CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Sabtu, 22 Jun 2013

Chef Obie di Malaysia Hari Ini : MHI 1005 Kek 3D Sempena Hari Ibu 2013



Terima Kasih Kepada Penerbit & Wartawan MHI TV3
yang sudi menjemput chef obie... menyediakan
kek 3D sempena Hari Ibu yang lepas....

Kepada Ibu chef Obie..
" Wan sentiasa sayangkan mak.. mak adalah ibu terbaik didunia..
mak penuh dengan kasih sayang...untuk anak-anaknya dan keluarga...
love you.... my heartbeat! "

sila lawati youtube
ini untuk melihat chef obie Sempena Hari Ibu TV3

https://www.youtube.com/watch?v=CUCR_XgxZyI
https://www.youtube.com/watch?v=CUCR_XgxZyI
https://www.youtube.com/watch?v=CUCR_XgxZyI


Terima Kasih

Resepi Kek Lapis Sarawak Popular





Kepada yang mencari resepi kek lapis sarawak ,
boleh refer resepi dibawah ini..
selamat mencuba..

Bahan-bahan


BAHAN A

4-5 biji kuning telur gred B

3 biji putih telur 
160 gram gula kastor 
110 gram tepung hong kong 
1 sudu makan ovelet 

BAHAN B

200 gram mentega/butter 

3 sudu makan susu pekat


BAHAN UTK BHGN LUAR KEK

300 gram putih telur (7-8 biji putih telur) 

200 gram tepung hong kong 
140 gram gula kastor 
1 sudu makan ovelet 
250 gram butter/mentega (cairkan) 
50-60 ml susu cair 




Cara membuat bahagian dalam kek lapis sarawak- A dan B

1. Pukul Bahan B hingga sebati, Pukul Bahan A hingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam Bahan B. Gaul sebati,kemudian jadikan adunan kepada 3 bahagian.
Bhgn pertama masukkan pewarna hijau, bhgn ke 2 masukkan pewarna merah & bhgn ke 3 masukkan pewarna kuning. ( warna boleh diguna mengikut kehendak)

2. Bakar bhgn pertama dulu, bila hampir masak, lapiskan bhgn ke 2 dan seterusnya bhgn ke 3. Buat 3 lapisan.

3.Apabila masak,Anda perlulah sejukkan dulu.Kemudian potonglah kek tersebut berbentuk memanjang. Kemudian potong segitia kecil-kecil atau segiempat sama. Biarkan tepi.


Cara membuat bahagian luar kek lapis sarawak

1. Anda perlulah memukul putih telur sehingga kembang. Kemudian pukul semua bahan kecuali mentega cair.
Akhir sekali barulah masukkan mentega cair dan gaul hingga sebati ,Bakar lapisan pertama sebanyak 5 sudu makan.
Bila hampir masak susunkan kek yang telah dipotong tadi di atasnya. Masukkan adunan di atasnya sehingga menutupi
semua kek yang telah dipotong dan bakar lagi, harap ianya tidaklah mematahkan semangat anda
yang berkobar-kobar ingin membuat kek lapis sarawak ini..yea

2. Apabila hampir masak susun lagi kek yang telah dipotong tadi. Buatlah begitu sehingga semua adunan selesai.

3. Perlu diingat anda gunakanlah saiz- acuan 8 1/2 x 8 1/2 inci ..
selamat mencuba dan anda boleh gunakan resepi ini,juga boleh hebahkan pada teman-teman yang mencari resepi ini,
Jika ada kekurangan adalah daripada chef obie sendiri...

selamat mencuba, terima kasih yang sentiasa mengingatkan chef obie mengenai resepi kek lapis sarawak ini..
anda juga boleh menggunakan dan bertanyakan resepi daripada pakar-kek lapis dan blogger masakan yang mahir dengan kek lapis sarawak ini..
'dont segan-segan tanye heee... tanye direct chef obie mengenai apa sahaja resepi masakan pun boleh..Insyaallah..
akan chef obie cuba berkongsi dengan anda..selagi anda suka mencuba dengan resepi daripada chef...'

TIPS
1. setiap sukatan jika anda terlebih dalam (1-10gm) dalam timbangan adalah tidak mengapa.
2.Anda boleh menambahkan sedikit gram pada gula jika ingin lebih manis, juga boleh mengurangkannya.
3.Tepung hong kong mudah didapati di pasaraya.
4.Untuk kek lapis sarawak ini.. sebaiknya jangan tertinggal menggunakan ovelet.

As Salam , Anda Yang Budiman -dengan pembelian salah satu ebook chef obie seperti :

1. ebook Kuih Raya Popular 2014 (hottest!)
2.ebook Kuih Tat Popular(hot!)
3.ebook Biskut Mazola Popular(hot!)
4.ebook Masakan Bazaar Ramadhan(hot!)
5.ebook Berbuka Dan Bersahur(hot!)
6.ebook Ayam Golek Popular(hot!) 

Melayakkan anda untuk mendapat 4 ebook PERCUMA seperti

 

Sila Tempah sekarang !  Hanya RM10.00 sahaja

Hottest!
Cara Pembelian ebook : 
Pembelian/ pembayaran : oneline-
Maybank2u.com atau Bank In ke Akaun MBB
151409098193
atas nama Muhamad Gunawan Jamil
Bukti pembayaran sila SMS:  Nama ebook ,jumlah,masa , tarikh dan email kemudian sila hantar ke 017 2260719
Penghantaran : 24 jam - 48 jam selepas bukti pembayaran diterima 

P/S : sekiranya anda ingin membeli ke semua ebook chef obie

sila buat pembayaran RM60 kek akaun chef obie,Sila SMS : semua ebook,RM60,Masa, Tarikh dan email anda kemudian msg ke 017 2260719



BISKUT SARANG SEMUT



180 gm butter, lembut ke suhu bilik
1/2 cawan gula castor
180 gm tepung gandum


1 cawan tepung kastad
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil vanilla essence
secubit garam

Cara-cara

1- Pukul butter dan gula sampai kembang.

2- Masukkan vanila, kacau rata dan masukkan tepung, tepung kastad, dan baking powder. Gaul dan uli dengan tangan sehingga menjadi doh.

3-Bahagikan doh kepada beberapa bahagian,perlukan saiz sederhana bagi memudahkan sewaktu memarut nanti, bungkus @ wrapping setiap bahagian doh dengan cling film dan bekukan dalam freezer.

4- Apabila telah beku boleh la di parut halus, sudukan dalam paper cup saiz kecil, isi dengan penuh sebab lepas masak doh akan kecut sikit dan taburkan chocolate rice sebagai hiasan.

5- Bakar pada suhu 175C-180C selama 8-10 minit / sehingga masak.

Terima Kasih

Aiskrim Fakta dan Mitos

chef obie kali ni nak berkongsi info mengenai aiskrim..
tak ade siape diantara kite yang tak suke dengan aiskrim..
betulkan..?...

chef obie berkongsi info "Aiskrim - Fakta dan Mitos" daripada blogger lain yg budiman..
tq..

Mitos dan Fakta Mengenai Aiskrim

Ais krim adalah hidangan beku pembuka





selera, ia disukai pelbagai golongan tak kira tua atau muda. Selain menpunyai rasa yang enak, ia juga mengandungi unsur gizi makanan yang tinggi.

Seperti yang kita tahu, sumbangan terbesar kepada nilai gizi makanan ais krim berasal dari bahan-bahan mentah asasnya, iaitu susu. Sebab itulah mengapa ais krim mempunyai nilai gizi yang tinggi berbanding dengan lain-lain jenis minuman. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ais krim, jom usha fakta-fakta berikut tentang ais krim:


Apa itu Ais krim?

Ais krim adalah makanan beku yang mempunyai kumpulan tekstur semi-pepejal. Berdasarkan komposisinya, ais krim diklasifikasikan kepada tiga kategori, iaitu ekonomi, purata yang baik, dan mewah. Ais krim komersial yang biasanya kita beli adalah dari jenis ekonomi.

Ais krim yang berkualiti biasanya ditentukan oleh bahan-bahan mentah yang berkualiti tinggi dan proses pembuatannya yang bersih. Komposisi nutrien bagi setiap 100 gram ais krim ialah tenaga (207 kcal), protein (4.0 g), dan lemak (12.5 g).


Ais krim tidak menggemukkan


Komposisi ais krim berkualiti tinggi kaya dengan tenaga sarat, protein, dan lemak, terutamanya lemak tepu. Jadi jangan terkejut jika semasa aiskrim ini sering dipersalahkan sebagai punca utama kenaikan sebab berat badan berlebihan atau obes.


Padahal sumbangan tenaga ais krim untuk setiap hidangan (satu cawan) sekitar hanya 10% daripada jumlah keperluan tenaga dan menyumbang kira-kira 15% lemak daripada jumlah lemak satu keperluan sehari. Ia adalah dalam amaun yang kecil, jadi adlah tidak benar jika dikatakan ais krim menyebabkan berat badan berlebihan atau obes.

Manfaatnya bagi tubuh kita

Di dalam bahan asas ais krim, iaitu susu mengandungi lebih daripada 100,000 jenis molekul. Selain air dan lemak, molekul-molekul itu merangkumi protein, karbohidrat, mineral, enzim-enzim, gas, dan vitamin A. C dan D.

Selain itu juga susu mengandungi beberapa komponen bioaktif berupa protein susu, laktosa, asid-asid lemak dan mineral, terutama kalsium. Itu sebabnya produk-produk tenusu, termasuk ais krim juga mempunyai sumbangan yang tinggi bagi kesihatan tubuh.


Salah satu komponen kelas karbohidrat yang terdapat dalam ais krim laktosa. Laktosa, di samping untuk menambah perisa juga dapat mengekalkan kesedapan (rasa yang baik) kepada ais krim.

Manakala fungsi asid lemak dan asid linoleik pada ais krim adalah untuk meningkatkan aktiviti antipatogenik, anti-bakteria, dan anti-virus. Kandungan kalsium dalam ais krim berguna untuk mengekalkan keupayaan tulang, mencegah osteoporosis, kanser, dan darah tinggi.


Mitos tentang ais krim

Dengan alasan takut berat badan janin menjadi besar, ibu hamil tidak boleh mengambil ais krim. Padahal, anggapan ini adalah salah.

Ais krim adalah makanan yang digunakan sebagai kudapan. Itu sebabnya, ais krim tidak akan menambah tenaga terlalu banyak jika diambil secara wajar. Jumlah pengambilan ais krim yang wajar untuk ibu hamil adalah dua hingga tiga cawan setiap minggu.

Ais krim bukan penyebab batuk selsema. Sebab, ketika masuk ke mulut, ais krim dengan segera akan meleleh. Ais krim meleleh dengan cepat dipacu oleh pengaruh suhu badan, sehingga saat ais krim masuk ke kerongkong suhunya sudah tidak sedingin ais.

Tak boleh minum ais krim dikala sakit. Anggapan ini juga salah besar. Ketika si kecil sakit, kadangkala tubuhnya memerlukan banyak cecair agar tidak mengalami dehidrasi.

Ais krim yang juga mengandungi air boleh digunakan sebagai pembekal cecair untuk tubuh. Apalagi rasa dan teksturnya yang lazat pasti sangat disukai oleh kanak-kanak, dengan memberikan asi krim akan membantu menyembuhkan sakit si kecil.

Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign