( Sesuai untuk dinikmati bersama menu Soto , Mee Sup ,Bee Hooon Sup mahupun Aneka Nasi Berlauk )
Assalammualaikum wbt semua,
#StayAtHome protect your community agains COVID 19
Syukur Alhamdulillah , pagi ini Chef Obie sukacita ingin kongsikan satu resepi yang mudah dan sedap , kalau tak ada benda alah ini dalam sesetengah hidangan seperti Soto , Mee Sup , Bee Hoon Sup memang tak cukup sifat lah satu-satu hidangan itu. Umpama romeo dan juliet , P.Ramlee dan Saloma , Irama Dan Lagu...begitu lah lebih kurang perumpamaannya.
Tidak lain tidak bukan iaitu Bergedil , Ya Bergedil Kentang yang mudah disediakan dan sedap untuk dinikmati.
Jom terus ke resepi ,
Bahan Utama
500 gm Ubi Kentang Dipotong dadu dan digoreng
1 sdb Rempah Sup ( Adabi )
2 inci Lobak Merah Di potong dadu kecil1 btg Cili Merah Dimayang halus
2 sdb Bawang Goreng
2 btg Daun Sup + Daun Bawang dimayang
1 sdt Serbuk Lada Sulah
1/2 sdt Lada Hitam kisar @ ketuk
1 1/2 sdt Garam
1 sdt Serbuk Stok Ayam
Minyak Masak Secukupnya untuk menggoreng
1 biji Telur ( di pukul dengan secubit garam )
Cara Penyediaan
1.Satukan ke semua bahan , kecuali telur ke dalam bowl .
2. Lenyekkan Ubi kentang ( boleh guna tangan ramas , guna sudu , sudip , batu lesung atau pemenyet samabl dan ayam penyet - chef gunakan ini ) . Lenyekkna sehingga lumat atau lembut .
3. Uli mesra atau sebatikan ubi kentang yang dilenyek dengan semua bahan diatas.
4. Kepalkan adunan bergedil mengikut citarasa anda , inginkan saiz besar ? saiz sederhana ? mahupun kecil its up to you okay , just kepalkan sehingga selesai.
5. Panaskan minyak , api sederhana sahaja , standby kan telur sebiji yang telah diletak sedikit garam dan dipukul . Celupkan satu demi satu bergedil ke dalam bancuhan telur , toskan sebelum masukkan ke dalam pan penggoreng. Goreng sehingga kuning keemasan, bolak balik untuk keseragaman masaknya.
6. Toskan bergedil yang telah digoreng dengan cantik , dan boleh lah dinikmati bersama hidangan menu yang anda suka seperti Soto , Mee Sup , Bee Hoon Sup mahupun aneka nasi berlauk. Semoga perkongsian kecil ini memberi manfaat mahupun memberi keyakinan kepada anda membuat dan memasak sendiri bergedil dengan sedap dan cantik. Dengan rendah hati Chef Obie ingin anda FOLLOW FB PAGE : BAZAAR CHEF OBIE , yang dipenuhi dengan Aneka Resepi , Informasi , Produk , Kelas , Tempahan Makan , Tempahan Hasil Seni lukisan yang dilukis sendiri oleh chef obie dan File Kit Perniagaan Makanan.
TEMPAHAN LUKISAN POTRAIT
Kepada yang menyukai hasil lukisan tangan potrait dan kreativiti pengunaan watercolour eksklusif boleh hubungi Pihak Chef Obie.Lukisan dilukis oleh Chef Obie Sendiri.
Hubungi MGJ CONSULTANCY
http://www.wasap.my/60172260719 Chef Obie
http://www.wasap.my/60169166010 PA Nesa
http://www.wasap.my/60137326939 Encik Fad