CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Jumaat, 30 Jun 2017

chef obie di Majalah Nona Hari Raya Aidilfitri

CHEF OBIE DI MAJALAH NONA HARI RAYA AIDILFITRI 

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Dan Batin 
kepada muslimin dan muslimat 
'anda yang mengikuti
perkembangan chef obie....'


Thanks To TEAM MAJALAH NONA
Editor , wartawan - amy & photographer

Syukur Alhamdulillah , atas jemputan chef obie untuk tahun ke dua kalinya dalam MAJALAH NONA edisi khas Hari Raya Aidilfitri 2017 , dengan cover hadapan majalah Datin Norjuma manakala cover belakang merupakan Fazura & Fattah Amin

                          


Untuk ke 2 kalinya ini chef obie berkongsi resepi kek & cookies raya istimewa untuk tatapan peminat
majalah nona keluaran karangkraf ! 
Dapatkan Majalah Nona berdekatan anda sekarang... singgah ke 7 eleven , newplus , my news , mahupun kedai-kedai majalah pilihan anda..jangan terlepas..menyesal nanti..kerana bukan perkongsian resepi daripada chef obie sahaja malahan perkongsian dari chef dan blogger masakan yang lain serta menarik untuk anda jadikan rujukan dan simpanan.



Resepi Kek Keju Syawal Meringue Pandan


Resepi Cookies Sable Berinti Epal Kiwi , Kek Biru Air Laut & Italian Buttercream


Resepi Kek Cawan Mak Kite


Resepi Biskut Keju Beherba




Lirik Lagu DIRGAHAYU Faizal Tahir & Dato’ Siti Nurhaliza

Adakah ini kali yang pertama
Adakah ini kali yang terakhir
Mungkin waktu tak mengizinkan kita
Mungkin jalan ceritanya berbeza
Ouhhh huwooo
Satu hari pasti nanti
Ku akan memahami
Namun cinta tak akan mati
Ku terima segalanya
Namun tak aku mengalah
Ku pasti ada jawabnya
Ku berikan segalanya
Semua dan sesungguhnya
Cinta dirgahayu
Cinta dirgahayu
Cinta kau dan aku
Andai takdir kita bertemu lagi
(Ku berdoa selalu)
Masihkah akan kau kenang kembali
(Takkan pernahku lepas)
Satu hari pasti nanti
Ku akan memahami
Namun cinta tak akan mati
Ku terima segalanya
Namun tak aku mengalah
Ku pasti ada jawabnya
Ku berikan segalanya
Semua dan sesungguhnya
Cinta dirgahayu
Cinta dirgahayu
Cinta kau dan aku
Tidak pernahku bersoalkan takdirNya
Dan ku percaya cintakan mengatasi
Semuanya
Ku terima segalanya
Namun tak aku mengalah
Ku pasti ada jawabnya
Ku berikan segalanya
Semua dan sesungguhnya
Cinta dirgahayu
Cinta dirgahayu
Cinta kau dan aku
Cinta dirgahayu
Dirgahayu
Cinta dirgahayu


Terima Kasih

Isnin, 26 Jun 2017

KELAS MASAKAN & BAKING BULAN JULAI 2017 : CHAR KUEY TEOW & KUEY TEOW GORENG UNTUK BIZZ

Kelas Masakan Untuk Berniaga 2017 : Char Kuey Teow CKT & Kuey Teow Goreng KTG





"Hands On Cooking Class"
Char Kuey Teow CKT & Kuey Teow Goreng KTG

Step by step

Intipati Kelas :

1.Membuat Sos Asas CKT.
2.Penyediaan Asas- Miss En Place CKT & KTG
3.Penyukatan & Standard CKT & KTG
4.Penyimpanan.
5.Penggunaan Standard Resepi.
6.Kos & Cadangan Harga Jualan

* Sijil Kehadiran

Yuran Hanya RM550
Yuran Asal RM650.00


PERHATIAN : SEKIRANYA ANDA MERUPAKAN PESARA atau IBU TUNGGAL YG MENJAGA ANAK OKU - Yuran / Fee Anda BERLAINAN daripada HARGA PROMOSI 


( sila hubungi chef obie utk mengetahui YURAN / FEE Anda )


* Kelas Nasi Berniaga CHAR KUEY TEOW & KUEY TEOW GORENG

Pilihan Tarikh & Hari oleh Bakal Pelajar
Hari : Isnin hingga Khamis , Sabtu atau Ahad ( Jumaat & Public Holiday Kelas Tiada )



Berminat :

Encik @ Cik @Tuan @ Puan boleh bank in Deposit RM450
Ke salah satu akaun pilihan

1.MAYBANK 151409098193

2.CIMB 7619121286

3.BSN 14005-41-00008021-7

Atas nama Muhamad Gunawan Jamil

Simpan resit - Bukti pembayaran.

whatsapp info pembayaran kpd pihak chef

0172260719

*sila pilih hari yg sesuai.

Baki yuran perlu diselesaikan pd hari kejadian

Lokasi : Merdeka Villa,
Jalan Merdeka ,
Bandar Baru Ampang

Landmark- Spectrum mall




whatsapp / telegram
60172260719
chef obie

chefgunawanmalaysia.blogspot.com

"The best and most beautiful things in the world cannot be seen or even touched - they must be felt with the heart."

PILIHAN UNTUK ANDA YANG TIDAK BERKESEMPATAN MENGIKUTI KURSUS YANG DIANJURKAN PIHAK CHEF OBIE- 

BOLEH DAPATKAN FILE KIT + CD ROM PERNIAGAAN BERASASKAN MAKANAN

SILA KLIK PADA LINK YANG DIBERI DIBAWAH INI :






Terima Kasih

KELAS MASAKAN & BAKING BULAN JULAI 2017 : KELAS WESTERN FOOD POPULAR

PROMOSI KELAS WESTERN FOOD ( BUSSINES )
kini diBUKA untk tempahan hanya ISTIMEWA hanya Bulan JUN & JULAI 2017
( Restauran , Foodtruck , Kiosk , Food Court , Gerai , Bazaar Event , Lunch Boxes & sebagainya )


 "Kelas Persendirian Hands On
Tunjuk Ajar Daripada Chef Profesional 
Pemahaman Yang Mudah 
Pelajar diberi buku Standard Resepi dan Cara Menggunakannya
Soalan Sentiasa Terbuka
Selepas Kelas Pelajar Boleh lagi Merujuk kepada tenaga pengajar

Kelas diadakan secara Santai "



YURAN NORMAL RM2200 SEORANG

***YURAN PROMOSI  RM1700 ( Harga Promosi )

KREDIT POTONGAN YURAN SEBANYAK RM500
UNTUK SETIAP PELAJAR YANG MENDAFTAR AWAL
UNTUK MENGIKUTI KELAS YANG AKAN DIADAKAN PADA BULAN
JUN & JULAI 2017


PERHATIAN : SEKIRANYA ANDA MERUPAKAN PESARA atau IBU TUNGGAL YG MENJAGA ANAK OKU - Yuran / Fee Anda BERLAINAN daripada HARGA PROMOSI 



( sila hubungi chef obie utk mengetahui YURAN / FEE Anda )

PELAJAR BOLEH MEMILIH SENDIRI
HARI DAN TARIKH UNTUK MENGIKUTI KELAS WESTERN FOOD INI.


 Isnin hingga Khamis , Sabtu atau Ahad 
( Jumaat Tiada Kelas )


Chicken Chop 3 jenis 

Breaded / Grill / Fried

Lamb Chop

Beefsteak

Fish And Chips

Western Stock

Buat Tepung KFC 

Base Water Marinated

Coleslaw

Mash Potato & Gravy

Black Pepper Sauce

Mushroom Sauce

Tartar Sauce

Spaghetti- Aglio alio Mussel atau Wild Mush Room Soup





DAFTAR SEGERA !!!



Cara Menyertai Pakej Promosi ini -

Anda Wajib Menjelaskan Yuran Pakej Promosi Sebagai Deposit
RM1200.00

Ke salah satu akaun



i- CIMB 7619121286

ii- MAYBANK 151409098193

iii- BSN 14005-41-00008021-7

atas nama 

Kemudian
Bukti Pembayaran Perlu Dissimpan
Dan whatsapp Infonya ke 

0172260719

Nama kelas , Jumlah , Tarikh kelas yang Anda pilih.


* Baki yuran RM500 perlu dijelaskan pada hari kelas diadakan.



LOKASI KELAS : Merdeka Villa, Ampang, kuala lumpur ( landmark- Spectrum Mall ) 

TESTIMONI PELAJAR CHEF OBIE YG TELAH BERJAYA MEMBUKA PERNIAGAAN :
WESTERN FOOD :

Foodjam 
Bukit Rahman Putra, Sg Buloh, Selangor

 




 SAFHYD STEAK HOUSE
Jalan kubur tanah merah,berdekatan masjid ismail petra , Kelantan







Gambar : takwim 2017 kementerian Pendidikan Malaysia 

Jom Follow chef obie di IG





whatsapp / telegram

60172260719

chef obie

chefgunawanmalaysia.blogspot.com




"The best and most beautiful things in the world cannot be seen or even touched - they must be felt with the heart."

PILIHAN UNTUK ANDA YANG TIDAK BERKESEMPATAN MENGIKUTI KURSUS YANG DIANJURKAN PIHAK CHEF OBIE- 

BOLEH DAPATKAN FILE KIT + CD ROM PERNIAGAAN BERASASKAN MAKANAN

SILA KLIK PADA LINK YANG DIBERI DIBAWAH INI :





Terima Kasih

Sabtu, 24 Jun 2017

Salam Ramadhan Akhir 1438 Hijrah & Majalah Nona Hari Raya Aidilfitri 2017

Salam Ramadhan Akhir 1438 Hijrah 

Syukur Alhamdulillah , pejam celik dengan sisa nafas hela yang masih ada ini bie masih diberi kesempatan untuk menikmati ibadah puasa hingga ke penghujung Ramadhan 1438H.. InshaAllah semoga diberi kesempatan untuk menikmatinya lagi.Diberi kesempatan untuk melaksanakan ibdaha sebaik mungkin dan semampu yang boleh.

Susur hari-hari penuh warna dan warni suka duka sepanjang Ramadhan membuatkan diri ini berasa amat kerdil , Ya Allah engkau ampunilah dosa-dosa ku , engkau kuatkan lah hati ku ini dan peliharalah hati ku ini agar mengingati Mu dan mampu menjalani suruhanMu .Dan engkau berkatilah kehidupan ku di dunia mahupun di ukhrawi.

Bie diuji dengan pemergian Cinta Hati Ini..Bie rindu dengan ciuman di pipinya..tangan nya..dan bie rindu pelukannya..Bie memang rapat dengan mak...Syukur juga Bie diberi nikmat menjaga mak selama ini dan sepanjang mak sakit di hospital.Bie rindukan detik-detik itu semua...sehingga urusan mandikan jenazah hinggalah ke liang lahad.MashaAllah

Al fatihah untuk mak , semoga mak ditempatkan  dalam golongan mereka yang beriman dan terpilih ke Jannah Aamin..mak pergi dibulan yang penuh mulia dan barakah...
mak adalah mak yang terbaik dalam hidup bie..."Wan Sayang Mak! "

Dikesempatan ini juga 




Bie , ingin memohon berjuta kemaafan kepada semua yang mengenali diri ini sama ada secara langsung atau pun tidak ,jauh mahupun dekat , anda di Malaysia , Brunei ,Indonesia , Singapura mahupun dimana jua berada , 

Bie mungkin ada terlanjur melalui lisan , penulisan , gerak tubuh dan sebagainya .
Mungkin ada gurau senda yang keterlaluan , guris hati dan sebagainya juga semoga Ramadhan kali ini juga bukan yang terAKHIR untuk kite semua...

Bermaaf-maafanlah sesama kite di Hari Yang Mulia Ini !



chef obie a.k.a bie 
Profesional & Selebriti Chef 

Selamat Hari Raya Aidilfitri 
Maaf Zahir Dan Batin 
Jangan lupa dapatkan juga Majalah Nona Edisi Hari Raya Aidilfitri 2017

Bie berkongsi Resepi Kek & Biskut Raya...



Sila Klik : Resepi Menu Hari Raya Popular Nusantara

Terima Kasih

Ahad, 18 Jun 2017

Menu Dan Resepi Sajian Hari Raya Aidilfitri atau Idul Fitri atau Hari Lebaran Di Nusantara - Malaysia , Brunei , Indonesia Dan Singapore

gambar chef obie berbaju melayu warna oren bersama teman-teman media massa &  media cetak

Salam Ramadhan warga netizen nusantara - Terutama anda yang sentiasa menyokong karier chef obie..atau mesra dengan panggilan Bie ini.,baik anda yang berada di Malaysia , Brunei , Indonesia mahupun di Singapore. Jutaan Terima Kasih untuk anda semua .

Bie ingin panjatkan doa dan Al Fatihah untuk bonda Cinta Hati Bie selama ini , MashaAllah rindu sangat pada bonda.
Bonda chef obie baru sahaja kembali ke Rahmatullah menghadap Sang Pencipta Di Bulan penuh keberkatan ini iaitu pada 18 Ramadhan 1438H.

Semoga Bonda Ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman , Ya Allah Tempatkanlah bonda di Syurga dan jauhilah Bonda daripada seksaan api neraka. Aamin.

Kembali kepada isu asal , walaupun kite masih lagi dalam ibadah berpuasa , persediaan dan perancangan awal dalam penyediaan menu dan hidangan Hari Raya Aidilfitri tidak boleh dipandang mudah .

Chef obie cuba berkongsi sedikit info - " Aidilfitri atau Idul Fitri di Nusantara dan panggilannya mengikut negara "

Di MalaysiaSingapura, dan Brunei Darussalam, Idul Fitri dikenal juga dengan sebutan Hari Raya PuasaHari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Fitrah. Masyarakat di Malaysia dan Singapura turut merayakannya bersama masyarakat Muslim diseluruh dunia. Di Indonesia dikenali dengan panggilan " Lebaran " mahupun Idul Fitri.

Dan Takbir Hari Raya juga Solat Sunat Aidil Fitri menjadi kewajipan penyeri sambutan 1 Syawal umat Islam seluruh dunia . Selain menziarahi pusara menjadi agenda utama di pagi hari raya . Yang pasti aura pada Hari Kemenangan Umat Islam ini menjadikan umat Islam muhasabah diri juga sesama saudara- saudaranya , rakan taulan , sahabat handai mahupun jiran tetangga . Bersama - sama meraihkannya dengan adat kunjung mengunjung dan saling bermaaf-maafan . 

Kalau dah kunjung mengunjung sudah pasti anda selaku tuan rumah akan menyediakan hidangan makanan yang menarik untuk para tetamu.

Sudah pasti kalau di Malaysia - 




Antara Menu Wajib adalah seperti :

Ketupat Nasi ( seperti ketupat satay dan ketupat bawang ) , Ketupat Palas , Lemang Bakar , Aneka Rendang ( Rendang Tok , Rendang Ayam , Mahupun Rendang Minang yang pedas dan mengancam itu.. ) Pelbagai Variasi Serunding ( dari Serunding kelapa , Daging dan Ayam ) Kuah kacang , Masak Lodeh , Lontong , Nasi Dagang Terengganu mahupun Kelantan , Pelbagai variasi gulai , pelbagai kuih muih dan biskut raya seperti biskut makmur , biskut semprit klasik yang popular , tat nanas dan banyak lagi.
Gambar dibawah ini sebagai bukti bahawa budaya serumpun itu kuat..mana tidaknya..kebanyakkan menu hidangan hampir sama !sedap dan menyelerakan!!!



Antara Menu Hidangan Hari Raya Orang Brunei , hampir sama kan dengan Malaysia ?

Antara Menu Hidangan Orang Indonesia juga hampir sama .

Gerek seh...hidangan menu Orang Singapura..saling tak tumpah juga dengan Malaysia..laksa penang , laksa johor , mee kari , roti jala , rendang , nasi impit mahupun ketupat...

chef obie nak kongsikan beberapa resepi yang boleh anda gunakan sebagai sajian di pagi hari raya nanti mahupun sesuai untuk " Open House " .



MENU 1 :  Resepi Laksa Penang

 *10 ekor ikan kembung/ikan sardin/selar mata besar
* 10 tangkai Cili Kering 
*3 keping Asam Keping
*3 biji Bawang besar 

Belacan secukup rasa

Cara Membuat: 

*Bahan-bahan ini direbus bersama di dalam satu periuk yang sama,jangan sampai terlalu hancur.  10 minit sahaja masa merebusnya.

 Toskan semua bahan tersebut untuk sejuk seketika selama 15-20 minit

 Air rebusan ikan jangan dibuang, tinggalkannya di dalam periuk untuk dibuat kuah laksa .

Ceraikan/asingkan isi ikan dari tulang ikan. 

 Kisar bawang besar + cili keing + isi ikan + Belacan.

 Asam keping tak perlu blender, tinggalkan asam  keping dalam periuk untuk memasak kuah laksa tersebut

 Bahan yang telah diblender (bawang besar + cili keing + isi ikan + Belacan). , masukkan semula dalam periuk untuk kuah.

 Tulang ikan yang telah diblender kan, perlu diasingkan (tambah air), selepas itu tapis tulang ikan tersebut, ambil air tulang ikan sahaja .

Lebihan tulang ikan yang telah hancur diblender, bolehlah dibuang

 Kalau nak banyak kuah, tambahkan air pada tulang ikan semasa ditapis tadi

 Panaskan periuk,kemudian baru masukkan bunga kantan, daun kesum...

 Garam secukup rasa.

Ulam-ulam yang sesuai dimakan mentah dengan laksa dan dihiris nipis
1) Daun selom 
2) Timun
3) Bawang besar
4) Cili merah
5) Daun pudina
6) Daun salad
7) Nenas
8)  Limau nipis dibelah dua





 juga telur rebus dan petis udang (optional)






MENU 2 : RESEPI DAGING MASAK HITAM MANIS

Bahan-bahan (10-12 orang)
1kg daging lembu
16 biji bawang merah – dikisar
3 ulas bawang putih – dikisar
11/2  inci halia – dikisar
5 sudu besar cili kisar
Sedikit kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
10 sudu besar kicap manis
4 sudu besar kicap masin
2 Sudu Sos Tomato
2 Sudu Sos Cili
Garam dan gula ( optional )



Cara Penyediaan :
Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang dah buah pelaga sehingga naik bau.
Masukkan cili kisar dan tumis seketika (dalam 3-5 minit). Masukkan kicap manis dan kicap masin.
Masukkan daging dan sedikit air. Kacau sehingga sekata. 
Masukkan sos tomato , sos cili ,garam dan gula secukup rasa( optional- jika anda rasa perlu gunakan ). Masak sehingga daging empuk.Siap untuk dihidang


Tips- Anda boleh lebihkan air jika ingin lebih kuah





MENU 3 : Ayam Masak Bali atau Ayam Semur Bali 


Bahan Utama:


1 ekor Ayam potong 12 atau 12 ketul Peha Ayam
2 sudu besar kerisik
1 cawan santan pekat 

1 mangkuk bawang goreng tumbuk lumat
3/4 cawan kicap lemak manis 
1 cawan cili kisar
4 biji  bawang Merah dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
1 inci haliadikisar
1/2 inci lengkuas dikisar
4 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 kiub pati ayam , gula dan garam sebagai perasa 

1 Batang Serai diketuk
1 tangkai Daun Limau Purut
1 Tangkai Daun Kari
1/2 cawan bawang goreng ditumbuk

Cara Penyediaan :


1.Tumiskan bahan kisar , serai , daun limau purut dan daun kari sehingga sehingga naik minyak dan wangi.


2.Masukkan bunga lawang dan kayu manis dan cili kisar, bawang goreng tumbuk ,santan ,kerisik dan kicap 


3.Kacau perlahan-lahan supaya mesra.


4.Masukkan Ayam , gaul rata dan biar merenah pada api kecil.


5.Akhir sekali perasakan dengan kiub pati ayam , garam dan gula kacau sebentar.



6.Ayam Semur Bali siap untuk dinikmati !





MENU 4 : LONTONG JOHOR 

Bahan -

100g Sengkuang
1/2 biji kobis
1 biji lobak merah
1 biji terung
10 btg kacang panjang atau buncis
1 keping tempe ( saya guna yng packing dalam plastik ) – dipotong dan di goreng sebentar.
4 biji kentang ( kopek dan dipotong kecil )optional, jika tiada pun tak mengape
1 paket soo hoon
1 paket tauhu kering
150 g udang basah
2 biji kelapa parut ( ambil 2 mangkuk besar santan, santan cair dan santan pekat )
garam secukup rasa


Bahan kisar/blender

2 sudu besar udang kering
1 labu bawang besar
4 ulas bawang kecil / shallot
3/4 inci halia 
1/2 inci lengkuas (ketuk)
1 batang serai(ketuk)
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
1 inci kunyit hidup
atau 1 sudu besar serbuk kunyit

Cara penyediaan


- Semua sayur di bersihkan dan dipotong kecil

.
- Tumis bahan kisar hingga wangi, bhn ketuk dan hingga pecah minyak.

- Kemudian masukkan santan cair dan kentang(optional). Masak hingga kuah mendidih dan kentang hampir empuk.

- Masukkan santan pekat dan sayur yang lain, soo hoon, sengkuang dan udang. Kacau selalu agar santan tidak pecah.

- Masak hingga sayur layu, sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.

Cara buat nasi impit atau ketupat segera

plastik tahan panas
beras yang telah di bersihkan dan di tos.


Cara penyediaan

- Masukan beras kedalam plastik dengan sukatan 1/3 beras daripada saiz plastik.

- seeled pada plastik, kalau tak ade seeler guna stepler pun blea, hati2 yea jgn sampai termakan..hee
- Rebuslah dalam periuk yang penuh berisi air. Tempoh rebusan bergantung saiz ketupat.
- Jika nasi telah kembang sepenuhnya dan struktur beras tidak nampak berbiji2 dalam plastik,tandanye
nasi ketupat tadi telah sedia diangkat dan disejukkan.

Bersama Serunding kelapa yg mengghairahkan tu..Jangan lupa..buat sambal tumis ikan bilis..dan telur rebus.untuk menyedapkan lagi hidangan lontong ni..


MENU 5 : Resepi SERUNDING KELAPA

Bahan Utama

4 biji kelapa parut ambil yang putih sahaja
1/2 cawan Biji ketumbar disanagi dan dikisar
2 sudu besar Jintan manis disangai dan dikisar
1 sudu besar jintan Putih disangai dikisar
4 biji bawang merah dikisar
2 batang serai diketuk
1 inci lengkuas diketuk
3 sudu besar serbuk kunyit
2 1/2 senduk gula pasir
1 sudu kecil garam
1 cawan minyak masak.

Cara Penyediaan :

1.satukan ke semua bahan bersama gaul mesra dan sebati ,

2.Masak diatas kuali pada api yang kecil atau sederhana.sentiasa dikacau mesra perlahan lahan.

3.Apabila serunding menjadi agak peroi dan berselerak berbutir-butir dan agak ringan, sila masukkan minyak masak, kacau mesra lebih kurang 3@ 4 minit matikan api, 



4.siap untuk dihidang.


MENU 6 : RESEPI AYAM KAPITAN

Bahan

4 ekor Ayam ( seekor dipotong 14@16 )dan cuci bersih
4 cawan Bawang Besar kisar
1 bunga Bawang putih kisar
4 inci Halia kisar
1 inci Lengkuas kisar
4 inci Kunyit Hidup
1/2 cawan Cili Merah Kisar
10 sudu besar Rempah Kari Daging
4 helai Daun Pandan & Daun Kari Secukupnya
1 liter Santan Kotak ( chef suka jenama KARA @ HARMUNI )
1/2 cawan Tomato Puri
1 inci Belacan
1/2 cawan Air Asam Jawa
2 sudu besar Kerisik
Gula Dan Garam sebagai perasa
3/4 cawan Minyak Masak
2 batang Lobak Merah @ 15 biji ubi kentang potong kiub ( optional jika tidak letak juga boleh )
Air secukupnya
Hirisan Daun Limau Purut sebagai hiasan

CARA PENYEDIAAN : 

1.Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan kisar.

2.Masukkan Daun Pandan & Daun kari , tumis sehingga wangi dan pecah minyak.

3.Masukkan rempah kari dan kacau perlahan sehingga pecah minyak sekali lagi.

4.Masukkan ayam , kacau mesra dan masukkan sedikit air. Biar mendidih , masukkan tomato puri dan air asam , masukkan santan,lobak merah @ubi kentang.

5.Sesuaikan rasa Gula dan Garam, dan akhir sekali masukkan kerisik.Biar mereneh .


6.Boleh tambah air lagi jika inginkan kari kapitan sedikit cair.Hias dengan hirisan daun limau purut.




MENU 7 : Biskut Dahlia Klasik ( anda bolehlah buat awal 

sedikit sekurangnya seminggu sebelum hari raya Aidil 

Fitri )

Bahan-bahan



3 biji kuning telur

2 biji putih telur
2 sudu besar susu pekat manis
1 tin tepung jagung brand Brown &polson
2 cawan tepung gandum


1 sudu besar Tepung Susu

2 cawan mentega

2 ½ cawan gula halus

½ sudu kecil serbuk penaik

Cara Penyediaan

Pukul telur bersama gula halus sampai naik. Tepung jagung dan tepung gandum digaul, masukkan mentega, serbuk penaik, telur, susu dan vanila. Uli kesemuanya sampai lembut kemudian terap. Bakar pada suhu 160-170'c 15-18 minit ( suhu setiap oven tidak sama , anda boleh rendahkan sedikit suhu dan bakar sehingga masak )





MENU 8 : RESEPI GULAI IKAN TONGKOL 
Bahan -
1 ekor ikan tongkol - dibersihkan dipotong mengikut kesukaan anda

7 biji bawang merah ( kisar )

2 ulas bawang putih ( kisar )
1 1/2  inci halia ( kisar )
1 inci lengkuas ( kisar )
1 inci kunyit ( kisar )
1/2 sudu kecil lada hitam ( kisar )
1 biji bawang besar - dihiris
2 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1 batang kulit kayu manis
4 sudu besar cili kisar
5 batang cili akar
2 sudu besar kerisik 
1/2 cawan rempah gulai - ( campur sedikit air )
1 keping asam gelugur @ keping
5 biji Belimbing Kecil
2 1/2 cawan santan
Sedikit gula nipah / kabung
Garam dan gula secukupnya

Cara Penyediaan : :


Tumis bawang besar dan kulit kayu manis.

Masukkan semua bahan yang dikisar dan kacau hingga wangi.

Masukkan rempah gulai dan cili kisar dan kacau.
Tuangkan santan dan kacau hingga mendidih.
Masukkan kerisik,cili akar, belimbing kecil,gula nipah, garam dan sedikit gula.
Masukkan ikan dan kacau perlahan ,



Pastikan hingga ikan masak.

Sedia dihidang bersama dengan Nasi Dagang Terengganu @ nasi putih .



Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign