Halaman

Sabtu, 13 September 2014

Resepi Keropok Lekor Terengganu Popular Chef Obie

Keropok Lekor Terengganu Popular Chef Obie

Bahan( - )


2kg ikan selayang/ kembung 
10-15 ulas bawang putih 
2kg tepung ubi/kanji 
4 cawan tepung gandum 
2 sudu kecil baking powder 
Garam secukup rasa 
Perasa 
Air 

Cara-cara

1) Asingkan isi ikan dari tulang. 

2) Kemudian blender isi ikan bersama bawang putih dan sedikit air. Terpulang samada nak blender kasar atau halus kemudian tuang kedalam bekas. 

3) Masukkan sedikit garam, perasa, serbuk penaik dan tepung. Gaul sehingga tidak lekat pada tangan. Kalo lekat, tambah tepung kanji lagi. Adunan jangan terlalu keras dan jangan terlalu lembik. Sedang² ler asal

4)Sapukan tangan dengan sedikit minyak. Ambil sedikit adunan dan hempaskan ke atas meja bersih agar adunan mampat dan lembut (kalo ada yang nak release tension bleh la sambil²... Hehehehe). Barulah uli bentuk memanjang. Kalo ada mesin adunan yang sesuai tak perlu la hempas yer... 


5)Dalam periuk, didihkan air bersama sedikit minyak agar keropok lekor tidak lekat antara satu sama lain. Kemudian masukkan keropok lekor tadi. Keropok lekor akan terapung di permukaan air apabila dah masak. 


Bila dah timbul angkat dan tos. Sejukkan dan potong ikut citarasa memasing. Goreng dan siap untuk dihidangkan. Senangkan...huuuuu 
Selamat Mencuba yea...







Resepi Kek Layer Popular - Kek Andalusia Tepung Hairan


Kek Andalusia 
( kek coklat+kekacang,buah kering & bijirin+ krim )

Bahan

280 ml Krim Putar
80gm Keju Mascarpone
40gm Gula Aising
Inti Snek Bijirin :
100 gm Emping Jagung dikisar kasar
200 gm Nestum
200 gm Campuran Kekacang ( kacang Tanah , Pistachio,Gajus & Badam dipanggang dan dikisar)
60 gm Kismis atau Fig atau Aprikot kering dicincang
100 gm Mentega
200ml Madu

Bahan Kek :

1 Paket Tepung Hairan
1 cawan @ 250 ml  Air
½ cawan @ 125 ml Minyak Masak

Cara Membuat :
1.Masukkan air dan minyak ke dalam tepung hairan, kacau sebati.Masukkan adunan ke dalam bekas@loyang pembakar 7 inci bakar pada suhu 160’c selama 35-40 minitSiap sejukkan dahulu.

2.Masukkan ke semua bahan kering untuk inti bijirin ke dalam mangkuk, masukkan mentega yang telah dicairkan dan madu, kacau sebati dan letakkan dalam Loyang 7 inci, bakar sebentar selama 10 minit 160’c.Siap sejukkan.Kemudian pukul krim putar , keju mascarpone bersama gula aising sehingga menjadi krim, simpan peti sejuk sebentar.

3.jadikan coklat kek sebagai base, letak Inti bijiran yang telah dibakar di atas kek dan paipkan krim diatas inti bijirin.Siap untuk dihidang.



Resepi Kek Komersial - Kek Hazel Sandwich Chef Obie


Kek  Hazel Sandwich

Bahan Kek :

1 Paket Tepung Hairan
1 cawan @ 250 ml  Air
½ cawan @ 125 ml Minyak Masak
¼ cawan Serbuk Kacang Hazelnut
Sponge Kek secukupnya

240 gm Mentega
60gm Gula Kastor
60 gm Serbuk Badam

Cara Membuat :

1.Masukkan air, minyak , serbuk kacang hazelnut ke dalam tepung hairan, kacau sebati.Masukkan adunan ke dalam bekas@loyang pembakar 7 inci bakar pada suhu 160’c selama 35-40 minit Siap sejukkan dahulu.

2.Pukul mentega bersama gula hingga kembang, masukkan serbuk kacang hazelnut, pukul sebentar.



3.Sponge kek dijadikan base dan topping kek,sapukan krim kemudian letak kek coklat ditengah sapukan krim lagi dan akhir sekali sponge kek, hias mengikut kreativiti.


Resepi Ayam Masak Ungkep Popular Chef Obie


ResepiAyam Masak Ungkep

Bahan

½ ekor                           Ayam ( dipotong )
2 sudu besar                  Biji Ketumbar ( disangai dan dikisar )
1 sudu kecil          Jintan Manis ( disangai dan dikisar )
1 sudu kecil          Lada Hitam ( dikisar )
1 biji                    Bawang Besar ( dikisar )
3 biji                    Bawang Merah ( dikisar )
2 batang               Serai ( diketuk )
1 ½ inci                         Kunyit Hidup  ( dikisar )
3 biji                    Ubi kentang ( dipotong dadu )
300ml                            Santan
700ml                            Air
1 keping               Asam keping / gelugur
Gula dan Garam secukup rasa

Cara Membuat.

1.Kisar sekali semua bahan yang perlu diksar.

2.Didihkan air , santan , Bawang besar , bawang merah , kunyit hidup , lada hitam , serai dan asam keping.

3.Masukkan ayam yang telah dipotong kacau sebentar dan biar ia seketika.Kemudian masukkan pula ubi kentang yang telah dipotong dadu dan biar ia mendidih lagi.

4.Akhir sekali masukkan gulan dan garam secukup rasa.Pastikan ubi kentang lembut dan ayam masak.Siap dihidang bersama nasi putih .


Resepi Kek Keju Buah Naga Popular Chef Obie


Kek Keju Buah Naga
@
Dragonfruit Cheesecake

Peralatan :
Tray 7  inci  , 8 inci & 9  inci
Mixer @ Hand Mixer , Spatula , Parcthment Paper , Piping bag
Bahan  ;
280ml         Whipping Cream
80 gm Krim Keju
45gm Gula Aising
18gm Gelatine
50gm Air
250gm        Puree Dragonfruit
Bahan Topping :
130gm        Puree Dragonfruit
1 sudu besar         Gelatine
60gm Air

Cara membuat :

1.Pukul whipping cream , krim keju bersama gula aising sehingga kental.( simpan dalam peti sejuk.

2.Air campur Gelatine (cairkan ), masukkan ke dalam puree dragonfruit.

3.Adunan puree mangga yang telah ade gelatin dimasukkan ke dalam whipping cream dan dikacau sebati dengan perlahan.

4.Gunakan base sponge cake untuk dragonfruit cheesecake ini, anda juga boleh buat 3 layer sponge dengan filling atau hanya menggunakan 1 base sponge sahaja.( spring form )

5.Topping, Cairkan gelatin dan campurkan ke dalam puree mangga dan tuang ke atas permukaan mango mousse cake.  Sejukkan dalam peti sejuk.



Kelas Masakan Lauk Pauk Berasaskan Ayam Chef Obie






Kelas Masakan Untuk Surirumah , Masakan Gerai , Restauran , Katering dan Hotel :


Kelas Masakan Lauk Pauk Berasaskan Ayam ( local )
Pilihan :

Ayam Masak Rendang
Ayam Masak Kari ( India Selatan/ India Utara )
Ayam Masak Kicap
Ayam Masak Kalio
Ayam Masak Merah
Ayam Masak Tomato
Ayam Masak Paprik
Ayam Masak Lemak / Lemak Cili Api
Asam Pedas Ayam ( Johor / Melaka )
Ayam Goreng Berempah
Ayam Masak Kalio
Ayam Masak Hijau
Ayam Masak Sambal
Ayam Masak Tiram
Ayam Masak Berlada
Ayam Masak Masam Manis
Semur Ayam Bumbu Merah
Semur Ayam Bumbu Gurih
Ayam Masak Madu
Ayam Masak Merah Madu
Ayam Masak Ungkep
Ayam Masak Ketuk / Berempah
Ayam Masak Kuzi
Ayam Masak Betutu ( Bali )
Ayam Masak Halia
Ayam Masak Mentega
Sup Ayam Mamak
Sup Ayam Melayu
Ayam Pandan

Merujuk Menu diatas- Pelajar perlu memilih 6 jenis masakan.
8 jenis masakan yang telah dipilih perlu diberitahu kepada
chef.

Tenaga Pengajar : Chef Obie

Masa : 11 pagi hingga 3 petang

Tarikh : Hubungi Hotline 017 2260719 untuk menetapkan tarikh kelas.
Kelas diadakan Isnin Hingga Khamis , Sabtu dan Ahad.

Hanya Public Holiday dan Hari Jumaat Tiada Kelas Masakan.

Terbuka Dan Tiada Had Umur

Yuran @ Fee kelas : Hubungi 017 2260719

Sijil Kehadiran akan diberi kepada peserta.
KEPERLUAN : Pelajar perlu membawa Apron sendiri , Alat Tulis ,
Tuala dapur

TEMPAHAN KELAS : Untuk menempah kelas persendirian chef Obie .
Hubungi talian 017- 2260719 atau email ke gunawan.jamil@gmail.com ,
\ untuk menetapkan Tarikh kelas dan Masa Kelas ,
Deposite Yuran Kelas RM xxx perlu dimasukkan ke
Akaun MBB Maybank Muhamad Gunawan Jamil
Nombor Akaun 151409098193

LOKASI KELAS : Merdeka Villa, Ampang ( landmark- Spectrum Mall )


Kelas Asas Kek 3D Spongebob Squarepants & Friends








Kelas Asas Kek 3D Chef Obie 2014

Modul Figurine 3D Spongebob Squarepants & friends( 3D Personal Teaching )
Bulan Mac , April, Mei Dan Jun



Asas Membuat Fondant Homemade( Resepi )

Gumpaste ( Resepi diberi )
Teknik Asas membentuk figurine 3D 
Teknik Penggnaan Warna Gel / Dry Pada Fondant & Gumpaste
Teknik Cutter & Scrapper
Scratch

Tips penggunaan & Penyimpanan.

Fee atau Yuran: RM1500

Tarikh : Hanya Public Holiday dan Hari Jumaat Tiada Kelas Masakan.
Hubungi Hotline 017 2260719 untuk menetapkan tarikh kelas.
Kelas diadakan Isnin Hingga Khamis , Sabtu dan Ahad.

Masa : 11 pagi - 4 petang
Tengahari 130-2 ptg rehat

Sijil Kehadiran akan diberi kepada peserta.
KEPERLUAN : Pelajar perlu membawa Apron sendiri , Alat Tulis ,
Tuala dapur

TEMPAHAN KELAS : Untuk menempah kelas persendirian chef Obie .
Hubungi talian 017- 2260719 atau email ke gunawan.jamil@gmail.com ,
\ untuk menetapkan Tarikh kelas dan Masa Kelas ,
Deposite Yuran Kelas RM xxx perlu dimasukkan ke
Akaun MBB Maybank Muhamad Gunawan Jamil
Nombor Akaun 151409098193

LOKASI KELAS : Merdeka Villa, Ampang ( landmark- Spectrum Mall )








Kelas Asas Fondant & Gumpaste Chef Obie




Kelas Asas Fondant & Gumpaste Chef Obie

Modul Deko Bunga Ros ( 3D Personal Teaching )
Bulan Mac , April, Mei Dan Jun



Asas Membuat Fondant Homemade( Resepi )

Asas Membuat Gumpaste Homemade( Resepi )
Asas Membuat Bunga Ros Kecil
Asas Membuat Bunga Ros Besar
Teknik Penggnaan Warna Pada Fondant & Gumpaste

Tips penggunaan & Penyimpanan.

Fee atau Yuran: RM1200

Tarikh : Hanya Public Holiday dan Hari Jumaat Tiada Kelas Masakan.
Hubungi Hotline 017 2260719 untuk menetapkan tarikh kelas.
Kelas diadakan Isnin Hingga Khamis , Sabtu dan Ahad.

Masa : 11 pagi - 4 petang
Tengahari 130-2 ptg rehat

Sijil Kehadiran akan diberi kepada peserta.
KEPERLUAN : Pelajar perlu membawa Apron sendiri , Alat Tulis ,
Tuala dapur

TEMPAHAN KELAS : Untuk menempah kelas persendirian chef Obie .
Hubungi talian 017- 2260719 atau email ke gunawan.jamil@gmail.com ,
\ untuk menetapkan Tarikh kelas dan Masa Kelas ,
Deposite Yuran Kelas RM xxx perlu dimasukkan ke
Akaun MBB Maybank Muhamad Gunawan Jamil
Nombor Akaun 151409098193

LOKASI KELAS : Merdeka Villa, Ampang ( landmark- Spectrum Mall )



Langkah demi Langkah




Assalammualaikum wbt,
mmmm... tibe hari jumaat ...Alhamdulillah
semoga anda semua juga happy2 , ceria & sihat yea.. tak mau r moody2..x elok gitu..
okaylah hari ni chef obie juz nak inform ebook yang bakal released tak lama lagi iaitu ebook Fondant Icing & Gumpaste Chef Obie... bie berkongsi teknik, cara membuat  fondant Icing from scratch dengan mudah dan cantik , gumpaste pun from scratch, cara nak menggunakan fondant icing & gumpaste dengan betul dan lebih profesional & banyak lagi la...


Cara menggunakan warna & jenis warna....


Cara menggunakan fondant icing.... & gumpaste!!! pasti menarik...
jadi anda semua yang ingin mengetahui cara dan rahsianya...bolehlah miliki ebook " Fondant Icing & Gumpaste Chef Obie " yang akan mula dijual pada 20 / 09 / 2014