Pagi ni chef masih di ICU / CCU HOSPITAL BANTING ,ye popular jug dengan lapang dada dan semnagt seperti selalu , doakan utk kesihatan mak chef yea...
Hari ni chef nak kongsikan satu resepi nasi..yang popular juge sepanjang chef berkhidmat bersama hotel-hotel tempatan..lagi-lagi bile masuk Ramadhan fiest..Menu Buffet Ramadhan pasti ada !Selain Nasi Beriani , Nasi Arab dan macam-macam lagi la...NASI KABULI AFGANISTAN ini agak istimewa pada chef kerana cara memasak dan penyediaan yang mudah , tidak perlu menumis bagai...semua sekali boh aje..one shot masuk dalam periuk dan masak ! Apa lagi korang boleh try yea..
RESEPI NASI KABULI AFGANISTAN
Bahan
1 kg Beras Basmathi atau Cream PUSA
2 sudu besar Lada Hitam dikisar atau diketuk
1 sudu besar Serbuk Jintan Manis
1/2 sudu besar Serbuk Jintan Putih
2 sudu besar Biji Ketumbar Ditumbuk
500 ml Susu Segar atau Susu UHT atau Susu Cair atau Santan ( 1 kotak kecil aje )
Air Rebusan Ayam atau Daging atau Air Kosong dnegan Nisbah 1 : 1 ( lebihkan sedikit dalam 1 cawan kerana kite guna Beras Basmathi atau Cream PUSA selain kite telah masukkan susu sebentar tadi )
2 helai Daun Bay atau Setangkai Daun Limau Purut
Gula , Garam dan Chicken Stock sebagai Perasa
2 sudu besar Minyak Sapi atau ghee atau minyak masak
Hiasan : Hirisan Lobak Merah , Gajus atau Badam Panggang , Hirisan Daun Ketumbar atau Daun Sup
Cara Penyediaan :
1.Cuci Beras dahulu , Masukkan ke dalam periuk nasi , masukkan ke semua bahan-bahan diatas dalam periuk termasuk minyak sapi.
2.Kacau mesra dahulu semua bahan .
3.On kan rice cooker anda dan masak.
4.Setelah masak , gembar gemburkan nasi menggunakan garfu atau chopstick , bagi mengelakkan beras patah . Siap untuk dihidang .
5.Bolehlah hiaskan dengan hirisan lobak merah dan daun ketumbar
Korang boleh nikmati NASI KABULI AFGANISTAN ini dengan pelbagai hidangan lauk pauk ( hidnagan yg sama seperti korang makan nasi minyak , beriani dan hujan panas )
Selain side NASI KABULI AFGANISTAN juga boleh menggunakan salatah dan hararah ! Korang juga boleh mencuba pelbagai menu dan Aneka Resepi Nasi Chef Obie dengan memiliki ebook
ANEKA RESEPI NASI
ANEKA RESEPI NASI menydiakan pelbagai resepi-resepi authentik nusantara , arab dan timur tengah.
Hanya RM40 sahaja
Anda boleh terus Whatsapp / Telegram chef obie
0172260719
juga boleh lawati ke link yang diberi - PELBAGAI RESEPI MASAKAN DAN BAKING
Salam Sayang Selalu
CHEF OBIE
#takhensemmanistuade #lelakipunnakscrub #putusterpaksa #57resepimenubazaarramadhan2017