Halaman

Isnin, 7 Disember 2015

Jom Buat Burger Bakar : Resepi Daging Patty Burger Bakar Popular !

Sebelum ni macam cendawan tumbuh..pelbagai nama dan branding yang yang muncul tapi tidak ramai yang mampu bertahan sehingga hari ini...kepada usahawan burger bakar janganlah mudah putus asa, 
bangun dan bangkit....
muncul dengan lebih friendly customer okay !
maklumlah permintaan terhadap...
burger bakar tetap ada.. walau tidak sehangat beberapa tahun yang lepas,



 tapi ...bila ada burger bakar yang unik & sesuatu yang dimata & ditekak mula ingin mencuba.. pasti laku kembali.
Hari ni chef obie nak berkongsi sedikit ilmu memasak..sekadar resepi utama..yang penting tau untuk menghasilkan "Patties"
daging burger bakar yang power! kepada anda yang ingin mencuba dan tercari-cari resepinya, boleh try okay.. kepada blogger masakan dan kaki share resepi di FB dan whatsapp...please kalau cedok resepi ni jgn lupa-resepi created by chef obie.



Resepi Daging "patty" Burger Bakar !

Bahan

1 kg Daging kisar @ minced beef ( pastikan ada campuran lelemak daging lembu )
2 sudu besar Serbuk Lada Sulah
1 sudu kecil serbuk lada hitam
6 ulas bawang kecil cincang
Sedikit garam sebagai perasa
2 sudu kecil Westershire sos ( jika tiada tidak mengapa )
1 sudu besar serbuk Stok Daging ( sebagai agen pengawet )

ebook masakan PERCUMA


Cara Membuat


  1. Satukan ke semua bahan dalam mangkuk, uli sehingga sebati, kemudian timbangkan patties daging burger bakar 166gm setiap satu, anda akan dapat 6 keping.Kepalkan dengan membentuk bulat danleperkan sedikit, simpan dalam plastic atau dalam bekas container pastikan freezer dahulu, sekiranya ingin terus grill juga boleh.
Anda ingin tahu lebih lanjut macam mane untuk anda menghasilkan dalam kuantiti yang banyak ( productions ) - resepi diatas tidak relevan untuk diguna pakai boleh hubungi pihak chef obie- whatsapp atau telegram !
017 2260719




10 Fakta Putera Kesayangan Negeri Johor - Almarhum Tunku Jalil ibni Sultan Ibrahim Ismail




Berikut merupakan 10 fakta penting mengenai Almarhum Tunku Jalil untuk kita ingati bersama:


1. Pernah bekerja sebagai penjaga zoo di Singapura selama setahun dan di London hampir dua tahun.



2. Berkelulusan dalam bidang Zoologi dan Pemuliharaan dari sebuah universiti di United Kingdom.



3. Mencatat sejarah sebagai kerabat diraja Johor pertama yang berkhidmat dalam pasukan polis selepas menamatkan kursus latihan kepolisan selama sembilan bulan sekali gus bergelar Inspektor.



4. Beliau tidak bermain polo disebabkan alahan pada bulu kuda.



5. Menubuhkan Yayasan Kanser Tunku Laksamana bertujuan untuk membantu pesakit kanser di negara ini.



6. Kerap kali mengunjungi pesakit di Hospital Sultan Ismail dan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, beramah mesra dan bertanya khabar.



7. Disahkan menghidap kanser hati tahap empat dan menjalani rawatan pemindahan hati di China.



8. Baginda merupakan adinda kepada Tunku Mahkota Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar.



9. Antara kekanda dan adinda baginda termasuk Tunku Aminah Maimunah, Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman, Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri dan Tunku Abu Bakar Mahmood Iskandar Ibrahim.



10. Baginda mangkat pada pukul 7.11 malam, 5 Disember 2015 dan berusia 25 tahun.

Sembah takziah kepada Keluarga DiRaja Johor atas kemangkatan Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim Ismail. Semoga roh Almarhum ditempatkan di kalangan mereka yang soleh. Al-Fatihah

Anak Jati Negeri Johor - Chef Obie  

info kredit Astroawani