CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Khamis, 29 Oktober 2015

Resepi Nasi Tomato Sedap Dan Mudah


RESEPI NASI TOMATO SEDAP DAN 

MUDAH

Bahan A

2 1/2 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak masak @ marjerin

3 ulas bawang putih - cincang
3 ulas bawang merah - hiris halus
1 inci halia - hiris halus
2 helai Daun pandan ( diikat )
buah pelaga + bunga cengkih +  kulit kayu manis + bunga lawang

Bahan B

1/4 cawan susu cair
2 atau3 biji tomato di potong dadu kecil 
1/4 cawan sos tomato
garam + gula + serbuk stok ayam secukupnya
3 pot - Beras ( 1 pot sama dengan 280 gm beras )

Bahan Hiasan : Bawang Goreng , daun bawang , Daun Ketumbar dan kulit Tomato
 ( dihiris halus )

Cara Penyediaan :

Tumis bahan A sampai naik bau, dan masukkan bahan B kecuali beras.. kacau sehingga sebati..

Masukkan ke dalam rice cooker, kalo nak terus tumis dalam rice cooker pun boleh.

Kemudian masukkan beras dan air sukatannya air macam masak nasi biasa.

Kacau Nasi tapi jangan sampai hancur nasi, sekadar membalikan supaya nasi masak rata.. 



Terima Kasih

Resepi Puding Raja Mangga Sedap Dan Mudah


Share & LIKES
#smallplate 

RESEPI PUDING RAJA MANGGA

Bahan :

250gm Isi Buah Mangga India ( potong kiub )
100gm Isi Buah Mangga ( dikisar )
70gm Gula
1biji Telur
500ml Susu UHT
250ml Krim Masakan atau whipping krim
8gm Gelatin Halal ( dicairkan dengan sedikit air )

Cara Penyediaan :

1.Dalam pot,Satukan ke semua bahan diatas kecuali gelatin. Panaskan pada api sederhana pastikan dikacau perlahan sehingga sebati menggunakan whisk.lebih kurang 10 minit.

2.Masukkan gelatin yang telah dicairkan ke dalam pot tadi.Kacaukan sekali lagi sehingga sebati.( jangan kacau terlalu kuat atau laju akan menyebabkan bubble pada permukaan ).Kacau lebih kurang 5 minit.Matikan api.

3.Kemudian tuangkan ke dalam acuan pilihan anda.Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.




Terima Kasih

Tips Menjaga Kesegaran Sayur Dan Buah-buahan



TIPS MENJAGA  KESEGARAN SAYUR & BUAH BUAHAN

1-Sayur dan buah dibilas dan dibersihkan dengan air bergaram supaya kekotoran dan bahan kimia tertanggal dengan sempurna.

2-Sayuran jenis berkulit tidak dibuang terlalu nipis supaya tidaklah menghilangkan nutriennya.

3-Jangan potong sayuran terlalu awal , ia akan menghilangkan tahap kesegaran sayur itu .

4- Jika anda membeli sayur dipasar, pilihlah sayuran yang sedia segar dan mampu tahan lama.

5-Jika anda sedang memasak sayur,pastikan penggunaan api atau haba yang rendah supaya tidak menghilangkan kandungan vitamin C .Vitamin C mudah hilang pada suhu yang tinggi.



6- Sekarang ada pencuci sayuran -anda boleh beli dipasaraya seperti jaya jusco, tesco dan sebagainya- " Safeguard fruits and vegie wash "bagi memudahkan membersih dan mencuci sayuran dan buah-buahan.

7- Buah - buahan seperti anggur , epal , plum kebiasaanya telah diwax @dililin.Pastikan anda mencuci dgn cara no 1 @ 6, kemudian ambil tisu kitchen lapkan buah-buahan sehingga bersih dan kering.

Selamat Mencuba Khidmat Pesanan Dapur daripada chef obie 



#smallplate

Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign