CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

TEMPAHAN KEK & PETITS

The Petit Of Barvarian Pistachio Gateau
..one of CHEF OBIE'S Choice of Premium Cake Year 2020 

A sponge is quite simple. You weigh ingredients, mix, and put it in the oven. With pastry, you manhandle it, shape it, fold it. You have to be involved with it; there is more jeopardy, more risk. But it's like making a casserole. There's a flurry of activity to begin with; then it's about leaving it to rest...


Bile #chefobie kembali setuju Untuk memanaskan kembali Tangan dgn Permainan Utama yg Paling diminati sejak dlm industry ini...pastry & Confectionery 😍😍😍


I genuinely enjoy the process of making colourful, delicious food. But I do allow myself an occasional piece of petits - today I had a pastry. If I fancy something, I'll have it.. Thank You my daddy cool , all my fellow friends , my legend cooking friends..my assistant & my world 




Petit dari kiri : Barvarian Pistachio Gateau , Tengah : Elizabeth Slice , Kanan : Chocolate Pear Tart. Dalam Shooter Square : Puding Delima

Pihak kami telah menerimaTempahan Syarikat Korporat atau Sesiapa sahaja yang memerlukan Specialty Western Cakes / Europh Cakes -
Kepakaran Chef Obie anak didik " Golden Hands " yang berpengalaman menyediakan Cakes , Pastry & Confectionary kepada VVIP Seperti King Fadh ( Arab Saudi ) , Sultan Brunei Hasanal Bolkiah , Mantan Perdana Menteri Malaysia Abdullah Ahmad Badawi , DSN dan banyak lagi VVIP & VIP tempatan mahupun luar negara , Selain berpengalaman menyediakan hidangan sebanyak 20 ,000 pax .

Untuk Membuat Tempahan Petits Boleh 
Hubungi MGJ CONSULTANCY




Testimoni 



Alhamdulillah,
Pagi tadi dapat Komen..
Very very thank you ,kpd akak yg berjaya paksa chef buatkan kek fondant utk hantaran pihak lelaki ...walau chef memang suggest students chef yg buatkan.Chef actually Bab fondant memang dah Banyak pas kepada anak didik..mungkin sifu nak rest jap...hahahaha sbb bz la konon... membentuk bakal2 usahawan & peniaga berasaskan makanan..utk warga Malaysia,Singapore, Brunei & Indonesia...

Apa pun hati ini tersentuh sedikit..bila..lama x uli fondant..boleh menitis air Mata...sbb teringat..Kerana fondant & gumpaste la..chef Obie berpeluang mengeluarkan buku "CUPCAKE 3D" selain kerap diundang majalah,rancangan masakan tv & berkaitan..hahaha,
But..my knowledge bukan utk disimpan aje..Dan bukan setakat specialist Bakery,Pastry & Confectionery...Maaf Bukan chef sombong sebelum ini jika Ada yg minta chef menerima tempahan fondant tapi chef beri kpd students... InshaAllah chef Akan terima mengikut keadaan Dan situasi.

Sebelum ini chef Beri peluang kpd students kepada baker2 online yg berpotensi..

Ada bahagian yg lain..ilmu yg lain dari itu,lain dari sugar art..lain Dr pastry & cakes..,
..chef Perlu sharing..Perlu spread bersama insan2 lain yg benar2 Memerlukan...knowledge for business in food industry itu luas..

Apa pun nak ucap tq kpd semua..kpd yg sudi baca..sampai habis..heeee selamat malam



Dibawah ada beberapa pic kek fondant tempahan akak ni...akak ni actually seorang yg humble walau anak vvip...Terima kasih juga atas jemputan itu..mohon maaf atas kesibukan chef obie pada tarikh yang sama. Frust tau...tak dapat join jemputan dari akak ni...



Kek Hantaran Fondant 









Berhenti utk jadi yg sempurna,Kerana ketidaksempurnaan itu sebahagian daripada diri Kita,Tapi Jangan berhenti Buat apa yg kita suka dlm ketidaksempurnaan untuk kehidupan yg lebih baik,bukan utk Kita sebenarnya,tapi utk sekeliling kite..semua yg menyayangi kite kite...mmmaazing! - chef obie






Share & LIKES


KEK 3D by chef obie



TEMPAHAN DIBUKA 

SILA PM@whatsapp

 0172260719



TERIMA KASIH... peace..






#resepimudah #jjcmtv3 #tv3malaysia

chef obie di Malaysia Hari Ini - Kek 3D & Mothers day



 Arkitek Kek 3D Dan Cupcake Chef Obie

 

 




Facebook : chefobie untold
Instagram : chef_obie_official
website : chefgunawanmalaysia.blogspot.com

whatsapp : 0172260719


Untuk berjaya dalam sesuatu bidang, tidak cukup seseorang individu itu mempunyai bakat tetapi yang lebih penting ialah kesungguhan untuk menguasainya.

Bukanlah sesuatu yang mudah apabila terjun dalam dunia masakan kerana bukan setakat hanya tahu memasak bahkan seseorang itu perlu bijak menyediakannya dan mendalami pel­bagai teknik untuk mempersembahkan sesuatu hida­ngan.

"Merubah bentuk makanan bukan hanya apa yang kita lihat, tetapi ia perlu disertai minat dan memiliki cita rasa kepada makanan.

"Manakala, pengalaman yang pernah dikutip dalam bidang itu pula umpama satu bonus kerana mampu mempel­bagaikan ilmu yang kita miliki," kata Gunawan Jamil dari Ampang, Selangor.

Lebih dikenali sebagai Chef Obie, beliau menimba ilmu di Akademi Laut Malaysia (ALAM) dalam bahagian katering marin selama setahun sebelum mengutip pengalaman sebagai pembantu tukang masak di atas kapal dan beberapa hotel-hotel terkemuka juga industri penerbangan.

"Bekerja di dapur kapal agak berbeza sebelum saya memasuki industri perhotelan, namun saya melihat banyak peluang untuk bergerak dengan lebih aktif dalam bidang masakan sewaktu belayar di Eropah.

"Di Eropah khususnya Belanda, industri masakan pastri, kek, biskut dan roti sangat popular kerana masyarakatnya gemar menyediakan masakan seumpama itu tanpa mengira masa.

"Industri masakan masih lesu di negara kita ketika itu dan ia memberi saya idea mengorak langkah dengan menguasai pastri berbanding jenis masakan lain," kata­nya yang menerima inspirasi daripada gurunya, Chef Mah­mod 'Golden Hand' juga Chef William H Hewitt dengan mempelajari masakan pastri selama tiga tahun di KL Airport Services.

Chef Obie mempertaruh­kan usia mudanya pada 2011 dengan memulakan perniagaan sendiri selepas melepaskan jawatan sebagai tukang masak di Prince Court Medical Centre. Kini Mengusahakan Syarikat Perunding Profesional & Katering .

Masakan beliau pernah disajikan kepada tetamu kehormat Arab Saudi- King Fadh, ketika perkahwinan Sultan Brunei dengan bekas isterinya, Azrinaz Mazhar Hakim, Tun Abdullah Ahmad Badawi serta artis tempatan Hafiz Shuib, Sharnaaz Ahmad , Aaron Aziz juga VVIP .

Namanya mula meniti di bibir peminat selepas memulakan kek cawan atau 'cupcake' yang satu ketika dulu menjadi kegilaan ma­syarakat terutama pekerja syarikat dan pelajar kerana me­nyukai kek yang bentuknya comel serta sangat sesuai untuk diberikan kepada teman selain mudah dihidangkan dalam sebarang majlis.

"Kek cawan tiga dimensi (3D) amat popular di Amerika Syarikat, Australia, Jepun dan Eropah. Ia turut dikenali dengan nama lain seperti 'cupcake karakter' atau 'cupcake model'.

"Saya membuat cupcake 3D menggunakan bahan asas seperti 'fondant' dan 'gumpaste' kerana memiliki aneka rasa dan boleh digunakan dengan pelbagai bahan lain.

"3D bermaksud reka bentuk kek yang kelihatan menonjol, wujud bentuk figura yang sangat menyerupai bentuk asal dan pelbagai bentuk lain yang dihasilkan menerusi fondant dan ­gumpaste.
"Cupcake 3D ini lebih tahan lasak berbanding kek cawan berasaskan krim dan lain-lain, tahan lebih lama pada suhu bilik, mempunyai isi padu yang lebih berat berbanding cupcake biasa serta memerlukan kemahiran dalam pembuatan fondant dan gumpaste.

"Ia masih baru dikenali ketika itu dan belum ada chef yang mahu memperkenalkannya secara terbuka justeru, saya mengadakan bengkel kepada semua golo­ngan yang mahu mempelajari pastri terutama kek cawan 3D.

"Ramai yang berminat kerana mahu mengubah masakan daripada kek cawan biasa kepada 3D yang nampak lebih meriah dan 'hidup', malah golongan ibu dapat meningkatkan pendapatan keluarga menerusi penjualan atas talian.
"Saya turut menerima tempahan kek cawan 3D dalam jumlah yang banyak daripada pasa­ngan pengantin yang mahukan ia sebagai buah ­tangan kepada tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan mereka.

"Tetapi, ia lebih bermakna apabila dijadikan hadiah untuk hantaran pertuna­ngan dan perkahwinan kerana saya akan menyiapkannya mengikut tema perkahwinan sama ada dari segi warna, bentuk, hiasan 3D dan warna pembalut yang mahu digunakan.

"Tema terbabit memenuhi permintaan pasangan pe­ngantin yang mahukan ia kelihatan segar, menarik dan paling utama melukis makna tersendiri buat si pengantin. Sudah tentu kek sebegitu akan kekal diingati dalam lipatan perkahwinan," katanya.
Chef Obie turut merealisasikan permintaan peminatnya dengan me­ngeluarkan sebuah buku resipi berjudul Cupcake 3D oleh Chef Gunawan yang dikeluarkan pada 2012.

Sikap kreatif Chef Obie jelas dilihat pada hasil air tangannya yang menarik sewaktu menunjukkan beberapa tempahan kek cawan 3D mengikut permintaan pelanggan.

Tidak terhenti setakat itu, Chef Obie meluaskan jari­ngan masakan dengan memperkenalkan kek 3D dan ia mempunyai bentuk lebih besar, menarik dan mencabar kreativitinya.

"Sama seperti kek cawan 3D, saya masih menggunakan bahas asas yang sama untuk membuat sebuah kek 3D. Semakin banyak figura yang mahu diletakkan di atas kek, semakin banyak bahan diperlukan.

"Saya lebih suka membentuk sendiri satu-satu figura berbanding membeli yang sedia dijual atau patung yang tidak boleh dimakan.

"Kek 3D yang beratnya satu atau dua kilogram me­ngambil masa satu hingga dua jam untuk disiapkan bergantung kepada figura yang diingini.

"Dalamnya dipenuhi ­dengan coklat manakala luarannya diwarnai mengikut tema kartun, majlis dan bentuk seperti kereta, motosikal, bunga, buah-buahan, kamera dan karakter adi wira seperti Spiderman.

"Semakin sukar membentuk kek itu, semakin ting­gi cabarannya dan sudah pasti kek 3D dilihat lebih menarik, mahal dan memiliki kelasnya tersendiri," kata­nya.

Bahan asas seperti fondant dan gumpaste memainkan peranan untuk membentuk satu-satu kek 3D kerana ia perlu lembut, mudah diurus, tahan lama dan sesuai untuk mereka bentuk figura.

"Harganya juga boleh mencecah ribuan ringgit dengan mengambil masa selama tiga bulan untuk disiapkan kerana ia mengikut cita rasa unik pelanggan dan ­tidak boleh berlaku kesilapan.

"Justeru, tidak hairanlah mengapa kek 3D kini menjadi kegilaan masyarakat dan mereka sanggup menghabiskan ribuan ringgit jika kek 3D itu mampu menyerupai wajah dan karakter yang disukai," katanya.

Walaupun trend hantaran perkahwinan menggunakan kek 3D belum meluas dalam kalangan masyarakat negara ini, tetapi beliau yakin dalam tempoh beberapa tahun lagi, ia menjadi kegilaan.

"Bentuknya lebih realistik, seolah-olah bentuk itu 'hidup' dan bukannya kek.
"Itulah kelebihan kek 3D berbanding kek yang biasa terdapat di pasaran," kata­nya.




- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7066#sthash.5OBoT0ao.dpuf


Oleh Siti Salmiah A Hamid 

Chef obie di MHI Malaysia Hari Ini - Hari

 Ibu dan Kek 3D






TEMPAHAN KEK 3D DAN CUPCAKE 3D






 









Assalammualaikum wbt , 
selamat pagi.

Pagi ni chef obie nak sharing candid photo aje..
kelmarin sempatlah buat kek 3d pokemon ni...
semoga ade sedikit inspirasi yang mudah untuk anda jadikan 
rujukan..walau bukan sepenuh photo ada...hanya photo ringkas
harap okaylah yea..

step 1
1 biji kek coklat 1 kg
disalut dengan coklat ganache,
buttercream,
marshmallow dan
candy gummies




step 2
kek disalut pula dengan fondant icing yang lembut dan telah diwarnakan




step 3
salut pula disekeliling cake board dengan fondant icing yang telah diwarnakan dan corakkan mengikut kreativiti.




step 3
keliling kek fondant dihias menggunakan edible print pokemon + fondant & gumpaste




step 4
wording yang telah dibuat dengan edible print + fondant dan gumpaste
disusun diatas permukaan kek dan dibahagian bawah




step 5
Figurine Pokemon Dino yang telah disapkan diletakkan
dipermukaan kek fondant.




step 6
Anda boleh hiaskan lagi dengan pic pokemon dengan fondant & gumpaste lagi
mengikut kreativiti



step 7
Kek 3D Pokemon telah siap dihasilkan...
mudahkan...










call / whatsapp 0172260719
FOLLOW IG : chef_obie_official
FG : chefobie untold





"Incredible"celine dion
(with Ne-Yo)
Whole world is watching us now
It's a little intimidating
Since there's no way to come down
Lets give them something amazing

Lets make them remember
Using one word 

Incredible oh oh oh ohhh
Incredible oh oh oh ohhh
Lets make them remember
We were incredible
Simply incredible
Oh oh oh ohhh

We even counted us out
We weren't sure we'd make it
But we've learned no matter what they dish out
It's nothing, we can take it

We'll go down in history
They'll describe our love as

Incredible oh oh oh ohhh
Oh incredible oh oh oh ohhh
Lets make them remember
and we were 
we were incredible
simply incredible
oh oh oh ohhh...

Lets make them remember
They'll describe our love as

Incredible oh oh oh ohhh
Oh incredible oh oh oh ohhh
Lets make them remember
that we were
we were incredible
simply incredible
it's something amazing

Let's give them something amazing







Hubungi  & Follow chef obie


chef nak berkongsi kata kata positif untuk Anda..dan juga diri sendiri sendiri..

" WAKE UP SMILE ,
AND TELL YOURSELF
TODAY IS MY DAY !

AND TRAIN YOUR MIND 
TO SEE THE POSITIVE
IN EVERY SITUATION "



 IG : chef_obie_official
Jom Follow FB : chefobie untold
whatsapp 0172260719
email :gunawan.jamil@gmail.com

website: chefgunawanmalaysia.blogspot.com
malaysiapropertiespure.blogspot.com


Terima Kasih

Komen
8 Komen

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Terbaik chef
Thanks

Chef Obie berkata...

Bukan terbaik , Tapi Sentiasa memperbaiki ,
Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Thankz chef for your excellent
Job... your creations make my clients
Very happy & impres

Chef Obie berkata...

most welcome

:)

Unknown berkata...

chef.. kalau nk order.. n sy nk bg design pastu nk tau harga camna..?

Chef Obie berkata...

Terima kasih bertanya-
jika nak tau direct cake price boleh direct hubungi
hotline 0172260719 / sms

atau email info & pic design yg cik ingin kan ke
email gunawan.jamil@gmail.com

terima kasih

DOCTOR OCTOPUS berkata...

Chef obie
Tq 4 your 3d cake
Its awesome!

Chef Obie berkata...

Most welcome
Doctor and thank you for
your ordering...

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign