhamdulillah selesai juga.
Ke sana ke sini jap kat Berjaya Times Square jap Kat KWC sedar-sedar dah dekat pukul 4 petang tapi lum lunch lagi ni, perut pun dah bagi signal huuu..bie pun terus terbayang makanan yang enak-enak gitu.
haaa...Bie terbau sesuatu yang menggamit selera ni...Yes ! Nasi Buryani Gam ..
Nak tahu bie jumpa satu cafe dalam KWC , aras 2 .. " Ulam Cafe namanye...dengan aroma yang membuak-buak sampai melekat di hidung ni... terbaik lah! Owner ulam cafe ni merupakan orang Johor..patut r sedap masak nasi buryaninye..Nasi Buryani Batu Pahat katenye..


Menikmati Nasi Buryani Gam Ayam...peerrrgh dengan menggunakan tangan lebih nikmat....dan lebih syok!
Hidangan Nasi Buryani Gam di Ulam cafe bukan sahaja ada ayam, juga menyediakan Buryani Gam Daging dan kambing.Jadi anda ada pilihan.. 


Ini baru betul Nasi Buryani Gam..siap ada telur rebus Dalam Nasi... bie sebenar tak menjangka sangat yang rempah pada nasi mahupun ayam agak sempurna.. maklumlah kadang tu aroma dah power tapi rasa biase-biase aje, apa pun bie boleh beri 4 bintang daripada 5 bintang penuh! cewah.... Acar yang segar disamping  sekeping Papadom rangup dan kuah buryani meleleh....
sampingan dengan air sirap atau teh o ais dah cukup sempurna...
Harga juga berpatutan....
Rahsia minumannya yang sedap juge merupakan satu bonus!nak tau ulam cafe menggunakan R.O water sepenuhnya untuk setiap menu minuman yang disediakan.



Jadi kepada korang yang berada di area jalan hang tuah , loke yew , dekat Berjaya Times Square ..memang tak jauh lah..boleh singgah makan di Ulam Cafe , aras 2 dalam Kenanga Wholesale Centre ( KWC ) tempat pemborong pakaian.. yang popular tu..
perlu diingat..Nasi Buryani Gam meleleh Batu Pahat ini hanya dihidangkan @ dijual kepada pelanggan 
Hanya pada Hari Sabtu dan Ahad secara eksklusif hanya di Ulam Cafe .
Pada anda yang berjalan dalam KWC jangan lupa singgah yea.... gerenti puas hati!

Selain Istimewanya Nasi Buryani Gam ni.. Ulam Cafe Juga menyediakan masakan kampung yang asli dan anda boleh membuat pilihan sendiri..Masakan kampung ni sentiasa ada yea selain menu ala carte .

Jom layan pic candid dari chef obie & teman


Ulam-ulaman dah confirm ade , nama pun ulam cafe...pastinye ulaman yang segar-segar dihidang untuk anda



Pelbagai jenis lauk pauk kampung yang enak....yuuuummmmy!




Biskut moden dan kuih raya pun ada jual kat sini..







Macam mana candid pic dari chef obie, jadi anda boleh take noted kalau nak makan masakan kampung dan teringin nak menikmati Nasi Buryani Gam.. bolehlah singgah makan di ULam Cafe,
Jangan terkejut anda akan disambut oleh pemilik kedai sendiri..
yang ramah tamah dan kaye dengan senyuman .. Abang Sham dan Kak Zah..



Dari kiri merupakan tukang masak kesayangan Ulam Cafe , seorang yang mudah mesra ..
sentiasa komited dengan masakan yang disediakannye.. manakala tauke di sebelah kanan- Abg Sham


haaa ni pulak Kak Zah merangkap pemilik bersama Ulam Cafe dengan Abg Sham juga merupakan Exec.Cook.. bertanggungjawab dalam menjaga kualiti masakan dan menu disamping dibantu oleh tukang masak - tukang masaknya yang setia! 


Keselesaan dan rekabentuk dalam Ulam Cafe yang menarik..
Abag Sham merupakan Interior Designer.. manakala Kak Zah seorang chef!
memang kena lah kombinasinye..heeee

Chef Obie & teman mengucapkan terima kasih diatas layanan yang diberi  .




Ulam Cafe 
Aras 2 , Lot 2-19/20
Kompleks Kenanga Whosale City ( KWC )
No.2 Jalan Gelugor
55200 Kuala Lumpur

 Kak Zah & Abg Sham
H/P : 017 229 7008
Tel : 03 92246399 
ulamcafe@gmail.com











Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign