Halaman

Rabu, 9 Julai 2014

Promosi Ramadhan Tepung Hairan


PROMOSI RAMADHAN KEMBALI LAGI!!!

promosi ramdhan "percuma postage" dengan setiap pembelian 3 pek ke atas
hotline kami 0192912915



Kek @ cake Motogp Ducati Chef Obie


Assalammualaikm wbt,semoga puasa lancar yea.., okaylah chef obie kongsikan pic candid sebelum puase kelmarin yang telah ditempah oleh pelanggan chef dari putrajaya, actualy ada figurine rider tapi dah patah tinggal helmet aje yang boleh diselamatkan, ape pun still ok.Pic kek candid chef ni last minit order juge..tapi Alhamdlillah stil boleh dibentuk walau ade challenge nye..

kepada anda yang suka dengan kek motor boleh booking dengan chef obie , kalau boleh biarlah awal ok, sekurangnya 7 hari sebelum heee.. jika last minit order jarang chef chef ambil melainkan pelanggan ingin-ingin sangat nak tempah kek- tapi perlu diingat design @ rekabentuk kek tak semua akan cun hasilnya bila last minit, kerana ada beberapa bahagian yang perlu disiap awal supaya figurine 3 d boleh bertahan dan dibentuk labih halus. 

Selamat melayan pic candid ...











Lagu Raya - Halaman Asmara - Awie & Ziana Zain

Setahun aku lalui
Detik lama kan kembali
Pelita ku nyalakan
Di halaman asmara ini

Sering kali ku renungi
Kenangan mencuit hati
Sedar tak sedar detik itu kembali
Detik tahun lagi

Cinta di bawah cahaya
Dakapan seribu warna
Menerangi indah halaman asmara
Kita berdua

( korus )
Kau melafazkan kerinduan
Ku sambut keriangan
Dan terungkaplah
Impian di hari mulia

Tercurah kasih dan sayang
Menyambut Syawal menjelma
Tapi daku gembira bertemu saudara
Di samping kasih yang ku cinta

Kau melafazkan kerinduan
Ku sambut keriangan
Dan terungkaplah
Impian
Kau melafazkan kerinduan
Ku sambut keriangan
Dan terungkaplah
Impian

Kau melafazkan kerinduan
Ku sambut keriangan
Dan ( terungkaplah )
Impian ( impian )
Hari mulia

Kau melafazkan kerinduan
Ku sambut keriangan
Dan terungkaplah
Impian

Majalah RASA : Resepi Biskut Raya Baru Berjam Popular - Resepi Sable Apple Hijau Chef Obie Istimewa Untuk Anda Semua !


Assalammualaikm wbt,Di Bulan Mulia Ini chef obie ingin mohon maaf sekiranya ada pertuturan atau tulisan yang menyinggung perasaan atau menyentap sesiapa sahaja walau tanpa niat disengajakan, tapi kalau chef obie cakap dan tulis dengan sengaja itu adalah untuk kebaikan bersama okay ! 

Suka atau tak resepi biskut Sable Apple Hijau diatas? asal biskut dari negara peranchis..., chef obie telah mengolah resepi biskut sable khas untuk anda semua pembaca majalah RASA untuk keluaran Ramadhan & Syawal ini.

Apa yang chef obie terkilan mengenai isu Sable Apple Hijau ni.. apabila resepi yang chef kongsikan ini disalah guna, perasan tak tiada pun nama chef obie tertera dalam iklan resepi ini,lagi terkilan cara membuat ada sedikit diubah, gambar pula dah confirm milik chef obie maklumlah  biskut pun chef obie yang reka.Niat chef obie kerana ingin berkongsi resepi kepada orang ramai.

Ini satu tindakan yang tidak wajar dan tidak baiklah, apabila menggunakan resepi dan gambar milik chef obie bagi tujuan untuk kepentingan atau diluar tujuan asal, Tanpa memberitahu pemilik atau pereka asal adalah sebelum menyiarkan kepada umum adalah satu kesalahan yang jelas. Kalau kata ingin promo chef obie punya resepi ..mana pula bukti yang menunjukkan resepi ini chef obie yang buat? Tentulah chef obie rasa sad sesangat!Industri ni kecil aje jangan buat hal... jangan fikir selalu diatas... chef obie sedar mungkin chef obie bukan sesiapa pun nama kecil aje, tapi anda tak kenal maka tak tahu tak in love... siape chef obie kan...

Terima Kasih juga kerana menghubungi chef dan menjemput chef obie untuk berkongsi resepi untuk majalah anda, tapi harapnya biarlah kesilapan yang berlaku ini sekali sahaja dan tidak berlaku pada orang lain.Chef biase berkongsi resepi dengan majalah masakan tempatan yang lain..tapi syukur Alhamdulillah kerjasama chef dan pihak majalah- wartawan, photographer & editor tiada masalah dan sentiasa baik & masing-masing berpuas hati dan lancar gitu!
Kosong- kosong... & peace..heee

Apapun chef ingin kongsikan kepada anda yang selama ini menyokong apa sahaja yang chef obie buat...

Resepi asal Sable Apple Hijau Chef Obie....

Resepi Green Apple Sable

Bahan

50 gm        Gula Kastor
50 gm Gula Aising
130 gm      Mentega / Marjerin
1 sudu kecil      Essen Epal
1 biji        Telur Kuning
100 gm      Tepung Gandum
50 gm        Serbuk Badam
50 gm        Tepung Jagung
½ sudu kecil Garam
Pewarna Hjau Epal

Inti-

50 gm Jam epal
100 gm Jam Nanas ( Tat )
Royal Aising-
1 biji Telur Putih
200 gmGula Aising
1 sudu kecil Jus Lemon

Cara Membuat

1.Pukul gula kastor , gula aising  , essen epal , garam dan mentega sebentar.( tidak perlu sehingga kembang hanya sekadar bahan mesra sahaja ), kemudian masukkan kuning telur.

2.Gunakan tangan untuk menguli-Masukkan bahan kering seperti tepung gandum ,serbuk badam, tepung jagung  dan pewarna, uli adunan sehingga menjadi doh.

3.Terap menggunakan cutter bulat, bakar padsa suhu 150’c 18 minit.

4.Apabila telah dibakar- sejukkan ,

5.Bahan Jam- satukan jam nanas dan jam epal ( pewarna jika perlu ),sapukan pada sebelah bahagian biskut.

6.Paipkan royal aising diatas permukaan jam, bentukkan mengikut kreativiti, Susun pada Loyang pembakar yang telah digris bersama kertas minyak atau parchment paper. Bakar pada suhu 160’c 5 miinit.

7.Cara membuat royal aising- pukul kesemua bahan  sekali sehingga menjadi meringue yang kental dan berwarna putih.

p/s anda tak perlu guna jenama elba sahaja, apa sahaja brand yang ada kat rumah tu anda boleh gunakan-contohnya jenama sharp, philips , samsung , cornell , kenwood , zanussi, butterfly atau ape-ape aje semua boleh guna pakai tau...terbaik!

Kepada anda juga jangan ketinggalan untuk mendapatkan ebook chef obie kerana promosi 4 ebook percuma akan berakhir pada penghujung bulan puasa ini iaitu 29 Ramadhan 1435/ 26 Julai 2014.

PERHATIAN : Promosi ebook chef obie ini akan berakhir pada 29 Ramadhan 1435 / 26 Julai 2014 Hari Sabtu *** Sila Dapatkan Segera Untuk Mengelakkan sebarang kesulitan.Terima Kasih
  
As Salam , Anda Yang Budiman -dengan pembelian salah satu ebook chef obie seperti :

1. ebook Kuih Raya Popular 2014 (hottest!)
2.ebook Kuih Tat Popular(hot!)
3.ebook Biskut Mazola Popular(hot!)
4.ebook Masakan Bazaar Ramadhan(hot!)
5.ebook Berbuka Dan Bersahur(hot!)
6.ebook Ayam Golek Popular(hot!) 

Melayakkan anda untuk mendapat 4 ebook PERCUMA seperti

 

Sila Tempah sekarang !  Hanya RM10.00 sahaja

Hottest!
Cara Pembelian ebook : 
Pembelian/ pembayaran : oneline-
Maybank2u.com atau Bank In ke Akaun MBB
151409098193
atas nama Muhamad Gunawan Jamil
Bukti pembayaran sila SMS:  Nama ebook ,jumlah,masa , tarikh dan email kemudian sila hantar ke 017 2260719
Penghantaran : 24 jam - 48 jam selepas bukti pembayaran diterima .

PERHATIAN : Promosi ebook chef obie ini akan berakhir pada 29 Ramadhan 1435 / 26 Julai 2014 Hari Sabtu *** Sila Dapatkan Segera Untuk Mengelakkan sebarang kesulitan.Terima Kasih

P/S : sekiranya anda ingin membeli ke semua ebook chef obie
sila buat pembayaran RM60 ke akaun chef obie,Sila SMS : semua ebook,RM60,Masa, Tarikh dan email anda kemudian msg ke 017 2260719

jika anda ingin membeli 3 ebook daripada 6 ebook diatas sila buat pembayaran RM30 ke akaun chef obie- SMS : 3 nama ebook pilihan anda, RM30, Masa, tarikh dan email anda kemudian msg ke 017 2260719



Lagu - Bila Tiba ( Ungu ) ost Sang Kiai

Hmmmhmm aaaa
Saat tiba nafas di ujung hela
Mata tinggi tak sanggup bicara
Mulut terkunci tanpa suara

Bila tiba saat berganti 
dunia
Alam yang sangat jauh berbeda
Siapkah kita menjawab semua
Pertanyaan

Bila nafas akhir berhenti sudah
Jatung hatipun tak berdaya
Hanya menangis tanpa suara
Ooo

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati

Majalah RASA : Resepi Biskut Raya Baru Berjam Chef Obie - Mangga Dan Strawberi


Assalammualaikm wbt, salam ramadhan lagi...selamat pagi juge kepada anda yang pagi-pagi dah mencari resepi biskut untuk hari raya... chef obie sharingkan resepi biskut berjam yang telah dikongsikan dalam majalah RASA terbitan Karangkraf untuk bulan Ramadhan / Syawal 

Biskut Sandwich  Magga @ Mangga Roda Ronda

Bahan

200 gm      Tepung Gandum
80 gm        Biskut Marie( dikisar )
50 gm        Tepung Jagung
160 gm      Mentega / Marjerin
80 gm        Gula Kastor
50 gm        Gula Aising
1 biji        Telur
1 sudu Besar     Essen Mangga
1 sudu kecil      Pewarna Kuning Telur

Inti-

100 gm Jam Mangga
100 gm Jam Nanas ( Tat )

Cara Membuat

1.Pukul Gula kastor , gula aising , essen mangga ,mentega  sehingga sebati, masukkan telur pukul sebentar,
2.Menggunakan spatula-Masukkan  Bahan kering- tepung gandum ,dan tepung jagung uli sehingga menjadi doh, dan sedikit pewarna kuning telur.
3.Inti – satukan jam mangga dan nanas bentukkan bebola kecil.
4.Terap doh dengan menggunakan cutter biskutt.Susun pada Loyang pembakar yang telah digris bersama kertas minyak atau parchment paper.
5.Bakar pada suhu 150’c sehingga 18 minit.
6.Apabila telah sejuk biskutnya, sapukan jam mangga dan bentyk sandwich.


Biskut Naepolitan @ Segi Tiga Lebaran

Bahan

120 gm      Tepung Gandum
1 sudu besar     Tepung Beras
1 sudu besar     Tepung Jagung
50 gm        Serbuk Badam
125 gm      Mentega / Marjerin
80 gm        Gula Aising
1 biji        Telur
1 sudu kecil      Esen Vanilla
1 sudu kecil      Essen Strawberi
1 sudu kecil      Essen Coklat
Pewarna- merah dan coklat

Inti

200 gm      Jam Strawberi

Cara Membuat

1.Pukul  mentega , gula dan telur sehingga sebati( tidak perlu GEBU ) kemudian masukkan ke semua bahan kering dan uli sehingga menjadi doh, kecuali pewarna tidak dimasukkan.
2.Doh dibahagikan kepada 3 bahagian untuk di perisankan dengan essen dan dipewarnakan.Terap doh dengan cutter biskut bentuk 3 segi, susun diatas Loyang pembakar yang telah digris.
3.Bakar pada suhu 160’c sehingga 18 minit.
4.Apabila biskut telah sejuk, sapukan jam strawberi pada setiap bahagian kecuali bahagian atas iaitu biskut strawberi.Bahagian bawah sekali perlu biskut coklat yang disapu jam strawberi, kemudian palin vanilaa juga disapu jam strawberi.

Kepada anda juga jangan ketinggalan untuk mendapatkan ebook chef obie kerana promosi 4 ebook percuma akan berakhir pada penghujung bulan puasa ini iaitu 29 Ramadhan 1435/ 26 Julai 2014.

PERHATIAN : Promosi ebook chef obie ini akan berakhir pada 29 Ramadhan 1435 / 26 Julai 2014 Hari Sabtu *** Sila Dapatkan Segera Untuk Mengelakkan sebarang kesulitan.Terima Kasih
  
As Salam , Anda Yang Budiman -dengan pembelian salah satu ebook chef obie seperti :

1. ebook Kuih Raya Popular 2014 (hottest!)
2.ebook Kuih Tat Popular(hot!)
3.ebook Biskut Mazola Popular(hot!)
4.ebook Masakan Bazaar Ramadhan(hot!)
5.ebook Berbuka Dan Bersahur(hot!)
6.ebook Ayam Golek Popular(hot!) 

Melayakkan anda untuk mendapat 4 ebook PERCUMA seperti

 

Sila Tempah sekarang !  Hanya RM10.00 sahaja

Hottest!
Cara Pembelian ebook : 
Pembelian/ pembayaran : oneline-
Maybank2u.com atau Bank In ke Akaun MBB
151409098193
atas nama Muhamad Gunawan Jamil
Bukti pembayaran sila SMS:  Nama ebook ,jumlah,masa , tarikh dan email kemudian sila hantar ke 017 2260719
Penghantaran : 24 jam - 48 jam selepas bukti pembayaran diterima .

PERHATIAN : Promosi ebook chef obie ini akan berakhir pada 29 Ramadhan 1435 / 26 Julai 2014 Hari Sabtu *** Sila Dapatkan Segera Untuk Mengelakkan sebarang kesulitan.Terima Kasih

P/S : sekiranya anda ingin membeli ke semua ebook chef obie
sila buat pembayaran RM60 ke akaun chef obie,Sila SMS : semua ebook,RM60,Masa, Tarikh dan email anda kemudian msg ke 017 2260719

jika anda ingin membeli 3 ebook daripada 6 ebook diatas sila buat pembayaran RM30 ke akaun chef obie- SMS : 3 nama ebook pilihan anda, RM30, Masa, tarikh dan email anda kemudian msg ke 017 2260719