Halaman

Selasa, 14 Jun 2016

Marrybrown Day & DIY Ayam Goreng Crispy Chef Obie






Alhamdulillah , mudah mudahan puasa & ibadah kite hari ini diterima NYA.


Bile pergi MB pasti teringat nostalgia lame..maklum mase mude sweet sweet dulu pernah jadi crew MB kat Taman Cendana Pasir Gudang.
Hari ni menikmati hidangan Promo MB , si wawa yg beri voucher MB pd angah die ni.. & thanks juge pd Mis J yg sudi berbuka bersama.
👌


Thanks Marrybrown & management KWC ( kenanga wholesale centre )
Atas keperihatinan anda @ alert - pemberitahuan waktu berbuka puasa & menghormati pelanggan2 muslim & penyediaan surau .

I Like... & chef obie kongsikan resepi ayam goreng crispy.. yang menjadi febret sejak dulu...anda boleh mencuba...

RESEPI AYAM GORENG CRISPY CHEF OBIE 


Bahan-bahannya:

4 Sudu Besar Nestum
2 Sudu Besar Oat
400 gm Tepung High Protein
1 Sudu kecil Lada Hitam ( blender halus )
1/2 Sudu kecil Lada Sulah ( blender halus )
1/2 Sudu Jintan Manis ( blender halus )
1/2 sudu kecil Ketumbar ( blender Halus )
1 sudu besar Tepung Jagung
1 Sudu besar Stok Ayam
Garam Vakum secukup rasa
2 biji Telur
Ais Batu
Sos Tiram
1/2 Ekor Ayam Daging
Minyak Masak
Shortening


ebook masakan PERCUMA

Cara Penyediaan :
 
1. Bersihkan ayam terlebih dahulu mandikan ia...heee maksud Bie bersihkan ayam tu betul-betul, kemudian..marinate ayam dengan sos tiram, pastikan jangan terlalu banyak digunakan, 2 sudu besar sahaja cukup dan satu sudu kecil rata garam vakum, gaul hingga sebati.kemudian biarkan seketika ( 5 minit aje cukup ).


2.Sediakan untuk bahan kering- satukan ke semua bahan kering seperti tepung high protein, tepung jagung, lada hitam,lada sulah,jintan manis, ketumbar, stok ayam ,garam secukup rasa,nestum dan oat, gaulkan mesra ok... senang aje.. kalau anda suka masin lebih sikit, bolehlah ditambah garam vakumnya mengikut citarasa anda... ( ketepikan bahan-bahan ini apabila telah siap mesra ) 


3. Sediakan pula bahan untuk merendam ayam sampai lemas heeeee.... tak r... sediakan bahan yang penting sekali..ok la ini rahsia yang dah tidak rahsia lagi bila Bie dah berkongsi dengan anda..., telur dipecahkan dan di campur pula dengan ais sejuk atau air batu,pastikan telur benar-benar sejuk.. ( tujuannya ialah untuk ,memastikan kerapuhan kerangupan ayam goreng kita ini boleh bertahan selama 30 minit selepas digoreng... walau ayam goreng tu kita letak atas meja makan aje...dengan keadaan terdedah gitu...Choi.. jangan la terdedah..gunakan tudung saji ok tutup makanan kita supaya tidak dihinggapi makhluk yang tidak diingini iaitu lalat soprano! )


4.Masa yang ditunggu-tunggu.. iaitu panaskan minyak terlebih dahulu di atas kuali... 


5.Setelah bahan-bahan diatas telah disediakan ,anda perlu pastikan ayam marinate dihadapan anda, disebelahnya pula telur dan air batu, sebelahya lagi adalah bahan kering . Ini adalah untuk memudahkan anda untuk menggoreng ayam kentaki ini dengan betul dan bersistem. 


6.Ambil ayam seketul dahulu yang telah di marinate, dengan menggunakan kedua belah tangan anda macam angkat kain jemuran heee...ayam direndam sekali sahaja ke dalam telur berais, kemudian angkat toskan..., kemudian bawa ayam ke dalam bahan kering anda terbalik balikkan ayam itu dalam bahan kering kemudian angkat dan toskan lagi, kemudian gaulkan lagi dengan bahan kering dan toskan ia lagi..penat? tak mungkin penat tangan anda itu... ok sekarang masukkan ayam yang telah disalut itu kedalam minyak yang tersedia untuk digoreng... 


7.haaa.... anda jangan lupa masukkan 4 sudu besar shortening ke dalam miyak masak yang sedang panas ..., proses ini membantu merangupkan juga ayam yang akan kita goreng itu. Ok senangkan..anda lakukan lah sehingga selesai ayam-ayam itu digoreng.Selamat menjamu ayam goreng kentaki kfc ala chef obie cuba baru tau..r...

FOLLOW IG : chef_obie_official
WHATSAPP: 0172260719

Tiada ulasan:

Catat Ulasan