Halaman

Khamis, 14 Julai 2016

Resepi Katering Open House : Nasi Minyak Terengganu Untuk 50 orang

Anda pasti inginbmencuba sesuatu yang baru dalam menu keluarga anda untuk Open House hari raya kali ini...
Chef obie kongsikan resepi untk 50 orang makan, 
biasanya 65 orang juga boleh...sebab termasuk kanak-kanak...
kepada pengusaha katering , chef dengan rela hati kongsikan resepi ini..sila gunakan dengan sebaiknya dan ajarlah kawan-kwan yang ingin tahu..anda jangan sombong kalau dah pandai masak nasi ini. share kan caring namanya..Anda dapat pun PERCUMA aje ...
Jadi enjoy..dengan ilmu memasak yang ada itu...


gambar courtesy google



Nasi Minyak Terengganu Untuk 50 orang 






Bahan nasi



5 kg beras Siam/beras biasa

650ml susu cair
5 biji bawang besar – mayang
20 ulas bawang putih – mayang
2 inci halia – hiris
5 helai daun pandan – hiris
10 sudu besar minyak masak
10 sudu besar majerin
5 sudu besar minyak sapi
6.25liter air
Garam secukup rasa


Pewarna merah sedikit



Bahan tumis nasi



5 batang kulit kayu manis
15 biji buah pelaga
15 kuntum bunga lawang
10 kuntum bunga cengkih

Bahan gulai

5 ekor ayam -potong
650ml santan pekat
15 sudu besar rempah kari nasi minyak
15 sudu besar cili giling
10 sudu besar kerisik
15 biji kentang dibelah
100ml air asam jawa
Gula melaka, gula, garam dan air secukup rasa.
50 biji Telur rebus ( jika tiada juga boleh- sebaiknya ada baru terengganu )

Bahan kisar gulai

20 biji bawang merah
15 ulas bawang putih
2 inci  halia
1 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup

Bahan tumis gulai

5 batang kulit kayu manis
15 kuntum bunga cengkih
15 biji buah pelaga
15 kuntum bunga lawang


Bahan Jelataah Mentah @ acar Mentah

2 batang timun buang isi rung, potong memanjang ( 1 inci )
6 biji Bawang kecil di mayang
1 batang Cili Merah dimayang
1/2 batang lobak merah potong menajang halus ( 1 inci )
2 biji perahan Limau Nipis
3 sudu besar Gula
1 sudu kecil garam


Cara Penyediaan



Tanak Nasi @ Masak Nasi


1. Beras dibersihkan dan tos airnya.
2. Minyak dipanaskan bersama majerin dan minyak sapi.
3. Tumiskan bahan tumis bersama bawang besar, bawang putih, halia dan daun pandan hingga berbau wangi.
4. Masukkan air dan kacau rata, biar mendidih.
5. Setelah mendidih, masukkan beras, susu cair serta garam secukup rasa. Kacau rata dan biarkan nasi masak.


6.setelah masak , renjiskan sedikit pewarna merah.Tutup nasi biar 5 minit, kemuidan gembar gemburkan nasi dan siap untuk dihidang



Masak gulai



1. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis bersama cili giling. Biarkan sehingga naik bau dan garing.
2. Masukkan bahan kisar dan kacau.
3. Apabila garing, masukkan rempah kari yang dibancuh bersama air, kacau rata hingga naik minyak.
4. Setelah itu, masukkan ayam bersama kentang serta air asam jawa dan bairkan masak seketika.
5. Masukkan santan pekat dan kacau sehingga mendidih.
6. Masukkan garam, gula, gula melaka secukupnya dan biarkan mendidih dan pekat kuahnya. Biar dengan api perlahan untuk lembutkan ayam.
7. Dah puas hati,baru masukkan telur rebus , biar sebentar dan akhir sekali angkat dan hidang bersama nasi minyak, acar dan sambal.


Jelataah Mentah atau acar mentah

1.Satukan ke semua bahan dalam mangkuk, gaul mesra dan simpan dalam peti sejuk 1 jam sebelum dihidang.








Menu Open House : RESEPI SOLOK IKAN POPULAR

Salam Lebaran

Masih dalam mood berhari raya?
Inginkan menu menarik untuk open house hari araya rumah anda? 
cuba salah satu menu yang wajib ada..kalau open house hari raya namanya..janganlah bee hoon goreng aje..laksa penang aje..apa kata cuba resepi solok ikan ni...sesuai dimakan bersama nasi putih dan nasi kerabu.
cuba jangan tak mencuba


Resepi Solok Ikan Popular

Bahan



12 ekor ikan kembung buang perut dan kaut isinya sahaja guna sudu

3 biji bawang besar kisar

6 ulas bawang putih kisar
1 sudu besar lada hitam kisar

1 biji  kelapa parut 

1/2 inci Halia kisar
1 batang cili merah kisar
8 batang cili api kisar
1 sudu kecil Serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk rempah kari ikan
1 biji telur
3 helai Daun limau Purut atau sedikit daun Kesom dihiris halus
garam dan gula sebagai perasa
minyak masak untuk menggoreng

ebook masakan PERCUMA

Cara Penyediaan 

1. Satukan ke semua bahan dalam mangkuk besar menjadi satu adunan yang telah mesra.

2.Sumbatkan adunan  ke dalam ikan kembung yang telah dibelah bahangian belakang sehingga selesai.

3.Panaskan minyak dan goreng sehingga masak, pastikan api sederhana sahaja.

Solok ikan amat sesuai dimakan bersama Nasi Kerabu dan nasi putih yang panas bersama p[ilihan lauk yang lain.






Album Lama Chef Obie Dan Akademi Laut Malaysia ( ALAM )


Dalam pada mood masih berhari raya ..bila chef obie dapat panggilan telefon daripada teman-teman dan sahabat sewaktu belajar bersusah payah bersama...terus mencari gambar-gambar lama dalam album lama....gigih tu

Disininya..bermula sebuah cerita..

Rekrued di ALAM atau lebih dikenali sebagai AKADEMI LAUT MALAYSIA
Rutin Dipenuhi Displin Yg Ketat!
Bersama Teman-teman Terpilih Berjuang Disini
Mencari & Mencipta Hala Tuju Karier..
"Terasa aku ni mcm paling pendek kalau bergambar dgn teman-teman...kalau korang yg tengok dalam gambar ada yg kenal sila lah bagi tau aku 
😊
,sampaikan batch yg ke berapa pun aku lupa... nampak sangat dimamah usia
😂😂😂
"



Kualiti gambar memang out...zaman tu tak ada smartphone..kite orang guna kamera canon yg berkodak film...kodak film habis aje tak dapat nak bergambar sakan macam sekarang ni...Tapi Value gambar ni amat berharga tau...

P.O Soya & aku



P.O Soya & Aku..banyak gambar aku dgn soya sebab.. kawan paling rapat diALAM


Aku...yg biasa biasa ...Tak tinggi sangat tak rendah sangat tak berapa nak berat...tak berapa nak ensem..tak berapa nak sweet ...( boleh Join group Nasyid ni..)


Ni lepas gambar lepas exam practical...


Praktical Memasak di Galley tu biasa... dan gambar ni masa aku tengah final exam western cooking


Aku ngan teman-teman CR ( Catering Ratings ) sebenarnye..aku rendah aje ni..aku jinjit kaki supaya nampak tinggi..hahahahaa
dari kiri aku -Ceduk , wowong , badak , sopak, kak jah ( staff ALAM )  , cekam dan soya