CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Sabtu, 20 Oktober 2012

Kelab Sukan Dan Rekreasi CIMB AVIVA

Alhamdulillah obie berkongsi lagi.. tapi bukan resepi tapi aktiviti obie minggu lepas, selain sibuk dengan jadual harian yang agak padat, kadang berada di luar dan kadang seharian dalam office,.. obie masih boleh menguruskan rutin harian dengan selesa, maklum sendiri menjadi boss apa yang penting pengurusan masa dan disipilin. Obie bersama Yasmin sanusi ( bakingproject.com )yang membantu obie dalam penyediaan bahan untuk demonstrasi memasak minggu yang lepas pada 10 / 10 / 2012 lokasi di Bank CIMB AVIVA,Kelab Sukan & Rekreasi, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Terima kasih obie ucapkan kepada Cik Fauziah @ gee merupakan orang kuat kelab sukan CIMB AVIVA dan pembantunya Cik Yuhanis yang sentiasa memberi kerjasama yang baik sepanjang demonstrasi obie pada hari tersebut.
Ahli-ahli kelab dengan tekun mendengar sepanjang demonstrasi obie berlangsung
Obie, bersama Cik Fauziah@Gee ( orang kuat Kelab Sukan CIMB AVIVA )dan Yasmin Sanusi
Obie sedang membuat demo dan menerangkan kepada ahli-ahli kelab mengenai demo masakan barat yang akan mereka pelajari langkah demi langkah.
Obie paling suka bila sesi demo yang meriah diselang seli dengan soalan mencuit hati dan keprihatinan penonton dalam setiap demo masakan .
Buku "Cupcake 3D" Obie juga berada di CIMB AVIVA
Ahli-ahli kelab yang memberi sokongan kepada obie.. signature khas daripada obie.. untuk peminat.. cewah..
Supporter untuk obie... Terima kasih sokongan anda amat obie hargai, obie sungguh berbesar hati dan seronok sangat apabila diberi perhatian dan sambutan yang amat menggalakkan.Tidak lupa juga kepada photographer dan P.A obie pada hari itu Encik Fahmy Anuar.
Terima kasih kepada Kelab sukan CIMB AVIVA, terutama orang kuat Cik Fauziah @ gee gambar berbaju hitam berseluar putih, pembantunya Cik Yuhanis dibahagian hadapan berbaju hitam ,seluar kelabu coklat berkaca mata, obie dibelakang dan Yasmin Sanusi di bahagian kiri sekali yang sentiasa menyokong obie. Ini merupakan kali yang kedua obie membuat demo dengan pihak Kelab Sukan & rekreasi CIMB AVIVA . Insyaallah kita akan bekerjasama lagi. Kepada Yang Ingin Mendapatkan Perkhidmatan Obie untuk membuat demo dan sebagainya. Bolehlah Hubungi ditalian 0127144840 / 0163769304 atau email: gunawan.jamil@gmail.com

Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign