Halaman

Isnin, 13 April 2015

Resepi Ikan Keli Berlada yang popular...

Jom cuba resepi Ikan Keli Masak Berlada yang Popular ni...



Bahan-bahannya.

6 ekor ikan keli
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
12 biji cili merah
Sedikit air asam jawa
Garam
Gula
Minyak masak
Serbuk Kunyit

Cara membuat.

Tips bersihkan ikan keli -

Ikan keli disiang dan dibersihkan sebersih-sebersihnya terlebih dahulu. Boleh gunakan limau nipis atau asam jawa untuk menghilangkan bau dan lendirnya boleh juga dilumur garam biarkan seketika kemudian bilas..

1, Anda perlu gaulkan dengan sedikit garam dan kunyit. Goreng sehingga ikan keli garing.

2. Bawang besar, bawang putih dan cili merah hendaklah ditumbuk atau dikisar kasar. Kemudian tumiskan bahan-bahan yang itu sehingga hingga cili masak kemudian masukkan air asam jawa dan juga sedikit garam beserta gula.



3.Setelah semuanya mesra anda matikan api, dan tuangkan sambal itu di atas ikan keli yang telah digoreng. Siap.. dan memang sedap dimakan bersama nasi putih . 

Dapatkan ebook terkini chef obie sila klik



Tiada ulasan:

Catat Ulasan