CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY
AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI. DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.
MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN
MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA
Resepi Pasta Alfredo atau dalam bahasa itali Salsa all’ Alfredo
Bahan
90 gm Mentega
2/3 cawan Krim Masakan / whipping krim
90 gm keju Parmesan ( diparut )
Garam secukupnya
Lada hitam / Putih secukupnya
Daun Parsley dicincang halus
250 gm Pasta ( boleh gunakan Fettucine atau Tagliatelle , tapi orang kite dah terbiase dengan spaghetti jadi boleh juge r kalau korang suke)
Cara Membuat :
1.Panaskan mentega dalam pan , kacau perlahan dengan api yang kecil @ rendah, jangan sampai hangus!
2.Apabila mentega telah cair, masukkan krim masakan atau whipping krim ( bie suke cadangkan anda menggunakan whipping krim, mengaaapa whipping krim? Kerana ia berfungsi 2 dalam 1.. ok nanti kite citer, continued masak ).
3.Kacau perlahan untuk seketika, angkat pan dari api, Masukkan keju parmesan yang telah diparut , garam secukup rasa dan lada hitam atau putih kacau kembali d atas api.Lebih kurang 1 minit. Sauce Alfredo telah siap dan secara tradisional orang itali, sauce alfredo yang tengah panas ni terus dituang ke pasta fettucine atau pun tagliatelle yang telah direbus dahulu dan kemudian digaul mesra . Akhir sekali taburkan dengan parsley yang telah dicincang. Terbaik wok! IG : chef_obie_official FB : chefobie untold whatsapp : 0172260719
Resepi otak –otak Johor paling sedap! IG : chef_obie_official FB : chefobie untold whatsapp : 0172260719
Resepi asli original bukan cap ayam bukan cap cangkul!gurau aje..heee
Jangan segan-segan menggunakan resepi bie ni...
kite enjoy!
Bahan
1 ekor @ 1.2 kg Ikan Parang
1 ½ biji Kelapa Parut
2 inci Halia
2 inci Lengkuas
1 sudu kecil Jintan Putih
2 sudu kecil Jintan Manis
4 @ 5 batang Serai
1 sudu kecil Serbuk Lada Putih
3 @ 4 batang Cili Merah
1 sudu kecil Serbuk kunyit
Secukup rasa Garam
Sedikit Pucuk kelapa / Nipah ( daun buat ketupat pun boleh )
Cara Membuat
1.Ikan parang tu dibuang kepala dan ekornya dan potong sebelah menyebelah antara tulang belakangnya.Lepas tu kikis isinye dengan pisau seberapa yang korang dapat.Cara tradisi selepas dapat isi ikan parang ni, isinya digiling terlebih dahulu atau ditumbuk dengan batu lesung kemudian masukkan dalam bekas Tupperware atau ape-ape aje bekas yang korang ade kat dapur tu, yang penting bersih suci!.
2.Bawang merah , Bawang putih Jintan Putih , jintan manis , halia , lengkuas , lada putih , garam , cili merah , serai yang telah dikerat nipis- nipis semuanya lepas tu digiling halus-halus hingga bersatu semua bahan. Sekarang tak ade giling kat rumah jadi korang guna aje lah blender ..senang aje blend kesemua bahan hingga sebati .
3.lepas tu masukkan bahan blender tadi ke dalam bekas berisi ikan parang tadi bersama serbuk kunyit.Juga kelapa parut.
4.Perlu dingat ni hal kelapa parut pulak, kalau pi kedai beli kelapa parut, minta tukang parut kelapa parut halus-halus nak isinya yang putih aje, tak nak sampai kulit arinye diparut.Kalau kelapa parut yang sedia ade kat dalam peti ais korang tu kalau boleh blender kering dahulu kasi ia halus sikit... senang aje kan arahan chef obie ni…
5.Selepas tu korang Cuma perlu ramas iisi ikan parang tu dengan rempah – rempah dan kelapa parut hingga cukup sebati dan dalam masa yang sama korang taburkan garam sehingga cukup rase, kalau korang suke guna serbuk perase..boleh lah letak siki.Cara tradisi tak ade guna perase..
6.Haa ni die, ambil pucuk kelapa atau nipah dipotong 8 inci panjang dan masukkan otak-otak itu 1 sudu besar ke dalam daun itu dan tangkupkan dengan sehelai lagi daun lalu disemat hujung pangkalnye dengan lidi. Buatlah hingga selesai semuanya.
7.Setelah siap barulah boleh dibakar diatas bara api seperti orang membakar satay!Bile Nampak daun otak-otak tu layu hendak gareng..bolehlah diangkat..
Yea..yea…dah pandai buat otak-otak..
Obie can cook so can you.. so .. so.. so.. what? Juz make funny-funny , smile always and enjoy yourself