MAJALAH RASA RESEPI NASI ULAM NYONYA Chef Obie
3 cawan nasi putih
½ kuntum bunga kantan | dimayang halus
Beberapa helai daun Selasih | dimayang
1 batang serai muda |dimayang halus
1 sudu kecil udang kering | ditumbuk halus
3 helai daun Kadok | dimayang
1 helai daun limau Purut | dibuang urat dan dimayang
1 tangkai daun kesom | dimayang
2 helai daun Pudina | dimayang
1 sudu teh kerisik
Garam secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR:
½ inci lengkuas
1 biji bawang kecil
1 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
½ inci halia
2 biji cili hijau
Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
Bahan kisar: Campur semua bahan dan kisar. Ketepikan.
Dalam mangkuk besar masukkan nasi putih.
Kemudian satukan semua bahan kisar, bahan kering lain dan garam secukupnya.
Gaul rata hingga semua bahan mesra dengan nasi sebelum dihidangkan.
Enak dihidangkan bersama ayam goreng dan sambal belacan.
AYAM GORENG NYONYA
BAHAN-BAHAN:
500gm ekor ayam dipotong dan dicuci
1 sudun makan serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kari
Garam secukupnya
Minyak secukupnya
CARA MEMASAK:
Perapkan ayam bersama semua bahan perapan.
Panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing dan berwarna keemasan.
SAMBAL BELACAN NYONYA
BAHAN-BAHAN:
7 biji cili api
2 biji cili merah
1 inci belacan |dibakar atau digoreng-
1 sudu teh gula
5 biji limau kasturi | ambil jusnya sahaja air
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan, kisar hingga lumat.
Siap dihidangkan bersama nasi ulam.
INFO CHEF OBIE
Nasi ulam ini hampir sama dengan Nasi Kerabu dan rasanya juga hampir sama.
Saiz Hidangan: 1-2 orang.
Waktu memasak: 20-30 minit
Jenis Masakan : Menu utama
Keistimewaan: Mudah dan ringkas disediakan
Cara memasak: Gaul rata
Anggaran kos : RM12.00
KURSUS MASAKAN KATERING DAN RESTORAN POPULAR OLEH CHEF OBIE 2023/24
Malahan aktif mengadakan Kelas-kelas Masakan Untuk Warga Jepun Di Malaysia.
Disini Chef Obie sebagai Chef Profesional mengajar dan berkongsi ilmu dan pengalaman dalam menyediakan pelbagai menu hidangan untuk anda gunakan sebagai kemahiran peribadi dan untuk dikembangkan menjadi pilihan utama dalam perniagaan anda.Jangan berlengah tunggu dan tunggu ekonomi dunia pulih ekonomi negara pulih , kita sebagai rakyat - peniaga dan usahawan yang akan menghidupkan microekonomi negara .
Peri Pentingnya anda perlu menajamkan ilmu masakan perniagaan , baking dan komersial bersama Chef Obie Pada Tahun 2023/24 ini !
Lebih 100 pilihan kursus sebelum ini , terkini pihak Chef Obie telah mengecilkan skop kursus mengikut permintaan paling ramai sejak mula di anjurkan tahun 2012. Malah yuran juga telah di pertimbangkan dan disesuaikan dengan kos dan permintaan hari ini.
Anda juga diberi pilihan subjek adds on ( tambahan ) untuk kursus tertentu seperti kursus western food , kursus mee kari nyonya ,kursus masakan katering dan restoran ianya diwujudkan sekiranya anda ingin menambah menu mengikut keperluan dan kepentingan anda.
InshaAllah KURSUS MASAKAN PERNIAGAAN , BAKING DAN KOMERSIAL 2023/24 membantu dan memudahkan anda yang baru ingin menceburkan diri dalam dunia perniagaan berasaskan makanan mampu untuk turut serta dan ikuti kursus ini sama ada jauh mahupun dekat dan seterusnya terus bersaing dalam pasaran offline mahupun online.
Tenaga Pengajar Profesional : Chef Obie ( Chef Profesional )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan