gambar courtesy google.
yang ni pula bie sharingkan seperti yang dijanjikan..
Resepi Kuih Lapis Kacang Merah...
peminat jenis-jenis kuih talam mesti suke..
sila rujuk resepi dibawah ni...
senyuuum...
Resepi Kuih Lapis Kacang Merah
Bahan
Gunakan Loyang 11 inci x 11 inci
( A )
525 gm Gula Castor / halus
1100ml Air
5 helai daun Pandan ( digunting pendek )
( B )
1 pkt ( 500 gm ) Tepung Beras ( Cap Teratai )
50 gm Tepung Ubi
1 ½ sudu kecil Garam Halus
500 ml Santan Pekat
1100 ml Air
( C )
300 gm Kacang Merah Kecil direndam 1 malam , basuh , rebus hingga empuk kemudian timbang selepas direbus.
Pewarnna Pink
Cara membuat:
1.Masak Bahan ( A ) sehingga mendidih.
2.Satukan semua bahan ( B ) dan campurkaan dengan bahan ( A ).
3.Bahagikan kepada 2 bahagian.
4.Pastikan putih 800 ml.
5.Selebihnya untuk warna merah ( Rose pink lebih kurang 4 @ 5 titik )
6.Mulakan melapis 500 ml merah , 400 ml putih , 350 ml merah, Dikukus setiap satu lapis lebih kurang 5 minit.
7.700 ml merah + kacang merah ( dikisar sekejap aje ) kemudian kukus 7 minit.
8.350 ml merah, kukus 5 minit.
9.400 ml putih dikukus 5 minit.
10.350 ml merah yang ditambahkan sedikit lagi pewarna. Kukus hingga masak.
* Lap atas kuih sekiranya terdapat lebihan air wap
Gunakan plastik yang disapu minyak / marjeri dalam loyang – bagi memudahkan mengeluarkan kuih talam yang dikukus dalam Loyang, potong menggunakan pisauplastik @ pisau potong kek birthday.
Resepi Kuih Lapis Kacang merah ini Chef Obie telah menggunakannya semenjak 2004 semasa chef obie berkhidmat di Kuala Lumpur Inflight Catering Services KLAS KLIA.Terima kasih kepada sifu chef obie yang berada di Bangi,beliau juge merupakan pensyarah di UKM pada waktu itu… terbaik.
Kini chef obie ingin kongsikan kepada anda pula yang sentiasa menyokong aktiviti dan kerja yang chef obie lakukan.Sila gunakan resepi ini sebaik mungkin, resepi ini sesuai untuk berniaga .Semoga kite same-same mendapat kebaikan.Enjoy!
Ops! Korang perlu alert sebab bie akan sharing resepi kuih tradisional untuk berniaga- koleh kacang , Kuih Lapis merah Putih , Kuih Lapis Kacang Merah dan Bahulu kemboja atau kuih bakar semuanya resepi telah distandardkan untuk para peniaga atau pembuat kuih tradisional, malah resepi ini juga digunakan di KLIA, Sepang untuk VIP. Jadi rajin-rajinlah lawati blog bie ni.
P/S ebook ialah buku eletronik dlm software PDF mudah dibuka dlm hp,smartphone,laptop@lappy & komputer.Ia sungguh praktikal & anda boleh baca &buat rujukan ebook dimana2 sahaja.
Share & LIKES
#smallplate #ebook #resepibiskut
#melodibiskutraya
eBuku Biskut Raya Terkini & TerHOT
" MELODI BISKUT RAYA"
Julung Kalinya Kolaborasi 2 Chef Dalam 1 Buku.
Melodi Biskut Raya oleh chef obie & chef rahim
Chef Profesional yg aktif dlm industri , & Perkongsian Pelbagai Resepi-Resepi Menarik di Media Tempatan.
Dengan Ciptaan Unik 30 Resepi Biskut Raya *Teknik*Cara*Baking yg mudah..
Yg telah menjadi pilihan Media ,Pembuat Biskut , Pengusaha Biskut Raya , Blogger , Fesbuker; Newbie Baking & Masakan ..juga kaki -kaki baking... Ebook " MELODI BISKUT RAYA - chef obie & chef rahim "
eBook MELODI BISKUT RAYA -chef obie & chef rahim RM40.00 sahaja
PERCUMA 1 eBuku Biskut Raya
2014 & 2015
PERCUMA 1 eBuku Biskut Raya
2014 & 2015
Cara Pembelian :
Bank In RM40.00
Ke Akaun MBB ( MAYBANK )
151409098193
Muhamad Gunawan Jamil
Info Bukti Pembelian / Pembayaran
Nama ebook , Jumlah Pembayaran , email Anda
Whatsapp@sms HANTAR ke
0172260719
Terima kasih
IG: chef_obie_official
website:chefgunawanmalaysia.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan