Silibus Pelajar Seni Kulinari Di Malaysia 2026/2027
Assalammualaikum wbt, sukacita Chef Obie kongsikan serba sedikit untuk pemahaman adik-adik yang sedang tercari arah tuju hidup juga impian dimasa depan. Pasti ada yang ingin menjadi seperti seorang Chef atau tukang masak yang hebat ! Adik-adik boleh jadikan ia asas pemahaman untuk selangkah ke dunia Food & Bavarages ( F&B ) di Malaysia.
Silibus bagi pelajar seni kulinari di Malaysia merangkumi latihan teori dan praktikal mengenai teknik masakan asas, keselamatan makanan, pengurusan dapur, serta penyediaan pelbagai jenis hidangan tempatan dan antarabangsa.
- Asas Kulinari & Keselamatan Makanan: Belajar tentang kebersihan diri dan dapur (hygiene & sanitation), teknik asas potongan, dan cara guna peralatan dapur dengan selamat.
- Masakan Panas (Hot Kitchen): Mempelajari teknik memasak utama seperti merebus, menumis, membakar, dan menyediakan hidangan utama (protein dan lauk-pauk).
- Garde Manger (Masakan Sejuk): Fokus kepada penyediaan makanan sejuk, salad, appetizer (pembuka selera), dan seni hiasan hidangan.
- Pastri & Bakeri: Asas membuat roti, kek, pastri, biskut, dan pencuci mulut (dessert).
- Pengurusan Kos & Menu: Belajar cara merancang menu, mengira kos bahan mentah, dan mengawal pembaziran di dapur.
- Nutrisi Makanan: Memahami khasiat pemakanan, kalori, dan penyediaan makanan sihat.
- Sijil (SKM / Kolej Vokasional): Lebih banyak masa praktikal untuk menguasai kemahiran asas tangan dan operasi dapur harian.
- Diploma: Menambah ilmu pengurusan, penyeliaan dapur, perancangan menu lanjutan, dan latihan industri (praktikal di hotel atau restoran besar).
- Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / TVET
- Fokus: 90% praktikal di dalam dapur. Tiada peperiksaan bertulis yang berat.
- Kelayakan: Sesuai untuk lepasan PT3 atau SPM (walaupun tidak mendapat kredit).
- Tahap: Biasanya bermula dari Tahap 2 (Asas) hingga Tahap 3 (Operasi Seni Kulinari).
- Diploma Seni Kulinari
- Fokus: Campuran 60% praktikal dapur dan 40% teori akademik (seperti kos makanan, pemasaran, nutrisi, dan pengurusan restoran).
- Kelayakan: Lulus SPM dengan minimum 3 kredit.
- Tempoh: Sering kali mengambil masa 2 hingga 3 tahun (termasuk latihan amali/internship di hotel atau restoran). Ijazah Sarjana Muda (Degree)
- Universiti Teknologi MARA ( UiTM ) Puncak Alam– Menawarkan Diploma Seni Kulinari yang sangat popular untuk bumiputera.
- Kolej Komuniti Selayang – Hab TVET kerajaan yang menawarkan sijil dan diploma kulinari/pastri dengan yuran yang sangat murah.
- Kolej Komuniti Beaufort, Sabah, adalah program pengajian kemahiran ( TVET) penuh selama 16 bulan (kod program: SKU)
- Politeknik Merlimau (PMM), Melaka: Menawarkan program Diploma Seni Kulinari konvensional serta pendedahan latihan menyeluruh.
- IKBN Peretak (Selangor) – Menawarkan kursus dalam bidang penyediaan makanan, seni kulinari, serta kemahiran servis dan operasi makanan.
- IKBN Bandar Penawar (Johor) – Menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam Bidang Penyediaan Makanan / Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Makanan).
- IKTBN Alor Gajah (Melaka) – Menawarkan pelbagai program latihan kemahiran moden termasuk program modular dan bidang berkaitan hospitaliti/teknologi makanan.
- IKBN Miri (Sarawak) – Menawarkan latihan amali dan sijil dalam bidang teknologi penyediaan makanan.
- Taylor's University– Terkenal dengan kemudahan dapur gred premium dan pengiktirafan hospitality global.
- Sunway Le Cordon Bleu (Bandar Sunway) – Kerjasama dengan institusi kulinari terkemuka Perancis. Sangat eksklusif untuk teknik masakan klasik Barat.
- UOW Malaysia ( KDU ) Kampus Glenmarie – Menawarkan program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Kulinari dengan fokus praktikal yang tinggi (melebihi 60%).
- Cilantro Culinary & Pastry Academy (Subang Jaya) – Salah satu akademi vokasional kulinari swasta terbesar di Malaysia.
- Akademi Laut Malaysia (ALAM),Lelaki & Perempuan, Sijil sajian dikenali secara rasmi sebagai program Catering Rating ( Rating - MLC ) .Kursus latihan maritim yang direka untuk melatih bakal krew kapal dalam bidang kulinari dan hospitaliti di atas kapal.Menawarakan pensijilan industri seperti SKM Dan STCW. Peluang kerjaya sebagai Steward ( Pramugara/pramugari Kapal ), Cook ( Tukang Masak ) atau Chief Cook ( Ketua Jurumasak ) di atas kapal perdagangan, kapal persiaran atau kapal luar persisir ( offshore ).
- SG Academy (Kuala Lumpur) – Kolej TVET bertaraf 5-bintang yang menyediakan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dalam bidang kulinari.
- Academy Of Pastry Arts Malaysia APCA (Petaling Jaya) – Sangat terkenal bagi mereka yang mahu fokus mendalam pada seni pastri, bakeri, dan kulinari premium.
- Silverspoon International College (Puchong) – Menawarkan latihan praktikal vokasional di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
- Teknik Masakan: Belajar cara menggoreng, memanggang, mengukus, dan merebus.
- Keselamatan dan Sanitasi: Memahami aspek kebersihan, keselamatan makanan, dan sanitasi di dapur.
- Pengurusan Dapur: Menguruskan operasi dapur komersial, susun atur, dan perancangan menu.
- Pemilihan Bahan: Memilih bahan mentah yang berkualiti tinggi dan merancang penyediaan sebelum memasak.
- Cef Eksekutif atau Cef Sous & pelbagai pangkat cef yang lain ( Hotel , Kapal Dagang & Kapal Persiaran, Inflight Catering, Restoran & Hospital )
- Cef Peribadi atau Korporat
- Cef Perunding & Teknikal
- Cef Duta & Produk
- Usahawan dalam bidang F&B (Makanan dan Minuman)
- Pakar penyelidikan dan pembangunan menu (R&D)
- Penyampai maklumat dunia kulinari di alam maya & alam nyata
Chef Obie dalam industri Kulinari + F&B :
Catering Rating Akademi Laut Malaysia ( ALAM )
Berpengalaman dalam penyediaan makanan - Kapal Dagang, Inflight Catering, Perhotelan & Resort, Restoran, Katering, Fast Food & Hospital 7 Bintang
Menghidangkan masakan tempatan & antarabangsa
Pastri, kek & konfeksi
Pernah menghidangkan masakan, pastri,bakeri dan konfeksi untuk King Fadh Arab Saudi, Sultan Brunei, VIP & VVIP Malaysia
Anak didik Golden Hand Executive Pastry Chef Mahmod
Anak didik Executive Chef William H. Hewitt (Wimbledon)
Berpengalaman mengurus & memasak sehingga 20,000 pax
- Berpengalaman Set Up Central Kitchen- Restoran / Cafe / Foodcourt





Tiada ulasan:
Catat Ulasan