CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Selasa, 28 Julai 2015

Nota Cinta Rakyat Biasa

Nota Cinta Rakyat Biasa

Bismillahirahmannirrahim, 

Assalammualaikum wbt ,

Pasti Rakyat Malaysia Dikejutkan dengan Isu Hari ini,
Chef bukan orang politik mahupun pendebat politik..chef bukan bijak berbicara tentang politik.Cuma sebagai rakyat Malaysia yang biasa-biasa dan ada sikit naluri ingin berkongsi pendapat sebagai rakyat.. bukan sebagai ahli politik atau pendebat politik.Maklumlahlah kita kan rakyat biasa.. yang perlu berdikari untuk meneruskan kelangsungan hidup...bersusah payah memikirkan untuk menghadapi pelbagai isu dari " kepandaian pemerintah yang sedia ada."

Fahami betul-betul- " kepandaian pemerintah yang sedia ada "ini dari kacamata  seorang chef sebagai rakyat biasa...
Bukan bermaksud memerli atau menghina cara pemikiran dan tindakan pemerintah yang sedia ada ini, tapi fahami dari perspektif diluar daya kotak pemikiran kita sebagai pemerintah yang telah diberi amanah dan kepercayaan rakyat yang telah memilih mereka yang berkelayakan untuk mentadbir negara yang diCintai ini.
Pemimpin atau pemerintah perlu bijak dan cerdik, kepandaian dan pengaruh sahaja tidak cukup.Ingat sokongan rakyat kepada anda tidak berbelah bahagi sebelum ini , janganlah anda kecewakan.
Bagi chef sebagai rakyat biasa pasti terkilan , terfikir dan terpaksa memikirkan banyak benda yang tak sepatutnya difikirkan pun sebelum ini.
Jadilah pemimpin yang memimpin.
Pemimpin yang baik adalah yang mengutamakan orang bawahannya- bawah pimpinannya, dan paling utama ialah keadaan Rakyatnya.
Tidak ramai rakyat Malaysia yang mampu berdikari diatas kakinya sendiri tidak kiralah ianya melayu , cina , india , sikh mahupun kaum bumiputera walaupun kita sering dimomokkan berdirilah diatas kaki sendiri dan mampu berdiri dengan sendirinya dan tidak semua level confidentnya sama seperti golongan sedia ada hebat seperti level educate & skill yang seimbang EQ & IQ nya.
Sehinggakan pernah chef berharap akan hadir insan-insan seperti Tun Mahathir dan Tun Daim Zainuddin mungkin hingga 20 orang banyaknya..itu pun dah lebih dari cukup untuk memacu negara dan tidak mustahil memimpin dunia .Pasti mustahil..sekadar berharap..tiada apa-apa akan berlaku.Jangan gelak.!
Kerisauan mengenai senario politik dalam negara pada chef ia membimbangkan.Ini pendapat rakyat biasa macam chef bukan orang politik.
Tidak ingin melihat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab akan mengambil kesempatan dari kepincangan dalam pentadbiran kerajaan.Tidak ingin melihat kehancuran negara perlahan-lahan tanpa disedari.Kerana apabila Sesebuah Kerajaan Negara telah ditumbangkan oleh rakyatnya, adalah mustahil untuk kembali seperti keadaan sediakala.Penyesalan kemudian tidak berguna. 
Tidak ingin melihat parti politik baru pula muncul atau ideologi baru muncul akibat isu hari ini,Walaupun tidak mustahil boleh berlaku.Jika ianya berlaku ,akan bertambahlah lagi perpecahan orang melayu dan rakyat yang lain.Ingat ini pendapat rakyat biasa seperti chef bukannya pendapat ahli politik.

Apa yang terjadi hari ini tetap menjadi sejarah kita Malaysia, 
YBHG TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN sebagai mantan TPM,
Anda telah membuka pandangan dari  mata chef, anda seorang yang tenang , cerdik dan bijak dalam menerima perletakkan jawatan TPM dengan redha.Harapan chef janganlah ianya berakhir sampai disini.Teruskanlah kesetiaan anda ,perjuangan anda , amanah anda setia bersama UMNO demi memperkukuhkan lagi keyakinan orang melayu dan rakyat.

Mesej kerdil daripada chef obie kepada rakyat Malaysia , tidak kira melayu , cina ,india , sikh , bumiputera dan lain-lain
Tidak kisahlah kamu dengan ideologi dan pendirian kamu nak berparti apa pun, selagi ianya tidak mengundang lebih barah dalam negara itu sudah memadai.  
Chef bukan fanatik dengan parti dan chef juga bukan ahli PEMUDA Umno & BN , tapi chef tetap mengundi BN. Chef mengundi di Bukit Bintang KL , sepanjang chef mengundi pun tidak pernah chef berkubu di dalam kubu kawasan BN bukit Bintang apatah lagi di sogok atau diberi duit kopi, tidak pernah walau sekali.Ia nya dari dalam diri chef sendiri tanpa ada paksaan.Chef ada pendirian dan tanggungjawab sebagai rakyat biasa.
Sokongan chef semenjak mula mengundi tetap tidak berbelah bahagi terhadap apa sahaja yang pihak kerajaan BN & UMNO rancangkan.Chef tidak ingin melihat pecah belah sesama melayu Islam.Apa yang chef inginkan kesatuan melayu & memastikan ketuanan orang melayu tidak hanya tinggal sejarah.

Mohon maaf kepada PM, chef juga berhak berbicara seperti orang lain juga tentang keadaan isu dalam negara.
Teruskanlah dengan perancangan terbaik anda untuk negara,Selamat Maju Jaya

"Negara Demokrasi Rakyat Bebas Bersuara"
.

Yang Benar ,
 chef obie "sayangkan Malaysia". 


Terima Kasih

Resepi Ikan Berlada Popular

Jom cuba resepi 

Ikan Keli Masak Berlada yang Popular ni...



Bahan-bahannya.

6 ekor ikan keli
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
12 biji cili merah
Sedikit air asam jawa
Garam
Gula
Minyak masak
Serbuk Kunyit


Cara membuat.

Tips bersihkan ikan keli -

Ikan keli disiang dan dibersihkan sebersih-sebersihnya terlebih dahulu. Boleh gunakan limau nipis atau asam jawa untuk menghilangkan bau dan lendirnya boleh juga dilumur garam biarkan seketika kemudian bilas..

1, Anda perlu gaulkan dengan sedikit garam dan kunyit. Goreng sehingga ikan keli garing.

2. Bawang besar, bawang putih dan cili merah hendaklah ditumbuk atau dikisar kasar. Kemudian tumiskan bahan-bahan yang itu sehingga hingga cili masak kemudian masukkan air asam jawa dan juga sedikit garam beserta gula.



3.Setelah semuanya mesra anda matikan api, dan tuangkan sambal itu di atas ikan keli yang telah digoreng. Siap.. dan memang sedap dimakan bersama nasi putih . 



Terima Kasih

Perhatian Chef , Homebaker dan Cake Decorater Dapatkan Segera : Air Compressor With Air Brush And FOC Air Brush Colour




Attention! Cake Decorater

Pembuat & Penghias kek 



AIR COMPRESSOR WITH AIR BRUSH extra FOC AIR BRUSH COLOUR

mudah dibawa ke mana-mana 
MURAH & BERKUALITI digunakan oleh pastry chef hotel tempatan & luar negara.

kini di PASARAN pada HARGA RUNTUH! 
Ya Pada HARGA RUNTUH..
Sila PM ..

BUKAN LAGI RM5K ,4K ,3K , 2 K @ 1K...
Macam X percaya aje ? 
Ya BENAR Harganya di luar jangkaan Anda,

Sila PM utk mengetahui HARGA 
AIR COMPRESSOR WITH AIR BRUSH

Ia juga menjadikan kreativiti menghias dan mendeko Kek -kek dan cupcakes anda lebih VOGIE DA VASS
AWESOME!LEBIH MERIAH!!!!!
& yg pasti ianya
MUDAH DIBAWA KEMANA-MANA.

Menjadikan ANDA SEPERTI PROFESIONAL dlm menghias Kek.

PM chef obie ... chef obie tetap LAYAN ANDA ..walau sekadar ingin tahu harganya sahaja.

HARGA YANG MURAH TERMASUK KOS  PENGHANTARAN !

Air compressor with air brush (Professional Cake Machine )

PM - whatsapp / telegram / messenger
017 2260719
chef obie


Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign