darjah 3 musytari sekolah kebangsaan masai, johor..
sebelum pi sekolah, sebelum bas ah peng pick up bie
pi hantar sekolah..
'pagi-pagi lagi bie keno tolong
mak tumbuk cili kering yang dah direbus..'
tumbuk dengan batu lesung lagi..
mak tak suke guna blender...
...bermula selalu tolong mak kat dapur memasak..
sampai la.. diberi kepercayaan untuk masak asam pedas
sendiri..mmmm berbunge-bunge bile diberi kepercayaan
untuk memasak.. walau masakan pertame tu..
ade la komplain...termasin sket..dan masam tu kureng la plak...
haaaaa... x mengape jadikan komplain tu sebagai
semagat untuk bie masak lebih baik lagi..huuu
mmmm rindukan air tangan mak...
Resepi Asam Pedas Muar
Bahan-bahan:
8 ketul ikan pari / ikan kembung / selar / sembilang
Satu mangkuk cili kering (direbus dan dikisar)
8 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
1 inci halia kisar
1 sudu kecil lada hitam ( ditumbuk )
1 cawan perahan asam jawa ( asam jawa 3 sudu besar )
2 kuntum bunga kantan
1 ikat Daun Kesom
1 ikat daun kesum
2 batang serai (dititik)
Sedikit belacan
2 biji Tomato
8 batang bendi muda
500 ml air
Garam secukup rasa
1 sudu kecil gula
Cara Penyediaan :
1. Panaskan minyak, tumis belacan, cili kisar bersama kunyit hidup,lada hitam dan bawang merah, halia kisar .Selepas naik bau wangi, masukkan perahan asam jawa, air ,bunga kantan dan daun kesum.
2. Biarkan dengan api perlahan sehingga mendidih,masukkan buah tomato dan bendi muda, garam dan gula.
3.Biar mendidih dalam 5 minit lagi. siap untuk dihidangkan.
Masa chef obie muda remaja..Bersama staff MB dari Tampoi dan Taman Cendana Pasir Gudang
Bersama staff MB Taman Cendana
Gambar kiri - Bie ,Restaurant manager- Puan Zuraidah & Boss Mr Lee , mase tu supervisor name die encik azri, manager asal name die encik nizam..ingatan bie masih kuat juge rupenye heeee... maaf yea gambar dulu ni bukan mcm dlm smartphone sekarang ni, gambar menggunakan kemera canon dan berkodak filem lagi!
mmmm saje mengimbas kembali nostalgia dulu heee, bukan ape apebile makan di marrybrown fast food restaurant pasti secare tak sengaje akan teringat waktu mude remaje dulu- bie pernah bekerja dan menimbe pengalaman di fast food restaurant ni sebagai krew aje- merangkap kitchen krew , floor krew dan counter...waktu tu sementara menunggu keputusan SPM 1998.ahaks... kire dalam gambar tu chef obie - Lokasi Marrybrown tu kat Taman Cendana Pasir Gudang.Boss bie mase tu nama die Mr Lee, adik beradik name same..merupakan tauke marrybrown cawangan taman cendane dan pasaraya Maslee...memang baik la sesangat boss bie mase tu...
manakale gambar dibawah ni,kelmarin bie singgah
di pudu sentral- Marrybrown Fast Food Restaurant
Istimewanya menu marrybrown dari dulu sampai sekarang ...
" Nasi Marrybrown " macam nasi lemak- ayam pilihan ( Hot Touch @ Original ), sambal tumis , acar dan Pappadom...
tapi kelmarin bie tak makan nasi marrybrown tapi bie nak try pulak nasi ayam marrybrown... seperti gambar diatas ni..
Ayam goreng marrybrown yang pedas ( hot Touch ) pilihan bie samapai sekarang, manalaka ayam goreng original pilihan bie KFC..
ape pun asal yang sedap memang menjadi pilihan... layan ...
Dalam pada tu bie sharing resepi ayam goreng istimewa untuk korang...
Resepi Ayam Goreng Rangup chef obie
ayam goreng ni sempat chef obie gigit nyummm..nyummm..
Bahan-bahannya:
4 Sudu Besar Nestum
2 Sudu Besar Oat
200 gm Tepung High Protein
1 Sudu kecil Lada Hitam ( blender halus )
1/2 Sudu kecil Lada Sulah ( blender halus )
1/2 Sudu Jintan Manis ( blender halus )
1/2 sudu kecil Ketumbar ( blender Halus )
1 sudu besar Tepung Jagung
1 Sudu besar Stok Ayam
Garam Vakum secukup rasa
2 biji Telur
Ais Batu
Sos Tiram
1/2 Ekor Ayam Daging
Minyak Masak
Shortening
Cara Penyediaan :
1. Bersihkan ayam terlebih dahulu mandikan ia...heee maksud Bie bersihkan ayam tu betul-betul, kemudian..marinate ayam dengan sos tiram, pastikan jangan terlalu banyak digunakan, 2 sudu besar sahaja cukup dan satu sudu kecil rata garam vakum, gaul hingga sebati.kemudian biarkan seketika ( 5 minit aje cukup ).
2.Sediakan untuk bahan kering- satukan ke semua bahan kering seperti tepung high protein, tepung jagung, lada hitam,lada sulah,jintan manis, ketumbar, stok ayam ,garam secukup rasa,nestum dan oat, gaulkan mesra ok... senang aje.. kalau anda suka masin lebih sikit, bolehlah ditambah garam vakumnya mengikut citarasa anda... ( ketepikan bahan-bahan ini apabila telah siap mesra )
3. Sediakan pula bahan untuk merendam ayam sampai lemas heeeee.... tak r... sediakan bahan yang penting sekali..ok la ini rahsia yang dah tidak rahsia lagi bila Bie dah berkongsi dengan anda..., telur dipecahkan dan di campur pula dengan ais sejuk atau air batu,pastikan telur benar-benar sejuk.. ( tujuannya ialah untuk ,memastikan kerapuhan kerangupan ayam goreng kita ini boleh bertahan selama 30 minit selepas digoreng... walau ayam goreng tu kita letak atas meja makan aje...dengan keadaan terdedah gitu...Choi.. jangan la terdedah..gunakan tudung saji ok tutup makanan kita supaya tidak dihinggapi makhluk yang tidak diingini iaitu lalat soprano! )
4.Masa yang ditunggu-tunggu.. iaitu panaskan minyak terlebih dahulu di atas kuali...
5.Setelah bahan-bahan diatas telah disediakan ,anda perlu pastikan ayam marinate dihadapan anda, disebelahnya pula telur dan air batu, sebelahya lagi adalah bahan kering . Ini adalah untuk memudahkan anda untuk menggoreng ayam kentaki ini dengan betul dan bersistem.
6.Ambil ayam seketul dahulu yang telah di marinate, dengan menggunakan kedua belah tangan anda macam angkat kain jemuran heee...ayam direndam sekali sahaja ke dalam telur berais, kemudian angkat toskan..., kemudian bawa ayam ke dalam bahan kering anda terbalik balikkan ayam itu dalam bahan kering kemudian angkat dan toskan lagi, kemudian gaulkan lagi dengan bahan kering dan toskan ia lagi..penat? tak mungkin penat tangan anda itu... ok sekarang masukkan ayam yang telah disalut itu kedalam minyak yang tersedia untuk digoreng...
7.haaa.... anda jangan lupa masukkan 4 sudu besar shortening ke dalam miyak masak yang sedang panas ..., proses ini membantu merangupkan juga ayam yang akan kita goreng itu. Ok senangkan..anda lakukan lah sehingga selesai ayam-ayam itu digoreng.Selamat menjamu ayam goreng rangup ala chef obie cuba baru tau..r...
Chef Jacket : White / Putih
Button : Putih
Extra : Pocket hadapan dan pocket sisi untuk - pen / paring knife , lengan panjang
Saiz : S / M / L / XL / XXL
Harga : RM 110.00
Kos Penghantaran : Semenanjung Malaysia ( RM 10 ) Sabah Dan Sarawak ( RM 15 )
Cara Pembelian :
1.Buat Pembayaran terus ke akaun MBB Muhamad Gunawan 151409098193 sama ada melalui maybank2u atau transfer melalui atm.
2.Sila SMS Nama Anda ( Zahid ) ,Jumlah ( 1 unit ),Saiz ( L ), Harga ( RM 98.00 )termasuk kos penghantaran ,Alamat Anda ( 27,jalan mesra, Taman Mesra, 81700 Johor Bharu )
ke Hotline 017 2260719 whatsapp atau melalui email : gunawan.jamil@gmail.com
3.Penghantaran chef Jacket merujuk kepada alamat yang diberi, Masa penghantaran 7 Hari waktu Bekerja tidak termasuk Cuti Public Holiday.
Kepada yang tercari - cari resepi ayam panggang yang sedap dan popular,
bolehlah mencuba resepi daripada chef obie,
Resepi Ayam Panggang Syria ( Majalah SAJI )
Bahan Rebusan
½ ekor Ayam Daging
1 sudu kecil Cengkih ( rebusan )
1 sudu kecil lada Hitam ( rebusan )
1 bunjut Rempah Ratus
1 ½ sudu Garam
1 liter Air
Bahan Perap
2 sudu besar Madu
1 ½ sudu kecil Garam Laut / kasar
1 sudu kecil Lada Hitam ( dihancurkan)
1 sudu kecil Serbuk Bawang Putih (pilihan )
1 sudu kecil Daun Parsley kering/ segar ( dicincang )
1 sudu kecil Daun Selasih Kering / segar ( dicincang )
½ biji lemon ( perahan )
Cara Membuat
1.Didihkan air, masukkan bahan untuk rebusan, seperti rempah ratus bunjut , lada hitam , cengkih dan garam.
2.Kemudian masukkan ayam , rebus ayam selama 5 – 6 minit.Kemudia angkat ayam dan toskan.
3.Lumurkan kesemua bahan perapan pada ayam kecuali perahan lemon.Biarkan perapan selama 30 minit .
4.Panaskan oven 180-190 ‘c , Bakar ayam selama 25-30 minit.Apabila ayam siap dibakar, perah lemon diatas permukaan ayam.Siap untuk dihidang
Tips chef : lebihan air rebusan untuk ayam boleh dijadikan sup sampingan untuk ayam panggang ini.
KALENDAR 2017 😃ANDA INGIN MEMULAKAN Perniagaan Pembekal Bahan Bakeri? 😅Tetapi TIADA pengalaman TIADA ilmu ? Modal KECIL ? & Ingin Buka Perniagaan di kawasan ANDA ? Tidak kira dimana LOKASI ANDA jauh dari BANDAR mahupun PEKAN , perniagaan ini TETAP MENJADI PILIHAN !
Assalammualaikum wbt .
Tuan / Puan / Encik / Dato' / Datuk / Datin Pihak chef obie merupakan Perunding Profesional-Gastronomi / Perniagaan Berasaskan Makanan.Salah satu program pihak kami rundingkan ialah
PROGRAM PROFESSIONAL ASAS MEMBUKA PERNIAGAAN PEMBEKAL BAHAN BAKERI 👉FILE KIT MANUAL Fee RM3800 sahaja ( Normal Fee Program RM 17 000 kini Fully Program telah di Upgrade Dan dikongsikan dalam File Kit Manual ) 💼FILE KIT MANUAL
Intro- 🍰Permintaan Pengguna
🍩Cabaran & Halangan 🍦Ilmu Pengusaha 🍭Landskap & Trends 🍨Kepelbagaian 🍮Kos 🍫Pemasaran 🍬Kejuruteraan List Bahan Bakeri 🍞Susun Atur Kedai 🍰Senarai Pembekal Bahan Bakeri
BONUS !!!!🏆🏆🏆🏆🏆 ANDA AKAN DIBERI STANDARD RESEPI MEMBUAT PELBAGAI JENIS TEPUNG SEGERA👇👇👇👌🍰Rahsia Membuat Tepung- tepung kek Segera 🍪Rahsia Membuat Tepung-tepung Cookies Segera & banyak lagi untuk dijadikan rujukan dan pedoman Semuanya didalam .. Kit Manual ASAS MEMBUKA PERNIAGAAN PEMBEKAL BAHAN BAKERI
Berminat ?😚😍😍😍😍 Sila Buat Pembayaran Penuh ke salah satu akaun pilihan di bawah : i- CIMB 7619121286
ii- MAYBANK 151409098193
iii- BSN 14005-41-00008021-7
atas nama Muhamad Gunawan Jamil
Selepas Membuat Pembayaran Sila beri Info melalui perkhidmatan Whatsapp ke 0172260719