Halaman

Isnin, 23 September 2013

Resepi Jelly Kelapa Muda


Bahan

17gm agar-agar tali
4 biji kelapa muda ( 2.5 liter )
isi kelapa
1 litter air
gula 260 gram
2 helai daun pandan


Cara membuatnya:

1. Basuh agar-agar, masak bersama 1 litter air dan daun pandan , sehingga agar-agar larut

2. Tutup api dan masukkan gula, kacau hingga gula larut

3. Masukkan air kelapa dan isi kelapa

4. Masukkan dalam Jelly Container kecil dan sejukkan dalam peti ais.

Selamat Mencube.... senangkan...

Info- Tanggungjawab Menantu Terhadap Ibu Bapa Mertua


Obie berkongsi info :

TANGGUNJAWAB MENANTU TERHADAP IBUBAPA MENTUA

Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia


Pendahuluan

Tanggungjawab menantu terhadap mentua jarang dibincangkan secara terbuka. Bahan-bahan berkaitan isu ini juga agak terhad. Bagi sesetengah pihak, mungkin dianggap tidak penting. Apatah lagi perkara ini tidak disentuh secara spesifik dalam Al-Quran, Hadis dan perbincangan secara terbuka, atau mungkin perkara ini ada dibincangkan, tetapi penulis masih belum menjumpai atau menerokai ilmu tersebut.


Setelah meneliti perkara ini secara mendalam, penulis dapat katakan bahawa tanggungjawab menantu terhadap ibu bapa mentua adalah sama seperti tanggungjawab anak terhadap ibu bapa kita sendiri. Antara ayat-ayat Quran dan Hadis berkaitan tanggungjawab kita terhadap ibu bapa yang turut boleh diaplikasikan dalam konteks ibu bapa mentua yang sempat dipetik dalam kertas kerja ini adalah seperti berikut:

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkahlah dirimu terhadap mereka berdia dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil” (QS Al-Israa’: 23-24)

Dan sembahlah Allah dan jangan kamu menyekutukan denganNya sesuatupun, dan kepada kedua ibu bapa hendaklah kami berbuat baik, dan yang mempunyai tali kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan tetangga yang menjadi kerabat....(QS An-Nisa’:36)

Nabi Muhammad SAW telah menekankan bahawa derhaka kepada orang tua adalah salah satu dosa besar setelah menyekutukan Allah SWT. Rasulullah bersabda: “Adakah kalian mahu kuberitahu tentang dosa-dosa yang besar?”. Para sahabat menjawab: “Kami mahu, ya Rasulullah SAW”. Rasulullah SAW bersabda: “menyekutukan Allah SWT dan derhaka kepada orang tua”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

"Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit sekali golongan kamu yang dapat melakukan demikian." (Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)

Ayat lain berkaitan Q.S Luqman: 14, Q.S Al-Ankabut: 8 dan sebagainya.


Prinsip Islam Terhadap Perkahwinan

Lelaki bertangungjawab sepenuhnya terhadap isteri yang dikahwininya. Ini kerana lelaki tersebut telah ‘mengambil’ anak perempuan tersebut daripada ibu bapanya. Bermakna, perempuan tersebut telah menjadi ‘hak mutlak’ si suami. Justeru, menjadi tanggungjawab suami sepenuhnya untuk menyempurnakan segala keperluan isterinya zahir dan batin.


Tanggungjawab suami tidak terhenti setakat isterinya, malahan terhadap kepada kedua ibu bapa kepada isteri atau mentua. Suami (menantu) tidak boleh membiarkan ibu bapa mentua setelah anaknya telah diambil. Sikap tidak bertanggungjawab atau lepas tangan seolah-olah kita melakukan perkara yang sama terhadap ibu bapa sendiri.


Pendek kata, kedudukan ibu bapa sendiri dan mentua adalah sama tidak kira sama ada mentuanya beragama Islam atau tidak. Sama seperti tanggungjawab anak yang telah memeluk Islam terhadap ibu bapanya yang belum memeluk Islam.


Seperti mana Islam menetapkan bahawa setiap anak yang memeluk agama Islam wajib menghormati ibu bapanya yang tidak memeluk Islam. Begitulah juga apabila anaknya ini telah berkahwin. Hubungan dan penghormatan tetap sama, kecuali jika dipaksa melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam


Contoh, isteri saya selaku menantu kepada ibu bapa saya amat menghormati kedua ibu bapa saya walaupun agama berlainan. Begitu juga dengan saya selaku menantu kepada kedua ibu bapa isteri saya (mentua).


Pendek kata, Islam tidak membezakan martabat ibu bapa tidak kira apa juga agamanya selagi mana kedua-dua pihak tidak mempunyai niat tidak baik.


Dalam Islam tanggungjawab menantu terhadap ibubapanya sendiri dan ibubapa mentuanya adalah sama.


Hubungan Istimewa Menantu dan Mentua

Hubungan istimewa menantu dan mertua adalah sama seperti hubungan istimewa ibu bapa sendiri yakni tidak batal wuduk bila bersentuhan dan tidak boleh dikahwini. Ini bermakna, martabat mentua adalah sama seperti ibu bapa.


Penulis dapat rangkumkan tanggungjawab menantu terhadap mertua berdasarkan kepada jadual di bawah


Tanggungjawab Menantu Lelaki dan Perempuan Mengikut Keutamaan


Menantu Lelaki

Allah SWT
Rasulullah SAW
Ibu/Ibu Mertua
Bapa/Bapa Mertua
Isteri
Anak-anak
Lain-lain


Menantu Perempuan

Allah SWT
Rasulullah SAW
Suami
Anak-anak
Ibu/Ibu mertua
Bapa/bapa mertua
Lain-lain


Ibu bapa mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati ibu bapa kita sendiri. Kalau mereka kecil hati, sama seperti kita menyinggung perasaan ibu bapa sendiri. Jika kita sayang anaknya, kenapa kita tidak sayang orang yang melahirkannya juga? Penulis yakin ada ramai menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya sehingga mengabaikan anak menantunya. Perbuatan sebegini sudah pasti bercanggah dengan tuntutan agama Islam.


Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu.


Peristiwa Nabi Ibrahim dan anak menantunya perlu dijadikan teladan. Nabi Ibrahim pergi menziarahi menantunya ketika puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah. Isteri Nabi Ismail belum pernah bertemu bapa mertuanya, Nabi Ibrahim. Apabila sampai di rumah anaknya itu, terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya.

Nabi Ibrahim: Siapakah kamu?

Menantu: Aku isteri Ismail.

Nabi Ibrahim: Di manakah suamimu, Ismail?

Menantu: Dia pergi berburu.

Nabi Ibrahim: Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga?

Menantu: Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak pernah senang dan lapang.

Nabi Ibrahim: Baiklah! Jika suamimu balik, sampaikan salamku padanya. Katakan padanya, tukar tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan supaya menceraikan isterinya).

Menantu: Ya, baiklah.

Setelah Nabi Ismail pulang daripada berburu, isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.

Nabi Ismail: Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu?

Isteri: Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.

Nabi Ismail: Apa jawapanmu?

Isteri: Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup kita ini selalu dalam kesempitan, tidak pernah senang.

Nabi Ismail: Adakah dia berpesan apa-apa?

Isteri: Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan salam kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu.

Nabi Ismail: Sebenarnya dia itu ayahku. Dia menyuruh kita berpisah. Sekarang kembalilah kau kepada keluargamu.

Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir Allah SWT. Sanggup pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada orang luar. Tidak lama selepas itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah sekian lama, Nabi Ibrahim datang lagi ke Makkah dengan tujuan menziarahi anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.

Nabi Ibrahim: Di mana suamimu?

Menantu: Dia tiada dirumah. Dia sedang memburu.

Nabi Ibrahim: Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga? Mudah-mudahan dalam kesenangan?

Menantu: Syukurlah kepada tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera, tiada apa yang kurang.

Nabi Ibrahim: Baguslah kalau begitu.

Menantu: Silalah duduk sebentar. Boleh saya hidangkan sedikit makanan.

Nabi Ibrahim: Apa pula yang ingin kamu hidangkan?

Menantu: Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.

Nabi Ibrahim: (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah mereka dalam makan minum
mereka. (Berdasarkan peristiwa ini, Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah berkat doa Nabi Ibrahim).

Nabi Ibrahim: Baiklah, nanti apabila suamimu pulang, sampaikan salamku kepadanya. Suruhlah dia menetapkan tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan untuk mengekalkan isteri Nabi Ismail).

Apabila Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang mencarinya.

Nabi Ismail: Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah?

Isteri: Ya, ada. Seorang tua yang baik rupanya dan perwatakannya sepertimu.

Nabi Ismail: Apa katanya?

Isteri: Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.

Nabi Ismail: Apa jawapanmu?

Isteri: Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada apapun yang kurang. Aku ajak juga dia makan dan minum.

Nabi Ismail: Adakah dia berpesan apa-apa?

Isteri: Ada, dia berkirim salam buatmu dan menyuruh kamu mengekalkan tiang pintu rumahmu.

Nabi Ismail: Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang pintu yang dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku kekalkan.

Isteri: Alhamdulillah, syukur.

Pengajaran daripada kisah ini adalah mentua mempunyai hak untuk memberikan pandangan terhadap menantunya. Menantu sepatutnya memberikan contoh yang terbaik kepada mentua demi menjaga keharmonian rumahtangga. Penulis yakin bahawa suami akan lebih mengasihi isterinya, jika isterinya menyayangi ibu bapa suaminya.


Dalam usaha memenuhi tuntutan tersebut, penulis menggariskan beberapa perkara berikut untuk diteliti dan dilakukan oleh menantu terhadap mentua sebagai tanda penghormatan dan membalas budi mereka.

1. mentaati mentua pada segala yang diperintahnya kepada anak, kecuali perkara maksiat
2. berbicara kepada keduanya dengan adab dan lemah lembut
3. memberikan bantuan kewangan (bulanan) sebagai tanda mengambil berat
4. bangun menghormati keduanya apabila mereka datang
5. mencium tangan kedua dan memeluknya, setiap pagi dan petang dan pada setiap upacara
6. memelihara nama, kehormatan, serta harta benda mereka
7. memuliakan mereka, dan memberikan mereka yang diminta
8. bermesyuarat dengan mereka dalam urusan berkaitan
9. memperbanyakkan doa dan permohonan ampun bagi mereka
10. cuba membuat sesuatu untuk menggembirakan mereka tanpa perlu diingatkan atau ditunjukkan kepada si anak
11. tidak mengangkat suara di hadapan mereka
12. tidak cuba memotong percakapan mereka ketika mereka sedang mengatakan sesuatu
13. sentiasa meminta izin mereka jika mahu keluar rumah
14. tidak memeranjatkan mereka, ketika sedang tidur
15. tidak melebihkan isteri dan anak dari kedua mereka
16. tidak mencela mereka, jika mereka melakukan sesuatu yang tidak memuaskan
17. tidak ketawa dalam majlis mereka, jika tidak ada sebab yang menarik untuk ketawa
18. tidak memanjangkan tangan kepada makanan, sebelum mereka terlebih dahulu memulakannya
19. tidak tidur atau baring, padahal mereka masih lagi duduk kecuali jika mereka telah mengizinkan
20. tidak melunjurkan kaki di hadapan mereka
21. tidak masuk dahulu sebelum mereka atau berjalan di hadapan mereka
22. menyahut panggilan mereka serta merta, apabila mereka memanggil
23. memuliakan teman-teman mereka di waktu hayat mereka dan sesudah mereka meninggal
24. tidak berkawan dengan seorang yang tidak mematuhi kedua ibubapanya
25. memberi dan bertukar tukar hadiah ketika hari lahir mereka
26. membawa dan menemani mereka ke masjid jika diperlukan
27. mendoakan keduanya, khususnya sesudah meninggal, sebab adalah sangat berguna kepada mereka


Pengkaji tidak menafikan bahawa contoh terlalu ideal, tetapi apa yang ingin ditonjolkan adalah penghormatan dan keadilan yang perlu dilakukan oleh menantu terhadap ibu bapa dan mentuanya.


Kesimpulan


Islam meletakkan martabat yang tinggi terhadap ibu/ibu mertua dan bapa/bapa mertua. Justeru, tanggungjawab ini tidak boleh diabaikan oleh menantu lelaki terutamanya. Mengabaikan salah seorang daripada mertua seolah-olah mengabaikan ibu bapa sendiri. Kesejahteraan rumahtangga amat bergantung kepada sejauh mana tanggungjawab menantu terhadap ibu bapa mertua. Jika tanggungjawab ini diabaikan sudah tentu si isteri akan menjadi kurang selesa disebabkan oleh ibu bapanya sendiri diabaikan oleh suaminya.


Satu persoalan yang perlu difikirkan bersama adalah, adakah derhaka menantu terhadap mentua, sama seperti derhaka anak terhadap ibu bapa sendiri? Adakah syurga di telapak kaki ibu, boleh diaplikasikan dalam konteks syurga di telapak kaki ibu mentua? Sama-sama kita fikirkan.

Posted by Ridhuan Tee at 2:40 PM

Kredit untuk Ustaz Ridhuan Tee- chef obie

Info - Kesilapan Anak Pada Ibu Bapa

Kesilapan Anak Pada Ibu Bapa

Bacaan surah Al-Isra’, ayat 23-24:


Tanggungjawab manusia ada dua iaitu jaga Allah dan jaga ibu bapa – Kenapa ibubapa? Ibubapa adalah orang yang melahir dan membesarkan kita, oleh itu mereka perlu dilebihkan berbanding orang lain di dalam kehidupan. Ada banyak hadis Nabi SAW yang menyentuh kepentingan berbuat baik kepada ibu bapa. Salah satunya berbunyi, “Redha Allah terletak pada redha ibu bapa”. Redha ibubapa juga membawa keberkatan dalam kehidupan.

Walaupun nampak kecil, kesalahan kepada ibubapa adalah besar di sisi Allah. Oleh itu, kita perlu berusaha untuk menjauhi dan meninggalkan perkara-perkara yang membawa kepada dosa kepada ibubapa. Selama ini kita melihat tanggungjawab ibubapa kepada anak, tetapi tidak sebaliknya. Tanggungjawab anak kepada ibubapa terbahagi kepada 3 peringkat iaitu: Ketika remaja sehingga sebelum kahwin, setelah berkahwin sehingga anak meninggal atau ibubapa meninggal dan setelah ibu bapa meninggal dan dibangkitkan semula di akhirat.

Sebagai permulaan, akan dibincangkan tanggungjawab peringkat pertama dahulu hari ini.

Tanggungjawab ketika remaja sehingga sebelum kahwin:

Bermula setelah akhil baligh, kesilapan yang biasa dilakukan antaranya:

anak mula ingkar dan tidak mematuhi suruhan ibu bapa.

bercakap kasar – Allah larang kita sebut ‘aah’ sekalipun kepada ibubapa. Kita perlu menjaga luaran dan dalaman ibu bapa. Menjaga dalaman bermaksud menjaga hati mereka dan kita perlu berhati-hati kerana ada kalanya kita tidak perasan yang kita telah melukai hati ibubapa.

mula hilang rasa hormat dan sayang kepada ibubapa, contohnya bercakap tanpa memandang wajah ibubapa, memasamkan muka atau menunjukkan rasa tidak berminat dengan perkara yang dikatakan oleh ibubapa, mengejek ibu bapa sendiri atau ibu bapa orang lain.

Derhaka kepada ibubapa dengan menceritakan keaiban atau masalah keluarga kepada orang luar yang tidak berhak mendengarnya.

Tidak mendoakan mereka – Allah memerintahkan agar kita mendoakan rahmat dan belas kasihan kepada ibubapa. Doa ini besar nilainya terutama kepada ibubapa yang telah meninggal.

Memanggil ibubapa dengan panggilan yang tidak hormat contohnya memanggil dengan nama, atau memberi gelaran yang buruk.

Menyusahkan hati ibubapa – contohnya meminta sesuatu yang diluar kemampuan kewangan ibubapa, keluar malam tanpa kebenaran, tidak belajar bersungguh-sungguh dan seumpamanya.

Tidak memberi salam kepada mereka atau memohon keampunan daripada mereka. Sebenarnya kita perlu lazimkan memohon ampun, dan bukannya tunggu ketika hari raya sahaja.

Tidak menghormati sahabat ibubapa – Islam menyuruh kita menjaga dan menyambung silaturrahim dengan sahabat ibubapa kita. Jangan menyinggung perasaan atau tidak memuliakan mereka.

Kita membiarkan ibubapa dalam kemaksiatan – Anak-anak tidak boleh membiarkan sahaja dan perlu menegur dan mengajak ibubapa kepada kebaikan dengan lemah-lembut.

Jika ibubapa sakit, anak perlu mengingatkan ibubapa tentang solat. Jika ibubapa mengumpat, kita ubah tajuk perbualan dan jangan pula kita menyambung perbincangan itu.

Mendahului ibubapa – contohnya berjalan dihadapan mereka, makan sebelum ibubapa, tidur sebelum ibubapa. Nabi SAW menyuruh kita berbuat baik 3 kali lebih berbanding bapa.

Soalan dan jawapan:

S: Adakah anak yang ponteng sekolah berdosa kepada kedua ibubapanya?
J: Ya, kerana ibubapa mengamanahkan anak untuk berada di sekolah dan belajar, tetapi anak pula mengikut nafsu dan ponteng sekolah.

S: Adakah sikap acuh-tak-acuh kepada ibubapa dianggap berdosa?
J: Ya, kita perlu beri perhatian terhadap apa jua yang ibubapa katakan. Jangan pula berbalas sms dengan orang lain takkala ibu atau bapa sedang bercakap. Ada satu kisah – ketika Nabi SAW bercakap-cakap dengan sahabat-sahabatnya, dia ternampak ibu susuannya datang, lalu Nabi SAW berhenti bercakap dan menyambut kedatangan ibu susuannya dengan ucapan ‘Selamat Datang’ dan baginda menghamparkan kain dibahunya untuk ibunya itu duduk.

S: Bagaimana untuk menebus kesilapan kepada ibubapa?
J: Ulama mengajarkan agar kita segera mencium tangan mereka dan memohon keampunan daripada mereka. Jangan segan pula. Jika mereka sudah meninggal, kita mohonkan keampunan kepada mereka, menziarahi kubur mereka dan memohon keampunan daripada Allah. Seterusnya, membanyakkan bersedekah bagi pihak mereka dan menyambung silaturrahim dengan rakan-rakan mereka.

Obie berkongsi info ini: keranakasihnabi.blogspot.com

Posted 10th October 2012 by kasihnabi
Labels: Tanyalah Ustaz Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani Tanggungjawab anak kepada ibubapa

Resepi Hokkaido Chiffon Cake

Hokkaido Chiffon Kek


Bahan-bahan:

4 cawan tepung gandum
2 cawan gula
2 sudu besar baking powder
1/2 st garam
2 cawan susu UHT
1 cawan minyak sayur
1/2 st vanila extract
10 biji kuning telur
16 putih telur
1 sudu besar cream of tartar

Ganache secukupnya


Cara membuat:

1.Pastikan semua bahan berada di suhu bilik.Panaskan oven 180'C.

2.Ayak tepung,baking powder dan garam.

3.Dalam bekas yang lain campurkan susu,minyak dan vanila.Kacau rata,kemudian tambahkan
kuning telur,kacau rata.

4.Tuang campuran telur ke dalam tepung,pukul lebih kurang 2 minit.

5.Pukul putih telur sampai berbuih,masukkan gula dalam 2 tahap,pukul sampai soft peak.

6.Campurkan adunan kuning telur ke putih telur dalam 3 tahap,kacau perlahan.

7.Tuang ke dalam cawan,taruh di dalam dulang nipis,hentakkan 1 kali untuk mengeluarkan
gelembung udara di adunan.

8.Bakar 20 minit atau hingga masak.


Demi Lovato - Heart Attack (Official Video) and lyric




"Heart Attack"

Puttin’ my defences up
‘Cause I don’t wanna fall in love
If I ever did that
I think I’d have a heart attack

Never put my love out on the line
Never said yes to the right guy
Never had trouble getting what I want
But when it comes to you, I’m never good enough

When I don’t care
I can play ‘em like a Ken doll
Won’t wash my hair
Then make 'em bounce like a basketball

But you make me wanna act like a girl
Paint my nails and wear high heels
Yes, you make me so nervous
And I just can’t hold your hand

You make me glow, but I cover up
Won’t let it show, so I’m

Puttin’ my defences up
'Cause I don’t wanna fall in love
If I ever did that
I think I’d have a heart attack [x3]

Never break a sweat for the other guys
When you come around, I get paralyzed
And every time I try to be myself
It comes out wrong like a cry for help

It's just not fair
Pain's more trouble than love is worth
I gasp for air
It feels so good, but you know it hurts

But you make me wanna act like a girl
Paint my nails and wear perfume
For you make me so nervous
And I just can’t hold your hand

You make me glow, but I cover up
Won’t let it show, so I’m

Puttin’ my defences up
'Cause I don’t wanna fall in love
If I ever did that
I think I’d have a heart attack [x3]

The feelings are lost in my lungs
They’re burning, I’d rather be numb
And there’s no one else to blame
So scared I take off in a run
I’m flying too close to the sun
And I burst into flames

You make me glow, but I cover up
Won’t let it show, so I’m

Puttin’ my defences up
‘Cause I don’t wanna fall in love
If I ever did that
I think I’d have a heart attack [x5]

Prinsip Memasak

Salam,

Semoga hari ini memberi keceriaan dan semangat kepada kite..
obie nak sharing sedikit info kepada anda...
Ianya merupakan Asas Prinsip Memasak..
semoga dengan sedikit perkongsian info ini dapat membantu...


PRINSIP MEMASAK


1. KAEDAH MEMASAK

2. KAEDAH MEMASAK
 Menggoreng  Mengukus  Merebus  Merenih  Merendidih  Mencelur

3.  KAEDAH MENGGORENG Menggoreng kering (tanpa minyak)
Menggoreng dalam minyak penuh Menggoreng tohor (sedikit minyak) Menggoreng ialah memasak makanan dalam minyak atau lemak yang telah dipanaskan. Menggoreng

4. MENGGORENG KERING (tanpa minyak)
Kelapa Parut Mudah hangus Perlu sentiasa dikacau Lebih sesuai untuk makanan yang mengandungi lemak Warna kuning keemasan Tekstur garing Bau wangi Kurangkan lemak dalam diet Makanan kering dan garing Contoh masakan Kelemahan Kelebihan Ciri Hasil Masakan

5. MENGGORENG TOHOR (sedikit minyak)
Telur Dadar Makanan perlu dibalik-balikkan Cepat hangus Menggunakan minyak yang sedikit Suhu sederhana (180 ْ C - 185 ْ C) Sesuai untuk daging, ikan, telur dan sayur Makanan kelihatan berminyak Contoh Masakan Kelemahan Kelebihan Ciri Hasil Masakan

6. MENGGORENG DALAM MINYAK YANG PENUH
Ayam Goreng Banyak guna minyak; kos bertambah Tidak sesuai untuk pesakit, orang tua dan si pulih Perlu dituskan selepas dimasak, Banyak menyerap minyak jika minyak tidak cukup panas, Perlu mementingkan keselamatan kerana suhu tinggi, Warna keemasan sama rata Makanan cepat masak, Makanan sedap ,Garing Bau wangi, Makanan tenggelam dalam minyak panas dan dimasak sama rata ,Makanan berminyak Contoh masakan ,Kelemahan Kelebihan Ciri Hasil Masakan

7.  KAEDAH MENGUKUS
Mengukus ialah kaedah memasak menggunakan wap daripada air mendidih. Mengukus Mengukus Secara Tidak Langsung Mengukus Secara Langsung

8. MENGUKUS SECARA LANGSUNG
Pengukus bertingkat Pengukus khas Periuk tekanan Kaedah Memasak Lambat masak Tidak sesuai untuk sayur berdaun hijau Perlu perhatian semasa memasak Makanan kelihatan pucat dan kurang menarik Kelemahan Contoh masakan (Lepat Ubi) Mudah dicernakan Sesuai untuk pesakit, kanak-kanak, orang tua Baik untuk orang yang mengamalkan diet kurang lemak Mudah dimakan Kurang kehilangan nutrien Bentuk makanan kekal Tekstur lembut Tidak berminyak Warnanya pucat Makanan lembap Kelebihan Ciri Hasil Masakan

9. MENGUKUS SECARA TIDAK LANGSUNG
Bekas bertutup yang berisi makanan diletakkan di dalam periuk yang lebih besar dan berisi air 2/3 penuh. Kaedah Memasak Lambat masak Tidak sesuai untuk sayur berdaun hijau Perlu perhatian semasa memasak Makanan kelihatan pucat dan kurang menarik Kelemahan Mudah dicernakan Sesuai untuk pesakit, kanak-kanak, orang tua Baik untuk orang yang mengamalkan diet kurang lemak Mudah dimakan Kurang kehilangan nutrien Tekstur lembut dan berkuah Contoh Masakan (Ikan Kukus) Kelebihan Ciri Hasil Masakan

10.  KAEDAH MEREBUS Merebus ialah kaedah memasak makanan di dalam air mendidih (100 ْ C) dan dibiarkan masak sehingga lembut . PRINSIP  Makanan dimasukkan dalam cecair sejuk atau mendidih Periuk hendaklah bertutup rapat. Jangan merebus makanan protein terlalu lama supaya tidak menjadi liat.

11. MEREBUS
Merebus Telur dan Kentang terlalu lama- Makanan protein akan mengecut pada haba tinggi dan jika berterusan akan menjadi liat Makanan menjadi terlalu lembut dan mudah hancur Makanan hilang rasa jika menggunakan air yang banyak Makanan kehilangan nutrien Mudah dan tidak memerlukan perhatian. Cecair rebusan boleh dijadikan sup, sos, kuah, atau air rebusan. Lembut dan lembap Banyak mengandungi cecair Tidak berminyak Contoh Makanan Kelemahan Kelebihan Ciri Hasil Masakan

12.  KAEDAH MERENEH
Mereneh ialah kaedah memasak dengan air mendidih menggunakan api perlahan dan makanan dimasak dalam tempoh yang lama. PRINSIP  Dimasak perlahan-lahan dengan sedikit cecair dalam periuk dan bertutup rapat supaya tidak kekeringan. Tempoh memasak yang lama antara 1½ hingga 3 jam. Makanan yang direneh seharusnya pekat, lazat dan berkhasiat rasanya.

13. MERENEH
Mereneh terlalu lama Tidak sesuai untuk sayuran berdaun hijau Kelemahan Mudah dimakan Menjimatkan kos kerana menggunakan potongan daging liat Sesuai untuk sayuran berubi Lembut dan lembap Contoh Masakan (Sup Ayam) Kelebihan Ciri Hasil masakan

14.  KAEDAH MERENDIDIH
Merendidih ialah kaedah memasak secara perlahan dengan menggunakan api sederhana dalam periuk bertutup rapat.

15. MERENDIDIH
Merendidih terlalu Lama Kos bahan api tinggi Kelemahan Makanan lembut dan mudah dicernakan Mudah dan tidak memerlukan perhatian Menjimatkan kos kerana boleh menggunakan potongan daging liat Lembut Berkuah Contoh Makanan (rendang) Kelebihan Ciri Hasil masakan

16.  KAEDAH MENCELUR
Mencelur ialah kaedah memasukkan makanan ke dalam air mendidih dengan tujuan melembutkan makanan itu.
PRINSIP  Pastikan air mendidih Elakkan daripada mencelur terlalu lama kerana akan memusnahkan vitamin C dan mineral.

17. MENCELUR Hanya makanan tertentu seperti sayuran sesuai dicelur Nutrien hilang jika air rebusan dibuang. Kelemahan Mudah dan cepat dimasak Makanan kelihatan lembut tetapi masih rangup Tidak berminyak Kurang kehilangan nutrien Sayur berdaun hijau yang dicelur menjadi lembut tetapi kekal tekstur rangup Contoh Makanan (sayur celur) Kelebihan Ciri Hasil masakan