Resepi Air Asam Untuk Ikan Bakar
Bahan
Segenggam asam jawa
3/4 cawan air suam @ secukupnya
1 biji bawang besar ( saiz sederhana ) – dipotong dadu
1/2 biji bawang Holland dipotong dadu
10 biji cili padi ( mengikut keperluan ) – dipotong
1 batang Cili Merah dimayang
1 biji buah tomato – di potong dadu
1/2 Biji Hirisan Limau Nipis
gula , garam dan sedikit stok ayam ( jika suka )
Cara membuat :
- Satukan asam jawa dengan anggaran 3/4 cawan air suam dan dikacau dengan sudu kemudian diambil patinya.
- Ulang langkah tadi dengan menggunakan 1/2 cawan air suam pula utk mengambil baki pati air asam tadi.
- Air asam yg telah diambil patinya tadi diketepikan.
- Pati air asam di campurkan semua bahan seperti gula, garam, serbuk perasa, cili padi ,cili merah , tomato , hirisan limau nipis dan bawang merah juga holland yang telah dipotong dadu tadi.
- Sesuaikan rasa kemudian bolehlah dihidangkan bersama pelbagai jenis ikan bakar.
Dapatkan ebook terkini chef obie sila klik