Halaman

Rabu, 8 April 2015

Resepi Air Asam Ikan Bakar Popular



Resepi Air Asam Untuk Ikan Bakar

Bahan

Segenggam asam jawa 

3/4 cawan air suam @ secukupnya 
1 biji bawang besar ( saiz sederhana ) – dipotong dadu
1/2 biji bawang Holland dipotong dadu 

10 biji cili padi ( mengikut keperluan ) – dipotong
1 batang Cili Merah dimayang 

1 biji buah tomato – di potong dadu 
1/2 Biji Hirisan Limau Nipis

gula ,  garam dan sedikit stok ayam ( jika suka ) 

 Cara membuat : 
  • Satukan asam jawa dengan anggaran 3/4 cawan air suam dan dikacau dengan sudu kemudian diambil patinya. 
  • Ulang langkah tadi dengan menggunakan 1/2 cawan air suam pula utk mengambil baki pati air asam tadi. 
  • Air asam yg telah diambil patinya tadi diketepikan. 
  • Pati air asam di campurkan semua bahan seperti gula, garam, serbuk perasa, cili padi ,cili merah , tomato , hirisan limau nipis dan bawang merah juga holland yang telah dipotong dadu tadi. 
  • Sesuaikan rasa kemudian bolehlah dihidangkan bersama pelbagai jenis ikan bakar.
Dapatkan ebook terkini chef obie sila klik


 ebook masakan PERCUMA








Dapatkan ebook terkini chef obie sila klik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan