Halaman

Ahad, 30 Ogos 2026

Silibus Pelajar Seni Kulinari Di Malaysia 2026/2027

 Silibus Pelajar Seni Kulinari Di Malaysia 2026/2027

Assalammualaikum wbt, sukacita Chef Obie kongsikan serba sedikit untuk pemahaman adik-adik yang sedang tercari arah tuju hidup juga impian dimasa depan. Pasti ada yang ingin menjadi seperti seorang Chef atau tukang masak yang hebat !  Adik-adik boleh jadikan ia asas pemahaman untuk selangkah ke dunia Food & Bavarages ( F&B ) di Malaysia.

Silibus bagi pelajar seni kulinari di Malaysia merangkumi latihan teori dan praktikal mengenai teknik masakan asas, keselamatan makanan, pengurusan dapur, serta penyediaan pelbagai jenis hidangan tempatan dan antarabangsa.

Modul dan Subjek Utama
  • Asas Kulinari & Keselamatan Makanan: Belajar tentang kebersihan diri dan dapur (hygiene & sanitation), teknik asas potongan, dan cara guna peralatan dapur dengan selamat.
  • Masakan Panas (Hot Kitchen): Mempelajari teknik memasak utama seperti merebus, menumis, membakar, dan menyediakan hidangan utama (protein dan lauk-pauk).
  • Garde Manger (Masakan Sejuk): Fokus kepada penyediaan makanan sejuk, salad, appetizer (pembuka selera), dan seni hiasan hidangan.
  • Pastri & Bakeri: Asas membuat roti, kek, pastri, biskut, dan pencuci mulut (dessert).
  • Pengurusan Kos & Menu: Belajar cara merancang menu, mengira kos bahan mentah, dan mengawal pembaziran di dapur. 
  • Nutrisi Makanan: Memahami khasiat pemakanan, kalori, dan penyediaan makanan sihat.
Peringkat Pengajian
  • Sijil (SKM / Kolej Vokasional): Lebih banyak masa praktikal untuk menguasai kemahiran asas tangan dan operasi dapur harian.
  • Diploma: Menambah ilmu pengurusan, penyeliaan dapur, perancangan menu lanjutan, dan latihan industri (praktikal di hotel atau restoran besar).
1. Peringkat Pengajian Seni Kulinari
Pilihan peringkat pengajian bergantung kepada kelayakan akademik (seperti keputusan SPM/PT3) dan kecenderungan anda (sama ada mahu lebih banyak praktikal atau pengurusan).
  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / TVET
    • Fokus: 90% praktikal di dalam dapur. Tiada peperiksaan bertulis yang berat.
    • Kelayakan: Sesuai untuk lepasan PT3 atau SPM (walaupun tidak mendapat kredit).
    • Tahap: Biasanya bermula dari Tahap 2 (Asas) hingga Tahap 3 (Operasi Seni Kulinari). 
  • Diploma Seni Kulinari
    • Fokus: Campuran 60% praktikal dapur dan 40% teori akademik (seperti kos makanan, pemasaran, nutrisi, dan pengurusan restoran).
    • Kelayakan: Lulus SPM dengan minimum 3 kredit.
    • Tempoh: Sering kali mengambil masa 2 hingga 3 tahun (termasuk latihan amali/internship di hotel atau restoran). Ijazah Sarjana Muda (Degree)
    • Fokus: Lebih kepada pengurusan tertinggi, perniagaan kulinari, penyelidikan makanan, dan keusahawanan/
2. Senarai Institusi Seni Kulinari Terbaik
Bagi memudahkan anda, pilihan institusi dibahagikan kepada kategori universiti/kolej akademik dan akademi kemahiran vokasional (TVET).
A. Universiti Awam & Institusi Kerajaan (Kos Berpatutan)
  • Universiti Teknologi MARA ( UiTM ) Puncak Alam– Menawarkan Diploma Seni Kulinari yang sangat popular untuk bumiputera.
  • Kolej Komuniti Selayang – Hab TVET kerajaan yang menawarkan sijil dan diploma kulinari/pastri dengan yuran yang sangat murah.
  • Kolej Komuniti Beaufort, Sabah, adalah program pengajian kemahiran ( TVET) penuh selama 16 bulan  (kod program: SKU)
  • Politeknik Merlimau (PMM), Melaka: Menawarkan program Diploma Seni Kulinari konvensional serta pendedahan latihan menyeluruh.
  • Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Johor: Menawarkan program kulinari termasuk mod pembelajaran berasaskan industri (WBL).
  • Kolej Vokasional (KV) – Menawarkan program Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Diploma bagi lepasan sekolah menengah. Antara Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang menawarkan bidang berkaitan kulinari, penyediaan makanan, atau hospitaliti di Malaysia termasuklah:
    • IKBN Peretak (Selangor) – Menawarkan kursus dalam bidang penyediaan makanan, seni kulinari, serta kemahiran servis dan operasi makanan.
    • IKBN Bandar Penawar (Johor) – Menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam Bidang Penyediaan Makanan / Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Makanan).
    • IKTBN Alor Gajah (Melaka) – Menawarkan pelbagai program latihan kemahiran moden termasuk program modular dan bidang berkaitan hospitaliti/teknologi makanan. 
    • IKBN Miri (Sarawak) – Menawarkan latihan amali dan sijil dalam bidang teknologi penyediaan makanan. 
  • B. Universiti Swasta Terkemuka (Pengiktirafan Antarabangsa)
    • Taylor's University– Terkenal dengan kemudahan dapur gred premium dan pengiktirafan hospitality global. 
    • Sunway Le Cordon Bleu (Bandar Sunway) – Kerjasama dengan institusi kulinari terkemuka Perancis. Sangat eksklusif untuk teknik masakan klasik Barat.
    • UOW Malaysia ( KDU ) Kampus Glenmarie – Menawarkan program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Kulinari dengan fokus praktikal yang tinggi (melebihi 60%)
    C. Akademi & Kolej Kemahiran Swasta (Fokus Praktikal / SKM)
    Jika anda kurang meminati subjek teori kelas dan mahu terus belajar memasak secara intensif:
    • Cilantro Culinary & Pastry Academy (Subang Jaya) – Salah satu akademi vokasional kulinari swasta terbesar di Malaysia.
    • Akademi Laut Malaysia (ALAM),Lelaki & Perempuan, Sijil sajian dikenali secara rasmi sebagai program Catering Rating ( Rating - MLC ) .Kursus latihan maritim yang direka untuk melatih bakal krew kapal dalam bidang kulinari dan hospitaliti di atas kapal.Menawarakan pensijilan industri seperti SKM Dan STCW. Peluang kerjaya sebagai Steward ( Pramugara/pramugari Kapal ), Cook ( Tukang Masak ) atau Chief Cook ( Ketua Jurumasak ) di atas kapal perdagangan, kapal persiaran atau kapal luar persisir ( offshore ).
    •  SG Academy (Kuala Lumpur) – Kolej TVET bertaraf 5-bintang yang menyediakan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dalam bidang kulinari.
    • Academy Of Pastry Arts Malaysia APCA (Petaling Jaya) – Sangat terkenal bagi mereka yang mahu fokus mendalam pada seni pastri, bakeri, dan kulinari premium.
    • Silverspoon International College (Puchong) – Menawarkan latihan praktikal vokasional di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). 
    Pelajar kulinari ialah individu yang mempelajari seni penyediaan makanan, pengurusan dapur, dan teknik masakan profesional di institusi latihan kemahiran atau kolej vokasioanl. 
    Apa yang Dipelajari oleh Pelajar Kulinari?
    • Teknik Masakan: Belajar cara menggoreng, memanggang, mengukus, dan merebus.
    • Keselamatan dan Sanitasi: Memahami aspek kebersihan, keselamatan makanan, dan sanitasi di dapur.
    • Pengurusan Dapur: Menguruskan operasi dapur komersial, susun atur, dan perancangan menu.
    • Pemilihan Bahan: Memilih bahan mentah yang berkualiti tinggi dan merancang penyediaan sebelum memasak.
    Haluan Kerjaya
    • Cef Eksekutif atau Cef Sous & pelbagai pangkat cef yang lain ( Hotel , Kapal Dagang & Kapal Persiaran, Inflight Catering, Restoran & Hospital )
    • Cef Peribadi atau Korporat
    • Cef Perunding & Teknikal
    • Cef Duta & Produk
    • Usahawan dalam bidang F&B (Makanan dan Minuman)
    • Pakar penyelidikan dan pembangunan menu (R&D)
    • Penyampai maklumat dunia kulinari di alam maya & alam nyata

    Chef Obie dalam industri Kulinari + F&B :

    • Catering Rating Akademi Laut Malaysia ( ALAM )

    • Berpengalaman dalam penyediaan makanan - Kapal Dagang, Inflight Catering, Perhotelan & Resort, Restoran, Katering, Fast Food & Hospital 7 Bintang  

    • Menghidangkan masakan tempatan & antarabangsa

    • Pastri, kek & konfeksi

    • Pernah menghidangkan masakan, pastri,bakeri dan konfeksi untuk King Fadh Arab Saudi, Sultan Brunei, VIP & VVIP Malaysia

    • Anak didik Golden Hand Executive Pastry Chef Mahmod

    • Anak didik Executive Chef William H. Hewitt (Wimbledon)

    • Berpengalaman mengurus & memasak sehingga 20,000 pax

    • Berpengalaman Set Up Central Kitchen- Restoran / Cafe / Foodcourt