CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Rabu, 30 Ogos 2017

Ucapan Dan Pantun Selamat Hari Raya Aidiladha Chef Obie

Salam Aidiladha kepada muslimin dan muslimat sedunia...gitew..

Kepada anda yang melayari blog chef obie...semoga Anda dilindungi dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Kepada yang berjauhan daripada keluarga pada hari raya puasa kelmarin kerana tak dapat bercuti hari raya puasa ..moga-moga hari raya haji ini..turn anda bercuti..kalau cuti diluluskan..ucap terima kasih kepada boss..

Baliklah ke kampung bagi yang masih ada kampung ,
lawati mak abah..layani mereka sebaik baiknya..

Bukan apa...sekadar ingatan..
Dahlah nak bertanya khabar mak abah selalu pun korang malas..liat..konon bz..whatsapp kawan-kawan boleh pulak..bergroup macam-macam..tapi nak whatsapp tanye khabar orang tua pun belum tentu kaaan....apa lagi akalu nak call mereka !

Ihklas chef obie tulis untuk anda yang sejenis dan sebegitu spesisnya anggaplah teguran dan sebagai ingatan yang baik untuk diri anda dan diri chef sendiri...

Semoga terasa...dan semoga ada manfaat dan kebaikan daripada tulisan chef obie yang simple ini...walau tidak lah semesra mana dan tidaklah sepandai mereka yang menulis dalam blog mahupun website acah acah gempak tapi biasa-biasa aje huuu....

Chef pun nak cuba berpantun..untuk anda yang rajin melayari blog chef obie ini..

BERHATI HATI DIJALAN RAYA
BIAR LAMBAT ASALKAN SELAMAT
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT

Yang Buruk itu datangnya daripada diri chef obie sendiri ,Dan yang baik itu datangnya dari Allah swt.


Wassalam...


pix chef Rahim & chef obie









KELAS / KURSUS MASAKAN UNTUK PERNIAGAAN SILA KLIK LINK DIBAWAH INI
KELAS MASAKAN BIZZ & TESTIMONI PELAJAR
whatsapp : 0172260719 chef obie






Terima Kasih

Kelas / Kursus Masakan Bizz Dan Testimoni Pelajar 2017 / 2018




KELAS / KURSUS MASAKAN UNTUK PERNIAGAAN SILA KLIK LINK DIBAWAH INI
KELAS MASAKAN BIZZ & TESTIMONI PELAJAR
whatsapp : 0172260719 chef obie



Terima Kasih

Ahad, 27 Ogos 2017

Rojak Buah : Resepi Kuah Rojak Popular & jom layan aiman tino- ku hanya sayang padamu !

RESEPI KUAH ROJAK BUAH chef obie 

Dalam berhujung minggu dengan keluarga , sambil layan sea games apa kate rajin-rajinkan diri ke dapur jap..kite buat Rojak Buah..yang penting kuah rojaknye...jom layan kuah rojak yg popular ni...sambil layan lagu Aiman tino..hahaha ku hanya sayang padamu..lagu rumaje okay juge kan !




Bahan untuk kuah:

500 g gula merah + 100 gm Gula Perang dimasak dengan 2 cawan air.
300 g gula pasir
1 cawan cili kering dikisar halus
1 botol kicap pekat ( 330 ml)
1 botol cili sos (340g)
1 botol otak udang (240g)
1/2 Inci belacan
4 cawan air
Buah-buahan pilihan anda.

Sampingan Hiasan - Kacang tanah digoreng & ditumbuk kasar

Cara Penyediaan :
1. Masak gula merah dgn 2 cawan air.Bila dah mendidih tapis.

2. Satukan kesemua bahan kedalam periuk.kacau rata.

3. Masak sehingga kuah memekat.Bila dah memekat tutup api.

4. Sejukan kuah dan simpanlah kuah didalam bekas yang bertutup.Simpan didalam peti sejuk .Siap untuk digunakan.

Tips: Nisbah 1 senduk kuah rojak : 1 pinggan / bekas polysterin buah-buhan pilihan yg telah dipotong.

5.Akhir sekali selepas kuah rojak dicampur gaul dgn buah pilihan.Taburkan kacang tumbuk di permukaan.

Selamat Mencuba

FOLLOW IG : chef_obie_official

fb : chefobie untold





KELAS / KURSUS MASAKAN UNTUK PERNIAGAAN SILA KLIK LINK DIBAWAH INI
KELAS MASAKAN BIZZ & TESTIMONI PELAJAR
whatsapp : 0172260719 chef obie
 
 


#takhensemmanistuade #kelasmasakanbizz
#rojak #rojakbuah #resepirojak #resepi#resepimudah #chefonduty#chefobie





Aiman Tino - Ku Hanya Sayang Padamu

Mungkin kali ini
Bukan lagi aku
Yang kau sakitkan

Mungkin tiada lagi
Ku di dunia ini
Kau bidadari

Bila malam bila rindu
Tiap Kali ku cuba melupakan mu
Ada sajamu Kara padaku
Aku dihidupmu
Bukan aku mau jauh
Bukan juga ku benci pada dirimu
Bukan niat ku lukai kamu
Bukan diriku
Benar... ku hanya saying padamu
Bukan nya takdirku
Untuk bersamamu
Jika... setiap langkah ku ini
Terhenti disini
Until selamanya
Izinkan ku pergi

Bila malam bila rindu
Tiap Kali ku cuba melupakan mu
Ada sajamu Kara padaku
Aku dihidupmu
Bukan aku mau jauh
Bukan juga ku benci pada dirimu
Bukan niat ku lukai kamu
Bukan diriku
Benar... ku hanya saying padamu
Bukan nya takdirku
Untuk bersamamu
Jika... setiap langkah ku ini
Terhenti disini
Until selamanya
Izinkan ku pergi


Izinkan ku pergi
Izinkan ku pergi

Terima Kasih

Resepi Istimewa Dari Ikan Patin : Ikan Patin Crispy Bersos Pedas Manis Abang Jamil

Bila sebut ikan patin aje korang mesti ingat pada satu menu ni aje 
iaitu menu Ikan Patin Gulai Tempoyak ..

Tak kire la ikan patin sungai atau ikan patin bela..yang teramat popular 
di Negeri Pahang hinggakan masakan jenis itu yang menggunakan ikan patin sungai ni
boleh mencecah ratusan ringgit seekor..walllaweeei..

Tak apelah ..biarkan hargenye itu..kerana kite masih juga boleh menikmati
ikan patin ini dengan menu yang lain..dah cuba menu ikan patin yang digoreng crispy ?
Kalau belum pernah korang wajib cuba okay..Resepi ada dibawah ini..chef obie creations !




IKAN PATIN CRISPY BERSOS PEDAS MANIS ABANG JAMIL

Bahan

500 gm Dory fillet ( adalah ikan patin & mostly ramai yg tak tahu 
Dipotong jejari )
1 biji telor
1 sudu kecil garam & 1 sudu besar cili flakes

Bahan Tepung Goreng
1 cawan Tepung gandum
2 sudu besar Tepung Jagung
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu besar cili flakes
1/2 sudu besar Garam Halus
1 sudu kecil stok ayam

Bahan Sos Pedas Manis Abang Jamil

2 ulas bawang putih cincang
1/2 biji bawang hollang ( dadu )
1/2 biji cili benggala ( dadu )
1/2 btg cili merah ( mayang )
1/2 btg cili hijau ( mayang )
2 btg cili api ( mayang )
1/2 cawan thai sos cili
6 biji baby tomato
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil stok ayam
Sedikit air
Daun bawanh (hiasan )

Cara Penyediaan :

1.Gaul mesra ikan patin bersama telur,garam dan cili flakes.

2.Salutkan dgn bhn tepung kemudian goreng sehinga kuning keemasan.ketepikan.

3.Bahan sos- tumiskan bawang putih sehingga garing kemudian masukkan ke semua bahan biar mendidih dan memekat. Siap utk dihidang bersama ikan patin goreng & nasi putih panas...yuuummmy abang jamil kate

#resepi #ikanpatin #ikanpatingoreng#takhensemmanistuade #sos #kelasmasakan








KELAS / KURSUS MASAKAN UNTUK PERNIAGAAN SILA KLIK LINK DIBAWAH INI
KELAS MASAKAN BIZZ & TESTIMONI PELAJAR
whatsapp : 0172260719 chef obie
 
 




Terima Kasih

Resepi Masakan Pilihan Netizen : RESEPI NASI KAO MOK GAI atau NASI MANGKUK TINGKAT

Resepi Masakan Pilihan netizen : RESEPI NASI KAO MOK GAI atau NASI MANGKUK TINGKAT 


Apabila anda seorang yang gemar mencuba masakan dari negara Thai , boleh lah mencuba NASI KAO MOK GAI atau lebih dikenali dengan Nasi Mangkuk Tingkat.

Penyediaan yang mudah dan cara masak yang tidak menggunakan banyak bahan dan tiada berlemak yang keterlalauan menjadikan NASI KAO MOK GAI ini popular dikalangan petani dan pekrja kebun disana.

Sejarah menceritakan , si isteri petani akan menyediakan hidangan NASI KAO MOK GAI untuk para suami mereka sebelum berangkat bekerja membanting tulang di kebun mahupun disawah padi dan ladang-ladang.

Chef obie telah kongsikan resepi ini dalam Majalah RASA keluaran Karangkraf untuk tatapan pembacanya.



NASI KOMOK ( KAO MOK GAI )
*5 orang 

Bahan NASI KOMOK

500 gm Beras Siam
1 sdb Minyak Sapi
1 sdb Jintan Manis
1 sdb Serbuk Ketumbar
1 btg Serai ( titik / ketuk )
2 kuntum bunga lawang
1 btg kulit kayu manis
Air Rebusan Ayam secukupnya
Garam & gula secukupnya

Bahan SAYUR AIR KOMOK

200gm kobis dihiris
1/2 btg lobak merah
2 ulas bawang merah dimayang
1 sdb cili kisar
1 keping Asam Gelugor
Sedikit Daun Bawang
3 btg cili api ( ketuk )
1 sdb Sos Ikan
1 btg Serai ( titik / ketuk )
Garam & Gula secukupnya

Bahan SAMBAL BILIS KOMOK

150gm Ikan Bilis digoreng garing
150gm Kacang tanah digoreng garing
1 btg Cili Merah dimayang
5 btg Cili Api dimayang
2 helai daun limau purut dihiris
1 biji bawang besar dimayang
1 ulas bawang putih diketuk
Garam & gula secukup
Minyaknmasak secukupnya
*mangkuk tingkat

Cara Penyediaan :

1.NASI KOMOK : Satukan ke semua bahan dlm periuk.Masak seperti nasi biasa.

2.SAYUR AIR KOMOK : Satukan ke semua bahan dlm periuk masak dgn api sederhana.

3.SAMBAL BILIS KOMOK: Tumiskan bawang merah , putih , cili merah , cili api hingga wangi, masukkan bilis dan kacang goreng.Perasakn dgn gula dan garam.

*NASI KOMOK juga boleh dihidang dgn ayam goreng kunyit.
Semua hidangan dihidang dlm mangkuk tingkat..boleh lah korang bawak bekal mangkuk tingkat ke tempat kerja nanti
 

#takhensemmanistuade #kelasmasakanbizz#filekitdancdromperniagaanmakanan #nasikomok#kaomokgai







KELAS / KURSUS MASAKAN UNTUK PERNIAGAAN SILA KLIK LINK DIBAWAH INI
KELAS MASAKAN BIZZ & TESTIMONI PELAJAR
whatsapp : 0172260719 chef obie
 





Terima Kasih

Sabtu, 26 Ogos 2017

MENU DAN RESEPI LEPAS BERSALIN ATAU LEPAS MENJALANI PEMBEDAHAN MINOR ATAU MAJOR

MENU & RESEPI
LEPAS BERSALIN @ LEPAS MENJALANI PEMBEDAHAN MINOR @ MAJOR


RESEPI BETIK MASAK BENING LADA HITAM & SELASIH

Bahan Utama

1 biji Betik Muda ( dibuang biji,buang kulit dan dihiris sederhana )
anda juga boleh gantikan kepada ikan haruan.
1 sdb lada hitam ditumbuk( jgn gunakan serbuk lada hitam )
2 sudu besar Ikan Bilis
1 ulas Bawang Putih diketuk
1 biji bawang besar dimayang
Segenggam Daun Selasih segar
Sedikit Garam Bukit
1 liter Air ditapis ( bersih )



Cara Penyediaan :

1.Didihkan air dlm pot.Masukkan ke semua bahan kecuali daun selasih dan garam.

2.Apabila telah mendidih sekali lagi,maaukkan daun selasih dan perasakn dgn garam bukit.Matikan api.

3.Dihidangkan bersama nasi putih atau bubur nasi.

Amat sesuai utk mereka yg baru lepas bersalain atau barublepas menjalani pembedahan kecil atau besar.

Dinikmati juga bersama ulam ulaman. ( sambal belacan sila elakkan dahulu sehingga habis pantang atau pulih dari pembedahan )



FB : chefobie untold
IG : chef_obie_official
Website : chefgunawanmalaysia.blogspot.com
Sila Google : chef obie

 



KELAS / KURSUS MASAKAN UNTUK PERNIAGAAN SILA KLIK LINK DIBAWAH INI
KELAS MASAKAN BIZZ & TESTIMONI PELAJAR
whatsapp : 0172260719 chef obie
 






Terima Kasih

2 juta @ 2,000 000 views blog chef obie

2,000 000 views blog chef obie


Salam & Selamat Berhujung Minggu

chef obie nak ucapkan

TERIMA KASIH @ THANK YOU FOR 2 MILLION view chefgunawanmalaysia.blogspot.com
( sbb baru setahun jgung , try & error aje )

Kepada Anda yg menyokong aktiviti chef obie selama ini..Love U Olls & keep in touch..rajin2 lawat blog kite yg sempoi aje ni..selain info,resepi juga aktiviti chef ...
Kepada yg belum pernah datang melawat , Sila taip di Google search : chef obie
Anda akan dibawa terus ke link chefgunawanmalaysia.blogspot.com


#2juta #2million #takhensemmanistuade#kelasmasakanbizz





KELAS / KURSUS MASAKAN UNTUK PERNIAGAAN SILA KLIK LINK DIBAWAH INI
KELAS MASAKAN BIZZ & TESTIMONI PELAJAR
whatsapp : 0172260719 chef obie
 
 




Terima Kasih

Khamis, 24 Ogos 2017

KELAS MASAKAN WESTERN FOOD UNTUK PERNIAGAAN POPULAR ( Pengambilan Bulan September 2017 )


      

1 ) KELAS WESTERN FOOD ( hot ! 2012 hingga kini )
( Restauran , Foodtruck, Food Court , Kiosk , Gerai , Bazaar , Lunch Box Dan Sebagainya )


YURAN /FEE 
RM2200 ( Normal )
Promosi : RM1800 
Pesara / Ibu Tunggal / Penjaga memiliki Anak OKU : RM1500




Mempelajari Asas Penyediaan Miss En Place Western Food , Teknik Marinated , Teknik Grill , Teknik Deep Fried & etc. Cara Penyimpanan, Penggunaan Bahan-bahan yang betul untuk perniagaan Western Food , Penggunaan Penyukatan & Standard Resepi , Kos Serta Harga Jualan.



18 Menu akan dipelajari tidak termasuk penyediaan asas masakan western yang akan turut dipelajari.


Chicken Chop 3 jenis 
Breaded / Grill / Fried
Lamb Chop
Beefsteak
Fish And Chips
Western Stock
Buat Tepung KFC 
Base Water Marinated
Coleslaw
Mash Potato & Gravy
Black Pepper Sauce
Mushroom Sauce
Tartar Sauce
Spaghetti- Aglio alio Mussel
Spaghetti Carbonara atau Seafood Marinara
Wild Mushroom Soup


Sijil Kehadiran akan diberi kepada peserta.

KEPERLUAN : Pelajar perlu membawa Apron sendiri , Alat Tulis ,
Tuala dapur

TEMPAHAN KELAS : Untuk menempah kelas persendirian chef Obie .

Buat Pembayaran Deposite 70% ke
salah satu akaun diberi -

i- CIMB 7619121286
ii- MAYBANK 151409098193
iii- BSN 14005-41-00008021-7

atas nama Muhamad Gunawan Jamil
Info pembayaran sebagai bukti menghadiri kelas
sila whatsapp @ hubungi 


017- 2260719 whatsapp / sms / call

LOKASI KELAS : Merdeka Villa, Ampang, kuala lumpur ( landmark- Spectrum Mall )
Lokasi : Merdekka Villa , Banddar baru Ampang. Selangor

p/s Baki Yuran perlu diselesaikan ketika kelas diadakan.


Antara Testimoni pelajar :


FOODJAM
Bukit Rahman Putra
Sungai Buloh, Selangor


      







 SAFHYD STEAK HOUSE
Jalan kubur tanah merah,berdekatan masjid ismail petra , Kelantan









SAFHYD STEAK HOUSE

No 48 , Jalan Nova u/5 ,
Subang Bestari 
Shah Alam







MANGROOVE CAFE WESTERN FAMILY
370 , Jalan Tai Shin Jar
Kuching , Sarawak











Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign