CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Khamis, 23 April 2015

Apa Itu Detox Dan Resepi Air Detox Chef Obie

Dalam pada macam-macam jenis air yang ada dalam market kite, kebanyakkannye air 
yang tidak berape baik untuk tubuh badan .

Apakata hari ni chef obie kongsikan sedikit info, walau ada antara kite yang dah tahu apa itu
DETOX.

DETOX adalah proses pembuangan toksin yang terkumpul dalam badan kita dan digantikan dengan nutrien.Toksin dalam badan kite memang banyak lagilah dengan persekitaran dan gaya 

kehidupan hari ini yang tak berapa nak sihat..walau nak sihat..heee pi jogging.. tapi udara terdedah dengan pencemaran..pun buat tubuh badan lagi tak sihat! itu belum kire cara pemakanan kite seharian.Betul Tak?Benda-benda ni semua yang membuatkan tubuh badan kite bertoksin.

Cara untuk buang toksin dalam tubuh badan kite  :






1.Dengan Bersenam ( ditempat yang bersih persekitarannya )dalam gym pun ok juge.. ,

2.Berpuasa 

3.Diet yang sihat




Jom kite cuba Disiplin kan diri dengan mengikuti 
Program Detox 7 hari yang disyorkan oleh pakar kesihatan tubuh badan :

2 hari Puasa
5 hari amalkan meminum jus detox dan jus buah-buahan
Stop! makan benda pepejal ( chef obie perlu belajar lupakan burger pebret )

* ini semua bertujuan bagi merehatkan sistem pencernaan , sambil tu toksin dalam badan dibersihkan dengan cara pemakanan kite yang banyak cecair yang baik. Yang pasti "Toilet Zone " adalah peneman anda yang setia dikala ini.



Ada banyak versi resepi air detox ni ,
chef obie suke yang citrus atau yang ada buah berry.. tak kisahlah strawberry ke raspberry ke blueberry ke asalkan adik beradik berry.pastu mesti mixed dengan daun pudina sikit...simpan dalam peti ais..dan dinikmati sejuk-sejuk...pergghh..terbaik wok!





Okaylah kite berbalik kepada

Resepi Air Detox.

1 liter Air Teh Hijau atau Air kosong 
1 biji buah oren sunkist atau grapefruitdan 1 biji buah lemon ( separuh dihiris dan separuh diambil jusnya )
2 biji buah strawberry ( kalau tak ada abaikan yea )
( pastikan buah-buah ini dibersihkan betul-betul- petua, ambil 2 sudu besar garam, rendamkan buah dan dicuci dengan iar bergaram ni..dan kemudian bilas dengan air bersih )
Dan sebagai penyegar air detox kite ni.. tambahkan beberapa helai daun pudina atau hirisan timun didalamnya.




Cara membuat :

1. Satukan kesemua bahan dalam 1 liter Air Teh Hijau @ Air Kosong , Tutup bekas rapat dan simpan dalam peti sejuk semalaman.

Kebaikan Air Detox ni

Melawaskan Pembuangan Air besar dan kecil
No more Sembelit!
Gatal-gatal pada kulit di wajah juge tiada
Menaikan Seri Muka.. dan dimuke ade sennnyuuuumm...heeee

Selamat Mencuba yea.... semoga sedikit perkongsian ilmu ni ada kebaikan bersama, jangan lupa kalau anda tengah mencari-cari resepi best..silalah 
ke link Dapatkan ebook terkini chef obie sila klik










Terima Kasih

Resepi Mochi Popular


Assalammualaikum wbt ,
pagi khamis yang redup aje...
Alhamdulillah.
Pagi tadi chef singgah 7 eleven kt jalan raja laut ni.. tetibe ternampak
lah ada student dari KLIUC ni sedang beratur kat kaunter.. sebab nak bayar mochi..
mochi? mochi manisan dari negara terbit matahari..Jepun yang empunye..
Apa yang bermain dalam fikiran chef....okaylah jap nanti sharing resepi yang dah lama tak dikeluarkan ... iaitu RESEPI MOCHI-,
yang menariknya..chef kongsikan resepi mochi kacang merah , mochi pandan dan mochi coklat...dah difusion kan..citarasa orang Malaysia!
Malaysia Boleh..lah katakan..jadi chef obie mesti boleh....
kepada yang sedang mencari resepi istimewa yang sedap yang jarang dijumpai untuk dikongsikan dalam website dan blogger masakan... bolehlah layari 
link Dapatkan ebook terkini chef obie sila klik


Dalam pada tu chef nak ucapkan terima kasih kepada bekas students chef obie, yang rajin bertanya khabar  tak kire walau dari jauh mahupun yang dekat .InshaAllah semoga akan bertemu lagi yea...
nak cari resepi maskan , kek atau ape-ape aje cubelah lawat blog chef obie ni..




Resepi Mochi kacang merah, pandan dan coklat



Bahan 


Tepung pulut 200gm ( atau anda boleh juga gunakan tepung pulut dari jepun mochiko @ shiratama ko )

Gula 4 sudu makan
Air 200-240ml 
Tepung katakuriko sedikit untuk menyaluti mochi 
Pewarna merah pink

Inti kacang merah
Kacang merah 200gm
Gula 100gm
Garam secubit


Cara membuat

1.adunkan tepung pulut bersama gula ,garamdan air, kacau sehingga rata dan masukkan sedikit pewarna merah pink dalam bekas Loyang.

2.Proses membuat mochi memerlukan anda menyediakan tempat mengukus, Panaskan kukusan, dan anda boleh kukus adunantepung tadi lebih kurang 15 minit.

3.Anda perlu menyediakan dulang, pastikan ianya kering atau anda boleh sediakan parchment paper kemudian taburkan tepung katakuriko.

4. Apabila tepung mochi telah masak dikukusan.angkat dari kukusan dan tuangkan tepung mocha kedalam dulang berisi tepung katakuriko.Ambil sedikit tepung katakuriko di tapak tangan anda supaya tidak melekat semasa proses membentuk mocha kacang merah.

5.Anda dinasihatkan berhati-hati semasa proses membentuk kerana tepung agak panas.Bagikan tepung kepada 16 bahagian atau 18 bahagian, masukkan initinkacang merah dan bentukkan bulat serta sapukan tepung katakuriko dibahagian luar mocha.lakukan sehingga selesai .

6.Manakala cara membuat initi kacang merah , anda perlu merendam kacang ,merah terlebih dahulu, sebaiknya semalaman, kemudian rebus dengan airsehingga lembut dan empuk , apabila kacang merah telah lembut ,baru anda masukkan gula, kerana jika anda masukkan gula dan air sekali, akan menyebabkan kacang merah lambat untuk lembut dan empuk.
Untuk membuat initi anda disarankan membentukkan bebola 20gm setiap satu.


Inti pandan.



Keledek putih 200gm
Gula 40gm
Daun pandan 2 helai( diblender ambil airnya sahaja)
Pandan essence


Cara membuat

1.Rebus keledek sehingga empuk dan lembut, masukkan gula dan air pandan juga pandan essence sehingga kering, gunakan api yang perlahan.Bentukkan bebola 20gm setiap satu sehingga selesai.


Inti Coklat



Dark Coklat Coin 200gm
Gula sirap 120ml


Caranya membuat

1.Panaskan gula sirap dalam pot, apabila telah mulan panas masukkan dark coklat dark coklat coin, kacau sehingga menjadi pekat dan agak kering. Bentukkan bebola 20gm sehingga selesai.

p/s Resepi yang chef obie pernah sharingkan dalam majalah Masakan Aroma Terbitan Suri Media Sdn Bhd.






Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign