Resepi Laksa Johor
Bahan:
1 paket spageti (direbus terlebih dahulu)
Bahan A: Direbus dan dikisar (asingkan)
1 kg ikan kembung / selayang@sardine / selar mata besar
120 gm udang basah
1 sudu besar udang kering
Bahan B (dikisar):
4 biji bawang besar
10-15 tangkai cili kering
1/2 inci halia
1 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
1 batang serai
2 keping asam gelugur@ keping
1 1/2 cawan santan pekat
1 liter air
1 paket kerisik
3 sudu besar rempah kari
Bahan hiasan:
8 biji limau kasturi
1 biji timun (dihiris halus)bahagian tengah dibuang
segenggam tauge segar
2 biji bawang besar
3 biji bawang merah dan hijau
Sedikit daun kesum/daun selasih
Bahan sambal belacan:
15 btg Cili kering ( direbus terbih dahulu )
1 inci belacan (dibakar)
Garam secukup rasa
3 biji limau kasturi @ 1 biji limau nipis ( perahan air sahaja )
Cara membuat
Pertama sekali- Rebus spageti dan tos terlebih dahulu.
Rebus ikan, udang, udang kering dan asingkan tulang dan kisar hingga halus bersama air rebusan.
Untuk menyediakan kuah , tumis minyak dan masukkan serai yang diketuk bersama bahan B sehingga wang
Apabila garing, masukkan rempah kari dan kacau sebentar dalam beberapa minit.
Masukkan ikan, udang, udang kering dan ikan kurau kering yang dikisar tadi.
Masukkan santan pekat , kerisik diikuti dengan air dan masukkan asam keping.
Perasakan garam dan gula secukup rasa.
Masak sehingga kuah pekat dengan api kecil selama lebih kurang 1 - 1 ½ jam. Lebih lama dimasak, kuah akan lebih tahan walaupun tidak disimpan di dalam peti sejuk.
sambal belacan laksa johor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan