CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Selasa, 4 Jun 2019

Resepi Dan Menu Hari Raya Aidilfitri : Kuah Kacang Sedap Di Pagi Syawal

RESEPI & MENU HARI RAYA AIDILFITRI :
KUAH KACANG SEDAP DI PAGI SYAWAL


by Chef Obie *** sesuai utk mereka yg alergik seafood .
Nikmat makan bersama ketupat Nasi,lemang,ketupat palas,Nasi impit daun pisang ,mahupun Nasi impit Segera Dan sesuai sangat makan bersama satay.

Bahan Utk Kacang Tanah


500 gm Kacang Shantong atau Kacang Tanah Gred A
500 gm Kacang Tanah Biasa
1/2 cawan Minyak Masak SAJI
Cara Penyediaan



1.Panaskan Minyak ,gorengkan campuran kacang tanah sehingga Masak. Ketepikan .
( Kisarkan bersama 2 liter Air )

Bahan Tumis Darat

1 cawan Minyak Masak
4 biji Bawang Merah kisar
1 ukas Bawang Putih Kisar
1 inci Halia Tua Kisar
1 inci Lengkuas kisar
1 inci Kunyit Hidup
5 btg Cili Kering ( Rendam/ Rebus ) kisar jika anda ingin pedas sila lebihkan cili kering.
1 btg Serai diketuk
2 sdb Garam Bukit

Cara Penyediaan



1.Panaskan Minyak , masukkan Serai Dan bahan kisar yg lain,tumis sehingga pecah Minyak, Masukkan garam.kacau sebentar Dan matikan API.

Cara Memasak Kuah Kacang Sedap Chef Obie :

Bahan - 

1 keping Asam Gelugor
2 cawan Gula Pasir ** Anda boleh kurangkan
2 cawan Gula Merah
2 sdb Serbuk Stok Ayam



1.Masukkan kacang tanah dikisar dan lengkuas 1 inci yg telah diketuk dgn air ke Dalam pot yg besar, didihkan.Kacau kuah dgn konsisten ,perlahan lahan yg calling Utama di bahagian tengah pot Perlu dikacau dahulu.Bagi mengelakkan hangit.


2.Masukkan tumisan Darat ke Dalam kuah.Kacau perlahan Dan biarkan ia Mendidih lagi.( Sebaiknya penggunnaan API sederhana Dan kecil sahaja.




3.Apabila Mendidih ,boleh masukkan 2 sdb Kicap Pekat , Gula Pasir ,gula Merah dan sekeping asam gelugor.



6.Kacau perlahan sehingga memekat Dan Mendidih.Siap untuk dihidang Kan.

Semoga sedikit perkongsian mudah ini,dapat membantu anda yg newbie Kat Dapur ,mahupun dah otai didapur.
Silakan share...yg baik itu dari Allah yg buruk itu dari diri chef sendiri...
Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin.
**Sila follow fb
Chef Obie

Jom boleh juga mencuba memasak Nasi Paella Sepanyol Chef Obie

TQ @ Ampang, Kuala Lumpur

Terima Kasih

Cara Buat Cornflakes Nestum Gebu Gebas Chef Obie

CARA BUAT CORNFLAKES NESTUM SEDAP !
BISKUT RAYA SIMPAN BILIK : Cornflakes Nestum Gebu Gebas Chef Obie


Bahan


1 cawan Corflakes dikisar
1 cawan Nestum
1 1/4 cawan Gula
1 1/2 cawan Marjerin Pelangi
2 cawan Tepung Ubi Kayu disangai dahulu
1 1/4 cawan Tepung Gandum disangai dahulu
1 sdt Garam
1 sdt Essen Vanilla
1 biji Telur Gred B
Bahan Hiasan
1/2 cawan cornflakes ( pecah manja guna jari aje )
1/2 cawan Nestum
2 sdb Gula
Pumpkin seed secukupnya
Cara Penyediaan




1.Satukan ke semua bahan uli mesra atau gunakan spatula untuk menguli.


2.Doh memang agak Melekit,boleh simpan sebentar dlm peti sejuk sekurangnya 1 jam sebelum diterap .Boleh letak sedikit Tepung pada Tapak tgn
Bg memudahkan menerap.


3.Boleh terap atau bentukkan menggunakan sukatan sudu besar atau sudu kecil,bulatan Dan salutkan dgn bhn hiasan.


4.Susun atas tray yg telah digris atau ada partchment paper.


5.Bakar 150'c selama 40-45 mnt.Bergantung kpd oven masing-masing.

Jangan Lupa follow Chef Obie di Facebook
Selamat Mencuba..juga boleh mencuba resepi Cara Buat Nasi Ayam Mudah Dan Sedap 
dibawah ini






Terima Kasih

Cara Buat Cornflakes Madu Sedap Dan Mudah : Kuih Raya Sempoi Pilihan Hari Raya CORNFLAKES MADU GODZILLA CHEF OBIE

Kuih Raya Sempoi Pilihan Hari Raya : 
CORNFLAKES MADU GODZILLA a.k.a Ibu Mertuaku 


Bahan Utama


1 kotak Cornflakes
200 gm Pumpkin Seed
200 gm Almond Flakes
100 gm Dry Cranberry
100 gm Dry Cherry
100 gm Dry Apricot
2 sdb Black Sesame
2 sdb White Sesame
250 ml Madu
1 buku Unsulted Butter ( Anchor Brand )
1 sdt Garam


Bahan sampingan

Papercup Cupcake size L
Cupcake aluminium foil

Cara Penyediaan




1.Panaskan butter & masukkan Madu Salam pot yg sesuai,kacau mesra sehingga Mendidih. Masukkan ke semua bahan termasuk cornflakes ,kacau sehingga semua bahan diselaputi Madu Dan butter, matikan API.




2.Standbykan Dan susun Papercup cupcake didalam cupcake foil.Gunakan latex gloves utk memudahkan anda masukkan cornflakes Madu ke Dalam Papercup. Sila padatkan. Biar ia set sebentar Dan boleh disimpan dlm bekas kedap udara.



Saiz cornflakes ni memang agak besar Kerana menggunakan cupcake punya Papercup..sebab tu dipanggil Cornflakes Madu Godzilla a.k.a Ibu Mertuaku ðŸ˜˜

Selamat Hari Raya Aidilfitri Minal Aidil Walfaiizin ...Follow Chef Obie Di Facebook Sila Klik link ini Chef Obie

Selamat Mencuba & Boleh juga mencuba resepi FLORENTINE





Terima Kasih

Menu Pilihan Hari Raya 2019 : RENDANG TOK PERAK CHEF OBIE

Menu Pilihan Hari Raya :
Rendang Tok Perak Chef Obie

Resepi klasik yg. Sesuai utk kanak2 Orang Vateren & semua lapisan ,yg pasti Sedap hingga Menjilat Jari


Bahan Perapan Daging

1.4-1.5 kg Daging Sirloin ( Potong Kiub )
1/2 cawan Biji Ketumbar disangai Dan dikisar
3 sdb Jintan Manis disangai Dan dikisar
1 sdt Jintan Putih disangai Dan dikisar

Cara Penyediaan






1.Daging dilumurkan mesra dgn Perapan semua bahan kisar . Simpan dlm peti sejuk biar semalaman.




2.Didihkan 3 cawan air ,masukkan daging yg telah diperapkan sehinga daging empuk dan kering kemudian asingkan.

Bahan Tumis & Renehan


1/2 cawan Minyak Masak
4@5 biji Bawang Merah dikisar
5 tangkai Cili Kering ( anda boleh lebihkan ) dikisar
2 ulas Bawang Putih dikisar
2 inci Halia Tua dikisar
1 inci Lengkuas dikisar
4@5 batang Serai dikisar
1 biji Buah Keras dikisar
1 btg Kulit kayu Manis
4@5 biji Bunga Lawang
6 biji Buah pelaga
Daun Kunyit secukupnya dimayang
1 liter kotak Santan , jika guna santan Segar Dan pekat juga 1 liter.
2 cawan gula Merah
1/2 cawan gula Pasir
1 sdb Garam
1/2 cawan Air Asam Jawa
3/4 atau 1 cawan kerisik

Cara Penyediaan






1.Panaskan Minyak,tumiskan bunga kawang,kayu Manis,buah pelaga apabila wangi masukkan ke semua bahan kisar, Tumis sehingga pecah minyak.




2.Masukkan daging yg telah direneh empuk.kacau mesra.Masukkan Santan.Pastikan api sederhana atau maintain kecil.Masak tanpa dipaksa menghasilkan hidangan yg hebat Dan tahan lama.


3.Apabila mendidih Masukkan gula Merah Dan gula Pasir.Kacau mesra jgn sampai hangit.
Teruskan kacau sehingga memekat.Santan yg bagus akan menjadikan Rendang tok gelap Dan lebih rasa.


4.Masukkan air Asam jawa ,kemudian Kerisik, kacau mesra lagi.


5.Semakin memekat , giliran daun Kunyit Dan Garam.


6.Kacau sehingga megering Dan Minyak daging mengeluar. bau wangi Rendang Tok semakin ketara.


7.Semakin garing anda kacau semakin umph Rendang Tok Perak !
Santan yg bagus Akan menghasilkan Rendang Tok yg sedap ... InshaAllah.
Bolehlah dinikmati dgn lauk pauk yg lain di Hari Raya nanti.
Mohon ilmu yg kecik ini dipanjangkan ,sharing is caring..
Mohon maaf atas kekurangan yg Ada ,semoga hidup diberkati dunia akhirat. InshaAllah
Sila Follow Facebook Chef Obie Untuk tidak ketinggalan informasi dan resepi - resepi menarik



Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign