Assalammualaikum wbt,
haaa.. hari ni bie nak sharing resepi rawa tosai..
kepada peminat tosai.. korang bolehlah mencuba resepi ni..
boleh buat kat rumah aje....
rajin-rajinkan diri yea...
ini juga merupakan makanan febret dari India selatan
Resepi Rawa Tosai
Bahan
240 gm / 480 gm Beras
120 gm / 240 gm Ulunthe / ulundhu
20 gm / 40 gm Nasi Putih
1 biji / 2 biji Bawang besar (cincang)
1 biji / 2 biji Cili Merah ( cincang )
1 inici / 2 inci Lobak merah ( cincang )
1 biji / 2 biji Cili hijau ( cincang )
Garam secukupnya
Air Secukupnya
Minyak
Cara Membuat
1.beras,ulunthe dan nasi - kisar bahan tersebut bersama air secukupnya sehingga menjadi halus.Pastikan adunan tidak terlalu cair atau pekat.
2.Setelah itu masukkan garam dan gaul sebati,peram adunan selama 8 jam supaya adunan berganda ( naik )
3.Apabila adunan telah naik,panaskan kuali leper tanpa lekat dengan minyak.Sebelum disudukan diatas kuali, kacau terlebih dahulu sehingga sebati adunan.
4.Lebarkan adunan di atas kuali leper dan biarkan seketika.
5.Akhir sekali, taburkan bawang, cicli merah,hijau, lobak merah cincang di atas tosai.Biarkan seketika dan tutup tosai.Angkat dan sedia untuk dihidang.
rawa tosai ni sedap kalau dimakan bersama.. chutney!
Selamat Mencuba...sambil tu kite layan zapin dari yayasan warisan johor..
kasi goyang kepale jap... Dapatkan ebook terkini chef obie sila klik
kasi goyang kepale jap... Dapatkan ebook terkini chef obie sila klik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan