Mesti korang dah biase makan pop corn kat MBO Cinema kan...
petang ni chef obie kongsikan resepi pop corn karamel ala mbo cinema...
heeee... oka layan yea..jangan lupa join contest-giveaway-chef-obie-cgco & friends fb chefobie untold peace..
Resepi Pop Corn Karamel Ala MBO Cinema
1 cawan Mentega ( salted )
2 cawan Gula Perang ( Brown Sugar )
1/2 cawan Corn Syrup
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil Baking soda
vanilla extract / essence
5 quart Popped pop corn @ Jagung Pop Corn
Garam Secukup rasa
Cara Membuat :
1.Panaskan Oven pada suhu 250F ( 95'C ) letakkan popcorn dalam Bowl yang besar.
2. Gunakan saucepan medium , cairkan / masak mentega, gula perang,corn syrup dan garam kacau perlahan dan tanpa perlu mengacau selama 4 minit untuk memastikan bahan telah cair dan telah boil ( menggelegak ).Apabila telah menggelegak alihkan saucepan daripada api.masukkan Soda dan Vanilaa extract dan kacau.
3.Tuangkan perlahan-lahan, dengan memastikan caramel yang dituang dapat meliputi popcorn.Gaul mesra popcorn dengan caramel .Taburkan garam sedikit , Masukkan dalam oven yang telah dipanaskan.Setiap 15 minit perlu keluarkan dari oven sebentar untuk mengacau popcorn.Masa masak 1 Jam.
Apabila selesai, keluaarkan popcorn ke tempat sejuk dan pecah-pecahkan gumpalan popcorn, menjadi butir popcorn yang cantik. Dapatkan ebook terkini chef obie sila klik
Selamat mencuba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan